![]() |
| pre pro aku, macam tak percaya..time flies sooo fast!! |
Dee, Tuhan teramat sayangkan aku. Aku tahu itu. Hari ini
hari terakhir minggu terakhir block3 sebelum week 10 yang nama lainnya exam pre
pro mengunjungi aku tanpa segan. Usai klinik jam 4pm, aku membuat maintainance
untuk dental chair. Clear segalanya, aku ke lab untuk pour final impression
denture GDP.
Al makluk alginate, andai dibiar lama, distort la impressionnnya. Aku
diberitahu jam 515pm ada perjumpaan berkaitan exam praktikal prostho. Jadi, jam
435pm, aku bergegas ke surau untuk solat sambil berkira-kira untuk membuka cast
sesudah solat. Alginate, andai dibiar terlampau lama, bakal keras dan ada
harapan cast pecah@patah semasa membukanya.
Usai membuat base
dengan plaster of Paris, aku bergegas solat dan naik ke atas jam 450pm. Memakai
lab coat putih yang sudah tercemar dengan segala macam bahan kimia, aku pun
buka dengan penuh berhati-hati. Ya, kejadian yang tak dapat dielak pabila
vibrator tiada dan terpaksa membuat vibration secara manual ialah ‘michael
bubble’ yang agak besar. Sambil beristighfar dan menghela nafas perlahan,aku
menyabarkan diri:yang patah boleh ditampal, yang lompong boleh ditampung, mudah
kan Safiy? Aku senyum memujuk diri sambil menatap jam 505pm.
Terserempak seorang pensyarah yang amat aku kagumi. Dah lama
tidak berborak dengan dia semenjak aku menahan air mata yang bakal tiris dihadapnnya
hampir setahun yang lepas. Kau tahu Dee, air mata harganya amat murah di sini. Air
mata itu tanda aku keharuan yang amat, masih ada insan yang memahami diriku
saat nafas seakan nyawa-nyawa ikan pabila peristiwa menyedihkan hampir dua kali
berulang . Tuhan sayangkan aku Dee, Dia
takkan menguji apa yang aku tak mampu. Aku tahu itu Dee.
| Takde keja kan? Haha..ni kerja petang tadi, ambil final impression guna alginate |
Dia bertanya: How are you Safiyah? I’m fine Alhamdulillah.
How’s your doing in the exam? Don’t worry, you’ll be graduating! Ya Allah,
andai dia seorang perempuan, tak segan aku mahu memeluknya kejap. Biar dia
tahu, betapa kalimah itu aku rindukan mengalir dari ulas bibirnya di saat langkah
amat pincang dan kerikil menggigit di jalanan. Aku perlukan sokongan untuk
kembali menjadi manusia yang berusaha dan tahu Tuhan menilai setiap usaha tanpa
senano meter pun luput dari pengetahuannya.
Dia seorang pensyarah yang mengajar dari hati. Amat berdedikasi
dan bersugguh demi melihat kejayaan anak didiknya. Aku bersyukur amat ketemu
dia saat semangat hampir-hampir hilang.
Kurang adil rasanya membanding beza diri ini dengan orang
lain, Dee. Dee, pinjamkan bahu, untuk aku sandarkan sedikit lelah yang memberat
di pundak. Dee, tadi patient GDP aku bertanya, andai boleh mampukan dapat gigi
palsu akhir bulan. Aku kewalahan. Aku terlupa sebenarnya. Dulu, aku berkata
insya Allah boleh sebab jangka masa masih lagi lama. Namun jangka antara 1st
impression dengan final teramat lama-6minggu disebabkan aku terpaksa menunggu
healing selepas mencabut gigi 38. Almaklum dia ada DM dan HPT (walaupun control),
masih healingnya agak lambat daripada medically fit patient.
