Alhamdulillah
…dapat obturate RCT molar setelah 10visit merupakan suatu kepuasan yang tak
terkata. Sampai orang kubikel sebelah tanya: aik, bukan dah banyak kali datang,
k.safi buat apa? Jangan tanya lah..hoho..jawab penuh emo okeh. RCT molar cukup
menguji. Ada hari tu, datang, buka TF, cleaning dan tutup balik. Sebab apa? Sebab
semua 23 orang buat RCT molar..huhu..Supervisor ada 2 orang je okeh.
Al kisah,
aku buat 46, diagnosis necrotic pulp. Prognosis questionable gak la compare
dengan irreversible pulpitis. Hari tu pula, dia datang 10am, barang endo pula
tak siap sterilize lagi sebab sesi pagi Isnin, petang Jumaat ramai yang buat
endo. Alhamdulillah juga sebab patient aku sangat cooperative dan compliance.
Clamp
Clamp holder
yang susah nak guna tu (stress..huhu)
Frama yang
besar gedabak tu
File-k
file, protaper
Rubber dam ada 2 jenis, yang hijau lumut tu cepat koyak, tak suke okeh
Jadi terpaksa
la buat class1 composite..huhu..kerja kat klinik ni unpredictable juga…namun
sangat bersyukur dapat obturate guna protaper F2…mesial canal-both
buccal&lingual guna single cone technique, distal canal kena tambah accessory
GP size 20 banyak juga sebab canal besar. Next 2 weeks, boleh panggil letak
semi permanent kalau tiada sign & symptom. Kemudian remove sisa GP yang
masih ada dengan high speed diamond round bur.
Tu cerita
semalam. Cerita hari ini ialah issue immediate denture upper extract 12,22 dan
lower extract 31.
There is
always 1st time for everything, sayang! He said. My denture, it was porous, the
occlusion was far away from normal. Al maklum immediate denture, poor try in.
so, kena buat denture lagi la. Tahniah Safi!
Kemungkinan
yang ada:
1-MMR
wrong
2-masa
flasking, tak tutup flask completely
3-mixing
monomer-polymer ratio problem
Denture yang kena buat block 4 dalam masa 6 minggu yang berbaki:
Denture yang kena buat block 4 dalam masa 6 minggu yang berbaki:
1-GDP-lepas
ngundi, baru boleh ambil final impression
2-GDP-kena
re try in
3-Prostho
exam-hari ini final impression
Cerita
pasal exam prostho, Alhamdulillah tukar patient dengan NIja, tapi patient aku
pula buat hal, kesian Nija. Alhamdulillah dia dapat dari orang lain. Tadi final
impression. Stressnya hanya Tuhan yang tahu. Panggil patient masuk 1030am,
bergelut buat border moulding dengan green stick, keep trimming special tray
sebab sulcus dia shallow, kalau over extend akan compromise seal. 1st
time juga tak dapat suction untuk upper, lower ok je. Rasanya , sejuk kut air
cond dalam tu, tapi aku dah start berpeluh..huhu
Alhamdulillah, ambil impression guna ZOE, dapat suction yang sangat cantik, nak naik lab pour dengan stone, tapi perut Ya Allah, lapar yang amat. Jadi, aku mengambil keputusan turun makan, ZOE boleh pour nanti. Terubat juga stress bila tengok impression yang smooth dan cantik itu..ehek!
Alhamdulillah, ambil impression guna ZOE, dapat suction yang sangat cantik, nak naik lab pour dengan stone, tapi perut Ya Allah, lapar yang amat. Jadi, aku mengambil keputusan turun makan, ZOE boleh pour nanti. Terubat juga stress bila tengok impression yang smooth dan cantik itu..ehek!
Lepas makan,
terus solat zohor dan naik ke lab untuk polish denture yang nak issue nanti. Kemudian,
habis dismiss patient 425pm, kalau ikut sempat je lari naik lab, buat beading
(ala, letak plasticin sebelum pour tu), tapi dah tak larat sangat dah. Hari ini
letihnya hanya Tuhan yang tahu. Lantas aku memutuskan untuk pour pagi esok. ZOE
kan boleh tahan sehari tanpa distorted.
Kemas barang
dalam klinik biasanya aku bajet 30minutes juga lepas discharge patient. Malas dah
nak buat kerja lab dalam rushing sebab letih je kena repeat, slow-slow la, asal
puas hati. Macam ambil impression tadi, biarpun rasa dah nak mengamuk
(haha..tabiaat buruk aku bila buat banyak kali tak jadi-jadi rasa nak mengamuk
je) , tapi aku pujuk diri. Biar lambat asal puas hati dan berbaloi, tengoklah
impressionnya, cantik! Hehe..harapnya denture pun retentive macam impression
aku tu..insya Allah.
Tadi pun,
bila cakap kena repeat denture, aku redha dan pasrah je. Ya, DR, Dr nak suruh
saya buat apa lagi? Saya yang menurut perintah..haha…4 denture dalam GDP…haha..
3 denture kena issue dalam block 4 yang disingkatkan jadi 8 minggu untuk 3 minggu revision week sebelum exam final pro. Erm..cerita sikit pasal pro. Hari tu pre pro, buat 5 soalan OSKE, tapi final tiada OSKE, tetap dengan VIVA macam tahun lepas.
3 denture kena issue dalam block 4 yang disingkatkan jadi 8 minggu untuk 3 minggu revision week sebelum exam final pro. Erm..cerita sikit pasal pro. Hari tu pre pro, buat 5 soalan OSKE, tapi final tiada OSKE, tetap dengan VIVA macam tahun lepas.
Owh, moga
diberikan kekuatan untuk masa yang masih berbaki.
Hang on
Safi! Sikit je lagi
Study:kerja lab:kerja klinik:report:presentation:::THIS IS WHERE I BELONG!!
Study:kerja lab:kerja klinik:report:presentation:::THIS IS WHERE I BELONG!!
Minggu
lepas buat baktisiswa, aktiviti community project yang wajib bagi subjek dental
public health sebelum grad. Ni gambar poyo, sila pedulikan gambar-gambar yang
poyo ini..ngeh



No comments:
Post a Comment