Cinta itu bagai api, MARAK dan membakar diri. Menjulang semangat CITA biar menjamah jaya.
Cinta itu ANUGERAH terindah. Saat RINDU bertandang, aku
penasaran. TerBIUS oleh perasaan, aku kewalahan. Alangkah cinta pabila ia
berbicara, KUASAnya bukan kepalang. Aduhai diri, berTABAHlah meladeni ujian. Mujahadahlah
mencari REDHA Tuhan.
BENAR, aku cintakannya. Namun bukan kerana dirinya, namun
kerana agama dan IMAN yang berSEBATI dengannya.
Dia pemuda idaman. 30 juz KEMAS terakam dalam dadanya. Pernah
cuba-cuba menawarkan cinta berkias melalui orang tengah. Sayang, cinta aku
kepadanya hanya cinta sesama MUSLIM. Hatiku masih belum terbuka untuk berbicara
soal AKAD. Masih punya beban tanggungjawab seorang PELAJAR ijazah untuk
dilunaskan. Dia ‘gentleman’. Menghormati pendirian seorang wanita sepertiku. Tidak
kutahu, dalam diam rupanya dia memasang tekad, yang PERTAMA itu, biarlah yang
terAKHIR.
Ini hari penyatuan sebuah cinta DEMI kerana-Nya. Kami bersatu
kerana janji Allah itu pasti. Jodoh itu bukan PILIHAN, ia ialah takdir yang
tersurat. Melihatnya melafaz akad, ada sebak mengepung di dada. Betapa SETIA
dia memegang kemas suaraku padanya: Andai kau ketemu seseorang yang ‘serasi’
serasa seakan ‘soulmate’ janganlah pernah kaulepaskan. Kerana perempuan dalam
dunia ini tak ramai yang mampu menjengah MENUMPANG DIAM di teratak hatimu.
Hari ini hari bahagia KAMI. Aku senyum menatap bicaranya
saat dia menyatukan kami dalam ikatan yang SAH. Aku menyelesaikan IJAZAHku dan
dia hadir meLENGKAPkan duniaku. Terima KASIH kerana setia menyemai rindu dalam
diam, ISTIQAMAH dalam menyedekahkan doa setiap selepas solatmu untukku. Moga kita
sama-sama membantu menuntun untuk menuju SYURGA abadi di sana.


2 comments:
safi...dah kahwin ke?
Salam..belum la Dayat..final sem skg...tunggu habis study dulu..insya Allah akan jemput Dayat nanti..futuristic event..hehe...awak?
Post a Comment