Aku mencongak, dalam 1 minggu aku perlu membuat MMR dan try
in (partial acrylic upper/lower) dan issue minggu seterusnya. Mampukan aku
berkejar ke lab dalam kesibukan klinik dan kelas yang penuh. Aku bertanya diri
sendiri. Dah la kena issue immediate denture yang aku tak finalize pun lagi
gigi dia lepas try ini.
Mampukah? Dengan 8clasp (4archX2per arch) yang aku paling ‘surrender’
membuatnya.
| Ni protaper yea.. |
Dee, ini cerita pagi tadi. Aku fikir kahwin ialah long term
commitment, rupanya sebelum kahwin, RCT moler is ‘longer’ term commitment. Dah berbelas
visit, belum mampu obturate, daripada belum ada sinus, sampai sinus tract dah
heal pun belum mampu obturate. Terkejar-kejar antara restoration, fixed prostho
dan endo amat melelahkan, Dee.
Rct molar ni better guna Pro Taper sebab lagi flexible-Ni Ti
compare dengan stainless steel K file. Al maklum canal molar memang curved. Biasa
finishing sampai F2 maximum. Obturate guna Protaper GP lagi senang sebab tak
perlu letak banyak sangat accessory GP. Kalau guna k files pun mungkin sampai
size 30max dengan penuh canal dengan accessory GP, amat serabut, terutama
semasa ambil xray sebelum obturate. Ni kes dari tahun lepas, dah pre pro pun
aku belum mampu obturate. Dugaan kan, Alhamdulillah Allah mudahkan aku setelkan
semua anterior RCT, jadi boleh focus molar dengan restoration biasa yang masih
berbaki. Insya Allah.
Maaf, bicaraku tercampur campur, yang melintas aku catatkan
saja sebelum segalanya terlepas pergi. Al maklum, kepalaku punya carpus
collasum yang panjang, jadi rantingnya ke mana-mana saja ia bercabang (kau akan
faham kalau kau baca buku Why women can not read map, why men can apa ntah aku
lupa-Barbara Allan kot).
Dee, cerita jam 530pm. Seperti biasa, Jumaat petang,
jadualnya ke pasar malam dengan yong tau fu atau laksa. Nampaknya terpaksa
pergi lewat sedikit. Intinya begini Dee, Dr mengumukan ospe prostho cancel
(yang diwar-warkan hari tu) dan digantikan dengan issu full complete upper and
lower denture just like last year. Bezanya, issue before revision week so that
boleh study dan focus benda lain. Kau fikir 8 subjek tu sedikit Dee?
Ini hari terakhir minggu terakhir blok 3Dee. Di manakan ku
cari patient yang amat co operative dengan ridge yang cantik dan attitude yang
elok. Jangan risau Safiy, Tuhan takkan uji apa yang awak tak mampu. Sekali lagi
dan berkali-kali tanpa jemu aku memujuk dan meyakinkan diri sendiri. Kadang-kadang
pabila dengar ada teman yang mula berputus asa, aku cuba membakar semangat
mereka untuk berusaha dengan masa yang masih berbaki.
Kelihatannya susah, namun tatkala Tuhan menghendaki senang,
takkan ada yang mampu menghalang Dee, aku harus percaya itu! Aku seperti hanya membakar
semangat orang, hakikanya aku sedang bergelut membakar semangat sendiri.
Sunyi seketika kelas. Dah la meeting dalam romantic
environment..huhu. Hanya helaan nafas lelah dan dan penuh redha kedengaran. Datangkan
apa saja, jika Allah dah atur, kau pasti mampu Safiy. Lagipun kau dah berusaha
bersungguh, Tuhan tahu itu Safiy!
