Tuesday, October 25, 2011

PENERBANGAN JALAN SEHALA KELAS PERTAMA DARI LAPANGAN HATIKU


Meladeni ujian hidup, adakala kaki terasa goyah. 
Terasa keseorangan, saat insan yang biasa menemani menyepi. 
Pengajaran buat diri, usah terlalu percaya janji, yang kekal hanyalah kasih Allah yang sentiasa mengalir. 
Saat ini ketepikan segala talian dengan insan dan biarkan hanya kasih Tuhan berbicara. Andai dia mahu pergi, biarkan saja, mungkin antara kita tiada tali yang menghubungkan silah. 
Biarkan semalam berlalu, hanya tadah biar hari esok membawa sinar yang lebih menyuluh. Selamat tinggal kenangan. 
Selamat tinggal semalam. Selamat tinggal dia. 
Biar kisah kita berkubur tanpa nisan. 
Hanya tahap ini sabar aku bertahan. Biarkan esok aku mengalir aman. Usah datang menagih lagi. Kerana aku tidak mahu jadi hanya persinggahan. 
TAMAT.