Friday, April 30, 2010

LEARN TO RE ACT


Reaksi susulan beberapa rencana akhbar untuk penyelesaian isu ‘buang anak’

1. Kempen jangan buang anak (artis turun padang di N9)
2. Cadangan untuk ‘sterile’ atau mandulkan bapa anak ‘tak sah taraf’

Kembali kepada asas. Adakah kita membuat penyelesaian berdasarkan sifir yang tepat?

1. Adakah kita cuba merawat akibat/kesan bukannya punca?
2. Sifir mudah: CAUSE and EFFECT? Semestinya  satu pemikiran logic untuk merawat punca kerana tanpa punca tiada kesannya

Punca –punca yang mungkin untuk kesan buang anak:

1. ZINA akibat pergaulan bebas ..ya mana ada kes buang anak halal kecuali kes dera (akan dibincangkan kemudian)
Kurangnya pendidikan 

2. AGAMA . Di sini ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk membekalkan agama secukupnya buat bekalan anak-anak mengharungi dunia globalisasi-langit terbuka tanpa sempadan geografi. Pesan baginda Rasul saw yang mafhumnya: tidak akan melakukan maksiat seseorang ketika dia beriman kerana saat dia melakukan maksiat ternyata imannya sudah tercabut daripada hatinya.

3. Tiada pelaksanaan UNDANG-UNDANG ISLAM. Berapa ramai yang mempersoal betapa kejamnya hukum hudud umpamanya potong tangan untuk kes mencuri atau rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin dan sebat 100x untuk penzina belum berkahwin. Betapa dangkalnya pendidikan agama dan iman. Apa kita tidak pernah belajar sejarah Negara Islam pertama yang dibina Rasul penduduknya pelbagai agama namun undang-undangnya berlandaskan Islam. Betapa rukunnya negara Madinah!

Analoginya begini:

Kita membeli sebuah telefon bimbit baru. Bersamanya ialah buku panduan. Dicatatkan di situ supaya di ‘charge’ 8 jam sebelum guna. Lalu kita akan sedaya upaya mengikuti buku panduan itu untuk mengelakkan kerosakan pada telefon itu. Begitulah insan bernama hamba. Kita dilahirkan bersama buku panduan bernama Quran dan Hadith. Saat kita memperoalkan betapa jumudnya al-Quran maka kita telah mempersoal hakikat kita adalah hamba di sisi Tuhan yang Esa.  

Cuka kita fikir sejenak.  
Apakah ada insan yang akan melakukan zina saat pelaksaan hukum Islam dikuatkuasan ?

Anehnya manusia memang jarang yang mahu berfikir berlandaskan hidayah. Lantas suruhan Tuhan diabaikan dan larangannya dibuat tanpa segan.

Fikir-fikirkan lah!!

Bukan bermakna kita harus menyalahkan mereka yang telah terlanjur dan membiarkan mereka terumbang-ambing sendirian. Namun kita harusnya tahu yang mana harus diutamakan. Cause or effect??

Hakikatnya bukan lelaki sahaja harus dipersalahkan. Perempuan jua punca keterlanjuran itu. Bayangkan perempuan dengan pakaian tak cukup kain-singkat ,jarang dan ketat. Kucing mana mampu menolak ‘ikan segar’ di hadapan mata? 

Tuesday, April 27, 2010

aku dan dia


Sunyi. Tiada bunyi yang didaftarkan pada gegendang telinganya kecuali degupan jantung sendiri yang berdetak keras. Begini hidup; perancangan Maha Esa sering mendahului perancangan seorang hamba.

Dia seorang pelajar di universiti kehidupan. Reality acap kali menguji threshold sabarnya. Tahap sabarnya kadang makin terhakis, teruji dengan pelbagai perancangan yang tak termasuk dalam perancangannya. Kali ini dia membuat eksperimen lagi. Tadi, kepalanya benjol angkara pintu kaca. Pintu itu bukan kecil, bukan jua tersembunyi. Namun kepalanya tepu dengan ujian yang seakan berderetan dan berlumba-lumba pula.

 Pening-pening lalat pula dia memikirkan bagaimana untuk mengurus diri. Owh..di tambah lagi pula dengan undangan perkahwinan seorang teman satu sekolah dulu. Dia jadi memikirkan, seharusnya dia cukup matang mendepani kehidupan mendatang. Tuhan telah kurniakan seindah perhiasan bagi dirinya. Masuk ke sebuah institute yang disegani dan rata-rata teman sekolah sering mencemburui pencapainya. Seharusnya dia melambakkan syukur. Namun akhirnya dia sedar. 

Dia masih seorang manusia yang diwarnai perasaan dan emosi bukannya seorang robot atau mesin yang dikuasai remote control. Justeru  bukanlah suatu keanehan andai kadang dia mengeluh dan seakan terpinggir. Oh ya dia mahu menjawab soalan kenapa bidang pengajiannya tidak sama dengan bakatnya. Jawabnya: I want to keep my choices open. Cita-cita dia simple je; nak jadikan segulung kertas yang bakal diperolehi nanti bukan hiasan. Enteng bukan. Cita akan melamar cinta pabila waktunya mampir nanti.

 Dia seorang anak-punya tanggung jawab terhadap ibu yang sendiri menghitung sepi dan seorang ayah yang sudah kembali ke alam abadi. Dia jua seorang multitasker adik, kakak, teman, ibu saudara, adik ipar dan seorang hamba yang punya amanah sebagai khalifah yang terbeban begitu berat. Tidak banya sebenarnya pinta hidup; penuhi ia sebagaimana penuhi kehidupan untuk ke dunia akhir. 

