Thursday, September 16, 2010

MEMBERSIH SAWANG DI HARI 1 MALAYSIA

CERITERA SEBELUM RAYA

Novel Rembulan Tenggelam di Wajahmu hasil Tere-Liye memaparkan hikmah-hikmah yang tersembunyi di sebalik kekesalan yang menghantui diri. Saat kita bangun di pagi hari, tidak semua persoalan semalam terjawab kerana adakalanya tidak mengetahui itu lebih baik untuk diri sendiri. Curiosity kills the cat. Blessing in disguise, kata orang putih.

Hikmah pulang dengan abang sehari sebelum raya: aku singgah di Tanah Merah, sekadar membeli keperluan diri dan tempat yang tak pernah aku lupakan saat pulang ke rumah-Kedai Buku Muda Osman. Kedai inilah yang mengenalkan aku kepada tetralogi Laskar Pelangi saat aku menunggu bas jam 1 tengahari.

Dan sekali lagi kedai ini berjasa kepada aku. Naik ke tingkat dua, tempat novel. Ni less 22%, kata abang hensem penjual. Aku senyum sambil tengok sekilas: oh, novel cinta (berbisik dalam hati). Pusing-pusing sambil membelek mencari nama penulis yang aku kenal. Mencari novel cara aku dimulai dengan nama penulis, kemudian barulah aku membelek tajuk dan sinopsis. Aku agak skeptik dengan novel Alaf21. Masakan tidak, baca bab 1 sudah boleh menbayangkan akhir ceritanya bagaimana. (tak semua kerana novel HM Tuah tak termasuk dalam jenis begitu)

Novel Jemari Seni, aku menyukai langgam bahasanya namun jalan cerita penulisnya kalau aku baca 2 novelnya, novel ke3 sudah mampu kutebak plotnya. Setakat ini ikon no1 aku tetap FT. Membaca ceritanya aku tak mampu meneka plot atau kesudahan ceritanya. Memang tabik spring!

Sekilas mataku tertangkap ke satu novel, gambar luarnya tak mampu mencuri perhatianku, namun tulisan itu mampu membuatkan aku memandang untuk kali ke2. Novel dengan kertas kitar semula namun cetakan baru dengan hujungnya tertera : Pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam mencuri perhatianku.

Ulasan tentang buku itu  di sini http://penaklukcinta.blogspot.com/2009/08/resensi-buku-hari-hari-yang-telah.html#comments mengundang seseorang memberi komen bahawa buku itu pernah memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam. Membaca sinopsisnya, ya Allah buku yang aku cari sekian lama akhirnya datang ‘menyerah diri’ kepadaku di sini.

Kebetulan lagi penulisnya ialah yang menulis novel Nyanyi Sunyi yang baru aku khatam dan kebetulan ke3, cerpennya ada dalam majalah Dewan Sastera yang baru dibaca. Oh..kebetulan seringnya diikuti kebetulan yang lain benarkah?

Mungkin benar kerana saat aku teringatkan seseorang itu (sekampus dengan aku, kawan lama), aku jumpa dia 3 hari berturut-turut-di kafe, di library dan di KOM.

Aku perhatikan sekarang ni ada buku lama yang dicetak baru seperti buku terjemahan penulis Turki-Weil China dan Maria yang kakak aku kirim dari Mesir dulu.

Aku keluar dari kedai dengan 2 novel dan 4 majalah.

CERITA RAYA 1431H

Raya kali ni memang best, semua adik-beradik aku ada di rumah. Malam raya, aku dipaksa adik aku membuat Almond Jeli (almond London tak dapat balik, penerbangan dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan). Nak mengelat pun tak boleh haha. Aku memang liat bab memasak ni, mengemas takpa. Tugas aku mencairkan coklat dan meletakkan (betul k diksi aku ni) atas almond yang dah siap dibakar 180 degree selama 15min. Adik aku buat terlebih gelap warnanya, rasanya? Teka sendiri.

