Saturday, December 3, 2011

AKU DAN LAWATAN TAK TERDUGA DI MUSIM-MUSIM BEGINI

Sometimes, when I say "I'm okay, I want someone to look me in the eyes, hug me tight and say, "I know you are not"

Oh Tuhan, masalah lama kembali menghantui. Saban waktu gag reflex menguasai. Terlebih makan? Terkurang makan? Aku pun tak mampu membuat diagnosis. Lantaran gagal mendiagnose, rawatan pun tak mampu dirancang.

Marathon end block 1 exam (8subjek dalam 5 hari) membuatkan aku kewalahan. Revision day ialah hujung minggu 2 hari dan cuti selepas exam pun hujung minggu 2 hari. Berusaha membuat sebaik mungkin, aku memaksa diri menghabiskan semua nota (masih menyempatkan diri menghabiskan The Mentalist season 1&2-46 episod) dan meyakinkan diri sendiri.

Jadual kelas dan praktikal yang bersimpang siur cukup menambah perisa dan aku merealisasikan gag reflex dengan muntah angin di malam exam. Owh, pengalaman zaman di Ma’ahad berulang. Betapa perit perasaan. Mungkin antibodi masih kuat, kuman tak mampu melawan sistem pertahanan badan aku untuk menyebabkan demam.

Dan sakit kepala mula menziarahi. Sudah lama ia menghilang meninggalkan ponstan dan voltaren aku tak tersentuh. Ia hadir dirangsang oleh kafein yang aku jadikannya dalam jadual harian demi bersekang mata mengatur hidup. Aku masih mampu bertahan.

Namun, untuk yang satu ini aku tewas. Ponteng kelas sehari suntuk demi ia. MC? Aku tak berdaya pun untuk bangun ke klinik untuk remeh temeh (aku benci berurusan dan membuang masa-punya sejarah tidak manis untuk memohon MC). Hanya sehari dan aku tidur tanpa batas. 24 jam terlelap meski tanpa mimpi yang indah. Rutin ia, biar ia datang dan pergi dengan bahagia.

No comments: