Musim-musim cuti dan aku akan mengosongkan diri. Hidup perlu untuk diri jua, walau kadang kalah dengan desakan semasa.
4 june 2010. Hari-hari terakhir sebagai pelajar tahun 3. Aku mengira degup jantung yang seakan arhhytmia (exaggerate). Jam 11am, bakal menentukan statusku pada 28june 2010, kekal sebagai pelajar tahun 3 atau melangkah ke tahun 4. Tahun3 yang penuh mendebarkan. Musim ujian yang mampu membuatkan kepalaku sakit tanpa mampu dirawat. Yang aku mampu pohon ialah kuatkan hatiku atas segala takdir kerana sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk diriku.
Usah dikau MEMAKSA Tuhan akur segala desakanmu, Safiy!
Gag reflex initiated, musim gag reflex yang paling aktif. 1st trimester retarded , seorang teman mengusik nakal, entah cacing jenis apa yang meguras seluruh kudratku untuk ujian yang mampu mengembalikan diriku ke landasan sebenar. Ujian yang meletakkan aku kepada diriku yang dulu.
Ya, ujian itu antara nikmat dan hikmah. Semuanya untuk kebaikan asalkan kita memandang dari sudut positif. Tuhan menguji apa yang termampu saja oleh diri. Takkan dia menguji yang selebihnya.
Jam 4pm, aku ke popular bookstore. Mataku sekilas mennangkap kulit buku berwarna jingga, mengingatkan aku pada Suhada dan Suamar tinta Lintang Sugianto bertajuk Mentari di atas Gilli. Benar, naluriku boleh dipercayai. Tapi, awas jangan terlalu mempercayai. Novel Tere-Liye bertajuk Rembulan Tenggelam di Wajahmu hadir tepat pada saatnya. Novel itu mengungkap rahsia kepada 5 pertanyaan yang cuba dipersoalkan saat terkedang di ranjang di puncak kegemilangan pada usia 6o. Penuh kemegahan pada pandangan orang, tapi hakikatnya diri ialah satu kekosongan yang menjemukan.
Buku ini seiras Mentari di atas Gilli kulitnya. Isinya penuh inspiratif dan motivasi. Penulis Mentari di atas Gilli seorang penulis puisi, jadi bahasanya dapat kutebak, tapi penulis Rembulan Tenggelam di Wajahmu, aku tidak tahu asalnya, tapi lenggok bahasa memang yang aku suka.
Malamnya ke rumah Dr. selamat melanjutkan pelajaran! Jasa Dr berdua kekal dalam sanubariku.
Cerita exam sikit, boleh la yea..buat kenangan. Exam oral patho, aku melalui tingkat yang cemas, terpaksa viva untuk borderline. Soalannya, Masya Allah, yang aku tak bersedia sangat, tapi Alhamdilillah berjaya menjawab walau kadang tersangkut. Usai saja viva 245pm, aku jadi orang pertama, nadiku terasa makin perlahan. Oh, Tuhan inikah ujian?
Pulang ke bilik, mengunci diri dan cuba membawa diri ke alam mimpi, gagal. Seluruh 26 abjad gagal menterjemah apa perasaan saat ini. Mungkin ini isyarat, aku mesti usaha lebih kalau tidak mahu melalui saat genting begini. Alhamdulillah viva lepas.
Ujian general surgery. Tuhan ,minggu yang mampu membuatkan jantungku luruh tanpa sempat kukutip. Markahnya mahal untuk soalan yang mahal jua. General medicine, sama sahaja, tapi ada sesuatu tentangnya yang mampu membuat aku menjadi diri sendiri. Kemudian ujian praktikal, aku dapat long case stroke (general medicine) dan short case thyroid (general surgery).

Hanya Tuhan yang tahu betapa pucatnya muka dan betapa debarnya hati untuk exam. Bermula dengan blood pressure cuff yang membuat masalah, bikin hatiku tambah gundah. Menatap masa, ada 10 minit lagi dan aku belum memperkemas history taking aku untuk presentation. Aduhai!
Kemudian present case dengan lintang pukang..oh..kenangan yang tak bisa kulupuskan.
