Wednesday, July 28, 2010

APA KATA AKU ~SETELAH MEMBACA APA KATA MEREKA



 Kata atheist, sebenarnya lebih mudah menjadi orang beragama berbanding orang tanpa agama.
Alasan?
Untuk menjadi orang beragama hanya perlu percaya. Jangan persoalkan sesuatu.
Tapi untuk menjadi orang tidak bertuhan, anda perlu mempunya alasan kepada Tuhan itu tiada.
Maka, jadilah orang beragama yang tidak berfikir dan orang tidak beragama yang mencuba mencari bukti apakah Tuhan itu wujud. Mereka mencari, menyelidik dan mencuba mencabar akal hingga ke hujung langit atau ke kerak bumi dan sanggup pula menjejak planet-planet lain.

Orang beragama?
Hanya tau berserah. Tawakal-kata diksi agama.
Usaha? Sikit hingga kadang mencecah minimum.
Kata komunis, agama itu candu. Kemabukan terhadap agama menyebabkan manusia melakukan apa saja tanpa berfikir. Itu alasan untuk membunuh agama.
Yahudi Zionist, pemilik segala macam media massa memanipulasi media untuk propaganda memancing simpati dunia. Peristiwa Holocaust diulang tayang dalam bahasa yang menyedihkan.
Kekejaman Nazi Jerman ditekankan untuk melupakan kekejaman Pol Pot atau Bush Jr mementaskan sandiwara pembunuhan 11 September. Dan hanya Hitler cukup untuk membuatkan orang tahu betapa Yahudi ditindas tanpa belas, dibunuh tanpa sebab dan dilayan cukup kejam.
Hitler-mempunyai tentera Islam sebagaimana Bush Jr mempunyainya. Membenarkan tentera Islam solat sebagaimana Bush juga membenarkannya. Atas alasan apakah untuk mengatakan Hitler itu dekat dengan Islam? Apatah lagi dengan matinya membunuh diri.

Bush Jr diperalatkan Zionist merancang keruntuhan WTC untuk menjadikannya lesen menuduh setiap yang beragama Islam atau bangsa Arab dengan label pengganas.
Bukan mudah untuk menilai siapa salah siapa betul dalam keadaan sumber internet yang diragukan kesahihannya. Bahkan buku pun masih belum terbukti kebenarannya. Pendapat saya bersikaplah neutral dalam hal ini.
Membunuh Yahudi bukan bererti dia seorang yang baik kerana bukan semua Yahudi yang dibunuh itu jahat. Ya, masih ada Yahudi membantah kepulangan mereka ke Palestin, bahkan diharamkan pulang ke al-Quds. Namun, tak ramai yang tahu kerana saban waktu kita dipaparkan seoalah-olah semua Yahudi itu Zionis.
Sejarah tidak membuktikan Hitler membenci Islam, namun tidak membenci bukannya bererti dia menyayangi, bukan?
Sepertimana anda tidak menerima bulat-bulat betapa ramai Yahudi yang dibunuh Hitler kerana propaganda media yang dikuasai kaum Yahudi, begitu jualah jangan menerima bulat-bulat sebarang sumber yang mengaitkan Hitler dan Islam. Mungkinkah apa propaganda baru yang muncul di sini?
Bukan jumlah ynag dipersoal kerana pembunuhan tanpa sebab tetap haram walau hanya satu nyawa. Membunuh satu seolah membunuh seluruh keturunan-terjemahan kalam Allah.
This is too good to be true, right?
Hitler menggunakan ayat dari al-Quran sebagai hujah?
Owh..umat Islam sendiri ramai yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri. Contohnya kewajipan puasa dan qisas. Semuanya menggunakan ‘kutiba=difardhukan’, namun mengapa hanya puasa saja diwajibkan di negara yang kononnya mengaku Islam sedang hukum Islam diharamkan??

Baca buku sejarah pun faktanya banyak yang diputar belit dan tidak boleh dipercayai. Contoh : baca buku teks sejarah sekolah menengah. Pejuang kemerdekaan dilabelkan dengan gelaran penderhaka oleh penjajah dan nama mereka perlahan-lahan terhapus daripada sejarah perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.
Cuba buka minda anda dengan bertemu Nyemah Mulya dalam karya Faisal Tehrani. Jungkir balik sejarah yang cukup untuk membuat minda berfikir.
Kata mereka antara alasan kenapa Yahudi membunuh Yahudi (hakikatnya bukan hanya Yahudi dibunuh, tapi untuk memancing simpati dunia terhadap Israel menjajah tanpa Palestin, maka Yahudi dijadikan topik utama cerita, Ya, media kan milik mereka) kerana dengki terhadap dominasi ekonomi yahudi.
Namun, ada pendapat lain yang mengatakan sebenarnya Yahudi dan Hitler membuat konspirasi membunuh Yahudi untuk menubuhkan Yahudi baru. Mereka membunuh  dengan  niat mengurangkan jumlah penghuni bumi. Pernah belajar Natural Selection dalam teori Evolusi? Hanya yang kuat akan kekal. Jadi, yang lumpuh, sakit, buta dan tidak berkemampuan akan dibunuh berdasarkan prinsip itu.
Sesiapa yang membenci Yahudi, anda adalah anti-Semitik. Enteng bukan?
Muslim bererti Islam. Namun, tidak semua Muslim bersikap seperti selayaknya. Contoh terdekat: saya Muslim, tapi saya tidak memakai tudung. Atau saya Muslim tapi saya menentang pelaksanaan hudud. Atau saya Muslim, saya tidak solat tapi saya mengharapkan pahala kerana saya membina Masjid yang indah untuk orang bersolat.
Michael Hart meletakkan Nabi Muhammad di takhta pertama orang paling berpengaruh di dunia. Dan semua orang berbangga kerana barat mengiktiraf Baginda. Namun, jangan kita mudah ditipu dengan kedudukan itu. Bukankah itu melambangkan bahawa dia melatakkan Nabi saw kedudukan yang sama dengan orang no2 dan seterusnya, Cuma mungkin lebih sedikit sahaja. Bukankah itu namanya menyama tarafkan kedudukan Baginda yang maksum.
Apa kata suatu hari kedudukan itu diubah? Apakah kita terlalu lemah hingga terpaksa bergantung kepada barat untuk menilai? Ingatlah baginda saw tidak ditinggikan dengan pengiktirafan itu dan tidak pernah jatuh dengan hinaan manusia. Ini adalah kerana Islam itu tinggi dan pembawanya mestilah tinggi kedudukannya. Terlalu rendahkah kita hingga terpaksa bergantung kepada penilaian barat. Ingat, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

TWO BEGGARS
Two beggars are sitting on the pavement in Ireland.
One is holding a large Cross and the other a large Star of David.
Both are holding hats to collect contributions.

As people walk by, they lift their noses at the guy holding the Star of David but drop money in the other guy’s hat.
Soon one hat is nearly full whilst the other hat is empty.
A priest watches and then approaches the men.
He turns to the guy with the Star of David and says, "Don't you realize that this is a Christian country? You'll never get any contributions in this country holding a Star of David."
The guy holding the Star of David then turns to the guy holding the Cross and says,
"Hymie (Jews's name) , look who's trying to teach us Marketing." 
"Hymie (Nama Yahudi), Lihat Siapa Yang Mengajar Kita Marketing!"


Pengajaran:
Humor ini diambil dari kumpulan humor Yahudi.

Kedua pengemis itu sebenarnya Yahudi.

Humor ini sebenarnya ingin mengangkat stereotype Yahudi yang licik.

Akan tetapi kita juga mampu belajar pemasaran di sini.
Dengan strategi satu memegang bintang Daud (lambang Yahudi) dan satu memegang salib mereka menggunakan  kaedah pemasaran dengan pendekatan kontras yang menimbulkan simpati dan emosi.

Orang tua kadang juga menggunakan teknik ini.. Kadang kepada anak, satu pakai pendekatan keras satu pakai yang lembut, kerana kalau cara kasar tidak menghasilkan yang baik, mungkin cara lembut mampu membuahkan hasil.

Dalam pemasaran juga. Kadang ada orang menjual dua produk sejenis, satu dijual mahal sekali sehingga yang lain kelihatan jadi murah.
Jadi sebenarnya cara ini mampu digunakan untuk berbagai bidang secara halal.
Asal hati-hati jangan sampai menipu.

Sunday, July 25, 2010

3 IN 1..KUDAPAN

Cabaran kadang menjadi takdir yang amat melelahkan jiwa. Tapi, aku suka . Suka sangat di Taman Ilmu dan Budi ni. 


Maaf, bahasa di bawah ialah bahasa percakapan. Campur BI BM. 

Sketsa 1

Aku naik ke musolla untuk solat Isya’ berjemaah. Jemaah yang aku cuba ialah Maghrib dan Isya’. Aku tidak mahu jadi insan yang tak pandai menghitung antara 27 dan 1, yang manakah lebih banyak. 

Adik-adik nursing sedang berbincang sesuatu. Ha, tanya akak.

Kak, macam mana makan ubat yang menyebabkan kidney fail?

Bukan ubat yang menyebabkan kidney fail, tapi ubat yang akan merosakkan badan saat fungsi kidneyterjejas. Contohnya nephrotoxic drug. Kidney tu kan fungsi dia untuk metabolize/excrete drug. Kalau fungsi dia terjejas, ia kekal dalam badan dan menyebabkan toxicity. So, kalau orang ada renal problem macam on dialysis, kena berhati-hati la prescribe ubat.

Herba macam Tongkat Ali atau Kacip Fatimah apa kesan dia kat buah pinggang kak?

The problem with traditional medicine is we dont know the exact content unlike chemical drug. So, tak boleh nak cerita panjang la. Sebab tu berhati-hati sikit kalau combine traditional dan clinic punya ubat. Takut kesan dia antagonize each other. 

Caffeine?

Akak tak tau sangat sebab baca artikel setengah kata ok, setengah kata tak ok. Depend la. Yang akak tau memang mata akan berjaga kalau ambil caffein unless dan tolerance. Tak leh nak buat apa la. Lagi satu, micturition dia kerap sikit..hehe.

Nicotine?

Akak tak tau kesan dia dekat kidney. Lupa..hehe. Yang akak tau nicotine ni tak bahaya tapi kesan addicted dia yang bahaya dan dia memang register kuat dalam hard disk kepala kita. Rokok tu bahaya bukan sebab nicotine tapi beribu bahan kimia yang ada dalam tu. Rokok tanpa nicotine memang tak laku. Pernah dengar Nicotine Replacement Therapy-NRT. .

Tak. Apa tu?

Rawatan untuk orang yang nak berhenti merokok. Ada dalam bentuk patch atau chewing gum. Ada jual kat pharmacy, harga dia sama mahal dengan rokok. So, untuk siapa-siapa yang nak mencuba rokok tapi ada niat nak berhenti, baik lupakan. Tak mudah nak lepas dari addiction nicotine. Dia akan menghantui hidup anda dan mengikat anda dengan ikatan ionic yang sangat kuat. Ok?

Owh.

Akak, jom solat. Silakan imam.

Senyum sejuring. Mengabadikan ketaatan kepada Pencipta ialah tanda kesyukuran dan rendah diri seorang hamba yang ditaklifkan khalifah.

Qamat. Aku berbisik kepada adik di sebelah kanan.

Sketsa 2.

Aku nak g cuci gigi pasni, nak ikut?

Aku terdengar perbualan adik-adik usai solat maghrib di musolla.

Sakit la. Hari tu akak tu panggil review aku tak pergi. Takut.

Aku ada pengalaman beberapa kali menjadi patient kepada teman. Memang helpless atas dental chair tu. Dengar bunyi drilling semacam tinnitus. Pegang saliva ejector semacam takut air terus ke kerongkong dan melemaskan diri. Termengah menghirup oksigen saat bernafas melalui hidung. Usai saja buat rawatan melepaskan nafas lega yang teramat. Headache memang perkara wajib bagi aku.

Sumpah! Aku akan gtau sesiapa yang aku kenal untuk buat prevention sebab rawatan akan menyebabkan diri lagi terseksa atas dental chair tu. Sebab tu aku hargai sangat sesiapa yang sudi jadi patient kepada dental student.

Scaling, aku mencelah.

Ya, kak. Sakit.

