Thursday, September 16, 2010

MENJADI AKU


Aku nak tidur, masalahnya beberapa perkara berlegar di fikiran, selagi aku tak tulis, selagi itulah dia mengacau perasaanku.
Kisah henset aku yang senyap ‘tak ketik’ saat orang menelefon. Kata abang aku: telefon rosak tu. Nasib baik ada henset lama yang kalau aku taip mesej panjang-panjang dia akan  mematikan dirinya sendiri tanpa disuruh, Baterinya juga bermasalah. Menjelang seminggu lagi ulang tahun pertama henset yang dibeli hasil tulisan aku tahun 2009 itu, dia membuat masalah yea. Sajer je.
Jadi, aku tak boleh membeli henset baru sebab sepanjang tahun 2010, aku tidak menghantar walau satu sajak pun. Ideaku lesap ditelan kesibukan tanggungjawab sebagai pelajar. Ternyata kesibukan membunuh deriaku dan inilah aku hari ini.
Cerita apa lagi? Disebabkan aku pelajar yang takut jika kehadiran kurang dari 90% (istimewa untuk kami je ni) student lain <80% , anda akan dibarred dari exam yang maknanya anda mestilah mengulang tahun tanpa perlu menggagalkan diri dalam exam pun, ada faham? Maka, kami datang ke Kuantan seminggu dari pelajar course-course lain dan juga awal seminggu dari pelajar course sama di u lain dan kafe semua ditutup. Maksudnya? Cari makan di luar aje sih.
Aduh, kesian adik 1st dan 2nd year, dah la mereka sedang menghadapi exam end block. Lagipun, rasanya tak semua ada kenderaan untuk keluar. Hikmah lain ialah, sila puasa enam. 30 Ramadhan + 6 Syawal =setahun puasa. Jadi, kalau kita takut dibarred exam, takkan kita rasa pahala kita terlampau banyak untuk Pemilik Semesta tidak mem’barred’kan kita daripada syurga Dia lantaran sedikitnya penghayatan terhadap agama kan?
Hari isnin, selepas kelas, kami (aku dan partner-aku tumpang motor dia sebab esok baru nak pergi isi minyak motor aku) pusing merata untuk mencari kedai yang dibuka pada hari ke-4 raya. Semua orang sibuk beraya kan?
Zuzana tutup dan Taj buka. Tuhan, selera makan aku kenapa teruk sebegini. Aku hanya menjamah suku saja nasi yang dihidangkan setelah tidak makan tengah hari tadi. Esoknya aku start puasa 6. Lepas klinik keluar pergi hantar henset aku masuk ward. Definitive diagnosis-speaker dia rosak dan mungkin ditahan selama 2 minggu. Sementara tunggu didiagnose, kami ke The store untuk mencari toolbox (alatan ortho & prostho) serta wrapper dan tempat gantung towel serta utility glove. Banyak kan duit digunakan-mesti beli mask & glove sendiri. Mask rm15 sekotak, glove sebab saiz xs kena tambah rm3 =rm18. Wrapper rm32 (beli kat cowboy hari ni)
Sebab dah lewat, tak jadi pergi cowboy, ingat nak beli makanan kat kafe HTAA. Alangkah sedihnya, semua kedai tutup. Semua orang masih beraya kan. Kemudian pergi Zack Corner depan JHC,beli spageti. Sampai bilik, orang baru habis azan.
Esoknya, tengah hari aku makan maggi dan petangnya aku terlupa beli makanan. Saat rumate aku tanya: Safi tak beli makan malam k? Baru aku sedar aku tak beli makan malam. Jadi, tak makan la malam tu.
Dan hari ni pergi open house rumah kedai Azrul jam 1030am dan rumah Dr Yati jam 12. Kemudian pergi lepak kat ECM sampai jam 4pm. Dan sebelum balik beli wrapper kat cowboy. Malam aku paksa diri menaip benda ni, rasa tak lepas je kalau tak taip. Dah oh, malam ni aku tak makan malam lagi. Tapi, tak terasa lapar. Berat aku turun berapa kilo lagi agaknya. Misi menaikkan berat badan tidak pernah tercapai.
Cerita OS. Disebabkan, tak ada patient untuk cabut gigi, Dr ajar nak buat suture. Aku ingatkan sama je jahit baju dan jahit mulut orang, rupanya lain sikit. Kena practise banyak ni. Boleh tak kalau aku anggap aku tengah jahit kain masa suture mucosa? Haha..mengarut sungguh
Aku keliru antara dua ni
1.     Antara professional & hipokrit eg macam Abby yang kata dia professional berlakon dengan Norman dalam satu filem sebagai suami isteri sedangkan aku tahu dia memang menyampah dengan Norman. Ni professional @ hipokrit (berlakon baik, padahal memang tak suka langsung)?

2.     Serius & tertekan. Saat membuat kerja dengan rona serius membincangkan topik tanpa kecindan. Relax ar sikit, muka semacam je, takut tengok. Saat orang menegur begitu,sebenarnya kita serius atau tertekan

3.     Main-main & relax. Ni nak buat kerja @ nak gelak?
Aku keliru (kata Ajai & Nurul)

No comments: