Saat monolog galak membina dialog
Sekadar satu perkongsian buat adik-adik 1st year yang sudi menjengah teratak yang tak seberapa ini. Sekadar ingin berkongsi pengalaman zaman muda-muda..hehe.
Tahun pertama di KOD. Tahun pertama mengenal betapa matrik itu jauh berbeza dengan kampus di sini. Tahun pertama mengenal anat, physio dan bichem. Tahun pertama untuk pertama kalinya dalam hidup aku menangis angkara gagal dalam ujian. Tahun pertama untuk seorang aku menghitung diri, betapa sengit dunia kampus. Berulang alik dari KOM ke KOD dengan berjalan kaki sebelum abang bermurah hati menawarkan skuternya untuk aku guna setelah acap kali aku pulang ke rumah mengadu susah mahu berulang alik begitu dengan berjalan kaki.
Tahun pertama untuk pertama kali dalam hidup aku mengalami krisis pembelajaran yang menggugah. Sering kali berfikir kenapa aku yang selama ini ok je belajar boleh gagal dalam ujian. Soalan itu membuatkan 1st year ialah tahun untuk aku mengadaptasi diri ke dalam persekitaran yang baru. Mencuba serius dalam hidup.
Aku budak math. Otak aku lebih mesra dengan angka berbanding membaca. Teringat dulu betapa aku enggan menjadi budak medic yang terpaksa menghadap buku saban waktu. Aku bukan ulat buku kalau tiba bab akademik walaupun adik aku kata aku ni memang gila belajar, lupa kehidupan yang lain.
Takdir itu menjemputku menjadi penghuni KOD. Aku yang membuat pilihan untuk menerimanya. Dan hari ini aku di sini mencuba dan terus mencuba. Mahu tahu apa yang menarik tentang bidang ini yang mampu membuatkan aku kekal di sini?
Banyak. Antaranya ialah pensyarah yang mampu membuatkan aku senyum saat dada terasa sebak menakung kekecewaan tidak mampu lulus ujian atau patient tidak dapat datang untuk temujanji. Atau mencuba membuat kaviti dengan indirect vision yang membuat threshold kesabaranku makin lama makin meninggi.
This in not the end of the world!
Safiy-pure. Pure heart. Pure soul. Should I represent my name.
Teman-teman yang meminjamkan aku telinga saat hard disk kepala terasa seakan penuh atau bahu saat aku menumpahkan air mata tika derita seakan mengheret seluruh jiwaku muram. Panik-kalimah yang banyak kali saat aku terserempak dengannya aku tidak lagi menjadi seorang aku. Jalanan terasa pincang dan aku mampu melakukan tindakan yang tak terjangka. Fuh! Bertul-betul cabaran emosi yang melelahkan.
The most important thing why I’m here today is dentistry is a combination about art and science. I love art but i need science too in order to be professional Muslim. In this field, u must try anything from
Medical subject-gross anatomy, histo, neuroanat,embryo, general medicine, general surgery, patho,microb,pharmaco,immuno
Dental subject-oral bio,dental material, cons,dental public health,ortho,paed,fixed prostho,prostho,oral surgery, etc..endless list.
The most important thing is dealing with people. It’s the happiest moment in your live to serve people with ur knowledge. Trust me, u’ll enjoy this course if u learn it by heart.
Pioneer batch-have to clear the route for others to walk along. When we established, then the other batch will walk freely on it. No need to walk to anf fro between KOM and KOD. No need to be accused to be late for class coz u’ve to walk . yes. Dentistry is all about BLOOD, SWEAT and SALIVA.
Changing from biomed to dentistry is another complicated thing to go through. Have to take UNGS and EAP here. We try to adjust from year 1 to take those subjects, but the fullness of schedule didnt permit us till Y3. The rest is history. Nanti la sambung, tak fokus ni.
Hari ini Sabtu minggu ke-4 di Indera Mahkota. Meneruskan rutin memburu ilmu, hikmah milik umat Islam yang tercicir angkara kesilapan sendiri. Mungkin hujung minggu untuk penghujung minggu ke-4 atau permulaan minggu ke-5 di tahun 4. Ok cerita satu-satu.
Sabtu minggu pertama aku ke Jabor, menyertai khidmat masyarakat menjadi faci dan juga membersihkan masjid. Mahasiswa, baktinya bukan harus di universiti sahaja. Harus melangkaui sempadan dan melihat realiti di luar sana, yang semestinya bercanggah dengan teori yang dihafal.
Ahad minggu ke-2 ke Rompin atas jemputan YB Maznah yang inginkan pelajar kampus membantu program sempena Hari Kesihatan di sana.
Ahad malam minggu ke-3 menyertai program Malam Palestin di Hati. Semarakkan perjuangan memerdekakan al-Quds dengan semampu yang boleh. Seharusnya minggu ini aku pulang ke Terengganu, melihat anak saudara baru, jua berjumpa dengan anak saudara yang tak henti-henti memanggil namaku. Really miss both of them like crazy.
Sabtu minggu ke-4, menyertai Interaction Day, beramah mesra dengan warga KOD terutama 1st year dan petangnya menghadiri kelas pertama untuk sesi Sem 1, 2010/2011 UNGS 2050. Aku kira hikmah terbesar aku ambil UNGS di sini ialah pensyarah yang mampu membuatkan aku lupa dengan keletihan mental hari biasa. Sem lepas dua subjek, EAP dan UNGS 2040. Yang tinggal hanyalah Parenting dan UNGS 2030. Dan oh, tahniah untuk tanggungjawab baru. Kata LASKAR PELANGI, menjadi pemimpin bermaksud sebelah kaki di jurang neraka. Namun aku berharap dengan amat, sebelah lagi mampu mengheret kembali kakiku ke SYURGA. Amin.class rep UNGS 2050 dan assistant class rep Year 4. Mampukah aku meladeninya???
Itu cerita hujung minggu. Hari-hari biasa ialah rutin yang kadang mampu menyebabkan aku mempersoal diri. Layakkah aku menjawat Dr di pangkal nama. Soalan itu menghantui diri hingga kadang aku terpukul sendiri. Betapa aku yang cetek ilmu. Betapa aku yang..dan berderet senarai menghantui. Hingga akhirnya aku terfikir: betapa aku enggan jadi orang tidak mensyukuri nikmat. Saat Allah memilih diri ini mendaftar, sesungguhnya Allah Maha Tahu bahawa aku mampu. Hanya aku harus lebihkan usaha dan kuatkan azam.
PRAY HARD STUDY SMART!





3 comments:
best-best... post ni~~
my partner...
herie dan comey..terima kasih bertandang ke TERATAK HAMBA yang tak seberapa:)
Post a Comment