 Kemudian abang aku yang baru sampai cuba untuk membantu ( dia memang rajin menolong di dapur). Dia curahkan coklat cair yang aku masak dalam tupperware microwave yang terapung atas air dalam periuk tu dan hasilnya (ya, ini coklat yang terakhir dimasak) tak cukup coklat untuk almond-almond terakhir. Aku cairkan sekali lagi sisa-sisa yang mengeras dalam tupperware dan hasilnya pemandangan yang sungguh tak indah untuk dilihat dengan mata kasar apatah lagi dengan mikroskop..haha

Adik aku kata almond aku gred 3, dia punya gred 1 dan yang adik bongsu lelaki aku buat gred 2, hampeh betul!

Subuh tu aku bangun setelah dikejutkan abang aku, dulu aku yang tukang kejut dia dan untuk mengelakkan aku kejut banyak kali, dia akan on kan lampu tanda dia dah bangun walhal masih enak berselimut.

Tahun lepas duit raya untuk anak saudara aku rm5 dan tahun ni disebabkan aku tak keluarkan duit, duit raya mereka hanyalah rm2. Siap aku tukar duit rm 10 aku dengan anak-saudara lagi semata-mata nak bagi rm2. Kedekut betul la aku ni. Takpa, nanti kerja aku bagi banyak-banyak. Takda fulus maa.

PAGI RAYA

Pagi raya aku menjahit baju yang tak siap lagi dan terburu-buru lepas itu bersiap untuk ke masjid diiringi bebelan mak aku. Ma memang tak sah kalau tak membuat kerepek di pagi raya yang mulia. Salah satu sebabnya ialah abang aku yang lambat dan aku pula tambah melewatkan lagi suasana. Namun sebab paling utama ialah ‘ketupat bajunya’ yang tak siap. Istilah untuk baju yang dijahit pada pagi yang mulia sedang tuan punya baju tercongok di muka pintu dengan resah melihat bajunya yang belum siap haha

Nasib baju aku siap tahun ni, just aku kena jahit bawah je pagi raya. Sut tahun ni hadiah kakak ipar, tudung comel & baju kurung sepasang. Ke masjid, imam solat sunat Eid ialah imam terawih, teka siapa dia.

Ada rezki aku lagi rupanya mendengar bacaannya yang cukup menarik. Sekali lagi tahun ni dia jadi imam terawih di masjid yang khabarnya arahan bagi setiap masjid besar terawihnya 20 rakaat. Dan aku tidak sempat terawih di masjid Jeli pun tahun ni. Ya Allah, sejuk perut ibunya mengandungkan dia (khabarnya dia sudah berkahwin tahun lepas, tahniah untuk dia). Dan sejuk hatiku melihatnya dengan senyum manis saat menunggu abang aku di kereta. Ya Allah kurniakan aku mujahid sebegitu. Amin.

Malam raya, abang aku mesej, dia dalam perjalanan. Aduh, terpaksa lah aku mengorbankan katil itu untuk orang yang telah berkahwin, nasib baik tak ada abang ipar, kalau tak susah la aku, jadi macam bukan rumah sendiri. Lepas ni kalau semua balik, kena buat peraturan lelaki harus tidur di ruang tamu dan perempuan di dalam bilik. Ngeh2

Pagi raya, adik bongsu aku dah membebel, nasi belum siap. Jam 1130am baru dapat makan, haru betul. Kata kakak ipar aku, kita kena meriahkan suasana raya, jadi kami mengeluarkan segala peralatan yang baharu dan makan bermai-ramai di tingkat atas, aku sampai menambah 3x, namun surrender juga untuk kali ke3. Memang best!

Oh ya, tetamu pertama kami ialah jiran sekeluarga. Tak sangka mereka nak datang, jadi mak aku dah marah kenapa air yang dia order lambat sangat sampai. Sabar ma, ore baru nak wat air. Teh bukan sebarang teh. Teh songket perisa vanila ni. Satu kedai j kat Kuantan yang jual. Nak cari teh perisa laici & ros yang beli hari tu, tapi dah tak ada stok rasanya, merata kedai aku cari.

Dan oh, jiran aku yang baru kerja tu ajak aku kerja kat tempat dia kerja, Putrajaya. Oho..aku belum fikir kerja lagi, baru bertatih nak belajar.

Abang aku bawa balik air rosell untuk buat air batu. Aku dengan tabahnya membuat air batu (jimat sih, kalau beli habis berapa dah tu). Adik aku dah membebel, berapa sen sangat la, tapi sebab aku berjaya merajinkan diri, jadilah 6 ketul ais (satu pecah, habis basah karpet, nasib abang aku tak marah tempat kerja dia basah).

Macam yang selalu aku pesan kat adik aku, sebagai perempuan, kita kena pandai bajet sebab kitalah penentu ekonomi keluarga, lelaki bukan boleh harap sangat bab-bab kewangan ni. So, kalau isteri dia boros memang ekonomi keluarga tu merudum la. Jadi, kena belajar juga ilmu mengurus ekonomi sebelum kahwin, ok?

Petang tu, pergi teman adik aku ambil buah dokong kawasan belakang rumah, nyamuk sedap je curi darah aku, dah la aku tak cukup darah nak derma. Haish..Disebabkan aku tidak membawa pulang laptop, maka aku telah berjaya mengkhatamkan nota DM. Tahniah untuk diri sendiri!

RAYA KE2 & 3

Beraya rumah kakak ipar aku. Aha, tak jumpa buah belimbing yang masak. Malamnya, tidur selepas maghrib dan bangun jam 11pm. Esoknya pergi rumah sepupu aku kahwin. Asalnya tak pergi, tapi sebab temankan kakak ipar aku yang baru lepas 40 untuk mengawal hulubalang-hulubalangnya, maka aku harus pergi jua.

Dia navy. Baru aku tahu apa maksud  istilah ‘mengenal’ dengan pengantin. Salam dengan pengantin,letak duit dalam bekas dan ambil sisa. No money, no sisa k.

Ni sepupu aku yang bongsu, sepupu aku semua dah tua, siap ada yang dah bercucu pun. Rumahnya agak jauh dalam hutan (suka hati aku je). Dan hobi aku ialah kumpul sisa dari majlis kahwin orang, kali ni dapat tuala dan key chain.

Balik aku suruh abang aku berhenti sembahyang kat masjid. Abang aku sembahyang, anaknya cium bucu tangga dengan dagunya yang runcing. 2minit menangis dan kembali berlari dengan darah menitis atas bahu. Hish.budak ni. Bawa A&E Spita Jeli, kena 3 jahit.

Malamnya, aku menyiapkan membungkus makanan untuk dibawa balik ke asrama, perkara wajib ialah keropok. Ni antara stimulus untuk menambah selera makan aku yang merosot dengan teruknya akhir –akhir ini. Entah mengapa, semua pakaianku tambah longgar dan hobi baru pula tercipta, skip makan malam. Kalau puasa aku akan makan sekali sehari, wajib waktu berbuka. Kalau sahur, aku makan tamar sebiji je. Ada sesiapa yang tolong aku develop appetite aku yang nyawa-nyawa ikan ni?

Dan oh, malam ni aku menguasai dapur sebab kakak aku keluar cari ikan untuk anak saudara aku yang mengalami allergic, gatal seluruh badan. Apa yang aku buat? Aku kemaskan dapur, basuh yang perlu dibasuh, sapu sampah dan memasak. Apakah menu malam ni? Ada telur sisa majlis kahwin tadi. Banyak juga la kami dapat sebab kami pergi dua kereta.

Dah lama tak makan ikan masak kicap, jadi aku nak masuk telur masak kicap. Jenguk dalam peti ada ubi kentang yang tak habis diletak dalam gulai nasi minyak semalam. Apa lagi, aku potong kecil-kecil. Kupas bawang besar sebiji dan potong lada merah (sikit je, nanti pedas budak-budak kecil kat rumah ni tak boleh makan).

Mula-mula masak ubi kentang dulu sebab ubi kentang lambat masak. Goreng dalam minyak yang tak berapa banyak. Lepas tu ketepikan dan kurangkan sedikit minyak. Tumbuk dua ulas bawang putih dan letak dulu dalam minyak. Lepas tu campakkan segala macam bawang besar dan ubi kentang. Then, masukkan sos tiram secukup rasa serta jangan dilupa dua bahan asas, gula dan garam. Jangan lupa juga kicap, aku nak letak sos cili, tapi kak ipar aku cakap nanti rasa dia berubah, jadi aku batalkan niat. Ikut hati aku aku campak apa saja sos, asal boleh makan sudah, simple kan?

