"Kami tidak berzina !.
Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di
kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu.
Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu
moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat pesanan Rasulullah SAW:
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya
,syaitan"(Tabrani) .
Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Tidak semestinya semua orang
bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan
hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu
adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada
awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun
desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu
pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih
dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi
dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua
kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri
kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Bagi kes belajar berdua-duaan sahaja. Berdiskusi pelajaran, betul
ke? Jangan tipu. Allah SWT tahu apa yang terselit di dalam hati
hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,
kalau tidak diberkati oleh Allah SWT, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung
disebalik pelajaran yang mulia. Allah SWT suka kepada orang berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah SWT. Belajar akan jadi ibadat.
Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?. Sungguh!
Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.
Bagi kes berdua-duaan sahaja. Study Group.? Nampak lain macam saja, manja,
senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja?
Kemana-mana pun berdua. Kalau ia pun, carilah group study ramai sikit. Kalau
duduk berdua- duaan macam ni, betulke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap
saja bincang pelajaran, yang lain tu, banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan.
Itulah manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan
motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah
kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis
kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk
bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian
daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan
suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu
tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh
naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan
naluri ini.Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan
naluri itu untuk patuh pada perintah Allah SWT. Jadilah manusia yang
sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah SWT jadikan kita sebagai manusia. Dunia
dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta
secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta
berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang qudus.
Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam.
Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu
yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum
kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai
kecuali nikah" (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja
semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu
tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,
rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari
tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau
tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan?
Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam
keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.
Kami tahan diuji?.
Allah SWT yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan
manusia. Manusia
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah SWT memerintahkan supaya jauhi perkara
yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Jadi manusia itu tidak tahan diuji? .
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan
manusia. Allah SWT takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah
SWT tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga.
Buah yang lain boleh makan. Allah SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia.
Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah SWT berpesan kepada Adam dan Hawa,
jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah SWT:
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah
kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu
adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan
zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut
apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah
kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi
cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara
dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat
keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar,
pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang
pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa
bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan
terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena
tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai?.
Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti?.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah SWT?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah SWT yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan
itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah SWT. Kebahagiaan
hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah SWT tidak meredhai percintaan ini.
Cinta yang diredhai Allah SWT adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,
bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya
adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan,
tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat
adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat
dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap
syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan
bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang
bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang
yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya
ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu
ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah SWT.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah SWT berfirman:
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina
itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina
atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada
orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang
pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak
pernah bercinta.
Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?.
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita
yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .
Apa ada pada janji cinta?
Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada
janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,
sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan
bertanggungjawab?.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil
seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,
dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,
lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan
yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang secondhand
sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan
perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada
orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng
dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah
hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka
ada pasangannya.
Firman Allah SWT:
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-
orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya
dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka
segala keampunan dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta
mohon keampunan dariNya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat
redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni.
Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai
Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri
dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali
dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas
ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin
hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hamba Mu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba Mu
ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari
kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang
lain. Oh Tuhan, hamba Mu ini berdosa.
Amin, yarabbal alamin. Moga Allah SWT terima taubat kita Kita
berpisah kerana Allah SWT , kalau ada jodoh ,tidak kemana! Ya Allah
bantulah kami .Kini kami datang kepintu Mu mencari redha-Mu. Terimalah
taubat kami.
Wasallam. Jazakallah khairan.
No comments:
Post a Comment