Jatuh cinta
lagi. Berkali di tempat yang sama.
Namun jatuh sayang kali ini. Berdua dengannya. Punya wajah yang manis. Tutur
kata yang lembut. Penuh hikmah dalam mendidik. Ya, aku sudah jatuh kasih pada
seorang guru. Bicaranya teratur dengan bahasa yang cukup simple. Tuhan, aku
baru mengerti mengapa OM dan Perio disatukan. Inilah contoh seorang insan yang
menyatukan subjek itu.
Saat ditanya kenapa
dentistry? Dia menjawab:kerana tidak mahu
pengajian 5 tahun (dahulu BDS/DDS hanyalah 4 tahun) dan tidak mahu on call. On call ada, tapi tidak seteruk medic.
Alasan lain? Balance
antara keluarga dan karier. You
know histo like art. You’re like detective (macam Sherlock Holmes la pula kan).
Why OM?
Because I don’t like
cavity (same with me) I hate cavity prep because I have difficulty to adjust
position. In addition, my back starting to hurt. I don’t even finish my undergrad
yet. I love my backbone..huhu.
Dia bertanya
aku: mahu sambung apa lepas degree?
Aku:belum decide
lagi Dr.
Ada pulak di
belakang yang rajin menjawab: housewife.
Dia membuat
muka. Ada lagi suara yang tolong menterjemah. Buat apa belajar letih-letih
kalau hanya sekadar menjadi suri rumah.
Dengar baik-baik
teman. Aku setuju
dan tidak setuju dengan pendapat ini.
Benar, perempuan
itu tempatnya di dapur. Namun, bukan bererti tempat-tempat lain ialah satu
larangan buatnya.
Pekerjaaan ibu? Ibu
saya tidak bekerja. Mari baca istilah tidak bekerja dengan
lebih teliti.
Dia bangun seawal
sebelum subuh. Mengejutkan anak-anak dan suami untuk ke sekolah dan tempat
kerja. Menyiapkan segala keperluan. Menyediakan makan pagi. Menghantar anak ke
sekolah. Kemudian keburu membeli bahan untuk memasak tengahari. Anak-anak
pulang, menyepahkan segala baju dan beg. Membasuh pinggan mangkuk dan menyidai
baju. Melipat dan menggosok baju. Memikir menu untuk makan petang dan malam. Yang
ni ada cerita best.
Pengalaman sendiri,
aku pernah jadi suri rumah untuk beberapa bulan. Ke pasar membeli bahan mentah
dan memikirkan menu masakan. Rupanya tak mudah untuk memikirkan menu. Masakan mahu
memasak menu yang sama untuk kesekian kali. Sebab itu, selaku ahli keluarga,
cadangan anda untuk memasak menu amat membantu tukang masak untuk membuat
perancangan dengan lebih jelas.
Sering aku
perhatikan, ramainya suri rumah disebabkan kesibukan meladeni urusan rumah
tangga sampai melewatkan solat. Tidak harus begitu. Solat seharusnya diawal waktu
biar segunung manapun kerja rumah yang berbaki.
Kerja ibu di
rumah tak pernah habis teman. Kau tau, ibu madrasah/sekolah pertama anak-anak. Hierarki
pembentukan masyarakat banyak disumbangkan oleh ibu-ibu yang menjealankan peran
dengan penuh amanah. Mendidik insan membentuk keluarga yang taat pada ajaran Tuhan.
Aku pernah
menyertai program SERENE BOND yang dikendalikan oleh seseorang yang ibunya
punya ijazah kejuruteraan, namun tidak bekerja demi mendidik anak di rumah. Kau
tahu bukan, kerja menyita masa berharga seorang ibu yang waktunya seharusnya
diutamakan di rumah.
Itu reality. Kisah
benar. Ibu yang berpendidikan tinggi akan melahirkan anak-anak yang berfikiran
cerdas dan paling penting tahu keutamaan dalam hidup. Usah diamalkan seperti
pepatah ini teman:kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan.
Mendidik anak
orang bukan main,namun akan sendiri terabai lantaran pulang ke rumah saat
mentari terbenam, energy sudah ke tahap negative dan hanya katil yang melayang
dalam fikiran.
..aku sambung
nanti teman..malam sudah tidak muda lagi..esok aku punya kembara di awal pagi..
1 comment:
Have your home inspected one or more times per year for mold and mildew and mold when you have symptoms of asthma. As poor as fungus and mildew is perfect for wholesome people, it can be far worse for people with asthma attack mainly because it can lessen lung operate and make respiration more difficult. If you feel you actually have mold in your house, make sure you allow your doctor know. [url=http://www.x21w12w21.info]Matgjjmony[/url]
Post a Comment