Monday, April 15, 2013

MONOLOG YANG LETAI MEBINA DIALOG


Nampaknya, senyum ialah perkara yang paling sukar untuk dipraktikkan dalam keadaan fikiran dan keadaan berkecamuk. Lantas, saya memilih relax, berusaha dan terus terusan berdoa tanpa jemu. Saya tau Allah itu ada, dia ada jalan terbaik untuk penyelesaian masalah saya.

k.safi kena buat berapa gigi palsu blok ni?

Empat termasuk exam prostho, saya menjawab enteng. 4 denture dalam satu blok kira mantap la..hehe. nanti jadi prosthodontist ye? Tergeliat tangan mahu buat clasp, ah tangan aku memang tak mesra dengan wayar bending, tak kira la o.5mm,0.7mm,o.9mm, memang tak berjodoh..huhu

Iye? Dia gelak sambil terkejut ayam. Tapi, nampak tak tension pun, relak je. Adohai, teman! Aku  sebenarnya hipokrit yang amat. Di depan orang, aku masih mampu merekah senyum yang tak berapa bergula pun, namun di belakang, basah bantal tau..hoho

Safiy tak stress ye?nampak santai je.  Ni soalan orang lain pula. Sebenarnya  kerja gigi palsu bermakna banyak pula masa dihabiskan untuk kerja lab. Zaman aku jadi class rep dulu, sempat la merasa lab buka sampai 6pm, tapi sekarang? No chance. Curi masa sendiri, kadang terpaksa burn sesi klinik. Camna nak panggil patient kalau kerja lab tak siap?

Nak stress buat apa? Kalau stress bukan kerja akan siap. Aku menjawab sambil menatap kerut seribu di dahinya. Sebenarnya aku baru saja berjaya memujuk diri (sukar rupanya memujuk hati sendiri ahaks) untuk bertenang. Tugas aku usaha dan doa seterusnya tawakal. The rest, Allah dah tetap segala. Semuanya yang terbaik buat aku.

Hari ini, semangat baru untuk memulakan hari pertama minggu pertama block4. Anggap saja bulan pertama hamil. Hamilkan cinta untuk dentistry. Insya Allah grad sebelum raya…berusaha keras untuk mencapa itu. Amen. Berjaya juga untuk ambil final impression untuk cantilever bridge setelah 2visit prep je. Nak wat gano, patient mai lambat, sejam prep, sejam lagi buat temporary guna protem dan cement guna GIC luting cement-type 1. 

Alhamdulillah. Petang pula berusaha trim cast ortho. Belum siap lagi. Sape suruh buat gedabak besar base tu, pastu trim guna fine trimmer. Alahai Safiy. Lepas tu, tampal cast GDP yang Michael buble sebab pour stone tanpa guna vibrator. Bila lah vibrator nak ada. Lepas tu pour die stone yang bau macam strawberi tu (sangat lah hiperbola) guna mixer, kuranglah sikit bubble. Thanks to Sepu yang tolong mix. Dia gelak je tengok aku kalut pour sebelum manually vibrate, amek hang bubble besar guli..keh3..kalut ah Safiy neh.

Tak perlu buat base. Lupa nak cakap impression untuk fixed, tak perlu buat palate. Technician perlukan occlusion je. Ambil guna injection type (light body) dan heavy body polyvinyl siloxane. Kena ada assistant tolong load heavy dekat tray sementara operator inject kat abutment dan gigi. Kemudian buat baseplate untuk GDP. Lusa nak buat MMR. Kemudian trim sikit cast GDP lain untuk bagi laluan kepada clasp beradu dengan aman. Kemudian solat asar dan terus ke kelas. Ada meeting untuk BAKSIS sabtu ni. Kemudian keluar makan, kecewanya k.ju tak buka..huhu.

Erm..esok ada seminar presentation oral medicine. Aku buat kerja sat no..esok, sambung lagi. I love me myself. Treng..hehe. ubat paling mujarab sebelum memulakan kerja.

No comments: