Lagi... untuk dikongsi bersama.
Imam Syafie banyak tinggalkan pesanan. IMAM Al-Syafie atau nama sebenarnya, Muhamad bin Idris Al-Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Syafie banyak meninggalkan wasiat, pesanan atau kata-kata yang menjadi pedoman berguna untuk umat manusia, terutama umat Islam.
Antara pesanan itu adalah:-
·
Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz
semata-mata.
·
Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri
daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri
kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
·
Imam Syafie ditanya mengenai tabiatnya yang suka menggunakan tongkat,
sedangkan beliau tidak uzur. Maka, jawabnya : "Ini bertujuan agar aku
sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan
kembali kepada Allah."
·
Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan,
menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan
menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
·
Keredaan manusia sukar untuk engkau capai. Selamat daripada lidah manusia
tidak bermakna sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredaan
mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu
dan sentiasalah berbuat demikian.
·
Sesiapa yang berasa marah, tetapi tidak meluahkannya, maka, dia seumpama
keldai. Sesiapa yang reda terhadap sesuatu, tetapi tidak dapat menerimanya,
maka dia seperti syaitan yang mana reda dengan ketuhanan Allah, tetapi tidak
mahu tunduk pada perintah-Nya.
·
Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu
keputusan itu dengan berfikir.
·
Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada
mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang
tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak
dikenalinya.
·
Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka dia hendaklah berbaik
sangka terhadap orang lain.
·
Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan
sembunyi, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa
yang menasihati secara terang, maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
·
Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan dalam
mencapainya.
·
Apabila telah tetap perkara asal dalam hati, maka lidah akan berkata
mengenai cabangnya (hasil).
·
Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas dengan
ilmu.
·
Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara
yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu
yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.
·
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan
berhenti daripada belajar.
·
Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin
engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.
·
Perdalamkan segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.
·
Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula
adalah warak dan berlemah lembut.
·
Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai
Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.
·
Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau
haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.
·
Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.
·
Terlalu mengharapkan kelebihan dunia adalah azab Allah kepada ahli tauhid
(beragama).
·
Sesiapa yang engkau reda akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang
tiada pada dirimu. Begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut
(keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu.
·
Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya
daripada segala kejahatan.
·
Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu, maka
mereka akan melarikan diri daripada kedua-duanya seperti mereka melarikan diri
daripada harimau.
·
Bagi akal itu ada penghujungnya. Begitulah juga dengan sabar yang ada
penghujungnya.
·
Sesiapa yang menyimpan rahsianya, maka kebaikan berada di tangannya.
No comments:
Post a Comment