Cabaran kadang menjadi takdir yang amat melelahkan jiwa. Tapi, aku suka . Suka sangat di Taman Ilmu dan Budi ni.
Maaf, bahasa di bawah ialah bahasa percakapan. Campur BI BM.
Sketsa 1
Aku naik ke musolla untuk solat Isya’ berjemaah. Jemaah yang aku cuba ialah Maghrib dan Isya’. Aku tidak mahu jadi insan yang tak pandai menghitung antara 27 dan 1, yang manakah lebih banyak.
Adik-adik nursing sedang berbincang sesuatu. Ha, tanya akak.
Kak, macam mana makan ubat yang menyebabkan kidney fail?
Bukan ubat yang menyebabkan kidney fail, tapi ubat yang akan merosakkan badan saat fungsi kidneyterjejas. Contohnya nephrotoxic drug. Kidney tu kan fungsi dia untuk metabolize/excrete drug. Kalau fungsi dia terjejas, ia kekal dalam badan dan menyebabkan toxicity. So, kalau orang ada renal problem macam on dialysis, kena berhati-hati la prescribe ubat.
Herba macam Tongkat Ali atau Kacip Fatimah apa kesan dia kat buah pinggang kak?
The problem with traditional medicine is we dont know the exact content unlike chemical drug. So, tak boleh nak cerita panjang la. Sebab tu berhati-hati sikit kalau combine traditional dan clinic punya ubat. Takut kesan dia antagonize each other.
Caffeine?
Akak tak tau sangat sebab baca artikel setengah kata ok, setengah kata tak ok. Depend la. Yang akak tau memang mata akan berjaga kalau ambil caffein unless dan tolerance. Tak leh nak buat apa la. Lagi satu, micturition dia kerap sikit..hehe.
Nicotine?
Akak tak tau kesan dia dekat kidney. Lupa..hehe. Yang akak tau nicotine ni tak bahaya tapi kesan addicted dia yang bahaya dan dia memang register kuat dalam hard disk kepala kita. Rokok tu bahaya bukan sebab nicotine tapi beribu bahan kimia yang ada dalam tu. Rokok tanpa nicotine memang tak laku. Pernah dengar Nicotine Replacement Therapy-NRT. .
Tak. Apa tu?
Rawatan untuk orang yang nak berhenti merokok. Ada dalam bentuk patch atau chewing gum. Ada jual kat pharmacy, harga dia sama mahal dengan rokok. So, untuk siapa-siapa yang nak mencuba rokok tapi ada niat nak berhenti, baik lupakan. Tak mudah nak lepas dari addiction nicotine. Dia akan menghantui hidup anda dan mengikat anda dengan ikatan ionic yang sangat kuat. Ok?
Owh.
Akak, jom solat. Silakan imam.
Senyum sejuring. Mengabadikan ketaatan kepada Pencipta ialah tanda kesyukuran dan rendah diri seorang hamba yang ditaklifkan khalifah.
Qamat. Aku berbisik kepada adik di sebelah kanan.
Sketsa 2.
Aku nak g cuci gigi pasni, nak ikut?
Aku terdengar perbualan adik-adik usai solat maghrib di musolla.
Sakit la. Hari tu akak tu panggil review aku tak pergi. Takut.
Aku ada pengalaman beberapa kali menjadi patient kepada teman. Memang helpless atas dental chair tu. Dengar bunyi drilling semacam tinnitus. Pegang saliva ejector semacam takut air terus ke kerongkong dan melemaskan diri. Termengah menghirup oksigen saat bernafas melalui hidung. Usai saja buat rawatan melepaskan nafas lega yang teramat. Headache memang perkara wajib bagi aku.
Sumpah! Aku akan gtau sesiapa yang aku kenal untuk buat prevention sebab rawatan akan menyebabkan diri lagi terseksa atas dental chair tu. Sebab tu aku hargai sangat sesiapa yang sudi jadi patient kepada dental student.
Scaling, aku mencelah.
Ya, kak. Sakit.
Sakit tu kalau nak buang subgingival calculus. Plaque yang dah mengeras dalm gusi. Terpaksa korek sikit. Tapi, kali pertama j la. Pastu dah tak sakit kalau jaga betul-betul . At least wat routine dental visit 6 bulan atau setahun sekali. So, takde la sakit.
Owh.
So, aku kena g la ni. Dah lama tak jumpa dentist.
Ya. Dan aku menyambung solat sunat hifzil iman.
Sketsa 3.
Kenapa aku suka rumah. Boleh bulat lawak mr bear weak..haha. Teka sendiri siapa dia dalam bahasa scotland. “ “ : anah.
Jom main badminton. Ada seekor kucing atas tangga. Macam MANIKAM KALBU kata adik aku. Terutama ekor dia. Kucing tu jadi pengadil..haha.
Tolak 3 markah kalau menyebabkan kecederaan kepada pengadil saat bulu tangkis meluncur keluar gelanggang dan mendarat atas tangga hampir mengenai pengadil.
Tolak 6 markah kalau sengaja pukul bawah net.
Dan bermacam lagi peraturan yang kami buat. Mew choo pie vs lee chong cah..haha
Abang aku balik. Ambil raket kat tangan adik aku. Lawan dengan aku. Kadang-kadang bulu tangkis RCL itu mendarat atas atap rumah dan kami menjolok dengan buluh. Kadang-kadang mendarat atas pokok dan aku melempar selipar dan kedua-duanya landing dengan amannya di atas dahan.
Yang aku paling suka ialah smash. Jadikan badan lawan sebagai sasaran haha. Tapi, adik aku jarang-jarang je boleh buat smash badan aku. Kira aku main kasar la ni..hehe.
Kalau main double ada harapan smash badan partner sendiri denagn raket. Sakit wooo..tapi, sebab raket ada dua je, tak leh nak main double la.
Kadang main dengan mak aku.
Kata mak aku, main dengan aku best. Adik aku pun merajuk. Ya la, main dengan dia best, main dengan ore ma tak pandai. Dan aku gelak kuat-kuat..haha. Adik aku selalu jealous dengan aku, tapi aku juga yang dia cari kalau nak teman g mana-mana, sampai sanggup kacau aku baca novel.
Jomla. Rengeknya sambil tarik hujung baju aku. Nak baca buku ni. Sokmo, kalau aku nak baca, mu gak dengki sokmo. Adik aku ajak tampal poster ABC dan alif ba ta untuk ajar CD. Yalah. Pahni jangan kacau aku, bukannya dia tak leh wat sorang, saje mengada dengki dengan aku la tu.
CD suka kacau aku, dah la pintu bilik aku tak leh kunci. Dia akan tolak pintu dan tenung aku yang dok layan perasaan. Aku tak leh nak buat apa, terpaksa layan dia. Last-last aku ambil dia hantar bilik adik aku. Suruh dia cium adik aku dengan hidung berair. Apa lagi, mencicit adik aku lari. Padan muka dia. Tapi aku kena balik. Dia ambil CD dan suruh CD cium aku. Aku pun lari keliling rumah la. CD juga yang untung, gelak tak berenti..haha.
Budak-budak, suka sangat kalau orang layan dia. Macam anak sedara aku kat Terengganu, suka sangat lompat atas aku. Dah la dia berat, mahu nak patah tulang aku. Manja bukan main. Suka peluk aku. Ada satu kali aku geram sangat aku ambil kain dan ikat dia kat tiang rumah. Dia gelak je. Buat la apa pun kat dia asal layan dia.
Pasal lari-lari ni teringat la pula zaman kecil-kecil dulu. Berlari ke rumah saat azan di masjid kerana wajib berjemaah. Tak kira tengah buat apa pun, kalau azan je, mesti berhenti dan ambil wudu’ untuk solat berjemaah di rumah. Juga berlari-lari di tengah malam saat dikejar dengan tiub getah.
Aku memang pantang orang usik barang aku terutama berkaitan pelajaran. Saat adik aku melakukannya spontan penampar singgah ke belakang . Rasa tangan aku nak tercabut saat tu. Kesannya aku dikejar dengan tiub waktu 930pm dan aku lari tanpa alas kaki dalam pekat malam dengan tangisan yang tertahan dan air mata membasahi setiap langkah.
Kenangan zaman kecil-kecil. Kemudian, aku minta ma beli rak buku sebab majalah dan buku aku dah tak reti nak letak, banyak sangat. Kemudian, beli satu lagi rak buku.
Habis dah letak buku? Tanya kakak aku.
Bakpo?
Nak letak buku aku pula. Memang dia tak berani letak buku sebelum aku habis simpan buku atas rak tu. Aku mengamuk, habislah satu rumah..haha. ..
Impian aku kalau aku kahwin nanti wajib ada satu bilik untuk simpan buku-buku aku. Aku sayang buku-buku tu. Semuanya berbalut. Yang tak berbalut mesti adik aku punya. Aku obsess dengan buku dan alat-alat tulis. Aku boleh beli pen, pensil, note pad..hanya disebabkan cantik, bukan untuk keperluan pun. Haish...
PROUD TO BE AN AVID READER.
4 comments:
Saya baru menaruh minat dengan bahasa puisi. Memang indah. Saya amat tertarik dengan gaya tulisan ini.
Nyata ia kurnia semula jadi dari Illahi.
salam 'tanpa nama'
boleh kenalkan diri anda
moga kita boleh bertukar fikiran :)
Saya ini manusia yang tiada apa apa.Masih tercari ada apa dalam diri.
Untuk bertukar fikiran saya bukan orang sebijak Safiy.Saya ini orang biasa biasa saja.
Walaupun begitu saya Zaman diam di Slim River Perak Darul Ridzuan.
Insyaallah saya akan selalu singgah di teratak berteduh dibawah naungan cintaMu bila ada kesempatan berinternet.
Salam Zaman
terima kasih atas kunjungannya
Moga anda berjaya mencapai impian diri
Nice knowing u:)
Post a Comment