![]() |
| Rawatan Akar aka RCT |
![]() | |
| Masalah gusi-gigi mobile |
![]() | |||||
| Tooth Extraction |
![]() | |
| LA palatal side |
| Flosssing |
![]() | |
| Cute toothbrush |
![]() |
| Interdental toothbrush-biasanya orang pakai braces guna |
![]() | |
| Ramadhan Kareem |
![]() | ||
| Fasting |
Kata seorang teman, aku terlalu leisure. Terlalu indulge diri. Manja dan mudah give up. Aku mesti berubah.
TERIMA KASIH kerana jujur menegur.
Teringat saat aku menelefon bonda, menjadi seorang anak yang manja mengadu betapa hujung mingguku tersepit antara kelas yang memenatkan dan hari-hari yang meletihkan antara Isnin dan Jumaat. Tau apa kata bonda? “Siapa saja yang memaksa kamu memilih bidang yang susah?”
Betapa aku terpukul. Tiada siapa yang memaksa aku memilih kursus ini. Kenapa saat sulit begini aku jadi mengeluh, terasa begitu stress dan seakan marahkan keadaan?
Yea. Seringnya aku memilih untuk tidak mengadu betapa sulitnya berperang dengan perasaan di sini. Dan pulangnya aku ke rumah, aku tidak membawa sebarang hal tidak menyenangkan. Apa yang aku ceritakan ialah betapa bersemangatnya seorang aku belajar dan menimba pengalaman. Tapi, entah mengapa dek kerana terlalu letih, aku jadi terlepas cerita itu. TAKKAN KU ULANGINYA.
Bonda yang aku kenal, tak pernah percayakan getir saat aku belajar. Mungkin kerana dia percayakan aku mampu melawan rasa itu. Jadi, aku tinggalkan saja urusan belajar di Kuantan dan pulang ke Kelantan hanya berbekalkan rasa semangat kental yang tak pernah luntur dan memakai wajah senyum yang tak pernah pudar. Aku ingin sentiasa kelihatan sebagai anak yang tabah di hadapan bonda. Andai ada air mata yang tiba-tiba ada, biarlah ia tumpah di sini, di tempat aku menimba ilmu, takkan aku pernah mampu merisaukan bonda tentang akademik di rumah.
Biarlah hanya yang baik-baik saja telinga bonda mendengar dan mata bonda menatap pada wajah seorang aku. Aku ingin menjadi anak yang terbaik di matanya, berbakti setakat terdaya dan menjadi anak yang paling taat pada titahnya. Fokus aku sekarang mencuba menjadi pelajar solehah agar mampu menuju anak solehah.
Mampu tidak melupakan solat sunat dhuha sebagai pembuka hari dan mampu menjadi seorang anak yang mampu mendoakan kebahagiaan keluarga. Aku ingin berbakti kepadanya selagi roh masih di jasad.
Ramadhan sudah di ambang pintu. Aku harap mampu menjadikan ia sebagai bulan terbaik menterbiah diri dan memperkasa rohani. Jangan mudah tewas dengan perasaan Safiy.
p/s: sekarang sedang mengulang baca buku Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni~JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.
LIFELONG LEARNING PROCESS
Tahun 4. Kelas 8am-10am. Dan dua klinik-10am-1pm dan 2pm to 5pm. Hari ni klinik oral surgery waktu pagi . Bahasa mudahnya cabut gigi. Requirement 4th year ialah cabut 15 batang gigi. Dan aku baru je cabut sebatang untuk tahun ni.
Ada seorang patient, sebab dia muda lagi gigi dia indicated untuk Root Canal Treatment-rawatan akar untuk gigi yang dah mati. Kalau gigi dia dah banyak cabut, memang boleh cabut je 36 dan 46 tu. Tapi lepas aku terangkan kesan cabut gigi, gigi depan dan belakang (istilah dental-mesial drift) akan drift untuk memenuhi ruang kosong dan gigi atas akan supra erupted disebabkan gigi ni sifatnya dinamik untuk mencari pasangan di bawah.Maka, dia setuju untuk buat RCT, tapi disebabkan RCT posterior teeth start 5th year, maka Dr yang akan buat kat dia.
Patient seorang lagi nak buat mouth clearance untuk pakai gigi palsu penuh. Tapi disebabkan tak boleh cabut lebih 1 dengan DR Y maka, aku tak boleh cabut banyak-banyak la.lepas tu dia tak nak cabut bulan puasa. Jadi boleh panggil dia lepas raya la gayanya. Gigi dia ada masalah chronic periodontitis, maknanya gigi mobile, jadi cabut memang mudah. Masalahnya polisi itu membataskan kerja aku. Nak wat lagu mano lagi..huhu
Pengajaran.
1. Semua orang takut dengan jarum, even dentist pun takut. Jadi masa nak inject, jangan cakap nak cucuk. Cakap je nak bagi ubat kebas. It is understood that kena cucuk untuk bagi kebas, lepas tu jangan tanya patient sakit atau tak, patient tend to interpret tekanan as pain. Tengok je forehead dan ekspresi muka dia terutama mata. Masa inject, retract dengan jari kiri dan cuba tutup mata patient daripada melihat jarum dengan tangan kita.
2. Masa untuk cucuk (istilah dental bagi LA-local anaesthetic) hingga gigi tu keluar hanya 7 minit. 15 min is the longest to tolerate. Less trauma, less indicated for antibiotics dan less complication following administration of antibiotics-eg tolerans & resistance
3. Be practical. Patient datang nak cabut gigi je, tak perlu waste their time as we dont want our time to be wasted. But, pay attention to medically compromised patient as your 3sec decision will affect the management. Lagipun 3 hours takkan nak cabut sebatang je. Siapa mahu bayar gaji ribu riban kat dentist yang cabut 4 batang gigi sehari? Jawab, jangan tak jawab!
4. Jangan bangga dengan title Dr di depan nama kalau setakat pandai buat scaling dan filling. Paling penting medical judgement. Bukannya kena hafal semua, tapi kena tau yang common je. Eg antibiotics such as penincilin & cephalosporin. Takkan dapat report C&S (culture & sensitivity) terbuntang je mata tengok report. Lepas tu kena tau drug affect breastfeeding & pregnant women. Kalau dia tanya panadol tu ada effect tak kalau dia tengah pregnant, sila jawab dalam 3sec. Ok!
Petang klinik perio. Kena panggil patient yang 3rd year dulu untuk review. At least 3 patient. Petang ni aku panggil 2 patient. Jam 2pm untuk scoring plaque score, gingival index dan bleeding on probing. Dia ada kelas jam 3pm, so kena habiskan before 3pm. Alhamdulillah takde problem sangat, just scaling interdental je. No calculus.
2nd patient jam 315pm. Sebab dah scoring minggu lepas, just present dan terus scaling dan polishing.
Pengalaman:
1. Soft bristle tooth brush indicated only with severe gingivitis. So, kalau takde masalah tu, guna je medium tooth brush sebab soft bristle tak mampu eliminate plaque. Hard jangan guna la sebab akan lead to gingival recession dan merosakkan gusi.
2. Untuk yang susah nak floss gigi belakang, guna je interdental toothbrush
3. Dental clinic is not beauty saloon. So ask ur patient to brush the teeth before coming for appointment. Oral hygiene is individual responsibility, but dentist is to encourage








2 comments:
saya suka cerita ini.cerita ini sangat memberi inspirasi...
~salam juang my partner~
polisi;assistant je boleh marah.. :)
yes..minggu ni jadi assistant time paed..bersedia untuk dimarah..hehe
Post a Comment