Sunday, June 20, 2010

AKU, DIA DAN KAMU

Dia bertanya: Apakah yang telah aku buat cuti 3 minggu tahun 3?

Dengan bangganya aku menjawab, banyak. Antaranya dua kali musafir ke rumah abang-abangku. Usai saja keputusan final diumumkan, aku terus ke terminal, beli tiket untuk ke Terengganu. Rindu terhadap anak-anak saudaraku membuak-buak. Tu belum lagi rindu terhadap anak sendiri (tiba-tiba hati berbisik nakal). Hari Ahad berangkat ke Terenggganu, tak terasa sangat nak balik ke rumah sebab dua kali dah balik dalam masa sebulan.

Rindu? Pertama kali aku kenal erti perkataan itu ialah semasa aku rindukan anak saudaraku yang berlinangan air mata semasa menghantar pemergianku menuntut ilmu. Hanya itu erti rindu yang aku tahu, cukup meruntun dan menyeksa jiwaku hingga aku menangis sendirian saat rindu itu menyerang. Oh, Tuhan, benar-benar menguji rasa neutralku yang berpH 7.

Kalau erti khusyuk aku pelajari semasa membaca novel kegemaranku. Jangan siapa berani kacau, mesej pun aku malas nak balas..haha. Kalau erti tak sabar aku pelajari semasa baca novel Agatha Christhie terutama novel intelligent The Murder of Roger Ackroyd. Tapi kebelakangan ini perasaan ini semacam sama sewaktu aku baca novel bestseller Tere-Liye: Hafalan Solat Delisa dan Bidadari –Bidadari Syurga- novel yang aku cari selepas kutemui Rembulan Tenggelam DiWajahmu .

Cerita sikit pasal Tere-Liye. Tulisannya dalam HSD ternyata 180 darjah berbanding RTD. Novel remaja pertama yang aku tak segan menangis dan aku belajar banyak daripada novel ini. HSD mengajar aku perkara terpenting dalam hidup ialah IKHLAS. Senang diucap, tapi ternyata aku belum menghayatinya.

 Ujar Ubai saat Delisa megeluh, kenapa ye, hafalannya masih tidak berjaya menghafal bacaan solat membuatkan Delisa terfikir, mungkin niatnya ialah mendapatkan Kalung daripada Ummi atau hadiah basikal daripada Abi. Aku terfikir juga, mungkinkah niat aku belajar semata-mata untuk ujian atau naik tahun menyebabkan hatiku tidak seterang dulu semasa menghafal atau memahami fakta yang mengelirukan.

Tere-Liye dengan Delisa, gadis pasca tsunami 25 Dec 2004 mampu membuatkan aku berfikir dari ayat pertama hingga terakhir (aku ingin sekali membeli Moga Bonda Disayang Allah yang dulunya aku tidak pernah terfikir untuk membelinya).  Tere-Liye yang dengan ayat akhir yang cukup mengesankan. Ah, Tere-liye benar-benar tahu untuk mencuri hatiku dengan penulisannya.

Adik aku beli Kosmik dengan tajuk yang cukup mencengkam-kosmetik daripada BUDU. Haha..Jangan tergelak, sekarang ni budu dikomersialkan dalam bentuk serbuk-DeBudu. Boleh dibuat sebagai buah tangan lagi..maklumat baru ni.

Ok. Balik sambung cerita aku kat Terengganu. Aku tak tahu kenapa anak saudaraku selalu je pandai sebut nama adik aku berbanding aku. Dia baru belajar bercakap, aku suka peluk dia dan suruh dia cium aku. Rindu dia sungguh-sungguh! Aku dari Kuantan, mak dan adik aku dari rumah, kami berjumpa di rumah abang aku, berkampung selama 4 hari di situ. Pergi shopping, pergi Masjid Terapung dan peluk dia selalu.

Balik ke rumah, 24 jam fikiran aku dipenuhi dia. Angau sungguh. Kemudian laptop kesayanganku, aku bagi nama la eh-namanya bermula dari saat ini ialah ********, sebab warna dia hitam, kena bagi nama maskulin sikit la dan aku belajar daripada adik aku bahawasanya laptop ni pun kena manjakan untuk elak dia merajuk, telah merajuk manja.

 Tahun lepas, bulan 6 gak la, skrin laptop ni bermasalah. Terpaksa aku dating KL untuk ke ASUS centre.  Nasib baik masih dalam warranty. Tahun  ni, masih dalam warranty. Dalam harga terpaksa aku bayar untuk –rawatan’ percuma setelah ‘di diagnose dengan masalah hard disk (hardware) ialah semua data di dalamnya hilang, jadi ini laptop baru secara teknikalnya lah.

Ok. Fine. Tahun lepas aku hilang charger. Aku rasa seseorang tersalah letak, tapi dia tak nak mengaku. Tak mengapa, kalau kebenaran dah terserlah, masa tu lah kita dapat saksikan. Eh, aku cerita lompat sana lompat sini la pula.

Ok. Setelah berfikir aku mesti baiki laptop yang suka-suka shutdown masa aku dok asyik buat kerja, aku memutuskan untuk ke KL.rancangan aku hari Khamis hantar, petang telefon tanya definitive diagnosis. Kalau masalah software, biasanya hari Jumaat dah boleh ambil so petang Jumaat dah boleh balik ke rumah, mudah kan? Lagipun aku tak pernah sampai lagi rumah abang aku kat Cheras tu. Aku beli tiket malam Rabu, pergi dengan adik aku. Atas bas, pengalaman masa aku balik ke Terengganu dari Kuantan berulang.

Aku mengelakkan diri daripada makan sebelum naik bas, bimbang akan mengalami sejenis penyakit zaman kanak-kanak yang dinamakan fenomena naik bas. Abang dan adik aku pernah bergurau: mu ni, naik bas kena sediakan plastic, senang nak muntah..haha. sebab tu aku lebih pilih naik kereta untuk ke Kuantan, bimbangkan masalah ini berulang. Sebenarnya bau kusyen yang tidak berapa berbau macam kusyen tu menyebabkan gag reflex initiated’. Dari kuantan hari tu aku punya bekal asam, bolehlah tolong selesakan sikit-sikit.

Sampai di Hentian Putra jam 5am dan solat subuh di situ sementara tunggu kakak ipar aku ambil jam 6am. Sampai di Batu dalam setengah jam dan keluar pula jam 930am. Sebenarnya dah lama aku hafal lagu Cinta Tasik Selatan, mula-mula ingat Bandar tu tak wujud, lepas dengar radio-lagu Olan, baru aku tahu Bandar tu memang ada dan berpeluang pula melihatnya.

Inilah laluanku:

Dari batu 10 ke LRT Bandar Tasik Selatan dengan teksi (rm11 untuk 2 orang)

LRT Bandar Tasik Selatan ke Masid jamek (rm1.70 seorang)

STAR Masjid Jamek ke Dang Wangi (rm 1.20 seorang)

Monorel Bukit Nanas ke Imbi (rm 1.70 seorang)

Sampai je terus ke ASUS centre untuk hantar laptop. Lepas tu ke Plaza Low Yatt untuk melihat apa yang perlu..hehe. Sudahnya aku pulang dengan sesuatu. Cantik dan mengujakan. Hehe..

Lepas tu ke Times Square, memang best baju di situ dengan harga yang murah-murah.Habis la kau baju, nanti aku dah kerja aku nak datang borong kau..haha. tak larat untuk naik 7 tingkat, kami naik beberapa tingkat je. Kemudian terus patah balik ke Masjid Jamek untuk solat dan pusing jalan TAR dan SOGO. Makan tengah hari di SOGO yang tengah galak dengan sale. Nasib baik dok fikir poket tengah menipis, kalau tidak, mahu beli juga aku satu.