Kakak aku balik, tak ada ikan katanya. Jadi abang aku suap anak dia dengan kuah kicap yang aku masak tu. Aku pula makan nasi tak sampai sepuluh suap dan telur tak sampai separuh. Tuhan, selera makanku mula hilang.

Kemudian bersiap-siap untuk ke Kuantan. Abang aku dah warning awal-awal dia mengantuk bawa kereta malam. Bawa bas boleh pula? Bawa bas rasa mengantuk lain. Owh..gitu k? Mana aku tahu perbezaan jenis mengantuk semasa bawa bas dan kereta. Nasib baik dua orang abang aku balik esok pagi, abang aku seorang lagi entah beraya ke mana, tak kan dah kerja kot, tak nampak batang hidung dia.

RELA DALAM PAKSA KEMBALI BERGELAR PELAJAR

Pulang ke Kuantan, abang aku secara paksarela menghantar aku ke rumah kawan jam 1030pm. Dia menguap sepanjang jalan dan membebel pula sebab aku tak ingat jalan rumah kawan aku (aku senyap je, orang nak hantar pun mujur, dah la dapat duit raya he8). Anak saudara aku yang katanya sebagai peneman terlentok tak sampai setengah jam dalam kereta.

Bertolak hampir jam 1am, aku bercadang untuk tidur saja, namun sebagai co pilot yang menjadi penglipur lara, nampaknya aku tak boleh tidur. Lalu aku bercerita seenaknya.

Cerita pasal anak saudara aku yang dagunya mencium bucu tangga-kena 3 jahit. Dan tak dilupakan cerita novel yang malar segar dalam ingatan.

1.         Tentunya kisah Jalan Seribu Liku yang kujumpai setelah sekian lama mencari

2.       Tahanan Tupec Amaru-pengalaman Mokhtar Selat (dah lupa detailnya, tapi memang akan aku cari lepas ni)

3.       Kisah Suhana dan Ben (cover  warna indigo). Tema sama macam Jalan Seribu Liku, namun sedikit kelainan. Suhana Islam pada nama, namun cintanya terhadap Islam tidak mempu untuk Ben gugat dengan perkahwinan. (cuba untuk mencari novel ni)

4.       Cerpen Nur Sadiq (aku tak cerita pun, sebab aku rasa tak sampai maksud kalau cerita). Cerpen ini membekas dalam hatiku sampai berpuluh kali aku ulang membaca hingga aku menghafal dialog watak-watak di situ. Berharap sangat aku mampu menghasilkan cerita semacam itu-simple, bahasa yang menikam dan kesudahan yang mengesankan. (aku suka sangat-sangat diksi kata cerpen ni). Aku punya tabiat mengulang bacaan sesuatu yang aku suka tanpa jemu.

5.       Teringat pula zaman sekolah rendah dulu, disebabkan minat aku untuk menyalin pantun, sajak dan syair, kawan aku akan memberikan buku kerja bahasa melayunya kepada aku untuk aku menyalin semua yang di dalam tu. Sampai sekarang buku tu aku simpan lagi. Mula dengan menyalin sajak orang, akhirnya aku berjaya buat sajak sendiri, namun tidak dihantar ke mana-mana penerbitan.

Jam 315am, kami singgah di Petronas kerana drebarnya mahu tidur sekejap. Dan aku seenaknya menyambung tidur hingga jam 5am saat semacam terdengar teman-teman mencari stesen minyak yang dibuka. Oh, caltex tak buka yea.

Dan kembali aku mengemas sila dan menyambung hikayat antara tidur dan jaga. Lain kali aku kena bajet berapa jam atas kereta dan berapa cerita yang perlu disediakan untuk dihikayatkan.

Sampai jam 630am dan ke kelas jam 9am. Mengantuk yang amat.

Dan aku mahu tidur, cukuplah untuk kali ini. Lain kali sambung lagi. Ada banyak lagi dalam kepala, tapi esok kelas jam 8am, makanya harus tidur.

No comments: