HARDSHIP-apakah ertinya?
HARD-susah, sukar,keras
SHIP-kapal bukannya sampan atau perahu
HARD+SHIP=KAPAL KESUSAHAN
Maknanya-kesusahan tu banyak sebesar kapal bukannya sekecil perahu atau sampan atau kolek. Apakah yang aku mengarut ni? Bahawasanya aku punya due date esok untuk siapkan requirement ortho dan hatiku bergendang nervous..aduhai
Cerita sikit apa yang berlaku akhir-akhir ni. Try in aku siapkan last minute-tabiat buruk yang aku beberapa kali cuba mengubahnya, masih tak berjaya. Selepas terawih dengan tekunnya aku mengadap articulator sambil memujuk diri untuk lebih sabar.
Sampai jam 3am-dah beberapa kali fill up gas kat burner dan beberapa kali mengurut dada memujuk supaya sabar. Aku tak suka susun gigi kat partial denture sebab occlusion dia susah nak dapat. Lagipun ni 1st patient partial denture aku. Upper class 4 dan lower class 1. Harapnya boleh isu sebelum raya selepas exam, boleh dia beraya dengan gigi baru
Jadual pula berubah-cons minggu ni dua sesi semuanya pagi. Jadi patient partner aku tak dapat datang, patient aku pula dah berpindah dari Kuantan, jadi sesi tu burn. Apa yang aku buat dari jam 10am-1230 noon ialah mengadap articulator untuk try in jam 215pm.
Sebelum tu dengan jayanya aku tidak tidur selepas subuh dan berjaya membawa diri di lab tepat jam 8am semata-mata untuk menyiapkan susun gigi tu. Wax tu pulak melekat dekat cast dan aku terpaksa rendam pula 10minit. Tengok jam dah 845am, ada kelas jam 9am. Prinsip aku biar masuk kelas lagi awal dari lecturer. Aku cuba untuk itu.
Patient yang aku tunggu akhirnya tiba sejam lewat dari yang dijanjikan. Sabar ye Safiy, bulan puasa ni kena lebih banyak sabar. Sebab apa aku nervous? Aku panggil 2nd patient jam 330pm. 345 siap try in. Partner aku tolong bawa patient untuk tunggu turn x ray. Disebabkan mengejar requirement, aku plan nak panggil 2 patients setiap sesi. Sempatkah kejar 70% sebelum akhir block 3? Huhu..just trying my best!!
Patient ke-2 interesting case, already geriatric but only 4 teeth-one each quadrant missing to do denture for reason food stuck.
Thank tu NUZUL QURAN is on Friday so that i have extra day to sleep (eh mistaken-to study) a bundle of note for end block exam. UNGS dah minta us postpone, so enjoy reading & revising..yoo
p/s: aku akan release dengan cara menulis. Kalau aku rasa penuh sangat dalam kepala, aku akan mula menulis dan akan perasan bahawanya yang penuh tu sebenarnya boleh dirungkaikan dengan beberapa ayat je. So, menulis memang boleh menyelesaikan masalah aku walaupun tak sepenuhnya. Lagi stress, lagi banyak ayat akan keluar dan lagi laju tangan aku menaip.
No comments:
Post a Comment