Oh..kadang dia tersalah mengutamakan tugasan-dia masih seorang pelajar yang mencuba-do the right at the first try. Dia mencuba untuk ; keep the pace so nobody hurts. Dia masih berjuang untuk menguatamakan yang utama. Dia ialah seorang aku yang mampu miliki hati sekeras waja jika mahu namun sering menjadi rapuh dan ripuh saat dilanda ujian bertubi.


Tuesday, April 20, 2010

SAAT DETIK BERKALIH RASA

 Di simpang empat: kenapa van roti tu laju sangat, nak kejar apa yea?
Takut roti sampai tarikh luput dulu sebelum sampai ke kedai.

TIME TO CLEAR THE WEB


Alhamdulillah pembuka kata. Sejuta syukur untuk keputusan EAP dan UNGS 2050 yang mampu membuatkan aku tersenyum saat menatapnya. Tidak sia-sia malam Isnin dan pagi Sabtuku sepanjang satu semester diperuntukkan untuk 2 subjek itu. Jua terima kasih teramat untuk Madam Yati dan Dr Hikmatullah yang mampu membuatkan aku tak pernah lena walau setinggi mana pun tahap mengantuk aku dalam kedua-dua kelas itu. ~Masih punya 2 kertas UNGS yang perlu diambil tahun mendatang.~


Ada beberapa perkara yang bermain dalam minda, namun aku seakan dihinggap virus kemalasan yang menyerang segenap antibody untuk tangan menaip segala yang berlaku. Isnin hingga Jumaat ialah rutin yang tak pernah berubah. Justeru aku cuba menambahkan pelbagai warna agar tidak jadi kelabu cuma.

Hujung minggu lepas, tatkala kangen teramat aku membuat keputusan mendadak untuk pulang ke rumah. Jam 11pm Jumaat dan tiba di rumah jam 6am Sabtu. Kemudian pulang semula ke sini bas jam 1pm dan tiba jam 830pm. Kepulangan atas dasar bukan kerana punyai cuti namun kerana tak mampu menahan perasaan yang agak berkecamuk. Pelbagai masalah seakan berlumba saat kepala aku seakan tepu dengan pelbagai perkara. Pulang untuk menjernih keadaan-begitulah kata yang paling tepat.

Hujung minggu ini ada beberapa program bersusun. Malam Sabtu ada Grand Qiam. Program bermula jam 9pm-ceramah Us Zuridan dari UMP: Rahsia di sebalik suruhan Allah. Kemudian qiam jam 5am dan kuliah subuh oleh Us Hazmi Dibok, juga dari UMP. Jam 710am aku di TC menyaksikan sunrise yang cukup memukau. 

SUBHANALLAH!!

Kemudian makan roti canai di gerai Pak Lah dan pulang untuk meneruskan rutin sebagai seorang pelajar Islam. Pagi Ahad program anjuran edu dens-bersih kubur Islam di Jalan Bukit Ubi.
Malam isnin ke masjid Cenderawasih –ceramah life Us Azhar Idrus untuk kali ke-2. Sebelum ni kat Masjid Negeri, Kuantan.

‘IBRAH SEPANJANG MINGGU:

1.     Agama tidak gunakan ‘aqal sebab ‘akal manusia sangat terbatas. Contohnya:

a.    Us, 3 magrib + 4 isya’ = 7. Kalau aku buat 4 magrib+ 3 Isya’ =7 juga kan?
b.    Hukum rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin et cetera.  Ini bukan satu kezaliman. Lihatlah sekarang betapa ramai anak luar nikah dilahirkan disebabkan kegagalan melaksanakan hukum ini

2.    Sebagai Islam bukan alasan tidak tahu undang-undang Islam. Analoginya begini: seorang pemandu kereta di tahan polis kerana tidak memasang lampu kereta pada waktu malam. Saat ditanya: “saya tidak tahu mesti memasang lampu waktu malam”. sedangkan dia mempunyai lesen memandu yang sah. Jadi sebagai seorang Islam, bukan suatu yang ‘bijak’ untuk berkata “saya tidak tahu” saat ditanya kenapa anda tidak menutup aurat atau tidak menegur saudara anda yang mempamerkan aurat. 

    Disebabkan anda mendapat ‘lesen’ disahkan sebagai Islam dengan kalimah syahadah, menjadi KEWAJIPAN untuk belajar fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Tiada alasan untuk berkata SAYA TIDAK TAHU.

3.    Islam itu mudah. Apa-apa masalah kembali saja kepada al-Quran dan Hadith-tiada kompromi. Saat belajar ETIQUEE,  beza antara Muslim dan bukan Muslim ialah pegangan . Menjadi seorang yang mempunyai pegangan, mudah sekali untuk membuat keputusan.
4.    Apakah kita cukup professional terhadap Allah saat kita mempersoal professional terhadap profesion dan dunia???


Siapa kita untuk mempersoal betapa zalim hukum Allah yang termaktub dalam al_Quran ? hanya hamba yang tercipta daripada air yang hina dan bakal kembali ke dalam tanah bila-bila masa sahaja. Sedarkah kita bahwa malaikat maut menjenguk kita kira-kira 70 kali sehari?
Minggu depan bakal menyertai program baktisiswa, aku ditugaskan untuk bahagian dental check-up-sama macam baktisiswa bukit Goh hari tu.