Oh, endodontics, (be careful, not endodontist) please love me coz I’m trying very hard to love you, really. Then comes orthodontics. Oh, wire bending please help me to finish you coz I’m helpless here.
ENDLESS WEEK/WEEK WITHOUT END
PERCA 1
Seorang rafiq menjengah di pintu kamar dengan mata hampir terpejam. Teman yang jarang sekali tidak membuat kunjungan ke kamar ku.
Safiy… (diulang banyak-banyak kali dengan leretan di belakang)
Ya.
Nak dengar tazkirah. Dia meminta.
Pasal apa?
Apa-apa je.
Aku jeda sejenak, membiarkan neuron-neuron bekerja.
Ok. Pernah baca La Tahzan.
Aku ambil buku setebal 592 di atas rak buku. Terjemahan oleh Mohd. Sofwan Amrullah. Nukilan ‘Aidh Abdullah al-Qarni.
Pernah baca, tapi bukan yang ni.
Sama je isi dia. Pilih ikut bab la, tak perlu baca semua.
Daripada la Tahzan, tiba-tiba aku melompat kepada Rembulan tenggelam di Wajahmu (RTDW). Dan seorang teman datang menyertai sesi tak rasmi. Aku jadi seorang yang obsess secara tak sengaja.
Aku tidak ingin menjadi Ray/Rehan BTDW yang 6 tahun terakhir hidupnya dalam lara. Namanya gah di puncak kejayaan, tetapi hatinya kosong, sekosong orang miskin jiwa yang tak punya apa. Tapi, aku ingin menjadi Si Gigi Arnab/Ratu Arnab dalam 6 tahun ke-4 dalam hidup Ray yang bicaranya: aku tak perlukan apa-apa, asalkan engkau redha kepadaku.
Aku tidak ingin menjadi Ray yang hanya punya 5 pertanyaan tak terjawab saat tubuh lesu terkedang di katil dengan segala pakar mencuba.
Tapi, aku ingin menjadi Ray yang semangatnya membara tak pernah padam membangun diri. Saat di puncak, rebah ,menjunam dan mencuba lagi hingga mencakar langit sekali lagi.
Sesudah beberapa puluh minit ‘membebel’ pasal RTDW: Safiy, balik dulu, nak tidur, ngantuk.
Okey. Dan malam pun berlalu.
PERCA 2
Safiy
Ya
Safiy
Ya
Safiy
Ha, ulang la banyak kali. Lepas tu cakap tak habis!
Apa maksud rahmat Allah?
Kasih sayang Allah.
Tu je?
Baca Bismillah..sampai akhir.
Apa maksud Rahim?
Maha Penyayang.
Ha, tau pun.
Safiy, erm..apa maksud salaful soleh?
…..
Safiy, apa maksud Redha?
Pernah tengok filem Pasrah?
Erra dan Abby k?
Tak tau. Yang Safiy tau ada Erra dan Norman. Safiy pun tak pernah tengok filem tu, tengok iklan je. So, kena bezakan pasrah dan redha. Redha tu akur dengan qada’ dan qadar Allah, tapi lepas usaha la. Pasrah tu macam tak ada usaha.
Safiy, nak tanya. Apa maksud ikhlas?
La, kan dah baca Hafalan Solat Delisa (HSD). Cerita sikit apa yang dapat daripada novel tu.
Ala, Safiy ceritalah. Nak dengar Safiy cerita.
Ish..
Ingat apa Ubai jawab masa Delisa tanya kenapa dia tak boleh nak hafal bacaan solat?
Sebab Delisa mungkin tak IKHLAS.
Ha. Maksudnya buat tanpa harapkan balasan melainkan daripada Allah sahaja.
Macam dalam Kiamat Sudah Dekat, tengok sendiri, malas nak cerita.
Safiy, apa hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.
Nasib baik Safiy baru je dengar ceramah us kat TV9 masa cuti hari tu. Boleh recall balik. Tak ingat sangat tapi rasanya 6. Kena bagi salam, kalau dia jemput kena pergi, kena doakan dia lepas bersin, kena nasihat kalau diminta, kena ziarah kalau sakit dan kena kebumi kalau meninggal.
.jpg)
.jpg)


.jpg)


.jpg)
No comments:
Post a Comment