List block 4
Requirement:
1. Paed-alhamdulillah
setel kecuali complete case DPH
2. Prostho
Alhamdulillah dah review 12 patients
3. Cons-surat
cinta dah sampai ke rumah-anterior crown-tunggu nak prep, posterior crown belum
E&D pun, dah bawa sebenarnya,tapi tak cukup interocculsal clearance untuk
crown,inlay je boleh..sob..sob, cantilever bridge-nak ambil impression je
dengan heavy &light body silicone, previously guna impregum (polyether)
-restoration biasa-RCT molar, 2 class 3
composite,2 class1 amalgam
4. Om-alhamdulillah,
tak dapat surat cinta-setel
5. Os-alhamdulillah
dah complete-50exo (64in 4years) dan lima minor oral surgery removal of
impacted 3rd molar
6. Perio-alhamdulillah,
nak setel untuk complete case GDP je
7. Dph-tobacco
cessation, diet advice,complete case
8. Ortho? Hmm..belum
siap trim cast, tracing lateral ceph n complete case sheet untuk present screen
patient..huhu
9. GDP-ini
cerita panjang-di bawah yea
…
Sebelum tu-presentation prostho (repeated dari block 2 hari
tu), cons-seminar laser in optec,seminar om case presentation..rupanya banyak
juga keja block4 ni..huhu. mana nak study, mana nak kejar keja lab, mana nak siapkan
clinical requirement lagi dalam masa 9 minggu. 9 minggu tu kejap wooo. presentation case perio juga ye-1case 4th year, 2cases 5th
year.
Mari bercerita tentang GDP dan block 3. Sudah menyiapkan I case
untuk case completed, masih berbaki 4 case dalam masa 9 minggu (9x3=27sesi kot)
mungkin rabu sesi GDP tukar balik jadi sesi untuk exam prostho-so, 9x2=18. Tolak
juga sesi yang burn sebab tak siap keja lab atau terpaksa guna untuk fixed
prostho atau sesi lain.
Masih punya 4 denture yang belum issue +I exam prostho. Jadi,
5 denture perlu issue dalam 9 minggu? What can I say? Wow…wonderful..labwork is
not that easy my dear. But, I think positive, if Allah put me into this, He
will lead me through this. Allah takkan uji apa yang awak tak mampu Safiy!
Nak issue jugak bridge, anterior and posterior crown. Such a
wonder girl! Jangan riak Safiy, Allah boleh buat apa saja tau…be grateful and
just do your best. Allah knows better!
Itulah saat-saat terakhir sebelum melayakkan diri menduduki
final 5th pro exam. Masanya untuk beralih bidang. May Allah ease the
way, exam bulan Ramadhan yang diberkati dan sebelum raya dah dapat result dan
boleh plan untuk next move in life dengan jayanya. Alhamdulillah!
Tadi, aku berhenti kejap menaip, adik aku telefon, cerita
macam-macam pasal anak saudara. Rindunya dengan cik tin..dalam dilemma nak
balik tak lepas exam, lagipun nanti nak balik mengundi pulak! Tapi, aku
perlukan satu escapism. Melarikan diri seketika dari suasana yang mencengkam
supaya aku kembali memulakan waktu menjadi robot di block 4 dengan
jayanya..insya Allah!!

4 comments:
gambatte safiy...i know u can...kami tunggu korang kat kkm...chiayok...bila dah lepas semua kesusahan tu baru kita akan betul2 appreciate segala penat lelah kita selama ni...baru kita akan menjadi hamba yang lebih bersyukur pada-Nya...saya tau awak kuat dan awak mampu buat, wonder girl =)
thanks jarque..gni rupanya perasaan final year kan...orang tengok macam sikit je lagi..tapi kita yang rasa ni Ya Allah, Tuhan je yang tahu..
Terus melangkah safiy..Allah ada bersamamu..di sebalik setiap kepayahan pasti ada kemanisan di hujungnya. when Allah bring u to it, He will bring u through it.. setiap ujian adalah tanda Allah sayangkan kita.. berjuang hingga ke akhirnya ya ukhti. we all pray for u =) - sarah
Thanks sarah....huhu..rasa nak nangis je tiap malam fikir semua nih...x tau takat mana kaki ni mampu melangkah...
Post a Comment