Oh Tuhan, tiba-tiba aku dilanda badai semusim. Rindu
yang keterlaluan. Rindu menggebu untuk kembali mengaktifkan diri dalam dunia
penulisan. Seumpama rinduku pada anak-anak saudara yang tak pernah padam.
Berjumpa seketika hanya menyurutkan rasa rindu tak pernah mampu memadamkan rasa
yang sentiasa mekar.
Semuanya ini berakibat lantaran usai membaca novel
terbaru (tak la baru sangat, baru ambil dari adik aku, dia dah pesan awal-awal
jangan beli coz dia dah beli walaupun aku yang habis baca dulu) Andrea Hirata
Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas.
Bahasanya masih memikat, sama seperti tetralogi Laskar
Pelangi.
Kemunculan watak Ikal dan Lintang masih menjuarai. Maryamah Karpov aka
Enong bt Zamzami menguasai seluruh cerita. Kali ini dia tampil sebagai jagoan
catur berbanding sebagai pemain biola dalam naskah terakhir tetralogi Laskar
Pelangi.
Bagi diriku petanda aku diheret masuk dalam plot novel
dengan jalan cerita yang menarik ialah apabila aku tak mampu menahan godaan
sedemikian cepat untuk mencapai muka surat terakhir novel. Mahu melompat, ini
bukan novel cinta yang boleh dilompat ke halaman akhir sesuka hati. Lantas aku
bersekang mata menghabiskan dwilogi untuk mengetahui kesudahan cerita. Tak
semua cerita yang aku boleh baca bab 1, tengah dan bab terakhir..okay.
Itu sahaja novel yang berjaya dibaca cuti ini dan
majalah I juga cukup menguja jejari untuk kembali mengetip keyboard laptop.
Cerita apa ye. Sebagai pelajar yang tak pernah menemui
titik noktah. Belajar itu kan berterusan dari buaian hingga liang lahad. Cuti
sempena Eid hanya sehari. Lantaran 10 Zulhijjah tanggalnya ialah Ahad, maka
hari Isnin mencukupkan cuti 3 hari. Berangkat ke tanah Serendah Sekebun Bunga
usai Jumaat (aku tak pernah solat Jumaat, tau solat Zohor je), tiba hampir
630pm di Machang. Transit seketika (macam biasa) di situ sebelum menaiki bas 90minit
ke desa tercinta. Bandar paling cantik dan bahagia dalam dunia..hehe.
9zulhijjah, mak kawan aku ajak sahur untuk puasa sunat.
Jadi menjimatkan apabila aku melalui bandar TM tanpa membeli makanan (selera
makan aku boleh tahan juga saat bermusafir-junk food & segala macam makanan
untuk orang rumah mesti dibeli) dan memandangkan kesulitan aku keseorangan naik
bas membimbit dua biji beg yang boleh tahan beratnya (macam la cuti sebulan,
padahal 3 hari je), maka aku membataskan niat untuk membeli, hanya sekadar
window shopping & cuci mata je.Cuki kaki juga ..haha.
Pusing TM, hampr jam 1230 sewaktu aku sibuk membelek
sandal & kasut (nasib baik rasional aku masih mendominsai, sempat menimbang
pro & cons dan membatalkan niat untuk membeli walaupun cantik sangat sandal
tu...padan muka nafsu, dia kalah lagi, mungkin aku waras lagi sebab berkat
puasa & memikirkan poket yang tak berapa tebal), bunyi orang telefon.
Tengok-tengok adik aku rupanya.
Apa dia nak? 12jam dari KL, dia tersadai di TM jam
12tengahari. Bajet naik bas jam 1pm, kami ke pasar. Adik aku pesan kelubi
(sebenarnya kakak aku yang pesan & kami kenduri kelubi..wah..sangat
membuatkan saliva aku bekerja sangat pantas) dan aku suruh adik aku pegang beg
tu. Nasib baik dia lelaki, boleh juga disuruh bawa barang-barang berat.
Dan aku sampai di teratak tercinta hampir jam 1430.
Anak-anak kakak aku ada kat rumah. Mood: bahagia..hehe. walid diorang pun tak
ada. Mood:lagi bahagia. Bukan sebab tak suka, tapi menjaga aurat dengan abang
ipar, rasa macam susah sikit kat rumah. Akhirnya, aku berkurung je dalam bilik
sebab malas nak bersopan-santun. Dia pun macam faham je, duduk rumah aku
kejap-kejap keluar. Bagi peluang aku dan adik ‘buas’ haha.
Lagi satu aku perasan anak-anak saudara aku lagi rapat
dengan abah/walid/abi diorang berbanding umi/umi/umi mereka. Bak kata sorang
tu, tanya anak siapa, jawapan bukan umi, tapi abah. Kalau abah dia ada, tak
pandang dah orang lain, berkepit dan senyum sampai ke telinga la dengan abah
dia.
Abah dia dukung sepupu pun dia jealous.
Macam anak abi pula, tak nampak abi depan mata je cari:
Mana abi? Nak buat semua benda dengan abi. Macam anak walid, berkepit je dengan
walid. Masa walid tak ada je, baru layan mak-mak sedara yang kempunan nak
dukung &peluk cium mereka. Aduhai anak-anak saudaraku yang comel-comel dan
tinggi pun dah makin melepasi mak sedara.
Ok. Pasal raya pula. Tahun ni kakak aku buat aqiqah anak
sulung dia. Aqiqah afdalnya daging dimasak dan dibuat semacam kenduri. Tapi,
memandangkan semua orang pun ada majlis masing-masing dan kehadiran dijangka
tidak memuaskan maka mak aku dan abang ipar memutuskan untuk tidak membuat
kenduri. Bahagi je daging tu macam afdalnya korban.
Raya pertama kami sibuk mengerjakan daging tu je. Lembu
‘ca lo le’ haha. Boleh dapat 19kg untuk rm 380 kot, aku tak pasti. Sangat
besar, abang aku bawa balik kepala dan aku tengok memamg sangat besar. Kemudian
abang-abang dan adik aku mengerjakan lembu tu sampai ke tengah ‘balai’. Dua orang
pegang tanduk kanan kiri dan seorang lagi pegang kapak. Macam apa ntah aku
tengok.
Kemudian mak aku masak gulai otak. Owh..aku tengok je,
tak rasa nak makan pun. Kemudian masak sup (hidangan utama), singgang (yang aku
boleh bilang dengan jari berapa kali jumpa luar kelantan), daging bakar, goreng
dan sup perut. Owh nikmatnya perut cicah air asam. Balik ni aku tak sempat buat
sambal belacan aku yang sedap tu sebab bz (alasan..hehe). Sambal pauh ringan
pun tak sempat sebab daging-daging tu merampas semua selera aku.
Malam raya tu abang aku dah kena balik key el. Dia keja
raya ke-2. Baru aku tau bukannya aku seorang yang payah nak tinggal rumah. Dari
lepas maghrib, dia bersiap. Siap galas beg, anak saudara aku bawa naik ketupat
padan dengan rendang ayam. Dia pun bersila sambil menggalas beg dan kami makan
sambil bersembang. Lawan pula dengan air teh songket laici&rose yang aku
buat. Memang umph.
Dan azan Isya’ pun berbunyi dari masjid berdekatan. Dia
pun meletakkan beg itu kembali dan solat Isya’ dulu sebelum berangkat. Susah
juga rupanya untuk orang berkahwin meninggalkan rumah..haha. Kakak aku lagi
lucu. Abang ipar aku pergi solat masjid. Masa makan tu boleh dia panggil aku
abang, ingat kat laki dia la tu. Haha. Pergi sekejap pun dah rindu:P.
Masakan
tidak, kalau bercerita, tak minta persetujuan suami dia tak sah. Sikit-sikit,
betul kan bang. Haha. Kalau dia baca, (dia malu bila kitorang gelak
beramai-ramai sebenarnya), biar dia tahu aku rasa nak gelak tergolek tengok
muka dia masa tu, kelakar sangat.
Semua tidur awal malam tu. Berperang dengan anak
saudara, akhirnya aku dan adik membuat keputusan untuk tidur. Namun sebaik
lampu dinyalakan dan kami mengadap buku, semua pun datang menyerbu. Buku aku
paling mendapat tumpuan,al maklum semua nak jadi doktor gigi bila dah besar
nanti. Huhu. Terpaksa aku membelek 2 biji buku dan menerangkan gambar tu satu
persatu sebagaimana aku pernah menerangkan pasal salivary gland kat anak
saudara yang lain. Tak sangka dia hafal cepat je diagram aku.
Kemudian abang aku bising, kenapa tak simpan daging kat
dapur. Aku dan adik pun turun mengemas dapur. Peti kami masuk wad, kurang gas
oksigen agaknya. Nasib baik ada peti beku yang digunakan masa mak aku buka
kedai dulu. Setelkan semua benda tu, naik ke atas, semua dah tidur. Kami
menyertai mereka ke alam mimpi.
Esoknya aku bangun setelah berkali adik aku marah-marah.
Haha. Kemudian kami pergi rumah kak ipar aku tengok Amanina anak abah yang dah
lama tak tengok (padahal baru sebulan tak jumpa). Rindu membuatkan sedetik
terlalu lambat berjalan.
Kemudian, plan asal untuk naik bas ke TM jam 3pm
terpaksa ditukar ke planB. Aku ikut abang aku yang balik ke negeri penyu dan
dia drop aku kat Machang. Jammed dan hujan, hampir jam 1am sampai ke Kuantan.
Ini pendahuluan cerita:
Aku pasrah dengan takdir. Siapalah aku untuk mempersoal
takdir kan? Lagipun hidup ini ialah takdir yang ditadbir.
Tambahan:
Semua di dunia ini ialah fana. Jadi, jangan bimbang atau
sedih bila kehilangan. Contohnya: aku tukar IC baru, jadi JPN ambil IC lama aku
yang comel (hehe, syok sendiri). Aku redha.
Contoh paling tragis pagi ni la. Aku semangat iron baju
kurung baru. Dan iron itu sangat kejam merobek hatiku. Ia membakar sebahagian
baju baru pemberian insan yang aku sayang itu tanpa belas. Hangit terbau, dalam
lagi luka di hati ini.
Mood: sedih namun pasrah.
Contoh lain, aku pasrah je bila insan yang melanggar
bontot motor aku dengan bucu keretanya dengan alasan tragis: Maaf, tak nampak.
Oh, sungguh kerdil motor aku (dan aku yang slim mlim) dibanding dengan keretanya
yang menjalar.
Trauma membuatkan aku mengucap (sungguh-sungguh insaf)sebelum
bawa motor tu atas jalan. Guna motor tu macam pergi medan perang. Aku silap,
aku yang kena langgar. Mereka silap, mereka yang melanggar. Apa daya? Dan
belakang aku temporarily sakit. Nasib baik sementara je. Aku dah risau tahap
gaban dah sampai keluar air mata telefon bonda (manja kan aku..haha).
Contoh lain ialah cinta aku sejak di Ma’had
menghilangkan diri. Mata-mata itu MIA-missing in action setelah sekian lama
berjasa dengan bingkai biru (owh, aku suka warna biru, tapi sekarang aku lebih
suka warna pelangi). Dan dia akan kekal dalam kenangan sebagai cinta pertama.
Mencari pengganti? Tunggu dulu, biar parut luka itu hilang dulu..huhu.
Cerita hari ini. Ingatkan nak pergi lab untuk siapkan
susun gigi untuk try in esok malam, tapi terperangkap pula dengan research. Habis
perah otak, yes EUREKA. Rasa macam dah layak jadi Biostastician plak (untuk
1milisecond) je la..haha.
Budak sem cuti mid sem+raya haji sekarang. Jadi kafe
ditutup. Nanar aku keluar cari makan. Kedai pun major tutup. Masih mood beraya
gamaknya.
Cerita pasal studi sikit boleh? Sikit je. Dulu masa
requirement ditambah kena 5 cases extensive caries & 5 cases deep caries
managment, aku dah kalut. Mana nak cari kaviti. Dah la patient aku macam
shallow je cavity. Tapi rupa-rupanya akhir-akhir ni asyik buat deep caries
management je. Terpaksa pula buat TF sebab direct pulp capping.
The rest is history..nanti aku sambung lain kali, nak
siapkan kotak urgent dulu.
p/s: aku dirasuk rasa ingin menulis menyebabkan aku menganaktitikan teman masa resah-cik puan winlinez. Kita jumpa lain kali yea..hehe. Jangan pernah tinggal daku.
No comments:
Post a Comment