Hiruk pikuk di sebuah stesen bas tiba-tiba jadi sepi. Seorang
pakcik berserban hitam putih dan berbaju melayu warna putih menjadi tumpuan.
Tuan puan masih menunggu ketibaan bas untuk ke destinasi? Dia
menyoal. Tanpa menunggu jawapan dia melanjutkan kata.
Izinkan saja meminjam 5minit tuan-puan untuk bekalan saham
akhirat kita semua.
Dan kami seakan terpaku. Angin berhenti berhembus dan tutur
katanya membius rasa.
Hidup ini ialah mimpi. Dan kematian ialah perubahan detik
saat manusia dibangkit dari lena yang panjang. Apakah masih indah mimpi tuan
puan di atas katil yang empuk atau tilam yang menyebar lena yang panjang hingga
subuh kalian sering terbabas?
Malam pertama di dalam kubur. Sudahkah tuan-puan adik kakak
bersedia meski soalan sudah bocor?
SIAPA TUHAN KAMU?
Mampukah menjawab Tuhan ialah Allah saat peraturan-Nya
dikatakan kolot dan ketinggalan zaman?
SIAPA NABI KAMU?
Masihkah mengaku Muhammad saw sebagai Utusan-Nya saat
sunnahnya dipersenda? Mereka yang menyimpan janggut (bukan misai melenting)
dianggap tidak uptodate.
APAKAH UGAMA KAMU?
Masihkah mampu mengaku Islam saat gaya hidup jauh tersasar
dari landasan Islam sebenar? Kamu menuduh mereka yang melaksanakan Islam
sebagai jumud dan tertinggal di zaman batu-tak sesuai untuk peredaran masa
sekarang.
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR
Gelap seluruh ruang
Seorang diri kesunyian tanpa teman
Disoal Munkar Nakir bertubi-tubi
Paluan hukuman atas dosa besar dan kecil
Tulang temulang dihimpit sehingga oksigen tiada ruang
Andai pernah membaca dan mengamalkan isi al-Quran, maka ia
menjelma sebagai teman, pelindung saat sekujur tubuh mula dipalu dan menjadi
saksi pelindung dari melakukan dosa.
Dia berlalu meninggalkan kami muhasabah diri 5 minit.
DAN BERIKANLAH
PERINGATAN, KERANA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG MU’MIN.
No comments:
Post a Comment