Saturday, February 7, 2009

SABTU YANG TERINDAH




Saturday-7 February 2009

6 Feb, sebaik saja selepas exam saat jam 1030am, terasa bebanan yang menimbun jadi ringan serta merta. Cuti dua hari-cuti terpanjang yang kami boleh dapat akan saya gunakan sepenuhnya untuk berehat dan menenangkan segala celaru yang beraja di fikiran. Namun saat ke pasar malam bersama teman sekamar saat tahun satu dulu, dia menanyakan kesudian saya untuk menjadi Fasilitator (faci) keesokan hari untuk pelajar SR Indera mahkota Utama-pelajar tahun lima dan enam. Memandangkan saya tiada perancangan apa-apa dan sudah lama juga tidak menjadi fasi, saya mengiakan saja.

Dan, hari Sabtu saya jadi lebih bermakna daripada sekadar menonton cerita atau tidur! Bermula dari jam 8am hingga jam 6pm saya jadi pening-pening lalat kerana menahan kantuk. Masakan tidak, induksi malam itu berakhir hampir jam 1am dan saya hanya dapat melelapkan mata sesudah jarum jam berdetik dua kali, setelah menyiapkan kelengkapan untuk dibawa keesokan hari.

Ini kali ke-3 sebenarnya saya menjadi fasi setelah menjadi ahli faci Team IIUM. Kali pertama untuk pelajar PMR SMK Panglima Perang, kali ke-2 unutk pelajar SPM SM Abr Rahman Talib dan kali ini untuk pelajar UPSR SKIM Utama. Mari kita lihat apakah yang terjadi sepanjang hari bersama 7 adik-adik yang ceria dan saya bersama partner-pelajar 1st CTS.

Dikatakan sekolah ini ialah antara sekolah cemerlang di Kuantan. Melihat penampilan pelajarnya-Pengawas sekolah yang memakai baju pink dan berkot hitam, Pengawas Perpustakaan yang kemas dengan warna ungu berblazer dan murid-muridnya yang ceria dan bersemangat saya jadi sungguh teruja.

Mereka ini sunggguh dewasa dan mesra teknologi. Masakan tidak, seawal umur 12 tahun sudah dilengkapi telefon bimbit dan kamera digital yang canggih membuatkan saya kadang-kadang terlupa mereka ialah murid sekolah rendah. Alahai kanak-kanak sekarang-sungguh ke depan.


Pengajaran untuk diri:
1- Kanak-kanak pun dah tau pasal isu Palestin, takkan tahap sensitiviti masih terawang

2-Bangun awal subuh dan jangan tidur selepas subuh jika tidak mahu rezeki anda berterbangan lari. malulah sikit kat budak-budak

3- Equipped yourself with any type of knowledge.

Kami mengajar mereka membuka majlis dengan al-Fatihah dan menutupnya dengan al-asr dan tasbih kiffarah-sungguh sayu saat saya mendengar mereka mebacanya beramai-ramai. Kanak-kanak seperti inilah yang diperlukan untuk memimpin negara masa akan datang. Juga membaca doa makan dan bermain bersama seolah saya sedang melayan adik-adik sendiri.

Lagi satu yang ingin saya kongsikan di sini ialah tentang keagamaan yang masih mekar dalam jiwa mereka. Saat ditanya apakah perkara yang akan mereka lakukan selepas balik dari Kem Motivasi ini, ada peserta yang menjawab solat lima waktu.


Dan, saya sungguh gembira menjadi fasi hari ini walaupun agak letih sedangkan pelajar-pelajar SKIM Utama tak pernah merungut mengantuk-sentiasa kelihatan bersemangat. Dan saya yakin mereka mampu cemerlang dalam peperiksaan nanti kerana mereka pelajar yang sungguh berazam. Buktinya saat saya meminta mereka menulis apa yang akan mereka lakukan jika tidak hadir ke Kem Motivasi ini, hampir semua mereka menulis membaca dan menyiapkan kerja sekolah.

Saya benar-benar belajar sesuatu daripada mereka.

KENANGAN SEPANJANG EXAM


Musim peperiksaan ialah masa yang panjang untuk saya bereksperimen dengan diri sendiri. Masakan tidak-5 hari untuk 7 paper dan 8 subjek : bisa bikin kepalaku pusing deh.

Exam kali ini agak tidak banyak kesan untuk kesihatan diri memandangkan migrain saya memilih untuk tidak memunculkan diri melainkan pada malam kertas terakhir saja-yang menyebabkan peluru sesat dan logik saya membidik setiap inci soalan yang tertera.
Exam kali ini-seperti biasa bacaan saya bukan ialah kerana exam, saya membaca atas permintaan teman yang beria-ia inginkan saya bercerita padanya.

Contoh:
1- Bersungguh-sungguh benar saya mengkaji mekanisme hypersensitivity hanya kerana Liyana mahukan saya menerangkan topik itu padanya hingga saya sanggup mengorbankan waktu tidur tengah hari saya-bukan calang-calang orang yang mampu menahan saya daripada tidur tengahari.

2- Mazni yang asyik bertanyakan bilakah nota compare & contrast antara spesis mikroorganisma menyebabkan saya bersungguh-sungguh benar menyiapkan nota itu.

3- Nisa yang tak sanggup melayan 'One Piece' yang mencuri masa bacaannya untuk exam meminta untuk belajar bersama-sama saya-dia berjaya menyebabkan saya menghentikan kegiatan bermain games dan menonton cerita. Juga kami bergilir-gilir antara tidur dan bangun untuk melayan buku.

4- Juga Kma yang tak henti-henti bertanyakan bilakan saya mahu bangun memandangkan saya tidur selepas zuhur dengan lena ynag teramat-malangnya saya hanya bangun saat hampir mencecah asar-tabiat tidur memang tak boleh dikikis walaupun esok exam Pro sekalipun

Liyana: Safi, nanti terangkan Immuno kat Yana eh
Mazni: Safi, nanti siap note Microb, oyak deh
Nisa: Safi, aku nak study dengan kau eh
Kma : Safi, bila nak bangun?

In a nutshell, being surrounded by brilliant friens make myself move forward even I have no intention to do that. Thank my dearie, you make my life colourful.