Friday, November 23, 2007


Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Adab satu

Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (jari kelengking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the ‘First process of digestion’.


Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.


Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, ‘the first line of treatment for poisoning’ adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Bersambung…

Ini cerita yang dipetik dari Dr Md Nurul Islam-an oral biologist from Kanada

Tentang Rasulullah s.a.w


Suatu hari seorang sahabat datang menemui Rasul dan mengadu tentang anaknya yang sangat sukamakan makanan yang manis. Rasul berfikir sejenak dan bersabda, “ Datang jumpa aku seminggu lagi.”


Setelah genap seminggu, lelaki tadi datang membawa anaknya berjumpa dengan Baginda Rasul dan bertanyakan pendapat. Rasul hanya menyuruh kanak-kanak tersebut meninggalkan tabiat memakan makanan yang manis kerana ia akan merosakkan gigi. Lelaki terbabit hairan dengan kata-kata Rasul.


“ Jika ini saja nasihatmu, kenapa harus tunggu seminggu untuk kau mengatakannya?”
“ Sebenarnya aku juga suka memakan makanan yang manis. Jadi, aku terpaksa membuang tabiat itu dulu sebelum menasihati anakmu.”

Moral of the story


Katakan yang benar, Rasulullah tidak menasihati kanak-kanak itu pada pertemuan pertama kerana Baginda sendiri suka makan makanan yang manis. Setelah tabiat itu berjaya dikikis-Rasul memberi tempoh seminggu kepada dirinya untuk berubah, barulah nasihat itu diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
Pengajaran cerita ini sangat jelas. Justeru, jangan mengatakan apa yang kita tak buat. Ini jelas dalam firman Allah, surah Saff, ayat 2 dan 3
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebencian di sisi Allah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

Monday, November 19, 2007

MIRACLE OF AL QURAN


Q : Why do we read Qur’an, even we can't understand not even a single Arabic ????


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur’an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.


One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur’an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?" The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.


The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.


The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.


Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Thursday, November 15, 2007

KENAPA MENJADI CICAK KALAU BOLEH MENJADI NAGA?


Dream what you dare to dream
Go where you want to go
Be what you want to be
You can if you believe you can

Believe in yourself and others will to

Empayar kesultanan Melaka tidak terbina dalam satu hari. Alex Ferguson memerlukan 7 tahun untuk mencipta kejuaraan pertama MU. Malik Mydin berlatih 4 tahun sebelum berjaya merentasi Selat Inggeris. Thomas Edison memerlukan ratusan kegagalan sebelum mencipta sebiji mentol. Dr Mahathir memerlukan 22 tahun membangunkan Malaysia seperti hari ini. Michael Schumacher tidak terus menjadi juara Formula 1 semasa mula berlumba dan Siti Nurhaliza tidak terus menjadi bintang semasa mula menyanyi.

Pekakkan telinga dan buat tak tahu terhadap kritikan yang tak membina. Teguhkan prinsip dan gandakan usaha. Tentu kita juga akan menjadi seseorang suatu hari nanti. Ancaman luar seringnya membuat kita semakin kuat,tapi bisikan hati dari dalam diri akan melumpuhkan segala usaha dan impian yang dicita-citakan.

It was never a physical barrier,it was a mental barrier. (Roger Bannister).

Orang yang tahu apa yang dicita-citakan akan memulakan langkah ke arah destinasi yang dituju. Halangan sepanjang perjalanan ialah enzim yang amat perlu sebagai pemangkin menuju cita-cita kerana dia amat percaya terhadap dirinya sendiri. Sekali dia berjaya,semua orang akan mencontohinya.

Tiada gunung yang tidak dapat didaki,tiada lurah yang tak dapat dituruni. Kekuatan jiwa mampu meruntuhkan sebuah gunung. Itu antara ungkapan yang biasa kita dengar.

Tiada yang mustahil di dunia ini sebenarnya. Berfikirlah secara positif nescaya semuanya boleh dicapai. Komputer zaman dahulu perlukan sebuah bilik yang besar,tapi kini sudah ada yang sebesar tapak tangan dan boleh dibawa ke sana sini.

Mencipta kejayaan akan menjadi mudah kalau kita berjaya memecahkan tembok yang terbina dalam diri.iaitu tembok minda dan psikologi. Inilah sebenarnya musuh kita yang utama. Bila berlaku kegagalan,kita adakalnya lebih suka menyalahkan tembok-tembok luaran yang adakalanya tidak wujud dan ada pula sengaja diwujudkan oleh diri sendiri daripada mencari tembok yang kukuh terbina dalam diri.

Sekukuh-kukuh tembok Berlin,runtuh jua akhirnya.

Pelajar yang mendapat 16A SPM 2002,Yap Sui Lin bukanlah seorang yang ulat buku. Dia merupakan pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang. Tanpa memakan supplement food,dia masih boleh mencapai kejayaan yang mengkagumkan. Orang lain mungkin berkata : “It’s a gifted.” Namun,pada hakikatnya dia merupakan seorang pelajar yang berfikiran positif untuk berjaya.

Orang yang membina tembok minda akan memberi alasan yang pelbagai untuk mempertahankan dirinya. Waktu adalah elemen yang sering dipersalahkan. Tak cukup waktu lah. Kenapa waktu hanya 24 jam. Sedangkan yang bersalah ialah diri sendiri yang sering membuang masa. Masa untuk membaca buku digunakan untuk menonton televisyen. Masa untuk beriadah digunakan untuk mengulit mimpi. Masa untuk bekerja digunakan untuk berbual-bual kosong. Masa untuk beribadah digunakan untuk melepak.

Sedangkan masa 24 jam yang diperuntukkan oleh Allah itu sudah mencukupi. Ia tidak menjadi cukup kerana manusia yang tidak bijak mengaturnya. Sesungguhnya Allah telah bersumpah : Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang memanfaatkannya dengan perkara kebenaran dan kesabaran.

Matahari tak pernah merungut kerana lambat terbit atau kerna bulan menggantikannya terlalu awal. Air pasang surut akan berlaku mengikut masanya. Lembu-lembu dan kambing-kambing di padang ragut tidak pernah kelaparan bila dihalau kembali ke kandang kerana tindakan mereka semuanya mengikut fitrah sebagai matahari,bulan,tarikan gravity,sifat air,sifat lembu dan kambing. Tetapi manusia sering melarikan diri daripada fitrah sebenar sebagai sebail-baik makhluk Ilahi. Akhirnya,terciptalah tembok-tembok diri yang merugikan.

Kalau Lat mengikut kata-kata orang ramai dahulu, “Lukis kartun ni boleh hidup ke?”, sudah pasti tidak ada kartunis Melayu yang tersohor lahir. Kalau Roger Bannister mendengar kata-kata pakar di sekelilingnya,sudah tentu kejayaan mencatat rekod larian 1 batu bawah 4 minit tidak boleh dicapai pada 1954. Kalau Dr Stephan Hawking mengalah dengan sakitnya,belum tentu buku ‘A Brief History of Time’ yang memperkatakan tentang teori-teori kewujudan alam semest itu wujud. Kalau J.K Rowling berputus asa selepas manuskrip pertama Harry Potter ditolak oleh 12 syarikat penerbitan,sudah tentu kita tidak mengenal watak budak berambut lurus berkaca mata bulat itu.

Ujian,nista,kegagalan yang menimpa bukan bermaksud hidup sudah berakhir. Ia sebenarnya sebagai pengajaran yang berguna supaya kita tidak melangkah masuk ke dalam lubang yang
sama sebanyak dua kali. Kolonel Sanders memulakan perniagaan ayam gorengnya selepas dia gagal dalam perniagaan peratmanya. Siapa sangka,dengan hanya menggoreng ayam secara francais pun boleh menjadikan KFC terkenal di merata tempat.

Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya sentiasa berfikiran positif dan berjiwa besar. Hadis qudsi ‘Aku sebagaimana sangkaan hamba-Ku’ . Misi dakwah islamiah ke Taif bersama Zaid bin Harithah telah disambut dengan maki hamun dan lontaran batu-batu sehingga diriwayatkan kasut baginda dipenuhi dengan darah yang menitis dari ketingnya. Baginda mengadu kepada Allah dan Jibril mengkhabarkan bahawa malaikat yang menjaga bukit sedia bertindak untuk menghempaskan bukit ke atas penduduk Taif tetapi tawaran itu ditolak oleh baginda Rasul dan bersabda “Bahkan aku berharap supaya Allah melahirkan daripada sulbi mereka orang yang menyembah Allah dan tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu yang lain.”

Akhirnya,selepas peristiwa hijrah,Taif menjadi kubu kuat uamt Islam. Islam tidak diterima di Mekah,lantas dipilih Habsyah,tetapi tidak begitu strategik ,lantas baginda mencubanya di Taif,gagal. Akhirnya rakyat Madinah menawarkan tempat untuk pemerintahan baginda.

Benar,apa yang berlaku ke atas nabi telah ditetapkan sebegitu. Tetapi,itulah tujuan seorang Rasul diturunkan agar segala tindak tanduk dan ajarannya menjadi petunjuk di sepanjang kehidupan sebagai seorang muslim.

Monggol tidak dapat menakluk China kerana wujudnya Tembok Besar China. Kita tak dapat mencipta sesuatu yang hebat dan bersejarah kerana masih belum meruntuhkan tembok-tembok yang wujud dalam diri kita sendiri.

Pekakkan telinga dan buat tak endah sahaja kalau kita yakin apa yang kita buat itu betul. Kenapa perlu ikut cakap orang sedang yang akan melakukannya dan menanggung akibatnya ialah diri kita sendiri? Orang lain berkata jangan dan tidak kerana diri mereka yang lemah,bukannya kita. Minda kita sebenarnya mempunyai kekuatan yang terlampau sekiranya kita tahu menggunakannya dengan cara yang betul.

Kenapa perlu menjadi seekor cicak sedangkan kita berkuasa seumpama seekor naga? Hanya orang yang lemah semangat saja yang tidak meyakini keupayaan diri sendiri. Belajarlah teknik berbicara dengan minda,Insya Allah kita akan mampu melakukan sesuatau yang dianggap mustahil pada satu masa dulu.

Sunday, November 11, 2007

AKU ANAK KECIL


Aku ialah anak kecil yang baru belajar bertatih
Aku ialah anak kecil yang menyalin peribadi dua ibu dan ayah
Aku ialah bilis yang berenang antara jerung yang sedang mengganas
Kerana demikian, bantulah aku membesar dengan berdikari