Sakit tu kalau nak buang subgingival calculus. Plaque yang dah mengeras dalm gusi. Terpaksa korek sikit. Tapi, kali pertama j la. Pastu dah tak sakit kalau jaga betul-betul . At least wat routine dental visit 6 bulan atau setahun sekali. So, takde la sakit.
Owh.

So, aku kena g la ni. Dah lama tak jumpa dentist.

Ya. Dan aku menyambung solat sunat hifzil iman.

Sketsa 3.

Kenapa aku suka rumah. Boleh bulat lawak mr bear weak..haha. Teka sendiri siapa dia dalam bahasa scotland. “ “ : anah.

Jom main badminton. Ada seekor kucing atas tangga. Macam MANIKAM KALBU kata adik aku. Terutama ekor dia. Kucing tu jadi pengadil..haha.

Tolak 3 markah kalau menyebabkan kecederaan kepada pengadil saat bulu tangkis meluncur keluar gelanggang dan mendarat atas tangga hampir mengenai pengadil.
Tolak 6 markah kalau sengaja pukul bawah net.

Dan bermacam lagi peraturan yang kami buat. Mew choo pie vs lee chong cah..haha

Abang aku balik. Ambil raket kat tangan adik aku. Lawan dengan aku. Kadang-kadang bulu tangkis RCL itu mendarat atas atap rumah dan kami menjolok dengan buluh. Kadang-kadang mendarat atas pokok dan aku melempar selipar dan kedua-duanya landing dengan amannya di atas dahan.

Yang aku paling suka ialah smash. Jadikan badan lawan sebagai sasaran haha. Tapi, adik aku jarang-jarang je boleh buat smash badan aku. Kira aku main kasar la ni..hehe.

Kalau main double ada harapan smash badan partner sendiri denagn raket. Sakit wooo..tapi, sebab raket ada dua je, tak leh nak main double la.

Kadang main dengan mak aku.

Kata mak aku, main dengan aku best. Adik aku pun merajuk. Ya la, main dengan dia best, main dengan ore ma tak pandai. Dan aku gelak kuat-kuat..haha. Adik aku selalu jealous dengan aku, tapi aku juga yang dia cari kalau nak teman g mana-mana, sampai sanggup kacau aku baca novel.

Jomla. Rengeknya sambil tarik hujung baju aku. Nak baca buku ni. Sokmo, kalau aku nak baca, mu gak dengki sokmo. Adik aku ajak tampal poster ABC dan alif ba ta untuk ajar CD. Yalah. Pahni jangan kacau aku, bukannya dia tak leh wat sorang, saje mengada dengki dengan aku la tu.

CD suka kacau aku, dah la pintu bilik aku tak leh kunci. Dia akan tolak pintu dan tenung aku yang dok layan perasaan. Aku tak leh nak buat apa, terpaksa layan dia. Last-last aku ambil dia hantar bilik adik aku. Suruh dia cium adik aku dengan hidung berair. Apa lagi, mencicit adik aku lari. Padan muka dia. Tapi aku kena balik. Dia ambil CD dan suruh CD cium aku. Aku pun lari keliling rumah la. CD juga yang untung, gelak tak berenti..haha.

Budak-budak, suka sangat kalau orang layan dia. Macam anak sedara aku kat Terengganu, suka sangat lompat atas aku. Dah la dia berat, mahu nak patah tulang aku. Manja bukan main. Suka peluk aku. Ada satu kali aku geram sangat aku ambil kain dan ikat dia kat tiang rumah. Dia gelak je. Buat la apa pun kat dia asal layan dia.

Pasal lari-lari ni teringat la pula zaman kecil-kecil dulu. Berlari ke rumah saat azan di masjid kerana wajib berjemaah. Tak kira tengah buat apa pun, kalau azan je, mesti berhenti dan ambil wudu’ untuk solat berjemaah di rumah. Juga berlari-lari di tengah malam saat dikejar dengan tiub getah.

Aku memang pantang orang usik barang aku terutama berkaitan pelajaran. Saat adik aku melakukannya spontan penampar singgah ke belakang . Rasa tangan aku nak tercabut saat tu. Kesannya aku dikejar dengan tiub waktu 930pm dan aku lari tanpa alas kaki dalam pekat malam dengan tangisan yang tertahan dan air mata membasahi setiap langkah.

Kenangan zaman kecil-kecil. Kemudian, aku minta ma beli rak buku sebab majalah dan buku aku dah tak reti nak letak, banyak sangat. Kemudian, beli satu lagi rak buku.

Habis dah letak buku? Tanya kakak aku.

Bakpo?

Nak letak buku aku pula. Memang dia tak berani letak buku sebelum aku habis simpan buku atas rak tu. Aku mengamuk, habislah satu rumah..haha. ..

Impian aku kalau aku kahwin nanti wajib ada satu bilik untuk simpan buku-buku aku. Aku sayang buku-buku tu. Semuanya berbalut. Yang tak berbalut mesti adik aku punya. Aku obsess dengan buku dan alat-alat tulis. Aku boleh beli pen, pensil, note pad..hanya disebabkan cantik, bukan untuk keperluan pun. Haish...

PROUD TO BE AN AVID READER.


Saturday, July 24, 2010

SEKADAR BERBICARA DENGAN DIRI


Saat monolog galak membina dialog

Sekadar satu perkongsian buat adik-adik 1st year yang sudi menjengah teratak yang tak seberapa ini. Sekadar ingin berkongsi pengalaman zaman muda-muda..hehe.

Tahun pertama di KOD. Tahun pertama mengenal betapa matrik itu jauh berbeza dengan kampus di sini. Tahun pertama mengenal anat, physio dan bichem. Tahun pertama untuk pertama kalinya dalam hidup aku menangis angkara gagal dalam ujian. Tahun pertama untuk seorang aku menghitung diri, betapa sengit dunia kampus. Berulang alik dari KOM ke KOD dengan berjalan kaki sebelum abang bermurah hati menawarkan skuternya untuk aku guna setelah acap kali aku pulang ke rumah mengadu susah mahu berulang alik begitu dengan berjalan kaki.

Tahun pertama untuk pertama kali dalam hidup aku mengalami krisis pembelajaran yang menggugah. Sering kali berfikir kenapa aku yang selama ini ok je belajar boleh gagal dalam ujian. Soalan itu membuatkan 1st year ialah tahun untuk aku mengadaptasi diri ke dalam persekitaran yang baru. Mencuba serius dalam hidup.

Aku budak math. Otak aku lebih mesra dengan angka berbanding membaca. Teringat dulu betapa aku enggan menjadi budak medic yang terpaksa menghadap buku saban waktu. Aku bukan ulat buku kalau tiba bab akademik walaupun adik aku kata aku ni memang gila belajar, lupa kehidupan yang lain.

Takdir itu menjemputku menjadi penghuni KOD. Aku yang membuat pilihan untuk menerimanya. Dan hari ini aku di sini mencuba dan terus mencuba. Mahu tahu apa yang menarik tentang bidang ini yang mampu membuatkan aku kekal di sini?

Banyak. Antaranya ialah pensyarah yang mampu membuatkan aku senyum saat dada terasa sebak menakung kekecewaan tidak mampu lulus ujian atau patient tidak dapat datang untuk temujanji. Atau mencuba membuat kaviti dengan indirect vision yang membuat threshold kesabaranku makin lama makin meninggi. 


This in not the end of the world!

Safiy-pure. Pure heart. Pure soul. Should I represent my name.

Teman-teman yang meminjamkan aku telinga saat hard disk kepala terasa seakan penuh atau bahu saat aku menumpahkan air mata tika derita seakan mengheret seluruh jiwaku muram. Panik-kalimah yang banyak kali saat aku terserempak dengannya aku tidak lagi menjadi seorang aku. Jalanan terasa pincang dan aku mampu melakukan tindakan yang tak terjangka. Fuh! Bertul-betul cabaran emosi yang melelahkan.

The most important thing why I’m here today is dentistry is a combination about art and science. I love art but i need science too in order to be professional Muslim. In this field, u must try anything from

Medical subject-gross anatomy, histo, neuroanat,embryo, general medicine, general surgery, patho,microb,pharmaco,immuno

Dental subject-oral bio,dental material, cons,dental public health,ortho,paed,fixed prostho,prostho,oral surgery,  etc..endless list.


The most important thing is dealing with people. It’s the happiest moment in your live to serve people with ur knowledge. Trust me, u’ll enjoy this course if u learn it by heart.

Pioneer batch-have to clear the route for others to walk along. When we established, then the other batch will walk freely on it. No need to walk to anf fro between KOM and KOD. No need to be accused to be late for class coz u’ve to walk . yes. Dentistry is all about BLOOD,  SWEAT and SALIVA.

Changing from biomed to dentistry is another complicated thing to go through. Have to take UNGS and EAP here. We try to adjust from year 1 to take those subjects, but the fullness of schedule didnt permit us till Y3. The rest is history. Nanti la sambung, tak fokus ni.

Hari ini Sabtu minggu ke-4 di  Indera Mahkota. Meneruskan rutin memburu ilmu, hikmah milik umat Islam yang tercicir angkara kesilapan sendiri. Mungkin hujung minggu untuk penghujung minggu ke-4 atau permulaan minggu ke-5 di tahun 4. Ok cerita satu-satu.


Sabtu minggu pertama aku ke Jabor, menyertai khidmat masyarakat menjadi faci dan juga membersihkan masjid. Mahasiswa, baktinya bukan harus di universiti sahaja. Harus melangkaui sempadan dan melihat realiti di luar sana, yang semestinya bercanggah dengan teori yang dihafal.

Ahad minggu ke-2 ke Rompin atas jemputan YB Maznah yang inginkan pelajar kampus membantu program sempena Hari Kesihatan di sana.

Ahad malam minggu ke-3 menyertai program Malam Palestin di Hati. Semarakkan perjuangan memerdekakan al-Quds dengan semampu yang  boleh. Seharusnya minggu ini aku pulang ke Terengganu, melihat anak saudara baru, jua berjumpa dengan anak saudara yang tak henti-henti memanggil namaku.  Really miss both of them like crazy.

Sabtu minggu ke-4, menyertai Interaction Day, beramah mesra dengan warga KOD terutama 1st year dan petangnya menghadiri kelas pertama untuk sesi Sem 1, 2010/2011 UNGS 2050. Aku kira hikmah terbesar aku ambil UNGS di sini ialah pensyarah yang mampu membuatkan aku lupa dengan keletihan mental hari biasa. Sem lepas dua subjek, EAP dan UNGS 2040. Yang tinggal hanyalah Parenting dan UNGS 2030.  Dan oh, tahniah untuk tanggungjawab baru. Kata LASKAR PELANGI, menjadi pemimpin bermaksud sebelah kaki di jurang neraka. Namun aku berharap dengan amat, sebelah lagi mampu mengheret kembali kakiku ke SYURGA. Amin.class rep UNGS 2050 dan assistant class rep Year 4. Mampukah aku meladeninya???


Itu cerita hujung minggu. Hari-hari biasa ialah rutin yang kadang mampu menyebabkan aku mempersoal diri. Layakkah aku menjawat Dr di pangkal nama. Soalan itu menghantui diri hingga kadang aku terpukul sendiri. Betapa aku yang cetek ilmu. Betapa aku yang..dan berderet senarai menghantui. Hingga akhirnya aku terfikir: betapa aku enggan jadi orang tidak mensyukuri nikmat. Saat Allah memilih diri ini mendaftar, sesungguhnya Allah Maha Tahu bahawa aku mampu. Hanya aku harus lebihkan usaha dan kuatkan azam. 

PRAY HARD STUDY SMART!


Tuesday, July 13, 2010

LIFE


Hidup ialah sebuah drama dan kita ialah bidak-bidak di atas papan catur 

Thursday, July 8, 2010

WAKTU ITU SUDAH BERLALU

Kita mesti mempunyai KEYAKINAN untuk bahagia di hari esok kerana tanpa keyakinan kita akan MATI sebelum kematian.


tERASA bARU sEMALAM aku bergegas ke Pustaka Awam Jeli untuk membaca buku PMR matematik dan sains demi mengejar tempat untuk menjadi wakil sekolah dalam kuiz sc & math

tERASA bARU sEMALAM aku berperang dengan perasaan hingga menjadikan ‘orang berjalan’ sebagai teman di saat kekusutan. Diguna dengan volume paling maksimum hingga deria seakan terhenti.

tERASA bARU sEMALAM aku membayar ‘samah’ seorang demi membaca Alam Perwira, Lingkaran Terkunci dan Dewata Raya etc episode terbaru (rm 2.50 satu majalah yang dikongsi bersama abang-abang aku)

tERASA bARU sEMALAM aku mewakili sekolah dalam kuiz bahasa Arab Safful Awwal hingga ke peringkat akhir anjuran YIK

tERASA bARU sEMALAM kolam air mataku banjir tak bertepi  angkara cubaan emosi yang seakan tak tertahankan

tERASA bARU sEMALAM aku menanti detik seorang itu mencapai ‘so called sweet 17’

tERASA bARU sEMALAM aku menanti detik 2 dekad + ¾

tERASA bARU sEMALAM aku berfikir-alangkah kalau aku dapat masuk UIA


tERASA bARU sEMALAM aku bermain congkak dengan mengorek tanah dan meletakkan tempurung dan menggunakan biji getah. Juga batu seremban dan lompat tali dan bola baling dan bola bayang dan coh dan lari pulang ke rumah saat enjin motor itu singgah di gegendang telinga.

tERASA bARU sEMALAM aku berpura-pura menangis demi mengelakkan solat setelah dipaksa abang aku saat usia masih belum mengenal dosa dan pahala.

tERASA bARU sEMALAM aku ke kebun durian dan mengharung air separas paha sambil menolak kereta sorong diisi durian di atas titi yang ‘rongak’. Tersilap atur langkah, bakal terus jatuh, jadi harus teliti membilang. Juga mengacau ‘lepuk’ dan menjual durian di pinggir lebuh raya utara selatan

tERASA bARU sEMALAM aku menyaksikan drama itu..aku masih ingat lagi. Macam terbayang depan mata la pulak.
tERASA bARU sEMALAM aku bersama Sya’ban (agaknya di mana ye dia sekarang?) yang ditugaskan menemani aku ke sekolah berjalan dan dikejar lembu hingga terjatuh ke dalam longkang

tERASA bARU sEMALAM aku bagai bermimpi saat nukilan aku bergema di thobur MMP

AKU YANG ANEH: belajar di SKJ2 namun menghadiri kelas tambahan SKJ1 kerana SKJ1 hanyalah di depan rumah. Guru besar tidak melepaskan aku pindah sekolah lantas sijil UPKK aku pun disimpan. Hasilnya, aku tak pindah sekolah, tapi sijil UPKK aku lenyap tanpa bekas, sayangnya! Tapi, paling best cikgu-cikgu SKJ1 dan SKJ 2 memang kenal aku.


AKU YANG TIDAK ANEH: kerana rumah aku tidak punya tv (aku tidak mempunyai niat untuk membelinya hatta di rumah sendiri pun), maka aku banyak menghabiskan masa meminjam buku terutama novel. Jadilah aku peminat novel yang setia kerana tiadanya tv.

Aku sekolah Air Lanas, tapi cikgu Jeli kenal sebab abang dan kakak aku sekolah di Jeli. Saat aku pergi untuk kuiz sc & math, cikgu-cikgu sibuk membandingkan adakah aku sama dengan abang atau kakak. Cikgu lelaki cakap aku sama dengan abang , cikgu perempuan sebaliknya. Lucu pula bila difikirkan…haha


HIDUP ANTARA SEBAB DAN AKIBAT

oLEH kERANA aku hadir interview, maka aku ambil jurusan ni

oLEH kERANA rumah tiada tv, aku seorang yang suka membaca

oLEH kERANA tekanan tinggal di asrama, aku jadi minat menulis

oLEH kERANA hilang, aku teraba-raba

oLEH kERANA dia belum hadir, aku jadi hilang pilihan



Terasa baru semalam bicara ini: kamu baru 1st year, tak perlu tahu detail, hanya yang asas sahaja.
Tapi, hari ini : takkan tak tahu lagi, kamu kan dah 4th year.

Ya, usia aku sudah bertambah makin banyak. Aku sudah mencapai usia dewasa. Aku bukan lagi kanak-kanak yang bicaranya tanpa maksud. Need to change, no excuse!

Sunday, July 4, 2010

CACA MERBA

Aku suka ros putih



Sebab itu aku membiarkan mawar merah layu



Oh, endodontics, (be careful, not endodontist) please love me coz I’m trying very hard to love you, really. Then comes orthodontics. Oh, wire bending please help me to finish you coz I’m helpless here.


ENDLESS WEEK/WEEK WITHOUT END

PERCA 1

Seorang rafiq menjengah di pintu kamar dengan mata hampir terpejam. Teman yang jarang sekali tidak membuat kunjungan ke kamar ku.

Safiy… (diulang banyak-banyak kali dengan leretan di belakang)
Ya.

Nak dengar tazkirah. Dia meminta.
Pasal apa?

Apa-apa je.
Aku jeda sejenak, membiarkan neuron-neuron bekerja.
Ok. Pernah baca La Tahzan.

Aku ambil buku setebal 592 di atas rak buku. Terjemahan oleh Mohd. Sofwan Amrullah. Nukilan ‘Aidh Abdullah al-Qarni.

Pernah baca, tapi bukan yang ni.
Sama je isi dia. Pilih ikut bab la, tak perlu baca semua.

Daripada la Tahzan, tiba-tiba aku melompat kepada Rembulan tenggelam di Wajahmu (RTDW). Dan seorang teman datang menyertai sesi tak rasmi. Aku jadi seorang yang obsess secara tak sengaja.

Aku tidak ingin menjadi Ray/Rehan BTDW yang 6 tahun terakhir hidupnya dalam lara. Namanya gah di puncak kejayaan, tetapi hatinya kosong, sekosong orang miskin jiwa yang tak punya apa. Tapi, aku ingin menjadi Si Gigi Arnab/Ratu Arnab dalam 6 tahun ke-4 dalam hidup Ray yang bicaranya: aku tak perlukan apa-apa, asalkan engkau redha kepadaku.

Aku tidak ingin menjadi Ray yang hanya punya 5 pertanyaan tak terjawab saat tubuh lesu terkedang di katil dengan segala pakar mencuba.

Ya, detik ini penghalangnya hanyalah langit




Tapi, aku ingin menjadi Ray yang semangatnya membara tak pernah padam membangun diri. Saat di puncak, rebah ,menjunam dan mencuba lagi hingga mencakar langit sekali lagi.

Sesudah beberapa puluh minit ‘membebel’ pasal RTDW: Safiy, balik dulu, nak tidur, ngantuk.
Okey. Dan malam pun berlalu.

PERCA 2

Safiy
Ya

Safiy
Ya

Safiy
Ha, ulang la banyak kali. Lepas tu cakap tak habis!

Apa maksud rahmat Allah?
Kasih sayang Allah.

Tu je?
Baca Bismillah..sampai akhir.

Apa maksud Rahim?
Maha Penyayang.

Ha, tau pun.
Safiy, erm..apa maksud salaful soleh?
…..

Safiy, apa maksud Redha?
Pernah tengok filem Pasrah?


Erra dan Abby k?
Tak tau. Yang Safiy tau ada Erra dan Norman. Safiy pun tak pernah tengok filem tu, tengok iklan je. So, kena bezakan pasrah dan redha. Redha tu akur dengan qada’ dan qadar Allah, tapi lepas usaha la. Pasrah tu macam tak ada usaha.

Safiy, nak tanya. Apa maksud ikhlas?
La, kan dah baca Hafalan Solat Delisa (HSD). Cerita sikit apa yang dapat daripada novel tu.

Ala, Safiy ceritalah. Nak dengar Safiy cerita.
Ish..

Ingat apa Ubai jawab masa Delisa tanya kenapa dia tak boleh nak hafal bacaan solat?
Sebab Delisa mungkin tak IKHLAS.

Ha. Maksudnya buat tanpa harapkan balasan melainkan daripada Allah sahaja.
Macam dalam Kiamat Sudah Dekat, tengok sendiri, malas nak cerita.

Safiy, apa hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Nasib baik Safiy baru je dengar ceramah us kat TV9 masa cuti hari tu. Boleh recall balik. Tak ingat sangat tapi rasanya 6. Kena bagi salam, kalau dia jemput kena pergi, kena doakan dia lepas bersin, kena nasihat kalau diminta, kena ziarah kalau sakit dan kena kebumi kalau meninggal.

suka warna biru 



 a bouquet of flower is just enough