Thursday, August 19, 2010

AKU TENSEN..PLUS T'KEY WEH..ADOYAI


Tool box ortho-casts & wire & plier

Tengok sikit apa yang ada di dalam
Yang tidak menjadi: berdozen-dozen
Model untuk URA
Inilah hasilnya dari jam 3am-5am aku bersengkang mata
Minor oral surgery-scalpel tu begin with
Laura Mitchel-burner & gas-burner yang pernah beberapa kali mencederakan tanganku
Articulator untuk mount upper & lower teeth after MMR (3rd visit)
See inside-represent jaw
Ortho-model trimmed & ready for wire to put in
Dah siap bending wire-labial bow & adam
Wax up
Before polishing
Kalau dah siap, gini lah bentuknya
Apabila dah dipakai
OPG-gigi bawah kanan (geraham bongsu) -perlukan MOS

Yang paling murah dalam kehidupanku buat masa ini ialah air mata. Tiada harga yang mampu ditawarkan kerana sering ia tumpah tanpa bekas. Limpah tanpa amaran dan hadir tanpa salam. Seringnya ia pergi tanpa pamit. Hadir dan hilang sesuka hati.
Yang paling mahal ialah menjaga air mata itu dari tumpah. Sukar bukan?
Aku sedang membuat kerja di lab. Di tanganku lecron sedang wax knife di atas meja. Mencari technician untuk bertanyakan cara membuat bite block untuk partial denture dengan ketiadaan cold cure-yang ada hanyalah heat cure acrylic dan shellac. Aku tidak mahu memilih Shellac disebabkan ia mudah patah dan mudah berubah dengan api. Heat cure pula tidak boleh digunakan untuk partial denture.
Dalam masa 5 min, sekembalinya aku ke meja, wax knife aku lesap di hadapan mata. Ini kali ke-2 saat aku mengangkat muka wax knife ghaib begitu sahaja. Sudah la benda tu baru beli, habis rm15 tau. Banyak duit aku labur kat situ. Lecron pun rm15 juga.
Apalagi, aku mengamuk la. Mau aku tak hangin, dah la baru beli, rasmi pun tak lagi. Rasa macam nak menangis. Ada ke orang menangis sebab hilang wax knife? Aku la tu..huhu  
Tak ada lecron dan wax knife tu, jawabnya tak boleh buat kerja lab la sayang oii..sebab tu aku emo semacam. Dua makhluk ni kira ‘hot’. Tinggal je, jangan harap nak dapat balik. Ada je tangan-tangan ramah yang akan sukacitanya menyambut sebagai hak milik tanpa taraf mereka.
Kehidupan, kadang terpaksa mengorbankan kepentingan diri demi insan yang dikasihi. Mengorbankan banyak benda, namun bukan prinsip yang menjadi asas membentuk kehidupan seorang aku.
Mentakrif beza antara kasih dan cinta menurut versi seorang aku. Cinta ialah saat kita akan berkorban segalanya demi dia, namun bukan dia. Kasih saat kita akan memastikan dia bersama dengan kita dan bahagia bersama kita, bukan orang lain. Namun, cinta ialah saat dia bahagia dengan orang lain, kita akan bahagia melepaskan dia.
Apa gunanya definisi itu? Untuk menguraikan rasa yang melentur jiwa. Kadang, kita keliru, biasan kasihnya sering ditafsir sebagai cinta.
Hujung minggu, setelah tertangguh sekian lama, akhirnya aku membuat keputusan ke Darul Iman, menatap wajah anak buah yang mencecah sebulan usianya. Bertolak jam 415pm usai evaluate wax pattern untuk fixed prostho-markah comel-cantik belaka haha...
Singgah solat di Mesra Mall dan sampai di rumah seorang teman kira-kira usai saja waktu iftar. Tunggu abang aku ambil usai dia jadi imam solat terawih. Sambil-sambil tu layan majalah Aniqah-ada macam-macam isu bermula flouride dan kesannya terhadap ibu mengandung hingga masalah Halimah Jongang-Class2 div 1
Kemudian, kak ipar aku minta teman keluar beli kasut raya anak-anak dia. Tergelak tengok anak saudara yang tengah-dia capai 1 kasut setelah dicabutnya kasut di kaki, dan dia cuba kasut di atas rak satu persatu. Aku biarkan saja, tak larat nak kejar dia yang asyik berlari je kerjanya. Abang aku bertanggungjawab pilih kasut untuk anak sulung, aku untuk no2 dan kakak aku jaga baby. Seorang-seorang kena pantau. Fuh..letih. tak leh nak bayang kalau anak sendiri lasak macam tu, mau tercabut anak tengkuk aku nak menjerit. Eh, aku dah kahwin k?
Malam tu aku tidur awal dan disedarkan dengan irama baby yang sedang menyanyikan lagu rock. Tapi, aku memang kebal, bak kata abang aku: kalau letak bom sebelah belum tentu aku mau sedar..haha. tidur itu nikmat paling indah bukan?
Pulang ke Kampus jam 615am dan sampai jam 840am-kelas jam 9am. Bergegas bertular wajah ke tunic-nasib baik dah iron sebelum balik hari tu dan lecturer tak masuk sampai jam 10am. Jam 10am ada demo MOS-removal of impacted 36. Dan dengan bertuahnya aku terpilih menjadi assistant bersama my partner. Kata Prof  B, it is not fair to mark you without proper instrument. Sebagai assistant, kena buat report about procedure-ntah bila aku nak buat..huhu. Requirement untuk assistant MOS ialah 5, so kena cari 4 lagiJ
Petangnya, perio-buat root planing untuk anterior teeth. Fuh, lenguh sangat tangan nak buang kalkulus degil. Macam mana la nak kerja nanti. Alah bisa tegal biasa kan?
Owh, minggu ini last Mr A6K sebagai technician untuk assess URA dan free form untuk 4 casts. Minggu depan log book dah kena submit. Adoi la
Minggu ni ada 2 slot SLT-student sleep time? Eh, bukan. Time tu aku dok mengadap 4 model ortho. Terpaksa mencintai buat sementara waktu..huhu. Tangan aku memang tak mesra dengan wire 0.5 atau 0.7 apatah lagi Coffin spring 0.9. kemudian Hawley retainer dan twin block menanti untuk menyempitkan hectic schedule bloody busy block 2. Erm..bertabah Safiy!!!!
Minggu ni ada kelas ungs 2050 Sabtu dan Ahad-nilah namanya minggu tanpa hujung sebab sentiasa dipenuhi kelas. Owh..baru tau apa perasaan jadi kelas rep merangkap kaunter pertanyaan. Kena duduk dengan henset sebelum tidur dan pagi-pagi sebelum pergi kelas.
Soalan yang paling kerap menerjah LCD henset ialah:
Salam, Safiy, esok kelas pukul 9am kan?
Safi, pagi ni kelas pukul 8am kan?
Safi, kelas hari ni pukul berapa?
Quiz bila ek? Masuk chapter mana?
Last-last aku buat level spread message, letih tangan nak membalas satu-satu.
Tapi, paling best semua info aku yang paling awal tau, kena deal dengan Dr pun aku dan kredit banyak la sikit kena top up, alah tak banyak pun. Sebelum ni lebih kurang rm 20 sebulan, jadi lebih kurang rm 30 sebulan-still managable kan?
Antara yang menyebabkan aku pening ialah requirement sebelum menduduki Promotional exam ialah 70% finish. Paed aku tak buat apa pun selain E&D.Patient paed aku memang bermasalah.  Cons? Erm... Prostho dari 9 patients kepada 12 patient. OS dari 15 extraction (pun susah giler-aku baru satu) kepada 25. Perio-Insya Allah ok.
Bukan aku tak nak buat URA tu awal-awal, tapi aku memang senang nak give up. Adam clasp tu pun dah beberapa kali berguru dengan beberapa orang baru aku boleh buat, tu pun still masalah bila nak adapt. Tangan tak yah cakap la, tercucuk la, berdarah, sakit, merah-merah tu perkara biasa la. Ni la baru namanya dental student.
Malam, usai saja terawih, aku terus layu. Asalnya niat nak bangun awal, namun tak tersedar sampai waktu nak sahur. Rasa menyesal sangat. Dilema betul tak tidur, mengantuknya ya ampun. Tidur, memang satu kerja je jalan, list yang panjang-panjang tak sentuh pun.
LELAKI ITU-AKU NAK GELAK BOLEH?
Ada satu kisah yang aku tak tau nak define camna, ni aku reka je plot dia. Ada seorang anak muda yang perasan hensem, baik dan segala macam yang baik la kecuali satu.
Dia bekerja sebagai seorang tukang jahit, kononnya menjahit busana Muslim. Dan dia membuka sebuah kedai jahit yang mempunyai beberapa orang tukang jahit dan dialah yang paling fresh. Orang muda, idea sentiasa bernas dan minda sentiasa cergas. Dia mempunyai enthusiastic yang tinggi.
Mula-mula bekerja, penyapu baru la katakan-kerjanya teratur dan mempunyai kerajinan yang tinggi. Lama-kelamaan dia mempunyai perasaan untuk menjadi bos. Yalah, sampai bila nak jadi orang bawahan kan. Mulalah dia bersikap hidung tinggi dan  perasan bagus. Nasihat orang tua pakar dalam bidang jahitan tidak diendahkan.
Suatu hari, anak muridnya ingin membuat persiapan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan untuk melangkah ke tingkat seterusnya. Disebabkan terlalu kelam kabut, anak muridnya, seorang kanak-kanak yang agak kelam kabut telah terlupa suatu yang asas-memasukkan benang dalam gelendong.
Tengok kanan kiri, akhirnya dia nampak seorang lelaki itu. Lelaki itu sedang khusyuk menjahit tulang belut. Tidak bertanya, sampai bila mahu siap. Akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada lelaki yang ‘nyekik’ itu.
Lelaki itu berpaling sebelah badan dan menaikkan hujung keningnya seraya dengan suara yang cukup sinis bertanya: apa kamu tak pernah buat k sebelum ni?  Kemudian selamba saja menyambung menjahit tulang belutnya. Upah jahitan tulang belut ialah setahil emas untuk sepasang sutera. Itu yang lebih penting. Kanak-kanak itu terkulat-kulat seraya mulutnya menuturkan satu perkataan yang tidak disangka oleh lelaki itu : **** ******. Amik kau sebijik!!!
Aku nak gelak untuk lelaki itu boleh? Hahaha
Apa yang kecuali satu? Lelaki itu tidak sedar, peribadinya agak menjengkelkan. Semua kanak-kanak kurang gemar akan dia. Tapi, sayang dia tidak pernah tau. Kesian...
Aku mengakhiri bebelan aku dengan ..kesiannya lelaki itu...

2 comments:

ajeera said...

salam ramadhan al-mubarak... suka tgok gigi2 itu..hehe

SaFiy iSkandAr said...

salam..ajeera..jemput la tgk lagi..he8