Thursday, August 26, 2010

END BLOCK 1 EXAM


End Block 1 Exam Schedule
Arch bar-tahun pertama kerja kena buat benda ni la-operate mandible
Full arch bar-biasanya lepas alleged MVA-motor vehicle accident


Ada beberapa keberuntungan untuk exam kali ini. Iaitu Nuzul Quran dan Hari kemerdekaan.tapi, sekarang ni cuti menjadi sesuatu yang dikesalkan. Alasan? Hari Jumaat ada paed, so macam mana nak cukupkan requirement kalau Jumaat cuti? Tapi aku suka 31 Ogos. Mula-mula aku terfikir baiknya hati tak ada exam Hari Selasa-biasanya exam kami berturut-turut tanpa selang hari. Tapi, adik bilik aku cakap Hari Kemerdekaan la K.Safi..owh..sebab tu la tak ada exam hari Selasa.
Dulu, waktu exam je aku lupa hari. Masakan tidak, tidur, makan dan pergi ke mana saja kelek nota. Sekarang nampaknya aku memang hilang terus hari. Adus..
Oh ya, Selasa lepas exam tu nak panggil patient prostho untuk final impression dan issue. Kena buat special tray dan process denture. Kena curi masa time exam la pergi lab nampaknya. Biasanya exam ialah waktu rehat dari klinik dan lab. Nampaknya terpaksa aku merajinkan diri yea.
Oh..raya kali ni aku kat Terengganu. Life is so unexpected huh..Kami dapat cuti sehari sebelum raya dan raya ke-4 sudah mesti berada di Kuantan. Well..deserve u right, Safiy! U’r studyholic student & workaholic person.
Dan lepas exam je, ada 2 kelas UNGS. Study hard Safiy! Assignment UNGS pun tak buat lagi ni. Tajuk: coupling & dating : is it permissible in Islamic value? Lebih kurang la, aku ingat-ingat lupa-short term memory loss.
Belajar dari patient: mula-mula aku ingatkan tersalah charting masa aku tengok charting sebelum ambil nama patient,tapi betul la. Interesting case. Jumpa patient je, mesti dapat belajar benda baru. Patient cons tapi mostly for OS. Kena cari patient lain la untuk cons dan DPH ni. Kata Dr, masa jadi FYDO (First Year Dental Officer), maknanya tahun pertama bekerja, kamu la kena buat ni-splinting arch bar. Hu..ngeri

No comments: