Aku tak menolak dia, tapi aku tak mahu ‘jual ikan’ dengan hanya
mahu bila perlu dan ketepikan bila tak perlu.
INTI RASA:
Aku di kamar sepi saat adik merapatiku. Mukanya seakan ada
tanda tanya bersarang di minda.
Kak, kau kisah tak kalau aku langkah bendul?
Dup! Jantungku berdetak keras dan laju.
Kau mahu kahwin?
Aku mahu bertunang dulu.
Aku diam membisu seribu bahasa dan memaksa diri berfikir
sebelum memberi respon.
“Apa salahnya.” Kedengaran lirih dan ragu tanpa rasa yakin.
Dan ingatanku beralih kepada dia. Kenapa dia enggan kunjung
datang. Apa isyaratku tak cukup kuat untuk menggerakkan hati dia. Aku hanyut
dalam lamunan sendiri dan kembali memujuk diri.
Dik, jodoh itu urusan Tuhan, bukan urusan umur. Andai
tertulis jodohmu di depan, meski usiaku di atas usiamu. biarlah aku beralah,
memberi aku peluang bergelar kakak ipar sebelum bergelar isteri. Memberi aku
peluang menyudahkan sesi pengajian dan tenggelam ke alam kerja seraya
menyumbang bakti kepada kedua bonda dan ayahanda sebelum menundukkan semua
kemahuan di bawah titah seorang pemimpin yang bernama suami.
Ayah dan mak menghantar aku sejauh ini bukan untuk apa
melainkan di hati mereka terpahat setinggi Everest harapan agar punya waktu
berbakti kepada keluarga sebelum membina keluarga sendiri. Impian mereka
sedalam Jurang Mariana biar aku gah membina kerjaya dan berbakti kepada
masyarakat agar jerih perih mereka seakan terbayar (meski seluruh dunia takkan
mampu mencukupi untuk menghitung budi mereka).
Dik, aku punya ‘hutang’ untuk dibalas sebelum aku melunaskan
keperluan diri sendiri. Meski jauh di sudut hatiku seakan sedikit pilu, namun
aku mengeri jalanan ini yang terbaik untukku.
2 comments:
NI kisah benar ke, atau cerpen rekaan je? Adik kamu nak kawen dah ke? Heheh. *bizi body je.
kisah benar milik dua hati teman...mungkin bakal jadi kisah milik hati sendiri juga..mungkin aja sih
Post a Comment