Sunday, April 14, 2013

BICARA SENDU SAAT PILU MENGISI RINDU



Dia gelak lagi. Aku lihat gigi gerahamnya makin membesar dan singgah di atas telinganya yang makin kembang. Kemerah-merahan. Pipinya seakan diletak pemerah pipi. Sungguh natural senyum dia. Aku tak jadi marah. Kuhela nafas panjang. Dia bukan sealiran denganku. Aku tidak mahu bertanya berapa peratus ceritaku yang dia faham kerana aku tidak mahu kecewa mendengar jawapannya. Rungutanku jadi seakan mainan hiburan, maharaja lawak harian buatnya. Namun, aneh aku jadi hilang kekuatan untuk memarahinya. Aku seakan terpaku melihat dia memuntah sepenuh ketawa seakan bebanku ialah suatu sarkas buatnya.

Itu namanya cinta kawan. Kami memaknakan cinta dalam suatu akad yang sah. Bermula sekadar teman biasa. Cinta platonic. Kami mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin. Memulakan hidup yang lebih reality. Dia meminjamkan bahunya, buat mengeringkan air mataku yang tak mampu kutahan-tahan. Hati lelakiku jua tergugah kadang-kadang dengan ujian. Namun, air mata itu hanya kutumpahkan sesaat. Kemudian, aku jadi lelaki lagi, meminjamkan telinga dan tenaga untuk dia mengisi ruang hidup. 

Tuhan lebih tahu, sayang. Begitu dia memulakan kata. Memandang tepat ke kornea dan tembus terus ke hatiku. Aku diam. Dia terdiam. Dan kami sama-sama diam. 

Aku tahu itu. Tapi hati kadang tak mahu mengerti. 

Ah, hatimu kan degil. Dia bercanda dan aku sudah lumpuh upaya untuk membalas. Hanya senyum sipi dan melayan rasa, cuba mengosongkan ruang hati.

Demikian, hidup takkan pernah sendiri. Tuhan meminjamkan dia untuk aku lebih tega mendepani ujian, berjalan dia atas kerikil yang memberi aku erti hidup dan malamnya tidur berteman ros cantik yang berbisik, Tuhan ada sayang. Dia takkan pernah membiarkan kamu sendiri. Dia yang memilih, Dia lebih tahu!

Aku senyum lirih, kadang-kadang menatap siling yang di dadanya wajah aku bergraduasi, melempar mortarboard ke udara, biar ia menyedut oksigen semahunya dan kau setia di sisi dengan senyum tak simetri. Tentunya sejambak bunga berwarna warni hadiah dari aku meski hari ini hari aku bergraduasi. Cinta itu aneh kan? Tulip, itu bunga kesukaan aku, bukan kesukaanmu. Aneh, kau senyum bahagia dan bunga itu mesra dalam pelukanmu.

Aku menyanjung tinggi kesetiaannya. Dia tak bercakap dengan kata. Dia ada meski kelihatannya tiada. Aku tahu, lewat doanya dalam sepi malam, dia tak pernah lupa titipkan doa untuk aku. Dia biasa-biasa saja, namun di hatiku, dia luar biasa bertakhta.

Dia tahu bila perlu senyum dan bila perlu berbicara hanya dengan sepi. 

 Ah, aku rindukan dia!

    Sungguh-sungguh rindu!

Itu saja.

9 minggu lagi. Kalau menanti anak sulung, aku ibaratnya begitu lah perasaan yang aku alami sekadang. Mungkin tak kelihatan di perut kerana ia bersarang di kepala, kawan! Kalau kau terserempak aku berjalan seakan mahu melanggar tiang, itu bukan tawaduk menunduk pandangan, kawan! Itu bahana otak kanan dan kiri yang makin tak seimbang. Semuanya bakal berakhir teman. Sebelum raya ini. Sabar sebentar ye!

9 minggu untuk menyiapkan segala seperti yang berbuih mulut kuceritakan di atas. Mahu faham @ tidak, itu empunya diri buat pilihan. Ini blog aku. Obsesinya hanya pada aku yang bakal menjadi robot sekali lagi. Hidup tanpa jiwa, hanya roh yang berkeliaran mencari mangsa.

Buktinya?

Aku mengerti ini. Sedari dulu, kalau mindaku berantakan aku akan mengalami gangguan yang cukup sengit tentang selera makan.waduh, aku yang sudah susuh ber kg semenjak masih di alam asrama dulu makin menyusut. Orang lain pun tension juga, kawan, namun tak seperti aku tindak balas fisiologi mereka. Aku berpagi dan muntah angin. Aku berpetang dengan selera makan yang sudah mati. Dan aku berkira-kira-mahu membeli makan dan membazir atau tidak membeli dan tidak membazir. 

Aku tau, pemaksaan makan akan mampu membuatkan makanan itu tidak rela dan cuba membautkan mereka mahu berusaha keluar kembali. Terakhir, aku memilih untuk tidak membazir dan perut tidak terisi. Awas, ada kemungkinan perut dimasuki angin yang percuma dan aku bakal menderita lagi. Aduh, sulit sekali membuat pilihan ye.

Aku membunuh kebiasaan dan mencampakkan ke Jurang Mariana. Selamat datang perubahan, aku dambakanmu. Andai keadaan tak mampu berubah, bairlah aku yang berubah, mengisi ruang dengan segenap tenaga juang. Allah takkan sia-siakannya, teman!

Mood pertama kali menjadi pengundi sungguh luar biasa kawan. Pos mengudi?  Hadapan rumah saja. Aku mahu undi ini jadi saksi di hadapan Allah, aku undi untuk kemenangan Islam. Tak rela lagi diperbodoh. Hanya yang tak punya ‘akal saja akan undi untuk kehancuran Negara. 

Ah, aku mula melalut. Glukosa terakhir masuk 24jam yang lalu. Mula mengidam semacam. Spageti mungkin? Haha…hanya 9 minggu lagi dan segalanya bakal terungkai. Moga kandungan CSF di kepalaku selamat-selamat aje.

No comments: