Alhamdulillah pembuka kata. Sejuta syukur untuk keputusan EAP dan UNGS 2050 yang mampu membuatkan aku tersenyum saat menatapnya. Tidak sia-sia malam Isnin dan pagi Sabtuku sepanjang satu semester diperuntukkan untuk 2 subjek itu. Jua terima kasih teramat untuk Madam Yati dan Dr Hikmatullah yang mampu membuatkan aku tak pernah lena walau setinggi mana pun tahap mengantuk aku dalam kedua-dua kelas itu. ~Masih punya 2 kertas UNGS yang perlu diambil tahun mendatang.~
Ada beberapa perkara yang bermain dalam minda, namun aku seakan dihinggap virus kemalasan yang menyerang segenap antibody untuk tangan menaip segala yang berlaku. Isnin hingga Jumaat ialah rutin yang tak pernah berubah. Justeru aku cuba menambahkan pelbagai warna agar tidak jadi kelabu cuma.
Hujung minggu lepas, tatkala kangen teramat aku membuat keputusan mendadak untuk pulang ke rumah. Jam 11pm Jumaat dan tiba di rumah jam 6am Sabtu. Kemudian pulang semula ke sini bas jam 1pm dan tiba jam 830pm. Kepulangan atas dasar bukan kerana punyai cuti namun kerana tak mampu menahan perasaan yang agak berkecamuk. Pelbagai masalah seakan berlumba saat kepala aku seakan tepu dengan pelbagai perkara. Pulang untuk menjernih keadaan-begitulah kata yang paling tepat.
Hujung minggu ini ada beberapa program bersusun. Malam Sabtu ada Grand Qiam. Program bermula jam 9pm-ceramah Us Zuridan dari UMP: Rahsia di sebalik suruhan Allah. Kemudian qiam jam 5am dan kuliah subuh oleh Us Hazmi Dibok, juga dari UMP. Jam 710am aku di TC menyaksikan sunrise yang cukup memukau.
SUBHANALLAH!!
Kemudian makan roti canai di gerai Pak Lah dan pulang untuk meneruskan rutin sebagai seorang pelajar Islam. Pagi Ahad program anjuran edu dens-bersih kubur Islam di Jalan Bukit Ubi.
Malam isnin ke masjid Cenderawasih –ceramah life Us Azhar Idrus untuk kali ke-2. Sebelum ni kat Masjid Negeri, Kuantan.
‘IBRAH SEPANJANG MINGGU:
1. Agama tidak gunakan ‘aqal sebab ‘akal manusia sangat terbatas. Contohnya:
a. Us, 3 magrib + 4 isya’ = 7. Kalau aku buat 4 magrib+ 3 Isya’ =7 juga kan?
b. Hukum rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin et cetera. Ini bukan satu kezaliman. Lihatlah sekarang betapa ramai anak luar nikah dilahirkan disebabkan kegagalan melaksanakan hukum ini
2. Sebagai Islam bukan alasan tidak tahu undang-undang Islam. Analoginya begini: seorang pemandu kereta di tahan polis kerana tidak memasang lampu kereta pada waktu malam. Saat ditanya: “saya tidak tahu mesti memasang lampu waktu malam”. sedangkan dia mempunyai lesen memandu yang sah. Jadi sebagai seorang Islam, bukan suatu yang ‘bijak’ untuk berkata “saya tidak tahu” saat ditanya kenapa anda tidak menutup aurat atau tidak menegur saudara anda yang mempamerkan aurat.
Disebabkan anda mendapat ‘lesen’ disahkan sebagai Islam dengan kalimah syahadah, menjadi KEWAJIPAN untuk belajar fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Tiada alasan untuk berkata SAYA TIDAK TAHU.
3. Islam itu mudah. Apa-apa masalah kembali saja kepada al-Quran dan Hadith-tiada kompromi. Saat belajar ETIQUEE, beza antara Muslim dan bukan Muslim ialah pegangan . Menjadi seorang yang mempunyai pegangan, mudah sekali untuk membuat keputusan.
4. Apakah kita cukup professional terhadap Allah saat kita mempersoal professional terhadap profesion dan dunia???
Siapa kita untuk mempersoal betapa zalim hukum Allah yang termaktub dalam al_Quran ? hanya hamba yang tercipta daripada air yang hina dan bakal kembali ke dalam tanah bila-bila masa sahaja. Sedarkah kita bahwa malaikat maut menjenguk kita kira-kira 70 kali sehari?
Minggu depan bakal menyertai program baktisiswa, aku ditugaskan untuk bahagian dental check-up-sama macam baktisiswa bukit Goh hari tu.
No comments:
Post a Comment