

Banyak kali saya cuba menulis entri tentang raya dan acapkali entri itu disimpan saja tanpa di postkan. Raya kali ini benar-benar berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya ada beberapa alasan untuk menyifatkan raya tahun ini begitu:
1. Kakak saya yang di Mesir pulang bersama anaknya
Yang paling saya geram sangat dengan anak saudara saya ni sebab baik sangat. Alahai..nak kacau pun tak best sebab dia susah nak menangis. Jangan tak tahu hobi saya cubit pipi anak-anak dan sungguh seronok melihat mereka menangis. Memang dah kena marah dengan kakak saya, tapi tak pernah nak serik-serik lagi..haha.
2. Abang kedua saya kahwin. Macam biasa orang Kelantan memang susah nak lepas anak dia kahwin dengan orang luar. Perkahwinan ni mak saya yang pilih menantunya. Rumah pun jarak dalam 30 minit je. Akad nikah pakai tema hijau dan majlis sambut menantu di rumah saya pakai tema kuning cair
3. Kamera saya rosak. Tanpa sebarang alamat tiba-tiba saya lensa kamera saya tidak berfungsi. Hajat saya untuk mengabadikan perkahwinan abang saya dan suasana raya terus gagal. Penyelesaiannya ialah saya membeli telefon bimbit baru yang berkamera. Kamera tu hajatnya nak baiki masa datang Kuantan. Ditambah dengan telefon saya yang bermasalah sering saja mati tanpa disuruh, keputusan ini memang tepat pada masanya walaupun terpaksa ‘menggeletek’
4. Raya tahun ni setelah bertahun lamanya tidak punya baju raya, akhirnya ada juga baju baru tahun ni. Alkisahnya saya bercadang untuk memakai tiga pasang baju baru. Tapi, alangkah sedihnya saat pulang ke rumah, satu pun baju tak siap lagi. Macam nak menangis pun ada..huhu.
Malam raya, mak saya bagi amaran awal-awal, siapa yang ponteng solat sunat tasbih 4 rakaat di masjid Jeli yang diimamkan oleh Imam tahfiz Zubir dan Anuar diharamkan beraya. Saya mana boleh ponteng, dahlah imam Zubir bacaan dia best dan sungguh menyentuh lagi
Dah la tahun ni je saya semangat nak raya, tak ada baju baru sedih la juga. Ya la tahun depan belum tentu ada semangat nak raya kan. Kalau tak ada semangat nak raya, saya memang tak akan pakai baju raya.
5. Abang saya yang sulung
6. Semua adik beradik saya berkumpul tahun ni. Memang best dapat kumpul ramai-ramai. Adik saya terlebih rajin membuat kuih
Kesimpulannya, saya sangat puas hati dengan cuti raya seminggu tahun ni.
No comments:
Post a Comment