Pusing jalan TAR tidak lupa kedai buku yang aku tak pernah miss-kedai buku Mu’min. jumpa buku tere-liye-aku dah cerita kat atas kan. Itu saja dan kemudian terus balik dan sampai di rumah jam 6pm.
Jumaat, keluar lewat sikit. Ambil teksi rm 13. Kemudian turun kat LRT Hang Tuah. Ambil monorail terus ke Imbi (rm1.20). ok. Tahniah, laptop lama dengan hard disk baru. Semuanya lesap. Adoi. 

Beli installer window7. Naik Low yatt kejap, beli xpax no yang biras aku pesan. Aha, teringat budak Serawak tu.

Terus patah balik ke Hang Tuah dan ambil LRT terus ke PWTC (rm 1.70). Beli tiket rm86.20 untuk 2 orang, esok pagi aku balik. Singgah di The mall untuk makan Pizza hutt-jumpa hinode shop. Ingat nak beli sesuatu, tapi tak ada pilihan sangat berbanding Kuantan.Hari Jumaat, waktu Jumaat di sebuah ibu kota negera islam (dakwa mereka) tapi aku tidak melihat waktu Jumaat dengan ramai lelaki yang aku kira Islam santai je menikmati makan tengah hari waktu mungkin khatib tengah baca khutbah di mimbar masjid.

Pulang terus ke LRT BTS rm1.70 . teksi rm 11dan sampai di rumah jam 240pm. Solat Zuhur, install window 7(office pun 2010, bukan main!). Lepas tu belayar ke alam mimpi. Ai, charger universal aku pun jealous ke aku bagi perhatian lebih kepada laptop aku. Dah mula main hide and seek ni. Alahai sayang..
Esok pagi aku balik, tak sabar nak jumpa nak saudara aku yang ada kat rumah, anak kakak aku yang dok mesir dengan suami dia. Ni entri pertama guna word 2010-dengan bangganya dan word pertama yang aku save dalam laptop yang masih ‘dara’ ni..haha

k…rajin-rajin yea..safiy menulis untuk gunakan memory yang masih tak terusik sangat ni.
Jap, nak cerita sikit lagi sebelum luput dari ingatan. Hari tu aku ikut mak, abang dan adik aku pergi kebun. Musim buah tahun  ni nampaknya menjadi, tapi kena la jaga, nanti dia merajuk sebab berebut nutrient dengan parasite sekeliling. 

Hasil 2 jam tolong menebas mana patut, membakar buluh menghalau nyamuk dan mengutip pucuk paku dan bunga kantan (nak kutip biji dia, tapi takda yang masak lagi) maka, aku membawa balik 3 ekor pacat yang masih kenyang mencuri darahku tanpa izin dan badan yang gatal-gatal. Tangan pula kena selumbar angkara menarik buluh muda..alahai..tu baru 2 jam, kalau tiap-tiap hari? Immune la cik safiy oit.

Pasal si dia pula. Dah lama tak jumpa, cuti ni aku pergi ‘dating’ dengan dia jap..hehe.

Classmate aku sorang dah bertiga, sorang lagi pula dah berdua. Aku? Tak ada siapa sudi..haha..mengarut sungguh! Walaupun ada lagu tu : berdua lebih baik, tapi aku tetap percaya seorang lebih baik. Whatever..
Akhir kalam, jom tido, esok kena bangun awal, bas 930am, kena keluar jam 7am. Bye.salam.

Saturday, June 5, 2010

ENTRI TERAKHIR SEBELUM BERCUTI




Musim-musim cuti dan aku akan mengosongkan diri. Hidup perlu untuk diri jua, walau kadang kalah dengan desakan semasa.

4 june 2010. Hari-hari terakhir sebagai pelajar tahun 3. Aku mengira degup jantung yang seakan arhhytmia (exaggerate). Jam 11am, bakal menentukan statusku pada 28june 2010, kekal sebagai pelajar tahun 3 atau melangkah ke tahun 4. Tahun3 yang penuh mendebarkan. Musim ujian yang mampu membuatkan kepalaku sakit tanpa mampu dirawat. Yang aku mampu pohon ialah kuatkan hatiku atas segala takdir kerana sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk diriku.


Usah dikau MEMAKSA Tuhan akur segala desakanmu, Safiy!

Gag reflex initiated, musim gag reflex yang paling aktif. 1st trimester retarded , seorang teman mengusik nakal, entah cacing jenis apa yang meguras seluruh kudratku untuk ujian yang mampu mengembalikan diriku ke landasan sebenar. Ujian yang meletakkan aku kepada diriku yang dulu.

Ya, ujian itu antara nikmat dan hikmah. Semuanya untuk kebaikan asalkan kita memandang dari sudut positif. Tuhan menguji apa yang termampu saja oleh diri. Takkan dia menguji yang selebihnya.


Jam 4pm, aku ke popular bookstore. Mataku sekilas mennangkap kulit buku berwarna jingga, mengingatkan aku pada Suhada dan Suamar tinta Lintang Sugianto bertajuk Mentari di atas Gilli. Benar, naluriku boleh dipercayai. Tapi, awas jangan terlalu mempercayai. Novel Tere-Liye bertajuk Rembulan Tenggelam di Wajahmu hadir tepat pada saatnya. Novel itu mengungkap rahsia kepada 5 pertanyaan yang cuba dipersoalkan saat terkedang di ranjang di puncak kegemilangan pada usia 6o. Penuh kemegahan pada pandangan orang, tapi hakikatnya diri ialah satu kekosongan yang menjemukan.

Buku ini seiras Mentari di atas Gilli kulitnya. Isinya penuh inspiratif dan motivasi. Penulis Mentari di atas Gilli seorang penulis puisi, jadi bahasanya dapat kutebak, tapi penulis  Rembulan Tenggelam di Wajahmu, aku tidak tahu asalnya, tapi lenggok bahasa memang yang aku suka.




Malamnya ke rumah Dr. selamat melanjutkan pelajaran! Jasa Dr berdua kekal dalam sanubariku.
Cerita exam sikit, boleh la yea..buat kenangan. Exam oral patho, aku melalui tingkat yang cemas, terpaksa viva untuk borderline. Soalannya, Masya Allah, yang aku tak bersedia sangat, tapi Alhamdilillah berjaya menjawab walau kadang tersangkut. Usai saja viva 245pm, aku jadi orang pertama, nadiku terasa makin perlahan. Oh, Tuhan inikah ujian?

Pulang ke bilik, mengunci diri dan cuba membawa diri ke alam mimpi, gagal. Seluruh 26 abjad gagal menterjemah apa perasaan saat ini. Mungkin ini isyarat, aku mesti usaha lebih kalau tidak mahu melalui saat genting begini. Alhamdulillah viva lepas.

Ujian general surgery. Tuhan ,minggu yang mampu membuatkan jantungku luruh tanpa sempat kukutip. Markahnya mahal untuk soalan yang mahal jua. General medicine, sama sahaja, tapi ada sesuatu tentangnya yang mampu membuat aku menjadi diri sendiri. Kemudian ujian praktikal, aku dapat long case stroke (general medicine) dan short case thyroid (general surgery).



Hanya Tuhan yang tahu betapa pucatnya muka dan betapa debarnya hati untuk exam. Bermula dengan blood pressure cuff yang membuat masalah, bikin hatiku tambah gundah. Menatap masa, ada 10 minit lagi dan aku belum memperkemas history taking aku untuk presentation. Aduhai!

Kemudian present case dengan lintang pukang..oh..kenangan yang tak bisa kulupuskan.
Cerita sikit. Aku posting general medicine 3 minggu, kemudian minggu ke-4 ujian. Sama macam general surgery. Minggu pertama, berjinak-jinak. Minggu kedua mula menyesuaikan diri. Minggu ke-3 aduhal, dah minggu last. Tapi masa posting dua bulan ni aku kerap benar ke Teruntum dan Kuantan Parade sementara tunggu bas jam 5pm..hehe. Kesudahannya ‘terbeli’ henset baru dengan partner –in-crime masa posting ni la jugak..haha

Kemudian tinggal hampir 5 bulan untuk posting dental. Revision week dua minggu. Minggu pertama aku pun tak tau apa aku buat. Minggu kedua ikut bedside untuk short dan long case. Best juga belajar medical ni, tapi sebab bukan bread and butter, mungkin susah sikit. Lagipun basic medical science mungkin aku tak kuat sangat terutama anatomy. Neuroanat, histo..lagi lah aku angkat bendera putih. Embryo pun sama.


Yang paling best masa posting ni ialah masa kat Accident& Emergancy. Boleh belajar banyak kat sini. Real! Lagi masa aku clerk patient. Macam-macam cerita keluar. Serius memang best! Yang aku tak best masa buat PE. Ingatkan jadi observer je, rupanya kena buat, alahai. Tapi tak mengapa, boleh aku praktikkan kat keluarga aku nanti.

Apapun tahun 3 ialah masa sekelip mata. Terasa baru tadi aku dihimpit perasaan. Kemuncaknya ialah suis kesedihan saat ujian bertimpa kolam mataku terus banjir tanpa amaran diiringi ribut perasaan yang berkecamuk. Ujian praktikal menyaksikan banyak air mata yang tumpah tanpa rela. Bukan mudah untuk melepasi takah ini. Hampir separuh nyawaku melayang untuk melepasi jarak ini. Dan detik ini semuanya sudah berlalu. Hampir 60% pelajaranku berjaya kutempuh mesra.


Hakikatnya hidup ialah satu perjalanan. Dapat melayakkan diri ke tingkat seterusnya bukan bermakna aku harus berpuas hati. Life is a journey, not a destination. Success too.

Cerita hari Sabtu. Menganyam mimpi jam sepuluh pagi. What a waste..ha. Petang jam 430pm melayan Gokusen saat terdengar bunyi bising. Deria lihat mencari di mana deria dengar meneka. Ha..monyet tanpa rasa segan menjengukkan kepalanya di celah jeriji besi. Aku menghalau pun dia buat tak endah, barangkali deria baunya lebih tertarik kea rah karipap yang elok saja di atas meja. Terus aku lari ke bilik sebelah. Alahai, jangan jadi adegan kejar-mengejar sudah!

Malamnya cuba menahan kantuk dengan kopi Radix. Memang tahan kerana nampaknya mataku masih terkesan dengan kuasa Radix walaupun aku mengamalkannya hampir setiap hari semasa ujian akhir yang lepas. Kesannya jam 3am mataku masih enggan lelap. 

Akibatnya aku menggeledah buku dan malam ini 3 biji buku berjaya kubaca. Proud to be an avid reader. Dua hingga khatam-30 cara membina pengaruh (Zamri Mohamad & ) dan mutiara pelajar (Prof Izzy dan Zetty Zurehan). Buku Quran scientif karya Dr Danial tidak sempat kukhatam. Tidur jam 410am dan bangun jam 6am.

Dr; I don’t know what to do when a girl crying

Dr; u’r pale. (better to be an anaemic patient..haha) tenQ for being so supportive minutes before clerking the patient

Dr; u should observe ur diet. U r small (dimakan exam..haha) tenQ DrThan2Aye for being so caring for me
Dr;u better study b4 going to clinic. tenQ for being attentive to me. Hangat tanganmu kupegang kukuh di dasar hati ini.

Pulang ke rumah, melupakan sejenak 4 cast ortho, 1 lagi free form yang masih tak lulus, requirement endo, cons dan jua segalanya tentang dentistry. Maaf aku terpaksa berehat sejenak setelah 11 bulanku tepu dengan perkara ini.

p/s: aku ingin mengejar mimpimu menyatukan cita di dalam cinta. Cintaku ialah sastera sedang citaku ialah sains. Dan dentistry ialah art of science and also science of art. I should be grateful to enter this course.

ENTERING…HIBERNATE ZONE..SYHHH..

KERANA.

AKU JUA MANUSIA BIASA…