Sunday, November 27, 2011

BERI AKU NAMA.


Hiruk pikuk di sebuah stesen bas tiba-tiba jadi sepi. Seorang pakcik berserban hitam putih dan berbaju melayu warna putih menjadi tumpuan.
Tuan puan masih menunggu ketibaan bas untuk ke destinasi? Dia menyoal. Tanpa menunggu jawapan dia melanjutkan kata.

Izinkan saja meminjam 5minit tuan-puan untuk bekalan saham akhirat kita semua.

Dan kami seakan terpaku. Angin berhenti berhembus dan tutur katanya membius rasa.

Hidup ini ialah mimpi. Dan kematian ialah perubahan detik saat manusia dibangkit dari lena yang panjang. Apakah masih indah mimpi tuan puan di atas katil yang empuk atau tilam yang menyebar lena yang panjang hingga subuh kalian sering terbabas?

Malam pertama di dalam kubur. Sudahkah tuan-puan adik kakak bersedia meski soalan sudah bocor?

SIAPA TUHAN KAMU?

Mampukah menjawab Tuhan ialah Allah saat peraturan-Nya dikatakan kolot dan ketinggalan zaman?

SIAPA NABI KAMU?

Masihkah mengaku Muhammad saw sebagai Utusan-Nya saat sunnahnya dipersenda? Mereka yang menyimpan janggut (bukan misai melenting) dianggap tidak uptodate.

APAKAH UGAMA KAMU?

Masihkah mampu mengaku Islam saat gaya hidup jauh tersasar dari landasan Islam sebenar? Kamu menuduh mereka yang melaksanakan Islam sebagai jumud dan tertinggal di zaman batu-tak sesuai untuk peredaran masa sekarang.

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Gelap seluruh ruang
Seorang diri kesunyian tanpa teman
Disoal Munkar Nakir bertubi-tubi
Paluan hukuman atas dosa besar dan kecil
Tulang temulang dihimpit sehingga oksigen tiada ruang

Andai pernah membaca dan mengamalkan isi al-Quran, maka ia menjelma sebagai teman, pelindung saat sekujur tubuh mula dipalu dan menjadi saksi pelindung dari melakukan dosa.

Dia berlalu meninggalkan kami muhasabah diri 5 minit.

DAN BERIKANLAH PERINGATAN, KERANA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG MU’MIN. 

Tuesday, November 8, 2011

KISAH 2CINTA2INSAN1SOLUSI

INTRO PENDEK: Oh, dia dah rasuah aku untuk menerima huluran rasanya. Dan aku hampir tewas. Aku marah kepada diri sendiri. Kenapa aku begini mudah menyerah dan tewas dengan ‘rasuah’ yang tak seberapa itu. Hmm...
Aku tak menolak dia, tapi aku tak mahu ‘jual ikan’ dengan hanya mahu bila perlu dan ketepikan bila tak perlu.

INTI RASA:

Aku di kamar sepi saat adik merapatiku. Mukanya seakan ada tanda tanya bersarang di minda.
Kak, kau kisah tak kalau aku langkah bendul?

Dup! Jantungku berdetak keras dan laju.

Kau mahu kahwin?
Aku mahu bertunang dulu.

Aku diam membisu seribu bahasa dan memaksa diri berfikir sebelum memberi respon.

“Apa salahnya.” Kedengaran lirih dan ragu tanpa rasa yakin.

Dan ingatanku beralih kepada dia. Kenapa dia enggan kunjung datang. Apa isyaratku tak cukup kuat untuk menggerakkan hati dia. Aku hanyut dalam lamunan sendiri dan kembali memujuk diri.

Dik, jodoh itu urusan Tuhan, bukan urusan umur. Andai tertulis jodohmu di depan, meski usiaku di atas usiamu. biarlah aku beralah, memberi aku peluang bergelar kakak ipar sebelum bergelar isteri. Memberi aku peluang menyudahkan sesi pengajian dan tenggelam ke alam kerja seraya menyumbang bakti kepada kedua bonda dan ayahanda sebelum menundukkan semua kemahuan di bawah titah seorang pemimpin yang bernama suami.

Ayah dan mak menghantar aku sejauh ini bukan untuk apa melainkan di hati mereka terpahat setinggi Everest harapan agar punya waktu berbakti kepada keluarga sebelum membina keluarga sendiri. Impian mereka sedalam Jurang Mariana biar aku gah membina kerjaya dan berbakti kepada masyarakat agar jerih perih mereka seakan terbayar (meski seluruh dunia takkan mampu mencukupi untuk menghitung budi mereka).

Dik, aku punya ‘hutang’ untuk dibalas sebelum aku melunaskan keperluan diri sendiri. Meski jauh di sudut hatiku seakan sedikit pilu, namun aku mengeri jalanan ini yang terbaik untukku.

POST EID ADHA 1432H

Oh Tuhan, tiba-tiba aku dilanda badai semusim. Rindu yang keterlaluan. Rindu menggebu untuk kembali mengaktifkan diri dalam dunia penulisan. Seumpama rinduku pada anak-anak saudara yang tak pernah padam. Berjumpa seketika hanya menyurutkan rasa rindu tak pernah mampu memadamkan rasa yang sentiasa mekar.

Semuanya ini berakibat lantaran usai membaca novel terbaru (tak la baru sangat, baru ambil dari adik aku, dia dah pesan awal-awal jangan beli coz dia dah beli walaupun aku yang habis baca dulu) Andrea Hirata Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas.
Bahasanya masih memikat, sama seperti tetralogi Laskar Pelangi. 

Kemunculan watak Ikal dan Lintang masih menjuarai. Maryamah Karpov aka Enong bt Zamzami menguasai seluruh cerita. Kali ini dia tampil sebagai jagoan catur berbanding sebagai pemain biola dalam naskah terakhir tetralogi Laskar Pelangi.

Bagi diriku petanda aku diheret masuk dalam plot novel dengan jalan cerita yang menarik ialah apabila aku tak mampu menahan godaan sedemikian cepat untuk mencapai muka surat terakhir novel. Mahu melompat, ini bukan novel cinta yang boleh dilompat ke halaman akhir sesuka hati. Lantas aku bersekang mata menghabiskan dwilogi untuk mengetahui kesudahan cerita. Tak semua cerita yang aku boleh baca bab 1, tengah dan bab terakhir..okay.

Itu sahaja novel yang berjaya dibaca cuti ini dan majalah I juga cukup menguja jejari untuk kembali mengetip keyboard laptop.

Cerita apa ye. Sebagai pelajar yang tak pernah menemui titik noktah. Belajar itu kan berterusan dari buaian hingga liang lahad. Cuti sempena Eid hanya sehari. Lantaran 10 Zulhijjah tanggalnya ialah Ahad, maka hari Isnin mencukupkan cuti 3 hari. Berangkat ke tanah Serendah Sekebun Bunga usai Jumaat (aku tak pernah solat Jumaat, tau solat Zohor je), tiba hampir 630pm di Machang. Transit seketika (macam biasa) di situ sebelum menaiki bas 90minit ke desa tercinta. Bandar paling cantik dan bahagia dalam dunia..hehe.

9zulhijjah, mak kawan aku ajak sahur untuk puasa sunat. Jadi menjimatkan apabila aku melalui bandar TM tanpa membeli makanan (selera makan aku boleh tahan juga saat bermusafir-junk food & segala macam makanan untuk orang rumah mesti dibeli) dan memandangkan kesulitan aku keseorangan naik bas membimbit dua biji beg yang boleh tahan beratnya (macam la cuti sebulan, padahal 3 hari je), maka aku membataskan niat untuk membeli, hanya sekadar window shopping & cuci mata je.Cuki kaki juga ..haha.

Pusing TM, hampr jam 1230 sewaktu aku sibuk membelek sandal & kasut (nasib baik rasional aku masih mendominsai, sempat menimbang pro & cons dan membatalkan niat untuk membeli walaupun cantik sangat sandal tu...padan muka nafsu, dia kalah lagi, mungkin aku waras lagi sebab berkat puasa & memikirkan poket yang tak berapa tebal), bunyi orang telefon. Tengok-tengok adik aku rupanya.

Apa dia nak? 12jam dari KL, dia tersadai di TM jam 12tengahari. Bajet naik bas jam 1pm, kami ke pasar. Adik aku pesan kelubi (sebenarnya kakak aku yang pesan & kami kenduri kelubi..wah..sangat membuatkan saliva aku bekerja sangat pantas) dan aku suruh adik aku pegang beg tu. Nasib baik dia lelaki, boleh juga disuruh bawa barang-barang berat.

Dan aku sampai di teratak tercinta hampir jam 1430. Anak-anak kakak aku ada kat rumah. Mood: bahagia..hehe. walid diorang pun tak ada. Mood:lagi bahagia. Bukan sebab tak suka, tapi menjaga aurat dengan abang ipar, rasa macam susah sikit kat rumah. Akhirnya, aku berkurung je dalam bilik sebab malas nak bersopan-santun. Dia pun macam faham je, duduk rumah aku kejap-kejap keluar. Bagi peluang aku dan adik ‘buas’ haha.

Lagi satu aku perasan anak-anak saudara aku lagi rapat dengan abah/walid/abi diorang berbanding umi/umi/umi mereka. Bak kata sorang tu, tanya anak siapa, jawapan bukan umi, tapi abah. Kalau abah dia ada, tak pandang dah orang lain, berkepit dan senyum sampai ke telinga la dengan abah dia. 

Abah dia dukung sepupu pun dia jealous.
Macam anak abi pula, tak nampak abi depan mata je cari: Mana abi? Nak buat semua benda dengan abi. Macam anak walid, berkepit je dengan walid. Masa walid tak ada je, baru layan mak-mak sedara yang kempunan nak dukung &peluk cium mereka. Aduhai anak-anak saudaraku yang comel-comel dan tinggi pun dah makin melepasi mak sedara.

Ok. Pasal raya pula. Tahun ni kakak aku buat aqiqah anak sulung dia. Aqiqah afdalnya daging dimasak dan dibuat semacam kenduri. Tapi, memandangkan semua orang pun ada majlis masing-masing dan kehadiran dijangka tidak memuaskan maka mak aku dan abang ipar memutuskan untuk tidak membuat kenduri. Bahagi je daging tu macam afdalnya korban.

Raya pertama kami sibuk mengerjakan daging tu je. Lembu ‘ca lo le’ haha. Boleh dapat 19kg untuk rm 380 kot, aku tak pasti. Sangat besar, abang aku bawa balik kepala dan aku tengok memamg sangat besar. Kemudian abang-abang dan adik aku mengerjakan lembu tu sampai ke tengah ‘balai’. Dua orang pegang tanduk kanan kiri dan seorang lagi pegang kapak. Macam apa ntah aku tengok.

Kemudian mak aku masak gulai otak. Owh..aku tengok je, tak rasa nak makan pun. Kemudian masak sup (hidangan utama), singgang (yang aku boleh bilang dengan jari berapa kali jumpa luar kelantan), daging bakar, goreng dan sup perut. Owh nikmatnya perut cicah air asam. Balik ni aku tak sempat buat sambal belacan aku yang sedap tu sebab bz (alasan..hehe). Sambal pauh ringan pun tak sempat sebab daging-daging tu merampas semua selera aku.

Malam raya tu abang aku dah kena balik key el. Dia keja raya ke-2. Baru aku tau bukannya aku seorang yang payah nak tinggal rumah. Dari lepas maghrib, dia bersiap. Siap galas beg, anak saudara aku bawa naik ketupat padan dengan rendang ayam. Dia pun bersila sambil menggalas beg dan kami makan sambil bersembang. Lawan pula dengan air teh songket laici&rose yang aku buat. Memang umph.

Dan azan Isya’ pun berbunyi dari masjid berdekatan. Dia pun meletakkan beg itu kembali dan solat Isya’ dulu sebelum berangkat. Susah juga rupanya untuk orang berkahwin meninggalkan rumah..haha. Kakak aku lagi lucu. Abang ipar aku pergi solat masjid. Masa makan tu boleh dia panggil aku abang, ingat kat laki dia la tu. Haha. Pergi sekejap pun dah rindu:P. 

Masakan tidak, kalau bercerita, tak minta persetujuan suami dia tak sah. Sikit-sikit, betul kan bang. Haha. Kalau dia baca, (dia malu bila kitorang gelak beramai-ramai sebenarnya), biar dia tahu aku rasa nak gelak tergolek tengok muka dia masa tu, kelakar sangat.

Semua tidur awal malam tu. Berperang dengan anak saudara, akhirnya aku dan adik membuat keputusan untuk tidur. Namun sebaik lampu dinyalakan dan kami mengadap buku, semua pun datang menyerbu. Buku aku paling mendapat tumpuan,al maklum semua nak jadi doktor gigi bila dah besar nanti. Huhu. Terpaksa aku membelek 2 biji buku dan menerangkan gambar tu satu persatu sebagaimana aku pernah menerangkan pasal salivary gland kat anak saudara yang lain. Tak sangka dia hafal cepat je diagram aku.

Kemudian abang aku bising, kenapa tak simpan daging kat dapur. Aku dan adik pun turun mengemas dapur. Peti kami masuk wad, kurang gas oksigen agaknya. Nasib baik ada peti beku yang digunakan masa mak aku buka kedai dulu. Setelkan semua benda tu, naik ke atas, semua dah tidur. Kami menyertai mereka ke alam mimpi.

Esoknya aku bangun setelah berkali adik aku marah-marah. Haha. Kemudian kami pergi rumah kak ipar aku tengok Amanina anak abah yang dah lama tak tengok (padahal baru sebulan tak jumpa). Rindu membuatkan sedetik terlalu lambat berjalan.

Kemudian, plan asal untuk naik bas ke TM jam 3pm terpaksa ditukar ke planB. Aku ikut abang aku yang balik ke negeri penyu dan dia drop aku kat Machang. Jammed dan hujan, hampir jam 1am sampai ke Kuantan.

Ini pendahuluan cerita:

Aku pasrah dengan takdir. Siapalah aku untuk mempersoal takdir kan? Lagipun hidup ini ialah takdir yang ditadbir.

Tambahan:

Semua di dunia ini ialah fana. Jadi, jangan bimbang atau sedih bila kehilangan. Contohnya: aku tukar IC baru, jadi JPN ambil IC lama aku yang comel (hehe, syok sendiri). Aku redha.

Contoh paling tragis pagi ni la. Aku semangat iron baju kurung baru. Dan iron itu sangat kejam merobek hatiku. Ia membakar sebahagian baju baru pemberian insan yang aku sayang itu tanpa belas. Hangit terbau, dalam lagi luka di hati ini.
Mood: sedih namun pasrah.

Contoh lain, aku pasrah je bila insan yang melanggar bontot motor aku dengan bucu keretanya dengan alasan tragis: Maaf, tak nampak. Oh, sungguh kerdil motor aku (dan aku yang slim mlim) dibanding dengan keretanya yang menjalar.

Trauma membuatkan aku mengucap (sungguh-sungguh insaf)sebelum bawa motor tu atas jalan. Guna motor tu macam pergi medan perang. Aku silap, aku yang kena langgar. Mereka silap, mereka yang melanggar. Apa daya? Dan belakang aku temporarily sakit. Nasib baik sementara je. Aku dah risau tahap gaban dah sampai keluar air mata telefon bonda (manja kan aku..haha).

Contoh lain ialah cinta aku sejak di Ma’had menghilangkan diri. Mata-mata itu MIA-missing in action setelah sekian lama berjasa dengan bingkai biru (owh, aku suka warna biru, tapi sekarang aku lebih suka warna pelangi). Dan dia akan kekal dalam kenangan sebagai cinta pertama. Mencari pengganti? Tunggu dulu, biar parut luka itu hilang dulu..huhu.

Cerita hari ini. Ingatkan nak pergi lab untuk siapkan susun gigi untuk try in esok malam, tapi terperangkap pula dengan research. Habis perah otak, yes EUREKA. Rasa macam dah layak jadi Biostastician plak (untuk 1milisecond) je la..haha.

Budak sem cuti mid sem+raya haji sekarang. Jadi kafe ditutup. Nanar aku keluar cari makan. Kedai pun major tutup. Masih mood beraya gamaknya.

Cerita pasal studi sikit boleh? Sikit je. Dulu masa requirement ditambah kena 5 cases extensive caries & 5 cases deep caries managment, aku dah kalut. Mana nak cari kaviti. Dah la patient aku macam shallow je cavity. Tapi rupa-rupanya akhir-akhir ni asyik buat deep caries management je. Terpaksa pula buat TF sebab direct pulp capping.
The rest is history..nanti aku sambung lain kali, nak siapkan kotak urgent dulu.

p/s: aku dirasuk rasa ingin menulis menyebabkan aku menganaktitikan teman masa resah-cik puan winlinez. Kita jumpa lain kali yea..hehe. Jangan pernah tinggal daku.

Thursday, November 3, 2011

MARRIED ALREADY


Being sad with the right people is better than being happy with the wrong ones.

Love starts with a smile, grows with a kiss and ends with a tear

A champion is someone who gets up, even when he can't


17 most important things to remember in life

1. Never give up on anybody;miracles happen everyday.

2. Be brave even if your not, pretend to be. No one can tell the difference. 

3. Think big thoughts, relish small pleasures.

4. Learn to listen. Oppurtunity sometimes knocks very softly.

5. Never deprive someone of hope, it might be all they have.

6. Strive for excellence, not perfection.

7. Don't waste time grieving over past mistakes. Learn from them and move on.

8. When someone hugs you let them be the first to let go.

9. Never cut what can be untied.

10. Don't expect life to be fair.

11. Remember:Success comes to the one that acts first.

12. Never waste an oppurtunity to tell someone you love them.

13. Remember that nobody makes it alone. Have a greatful heart and be quick to acknowledge those who help you.

14. Never underestimate the power of a kind word or deed.

15. Laugh alot.A good sense of humor cures almost all of life's ills.

16. Don't miss the magic of the moment by focusing on whats to come.

17. Watch for big problems. They disguise big oppurtunities.


A true friend sees the first tear... catches the second... and stops the third

If all my friends were to jump off a bridge, I wouldn't jump with them, I'd be at the bottom to catch them

The truth is... I gave my heart away a long time ago, my whole heart... and I never really got it back

I'm going to smile like nothings wrong, talk like everythings perfect, act like it's all a dream, and pretend it's not hurting me.

Don't waste your time on someone who isn't willing to waste their time on you.

Coz Things worth having are worth waiting for

 

Have you ever wondered which hurts the most: saying something and wishing you had not, or saying nothing, and wishing you had?

Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down.

If I could be any part of you, I’d be your tears. To be conceived in your heart, born in your eyes, live on your cheeks, and die on your lips.


Never give up on something that you can't go a day without thinking about.


When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.


It's amazing how someone can break your heart, but you still love them with all the little pieces.


Love is giving someone the power to destroy you...but trusting them not to.


Should I smile because we are friends? Or cry because we'll never be anything more?


If I could give you one thing in life, I would give you the ability to see yourself through my eyes, only then would you realize how special you are to me...


Never tell your problems to anyone...20% don't care and the other 80% are glad you have them.


Eleven Hints for Life

1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.


There are three types of people in this world: those who make things happen, those who watch things happen and those who wonder what happened.

 

When you feel cold and warm at the same time,
when you read over the same line for the tenth time,
when your heart and thoughts somehow appear to rhyme,
and when a simple name conquers your whole mind,
then you are in deep trouble my friend... you are in what they call, "love".

 

Watch your thoughts; they become words.

Watch your words; they become actions.

Watch your actions; they become habits.

Watch your habits; they become character.

Watch your character; it becomes your destiny
.

 

When you feel like giving up, remember why you held on for so long in the first place '


People will forget what you said.
People will forget what you did.
But people will never forget how you made them feel.


Always be a first-rate version of yourself, instead of a second-rate version of somebody else.


A guy and a girl can be friends. But sooner or later one will fall for the other. Maybe too early, maybe too late, but maybe, just maybe forever.

Friendship isn't about whom you have known the longest... It's about who came, and never left your side...

When things go wrong as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don't you quit.
Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow,
Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far;
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.

Promises mean everything, but after they are broken, sorry means nothing.

Everyone wants to be the sun that lights up your life. But I'd rather be your moon, so I can shine on you during your darkest hour when your sun isn't around.

n ss!w !