Friday, November 23, 2007


Ini cerita yang dipetik dari Dr Md Nurul Islam-an oral biologist from Kanada

Tentang Rasulullah s.a.w


Suatu hari seorang sahabat datang menemui Rasul dan mengadu tentang anaknya yang sangat sukamakan makanan yang manis. Rasul berfikir sejenak dan bersabda, “ Datang jumpa aku seminggu lagi.”


Setelah genap seminggu, lelaki tadi datang membawa anaknya berjumpa dengan Baginda Rasul dan bertanyakan pendapat. Rasul hanya menyuruh kanak-kanak tersebut meninggalkan tabiat memakan makanan yang manis kerana ia akan merosakkan gigi. Lelaki terbabit hairan dengan kata-kata Rasul.


“ Jika ini saja nasihatmu, kenapa harus tunggu seminggu untuk kau mengatakannya?”
“ Sebenarnya aku juga suka memakan makanan yang manis. Jadi, aku terpaksa membuang tabiat itu dulu sebelum menasihati anakmu.”

Moral of the story


Katakan yang benar, Rasulullah tidak menasihati kanak-kanak itu pada pertemuan pertama kerana Baginda sendiri suka makan makanan yang manis. Setelah tabiat itu berjaya dikikis-Rasul memberi tempoh seminggu kepada dirinya untuk berubah, barulah nasihat itu diberikan kepada kanak-kanak tersebut.
Pengajaran cerita ini sangat jelas. Justeru, jangan mengatakan apa yang kita tak buat. Ini jelas dalam firman Allah, surah Saff, ayat 2 dan 3
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebencian di sisi Allah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

No comments: