Thursday, July 8, 2010

WAKTU ITU SUDAH BERLALU

Kita mesti mempunyai KEYAKINAN untuk bahagia di hari esok kerana tanpa keyakinan kita akan MATI sebelum kematian.


tERASA bARU sEMALAM aku bergegas ke Pustaka Awam Jeli untuk membaca buku PMR matematik dan sains demi mengejar tempat untuk menjadi wakil sekolah dalam kuiz sc & math

tERASA bARU sEMALAM aku berperang dengan perasaan hingga menjadikan ‘orang berjalan’ sebagai teman di saat kekusutan. Diguna dengan volume paling maksimum hingga deria seakan terhenti.

tERASA bARU sEMALAM aku membayar ‘samah’ seorang demi membaca Alam Perwira, Lingkaran Terkunci dan Dewata Raya etc episode terbaru (rm 2.50 satu majalah yang dikongsi bersama abang-abang aku)

tERASA bARU sEMALAM aku mewakili sekolah dalam kuiz bahasa Arab Safful Awwal hingga ke peringkat akhir anjuran YIK

tERASA bARU sEMALAM kolam air mataku banjir tak bertepi  angkara cubaan emosi yang seakan tak tertahankan

tERASA bARU sEMALAM aku menanti detik seorang itu mencapai ‘so called sweet 17’

tERASA bARU sEMALAM aku menanti detik 2 dekad + ¾

tERASA bARU sEMALAM aku berfikir-alangkah kalau aku dapat masuk UIA


tERASA bARU sEMALAM aku bermain congkak dengan mengorek tanah dan meletakkan tempurung dan menggunakan biji getah. Juga batu seremban dan lompat tali dan bola baling dan bola bayang dan coh dan lari pulang ke rumah saat enjin motor itu singgah di gegendang telinga.

tERASA bARU sEMALAM aku berpura-pura menangis demi mengelakkan solat setelah dipaksa abang aku saat usia masih belum mengenal dosa dan pahala.

tERASA bARU sEMALAM aku ke kebun durian dan mengharung air separas paha sambil menolak kereta sorong diisi durian di atas titi yang ‘rongak’. Tersilap atur langkah, bakal terus jatuh, jadi harus teliti membilang. Juga mengacau ‘lepuk’ dan menjual durian di pinggir lebuh raya utara selatan

tERASA bARU sEMALAM aku menyaksikan drama itu..aku masih ingat lagi. Macam terbayang depan mata la pulak.
tERASA bARU sEMALAM aku bersama Sya’ban (agaknya di mana ye dia sekarang?) yang ditugaskan menemani aku ke sekolah berjalan dan dikejar lembu hingga terjatuh ke dalam longkang

tERASA bARU sEMALAM aku bagai bermimpi saat nukilan aku bergema di thobur MMP

AKU YANG ANEH: belajar di SKJ2 namun menghadiri kelas tambahan SKJ1 kerana SKJ1 hanyalah di depan rumah. Guru besar tidak melepaskan aku pindah sekolah lantas sijil UPKK aku pun disimpan. Hasilnya, aku tak pindah sekolah, tapi sijil UPKK aku lenyap tanpa bekas, sayangnya! Tapi, paling best cikgu-cikgu SKJ1 dan SKJ 2 memang kenal aku.


AKU YANG TIDAK ANEH: kerana rumah aku tidak punya tv (aku tidak mempunyai niat untuk membelinya hatta di rumah sendiri pun), maka aku banyak menghabiskan masa meminjam buku terutama novel. Jadilah aku peminat novel yang setia kerana tiadanya tv.

Aku sekolah Air Lanas, tapi cikgu Jeli kenal sebab abang dan kakak aku sekolah di Jeli. Saat aku pergi untuk kuiz sc & math, cikgu-cikgu sibuk membandingkan adakah aku sama dengan abang atau kakak. Cikgu lelaki cakap aku sama dengan abang , cikgu perempuan sebaliknya. Lucu pula bila difikirkan…haha


HIDUP ANTARA SEBAB DAN AKIBAT

oLEH kERANA aku hadir interview, maka aku ambil jurusan ni

oLEH kERANA rumah tiada tv, aku seorang yang suka membaca

oLEH kERANA tekanan tinggal di asrama, aku jadi minat menulis

oLEH kERANA hilang, aku teraba-raba

oLEH kERANA dia belum hadir, aku jadi hilang pilihan



Terasa baru semalam bicara ini: kamu baru 1st year, tak perlu tahu detail, hanya yang asas sahaja.
Tapi, hari ini : takkan tak tahu lagi, kamu kan dah 4th year.

Ya, usia aku sudah bertambah makin banyak. Aku sudah mencapai usia dewasa. Aku bukan lagi kanak-kanak yang bicaranya tanpa maksud. Need to change, no excuse!

2 comments:

bib@halim said...

i like dis post.......
need to change no excuse!!!

hajrun said...

salaam. terbaikkk ah Safi! memang la jiwa sastera hingga ke akhir hayat haha bagus2