Reaksi susulan beberapa rencana akhbar untuk penyelesaian isu ‘buang anak’
1. Kempen jangan buang anak (artis turun padang di N9)
2. Cadangan untuk ‘sterile’ atau mandulkan bapa anak ‘tak sah taraf’
Kembali kepada asas. Adakah kita membuat penyelesaian berdasarkan sifir yang tepat?
1. Adakah kita cuba merawat akibat/kesan bukannya punca?
2. Sifir mudah: CAUSE and EFFECT? Semestinya satu pemikiran logic untuk merawat punca kerana tanpa punca tiada kesannya
Punca –punca yang mungkin untuk kesan buang anak:
1. ZINA akibat pergaulan bebas ..ya mana ada kes buang anak halal kecuali kes dera (akan dibincangkan kemudian)
Kurangnya pendidikan
2. AGAMA . Di sini ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk membekalkan agama secukupnya buat bekalan anak-anak mengharungi dunia globalisasi-langit terbuka tanpa sempadan geografi. Pesan baginda Rasul saw yang mafhumnya: tidak akan melakukan maksiat seseorang ketika dia beriman kerana saat dia melakukan maksiat ternyata imannya sudah tercabut daripada hatinya.
3. Tiada pelaksanaan UNDANG-UNDANG ISLAM. Berapa ramai yang mempersoal betapa kejamnya hukum hudud umpamanya potong tangan untuk kes mencuri atau rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin dan sebat 100x untuk penzina belum berkahwin. Betapa dangkalnya pendidikan agama dan iman. Apa kita tidak pernah belajar sejarah Negara Islam pertama yang dibina Rasul penduduknya pelbagai agama namun undang-undangnya berlandaskan Islam. Betapa rukunnya negara Madinah!
Analoginya begini:
Kita membeli sebuah telefon bimbit baru. Bersamanya ialah buku panduan. Dicatatkan di situ supaya di ‘charge’ 8 jam sebelum guna. Lalu kita akan sedaya upaya mengikuti buku panduan itu untuk mengelakkan kerosakan pada telefon itu. Begitulah insan bernama hamba. Kita dilahirkan bersama buku panduan bernama Quran dan Hadith. Saat kita memperoalkan betapa jumudnya al-Quran maka kita telah mempersoal hakikat kita adalah hamba di sisi Tuhan yang Esa.
Cuka kita fikir sejenak.
Apakah ada insan yang akan melakukan zina saat pelaksaan hukum Islam dikuatkuasan ?
Anehnya manusia memang jarang yang mahu berfikir berlandaskan hidayah. Lantas suruhan Tuhan diabaikan dan larangannya dibuat tanpa segan.
Fikir-fikirkan lah!!
Bukan bermakna kita harus menyalahkan mereka yang telah terlanjur dan membiarkan mereka terumbang-ambing sendirian. Namun kita harusnya tahu yang mana harus diutamakan. Cause or effect??
Hakikatnya bukan lelaki sahaja harus dipersalahkan. Perempuan jua punca keterlanjuran itu. Bayangkan perempuan dengan pakaian tak cukup kain-singkat ,jarang dan ketat. Kucing mana mampu menolak ‘ikan segar’ di hadapan mata?
1 comment:
info yang menarik..
Post a Comment