Cerita sikit. Aku posting general medicine 3 minggu, kemudian minggu ke-4 ujian. Sama macam general surgery. Minggu pertama, berjinak-jinak. Minggu kedua mula menyesuaikan diri. Minggu ke-3 aduhal, dah minggu last. Tapi masa posting dua bulan ni aku kerap benar ke Teruntum dan Kuantan Parade sementara tunggu bas jam 5pm..hehe. Kesudahannya ‘terbeli’ henset baru dengan partner –in-crime masa posting ni la jugak..haha
Kemudian tinggal hampir 5 bulan untuk posting dental. Revision week dua minggu. Minggu pertama aku pun tak tau apa aku buat. Minggu kedua ikut bedside untuk short dan long case. Best juga belajar medical ni, tapi sebab bukan bread and butter, mungkin susah sikit. Lagipun basic medical science mungkin aku tak kuat sangat terutama anatomy. Neuroanat, histo..lagi lah aku angkat bendera putih. Embryo pun sama.
Yang paling best masa posting ni ialah masa kat Accident& Emergancy. Boleh belajar banyak kat sini. Real! Lagi masa aku clerk patient. Macam-macam cerita keluar. Serius memang best! Yang aku tak best masa buat PE. Ingatkan jadi observer je, rupanya kena buat, alahai. Tapi tak mengapa, boleh aku praktikkan kat keluarga aku nanti.
Apapun tahun 3 ialah masa sekelip mata. Terasa baru tadi aku dihimpit perasaan. Kemuncaknya ialah suis kesedihan saat ujian bertimpa kolam mataku terus banjir tanpa amaran diiringi ribut perasaan yang berkecamuk. Ujian praktikal menyaksikan banyak air mata yang tumpah tanpa rela. Bukan mudah untuk melepasi takah ini. Hampir separuh nyawaku melayang untuk melepasi jarak ini. Dan detik ini semuanya sudah berlalu. Hampir 60% pelajaranku berjaya kutempuh mesra.
Hakikatnya hidup ialah satu perjalanan. Dapat melayakkan diri ke tingkat seterusnya bukan bermakna aku harus berpuas hati. Life is a journey, not a destination. Success too.
Cerita hari Sabtu. Menganyam mimpi jam sepuluh pagi. What a waste..ha. Petang jam 430pm melayan Gokusen saat terdengar bunyi bising. Deria lihat mencari di mana deria dengar meneka. Ha..monyet tanpa rasa segan menjengukkan kepalanya di celah jeriji besi. Aku menghalau pun dia buat tak endah, barangkali deria baunya lebih tertarik kea rah karipap yang elok saja di atas meja. Terus aku lari ke bilik sebelah. Alahai, jangan jadi adegan kejar-mengejar sudah!
Malamnya cuba menahan kantuk dengan kopi Radix. Memang tahan kerana nampaknya mataku masih terkesan dengan kuasa Radix walaupun aku mengamalkannya hampir setiap hari semasa ujian akhir yang lepas. Kesannya jam 3am mataku masih enggan lelap.
Akibatnya aku menggeledah buku dan malam ini 3 biji buku berjaya kubaca. Proud to be an avid reader. Dua hingga khatam-30 cara membina pengaruh (Zamri Mohamad & ) dan mutiara pelajar (Prof Izzy dan Zetty Zurehan). Buku Quran scientif karya Dr Danial tidak sempat kukhatam. Tidur jam 410am dan bangun jam 6am.
Dr; I don’t know what to do when a girl crying
Dr; u’r pale. (better to be an anaemic patient..haha) tenQ for being so supportive minutes before clerking the patient
Dr; u should observe ur diet. U r small (dimakan exam..haha) tenQ DrThan2Aye for being so caring for me
Dr;u better study b4 going to clinic. tenQ for being attentive to me. Hangat tanganmu kupegang kukuh di dasar hati ini.
Pulang ke rumah, melupakan sejenak 4 cast ortho, 1 lagi free form yang masih tak lulus, requirement endo, cons dan jua segalanya tentang dentistry. Maaf aku terpaksa berehat sejenak setelah 11 bulanku tepu dengan perkara ini.
p/s: aku ingin mengejar mimpimu menyatukan cita di dalam cinta. Cintaku ialah sastera sedang citaku ialah sains. Dan dentistry ialah art of science and also science of art. I should be grateful to enter this course.
ENTERING…HIBERNATE ZONE..SYHHH..
KERANA.
AKU JUA MANUSIA BIASA…







No comments:
Post a Comment