Monday, March 18, 2013

THIS IS ME..MY LIFE IS NOT SO TOUGH..EM

acrylic removable partial denture
Antara menaip dikeyboard laptop dan menulis di kertas, aku lebih suka menulis biar hanya dengan satu warna. Hitam antara putih menyerlahkan rasa. Sudah lama laman ini sepi, angkara emosi yang menjebak rasa. Aku kewalahan. Andai mahu faham, usah dibaca kerana entri aku aku tujukan buat diri yang sering terjepit antara nafsu dan iman. Antara perlu dan hendak.

Ini berkaitan dengan hidup aku sebagai pelajar tahun akhir yang masih bergelut untuk menyiapkan clinical requirement terutama cons (bridge,crown). Siang malam dalam mindaku berlegar dengan kerenah patient yang membuat hal saat-saat akhir. Ada yang tak mampu dielak, aku tidak menyalahkan mereka, Dee.

bite block untuk MMR
 Tuhan sengaja menDUGA kita, di mana keSABARan manusia.

Masih memikir-mikir untuk menyiapkan 5 kes untuk GDP aku. Membuat EnD hampir sebelas orang, namun yang compliance tak sampai 6 orang pun. Kesemuanya mempunyai kes prostho, menyita waktu dan tenagaku untuk berkejar ke lab membuat 1001 macam kerja yang menguji. 

Kes1-amat menarik. Hmm..sebenarnya setiap orang itu unik. Membuat aku lebih memahami hati seorang perokok. Bukan mudah untuk berhenti, empati lebih membantu dari hanya bersimpati.  Juga mungkin kes menarik untuk short dental arch treatment. Ermm..reportnya masih dalam pembaikan.


Kes2-ternyata merubah habit yang berakar umbi dalam diri seseorang itu tidak mudah Dee. Masakan mampu kau merubah seorang yang menjadi warga emas untuk merubah plaque score dari 100% menjadi hanya ¼. Tidak mustahil, Dee. Namun kelihatan agak sukar. Apatah lagi dia seorang yang medically compromised patient-DM, Heart problem, just undergone major surgery. Dia semacam ayah bagi aku, boleh dibawa bergurau senda.
Aku boleh bekerja dengan bahagia meski stress semasa try in kerana MMR yang sedikit berbeza  dan occlusion yang sedikit ‘lari’. 
chrome cobalt partial denture
 Aku hanya mendoakan dia mampu menunaikan Haji untuk mendoakan supaya aku jua mampu ke sana. Sedikit ayatnya yang membuat aku sayu: tak tau la sempat tak pakai gigi ni. Guraunya semasa aku meminta dia hadir untuk try in: ingatkan gigi pak cik dah tumbuh..hehe

Kes3: masih setia dengan OS, perio dan prostho Dee. Kes ini immediate denture due to perio problem. Immediate denture terutama untuk esthetic amat mencabar. Cabaran aku semasa ambil impression lagi. Kerana goyangnya dan rapuhnya sokongan, gigi asyik patah dan aku terpaksa mengulang beberapa kali mengambil final impression dan membuat dua kali MMR. MMR yang amat mencabar Dee. 
anterior crown
 Upper arch hanya punya dua gigi belakang dan dua gigi depan yang akan dicabut untuk immediate denture. Lower arch hanya punya gigi depan. Jadi, untuk melekatkan bite blok untuk MMR agak sukar, asyik tercabut sahaja. Aku bercadang untuk menambah vertical dimension dengan freeway space masih 2mm. Ini akan sedikit mengabaikan occlusion gigi depan yang masih tersisa. 

Try in untuk immediate tak banyak membantu sebenarnya. Namun disebabkan banyak gigi perlu diganti, mungkin aku hanya akan buat try in untuk posterior teeth untuk menilai occlusion. Gigi depan tak boleh try in sebab aku nak curi space untuk susun anterior teeth. Midline dia mungkin akan lari. Harapnya ok masa issue nanti.
3 unit fixed-fixed bridge
 Btw, malam-malam pun masih dengan telefon, membuat dan membatalkan temujanji dengan patient. Dental student & patient berpisah tiada..huhu.. sebab tu aku suka sangat pabila cuti menjelma. 

Kalau boleh henset nak kulempar jauh-jauh supaya tiada mesej atau panggilan berkaitan temujanji. Bukan aku membenci, tanpa patient siapalah aku. Namun sekadar mencari ruang untuk menjadi insan biasa yang kepala tak tepu berfikir, siapakah patut aku panggil untuk memenuhi requirement yang tertunggak. 
full mouth periapical x ray
 Aduhai dentistry! Patient mampu membuatkan aku menangis jua senyum..
Kes4: mak cik ni aku regard macam mak sendiri. Tambah-tambah dia ada asal usul IC 03..hehe. So, feel like home la. Alhamdulillah oral hygiene greatly improved sampai dapat excellent score tu. Macam biasa kes OS,cons,period and prostho. 

Dia tanya, sempat ke dapat gigi sebelum bulan 6, anak nak bertunang..aku jawab: insya Allah….besarnya harapan dia..harapnya Allah membantu aku memenuhi impian itu. Sekarang ni tengah tunggu socket heal after extraction of lower molar. Takes time gak la. Interesting fact, eventhough dia amek nifedipine, tiada obvious gingival enlargement noted as known as calcium channel blocker will do that. 

Kes5 dan 6-masih tertangguh. Kes5 sebab extraction belum mampu dilakukan lantaran kesibukan patient aku. Kes6 sebab aku tak mount lagi dan tak susun gigi lagi. Kes simple yang tak perlu MMR. Hu. Articulatorku sedang diguna untuk menyiapkan banyak kes. Kes lab dengan tambahan bridge dan crown, maka berkampung la aku di lab yang amat sejuk hingga ke tulang sumsum itu. Membuat duplicate cast.

ni namanya multilink untuk cement post, bridge etc
How? Pertama kali duplicate, aku masih untuk tidak merosakkan cast itu. Kali kedua, hmm..gigi depan yang amat penting untuk crown prep patah tambahan ye, vibrator tak ada, vibrate la sendiri manually. Nasib tak baik Michael Bubble menambah gundah di hati..huhu.

Kali kedua, alginate start melekat dan akhirnya cast tak mampu dipisahkan. Rupanya, aku mestilah membentuk separating media, ingatkan Vaseline, rupanya cukup hanya sekadar merendam cast selama lebih kurang 10minit. Hasilnya master cast tak rosak dan duplicate cast pun cantik..awesome..ngeh2

Ok. Untuk membuat crown,harus mengambil impression, buat wax up dan prepare dulu atas cast. Dah lulus, baru panggil untuk prep atas patient. Jauh tu perjalanan. Nak lulus wax up pun satu hal. Anyhow, mengajar erti kesabaran. Wax up ni penting untuk buat temporary crown / bridge guna protem nanti. Guna blue wax untuk wax up. 

Dee, Alhamdulillah akhirnya minggu ke7 block 3 tahun akhir yang mencabar, dengan hanya 1 visit aku mampu menyiapkan post on 11. Guna fiber post dan cement guna multilink. Variolink dah habis. Macam mana nak guna multilink?
stock tray untuk primary impression
 1-acid etch canal tu guna special brush yang boleh masuk sampai canal. Macam biasa, wash and dry

2-multibond 60sec kat fiberpost tu (potong kepala/kaki..hehe kalau terlebih) aku potong kepala sebab yang ni parallel, sama je potong mana-mana pun, kalau tapered, kena potong kepala yang terjojol, kalau potong kaki, nanti ada space hujung tu. Potong guna fine  diamond fissure bur high speed

3-mix A & B..kemudian sapu dalam canal macam bonding lepas acid etch..then light cure

4-letak multilink dekat post, jangan sampai cement tu menutupi kepala dia, setakat orifice je. Tak nak ada cement between composite dan post 

5. multilink ni self cure, tapi boleh gak light cure kejap, then remove excess guna plastic instrument dan light cure sekali lagi, pastikan takde bubble/void dalam tu

6-core with composite

Then, macam biasa restore and check occlusion. The tooth is ready for crowning. 
resin bonded bridge/RBB
Aku bajet 2 visit. Alhamdulillah, dapat siap 1 visit, tu pun 430pm baru terkial nak cement. So, esok nak cuba siapkan moalr RCT yang canal dia semacam occluded yang menyebabkan working length aku semacam bermasalah. 

Targetnya block2 lagi dah siap, mahu berbelas kali datang, tak siap-siap. Mencabar kesabaran. Kadang-kadang kesian juga dekat patient, tapi inilah dentistry. Kita merancang, tapi perancangan Tuhan mengatasi. Ada hikmah di sebalik semua itu. Mungkin aku menghadapi kesusahan menyiapkan molar RCT kerana aku sudah menyiapkan semua RCT anterior. 

Sekian..malam 1100 patah kata.

No comments: