Monday, June 3, 2013

PENING-PENING LALAT..LALAT MANAKAH YANG PENING? FUH!!



Ada kegilaan baru. Mataku tak mampu menatap baju blouse beserta peplum yang cantik. Penasaran dowh! Jadinya, impian baru aku selain dari mahu menjadi penulis abadi, aku mahu jadi pereka fesyen, menjahit sendiri baju yang tersarung di tubuh. Darah seni itu mengalir dari ibuku. Cumanya, aku sekadar mampu menjahit tepi dan bawah, jarang-jarang dibenarkan untuk memotong baju. 

Berguru dengan bonda, waduh serius dan telitinya yang amat. Seumpama dalam dunia belajarku yang mengambil berat 1mm, dia amat mengambil berat urusan cm incinya. Garang yang amat. Dahulunya, aku merajinkan diri menjahit pakaian baju kurung kanak-kanak. Sewaktu itu dia sibuk mengikuti kursus menjahit baju melayu sesudah mengikuti kursus menjahit langsir.
Katanya mahu menjahit langsir baru sempena majlis kahwinku nanti (harus grad ini menjadi suatu kewajipan nampaknya, aduhai) dan aku pula sibuk mengganggu tumpuannya dengan bertanya berapa inci dan dia sibuk mengira bahagi tambah sedangkan dia punya kelas baju melayunya. 

Bonda, kalau sudah mengadap kain, usah diganggu, lapar pun tidak dipedulikan seumpama aku yang terjumpa naskah buku dan tenggelam dalam dunia itu dan mudah melupakan segalanya.

Aku yang punya darah muda yang mudah mengelegak inipun angkat bendera putih. Haha. Kakakku pun pernah berguru dengan bonda dan menyerah sesudah itu. Ampun, garangnya saat mengajar yang amat. Saat aku memberitahu kepada bonda, dia hanya senyum. Padanlah aku garang, ada dalam genetic rupanya..haha. Belajar menjahit mata lalat, belajar menjahit lubang butang namun semuanya tak berkesudahan. Sekarang, punya impian menjahit baju kanak-kanak dan juga menjahit langsir. Bab memasak, maaf hatiku belum terbuka, aku lebih minat menjahit ye.


Cuti ini punya banyak impian. Mahu merencana majlis pertukaran status (10%), mahu menyiapkan sebuah novel (60%) dan juga mahu belajar menjahit baju blouse (30%) untuk diri sendiri berdasarkan rekaan yang aku minat. Punya seribu impian yang aku gantung di dada langit. Aku mahu berlari, biar peluhku menjadi bukti, kakiku tak pernah henti berlari.

Sekadar bercerita status sekarang. Masih di bangku sekolah, sweet 17..haha. sekarang sudah minggu ke8. Final year block 4 sekadar 8minggu. Punya revision week 3 minggu dan exam teori selepasnya. Bakal exam praktikal prostho Rabu ini dan sudah exam cons sesudah balik mengundi hari itu. Khamis ini ada temuduga SPA ye. 

Cerita pasal fixed prostho ye. Anterior crown aku share dengan 4orang. Prep saja dah 2 visit. Visit ke3 baru boleh ambil impression. Hantar lab pula paling awal 2minggu boleh ambil. Harga rm200 per unit. Urutannya begini ye:
·         Present case (kena pilih pt yang compliance-ni untuk mana-mana kes pun dan yang mampu bayar, kalau dia tak mampu, alamak rabak la poket membayar, tak mengapa asal aku grad..huhu)

·         Kalau lulus (oral hygiene kena maintain, BPE kena ok,ada cukup interocclusal space,kalau restoration besar sangat eg margin subgingival mungkin kena buat elective endo dulu…hmm.kalau molar RCT, nengung jugak la jawabnya..huhu)
·         Sebelum lulus, kena pastikan occlusion dia stable, kena buat semua restoration yang perlu, kalau tak pun yang lubang besar semua kena tampal dulu
·         Ok.dah setel, Dr dah lulus, semua cavity dah fill cantik-cantik, boleh start ambil impression untuk study model dan working cast

·         Dalam klinik kena present RCP,ICP,PCP,right and left lateral excursion
·         So, start prep atas working cast. Sebelum tu kena wax up gigi untuk  buat temporary crown, alah bentukkan cantik-cantik guna wax biru tu
·         Dah lulus prep atas cast, boleh start panggil pt untuk prep..tangan keras macam aku ni 2 visit baru siap..huhu

·         Visit ke3 ambil impression guna heavy body dan light body. Jangan lupa letak retraction cord impregnated with adrenalina (aku guna double 00 dengan ferric sulphate as hemostasis agent). Ambil bite guna wax/exabite. Ambil shade guide dan ambil impression untuk articulation juga


·        
 Hantar lab dan tunggu la untuk isu

·         Antara problem masa isu-short,rocking,high bite dan macam-macam lagi, so hantar balik untuk repair
·         Cement guna GIC luting cement/multilink/variolink
·         Pumice dulu sebelum cement

Aku dah berjaya issue cantilever bridge, dah review pun. Tapi posterior crown tak sampai-sampai lagi dari lab. Anterior crown hantar sendiri lab PJ,esok insya Allah dapat. 130rm per unit. Dah 2minggu sesi fixed kosong sebab crown tak sampai lagi. Tadi issue denture exam. Esok nak issue lagi dan examnya pagi Rabu. 

Cerita pasal anterior crown. 2minggu lepas cadangnya nak ambil impression. Dengan tunggu turn nak ambil barang, hmm..terpaksa dibuat Rabu. Selasa tu 1st time balik 615pm kot sebab protem buat hal, temporary asyik tak jadi. Rabu tu pun balik 615pm, burn sesi GDP..huhu.

Khamis panggil pagi, jadi habis 2pm. Huhu. Fixed pros yang menguji kesabaran. Jadi GDP sudah terlewat seminggu dari jadual. Alamak! Lab tu hantar PJ. Harapnya boleh issue dengan jayanya. Insya Allah.

Minggu lepas pula bagai nak gila menyiapkan presentation ortho (isnin) perio (khamis) dan cons (jumaat) sambil menyiapkan kerja lab. Tidur jam 2am, bangun jam 5am. Tidur jam 11am dan bangun jam 3am. Mahu tersengguk sewaktu buat bekerja di lab yang semacam peti sejuk itu dan nyaris-nyaris aku tidur dalam lab itu kalau tidak kerana malu kerana itu ialah open lab. Huhu

Alhamdulillah juga sekarang musim cuti sekolah. Dapatlah aku menyiapkan case complete untuk pead. Rasa sangat bersyukur dapat membantu anak-anak menjaga kebersihan mulut sewaktu gigi kekal masih belum sepenuhnya tumbuh. Harap-harap mereka mampu mengekalkan kebersihan itu sepanjang hidup.  

 
Pesan detik kepada diri

Meski riang meski duka
Akukan terus berdetik
Sesaat pun takkan mungkir

Meski bahagia meski sengsara
Akukan terus berlalu
Dengan lagu sendu dan rindu

Semuanya..pasti berakhir
Antara kesedihan dan kegembiraan
Akukan mengakhiri dan memulakan hitungan

Antara senyum dan tawa
Antara cinta dan benci
Antara harapan dan putus asa
Aku pasti berlalu

No comments: