Saturday, December 3, 2011

KITA LAYAK UNTUK BAHAGIA (KITA SEMUA LAYAK)

Saat mentari tak pernah jemu mengeluh melakukan rutin yang sama berabad lama, apakah aku layak untuk berkeluh kesah (meski itu resminya seorang insan) meski tempoh aku dalam bidang ini tak mencapai separuh dekad pun. Masih terlalu hijau rasanya.

Aku layak untuk tidak komplen. Layak jua untuk bersyukur tiap detik putaran orbit berjalan.

Pagi tadi, usai kelas kak ipar aku telefon, katanya anak-anak saudara aku mahu bercakap. Seakan mampu kutebak, semestinya berkaitan dengan owh yeah...study aku..yang bernama ‘gigi’.

“** (nama panggilan untuk aku), Abang pergi cabut gigi tadi.”

“Iye? Abang cabut berapa batang?”
“Dua.”

“Sakit tak Dr cucuk?”
“Sakit, tapi abang tahan je. Abang berani. Anah (adik dia) tak berani. Dia tak mboh pun  Dr check gigi dia.”

Aku dah berapa kali suruh dia cabut 51,52,61 dan 62 dia. Dah ada sinus tract pun kat root stem tu. Dan root stem takkan tanggal dengan sendiri macam gigi susu biasa, kena jumpa Dr gak untuk cabut. Tambahan pula, 11 dah palatally eruped. Nanti jadi tak tersusun, keluar masuk barisan nanti.

Alhamdulillah, akhirnya dia dengar juga cakap aku. Berbuih mulut aku membebel tiap kali balik cuti suruh gosok gigi sebelum tidur & selepas bangun. Dia bukan jenis co operate, tapi mungkin nasihat aku masuk ke hati dia, boleh pula dia beranikan diri cabut gigi tanpa ‘dikerejung’ (bahasa Perancis untuk restrained).

Anak-anak abang aku kalau tengok je aku pegang berus gigi masuk bilik air, semua pakat nak ikut, berjemaah berus gigi, tapi time aku tak ada tak tau la. Semua berus gigi yang aku beli seorang satu dah tercampak ke mana entah.

Anak kakak aku pula kalau aku suruh berus gigi, macam redha dalam terpaksa je (paksarela). Dia takut dengan aku (aku kan mak saudara yang garang:adik aku kata aku macam askar dengan anak-anak saudara haha)

Apa-apa pun, anak saudara aku kalau ada masalah gigi memang akan call aku mengadu.  Tu je la fx aku dalam keluarga. He8

OK. Sebenarnya tadi aku berbual dengan seseorang.

Katanya: “ Adik beruntung, muda lagi, ada peluang untuk belajar. Keluar nanti jadi Dr”
Gulp. Perasaan itu datang. Betapa aku membilang keluh kesah hingga lupa untuk mengucapkan kalimah syukur.

“Kakak kahwin muda. Suami suruh berhenti kerja, kakak ikut je. Sekarang peluang untuk sambung belajar pun susah.”

Ada mendung bergayut di wajahnya. Aku tau dia bukan menyesali takdir. Dia hanyalah orang yang dihantar ke dalam hidup aku saat jemari tak habis membilang erti tak bersyukur. Untuk memberi aku sebuah _lesson_. 

Lessons yang banyak:

Aku diberi peluang belajar saat seorang teman dewas dengan desakan takdir. Hatta UPSR pun tak mampu dia duduki.

Aku diberikan seorang ibu untuk menjadi FAMA saat JPA makin menyusut.

Aku diberikan teman-teman untuk mendokong saat kerikil di jalanan terasa makin tajam menikam.

Aku dikurniakan nikmat Iman jua nikmat Islam saat mereka yang keresahan menemui jalan buntu dalam ujian bertubi

Aku dikurniakan sebuah keluarga yang sakinah & mawaddah..bersemi dalam rahmat-Nya yang tak pernah putus.

Aku diberi kemudahan. Punya kenderaan yang baik untuk ke mana-mana, punya jiran (teman sekamar, sekuliah, seuniversiti, satu sekolah) yang banyak membantu mengemudi haluan saat arus hidup makin deras menghimpit jiwa dan bakal punya teman hidup (Insya Allah) yang akan membantu aku menuju ke syurga-Nya.

Maka, nikmat apakah lagi yang aku dustakan???

No comments: