Friday, August 6, 2010

TO AND FRO..LINGERING AROUND

Present Tracing Kat Dr Bo-Dekan Merangkap Satu2nya Orthodontist Kat Kod~~Sydney   setia menemani

 Lat Ceph Radiograph
Khusyuk Membuat Tracing
Dentistry-Head & Neck Speciality
Dah On-Start buat Tracing K..
Boy over flowers-Kumbang G4 semacam t'key..hehe

Dan Semua Keberuntungan Akan Menjadi Milik Anda. 

Salam
Sudah lama tidak bercerita tentang dentistry sampaikan terlupa aku ni dental student.
Maafkan bahasa aku yang semacam rojak.

KISAH 1
Kursus ni 5 tahun. Ditambah dengan CENFOS (zaman aku dipanggil matrix UIA PJ) 2 tahun, maka jadilah aku tua dalam bidang ni.
Tidak mengapa, pemburuan ilmu tidak pernah berhenti bermula dari buaian hingga ke liang lahad.
Kisah ni penuh ceria. Tiada air mata duka ok. Yang ada hanya air mata kesyukuran.
Sekarang aku di tahun 4. Maknanya tahun ke-2 klinikal. Klinikal tu maksudnya kena jumpa dan treat patient. Start jumpa patient tahun 3. Sekarang dah ada pengalaman tampal, cuci, cabut dan membuat gigi palsu. Patient aku dari semua peringkat umur-kanak-kanak hingga ke veteran.
Kalau tahun 2 buat kat phantom head je la.
Tahun 1 baru kenal apa itu dentistry. Kejutan budaya juga la. Kali pertama dalam hidup aku fail exam. Tragik kan? Sampai aku tak percaya SEORANG AKU  boleh tidak lulus. Tapi, inilah kehidupan, seringkali skrip hidup kita tercalar dengan peristiwa yang tak diingini. Namun, hidup tak selalunya berliku.
Tapi, aku suka jadi dental student sebab aku tau apa yang medical buat, tapi medical jarang nak tau apa yang budak dental buat. Realiti kan? Tapi semua ada tanggungjawab masing-masing, jangan ego hanya kerana di pangkal nama anda ada DR.

Teringat masa aku jumpa seorang DR di klinik. Aku ada sakit kepala yang agak kronik. Rilex je dia presribe kat aku PCM. Time tu manalah aku tau Ponstan atau Voltaren. Sekarang aku dah toleran PCM, so Ponstan je lah jadi painkiller aku. Voltaren sekali je aku ambil. Seringnya Ponstan la.
Memang banyak kali aku jumpa DR sebab sakit kepala. Last sekali DR cadangkan aku buat scan. Tapi aku tak buat sebab sakit tu relieve sendir dan Alhamdulillah dah beberapa  purnama dia menyepikan diri. Kalau dia datang lagi, aku nak buat-buat tak nampak. Malas nak layan.  Dan oh mak aku selalu paksa aku jumpa DR dengan cerita yang cukup menakutkan:
Ada seorang tu selalu je  sakit kepala. Penemuan ialah sakit yang tak boleh diubati. Cukup ngeri. Dan terpaksalah aku ke klinik. Mak aku siap tawar diri nak teman lagi, tapi aku memang jenis tak nak menyusahkan dia (anak yang baik kan..haha masuk lif tekan sendiri). Dan aku pulang dengan PCM. Tu je. Oh, lupa , receptionist kat klinik tu anak murid mengaji arwah abah, jadi cepat la sikit masa aku kat klinik tu.
Sakit kepala aku kalau datang memang tak pernah ada salam. Main terjah je. Masa kat matrix aku kena paksa dengan rumate pergi PPUM. DR tu tanya, ada pakwe ke? Aku gelak sakan. Haha..dia cakap manalah tau puncanya stress. Lambat lagi la Doc aku nak stress sebab boyfriend, buang karan je.
Ada masa raya aku sakit perut yang agak kuat. Aku rasa sebab aku makan macam-macam. Dah la perut aku manja giler, salah makan terus meragam. Mak aku semacam paksa abang aku hantar aku ke klinik. Serius dia bimbang (mak aku sebenarnya amat jarang dia nak bimbang hal aku kecuali kesihatan je).
Aku rasa lah kan mak aku memang tak ada perasaan bimbang kan aku semacam dia bimbangkan abang aku yang nak balik KL melalui jalan Gua Musang selepas Asar. Satu je aku tengok dia pernah bimbang aku –masa aku balik dari Penang turun bas kat stesen minyak jam 3am dan abang aku seronok je mimpi kat rumah. Aku dah seram semacam. Dah la perempuan, malam-malam kat stesen minyak yang 1km dari rumah. Ingat nak jalan kaki je balik time tu. (bukan tak biasa..haha)
Aku saja gurau dengan adik: nanti dah ada anak tau la macam mana perasaan (walaupun abang aku dah besar panjang).
Eh, cukup2 la cerita rumah. Aku nak cerita life dental student ni.

KISAH 2
Bermula dengan cuti. Soalah wajib setiap yang bernama pelajar. Realitinya bidang ini mendambakan pengorbanan yang bukan sedikit. Cuti antara blok (antara semester bahasa mudahnya) jarang-jarang ada. Cuti raya? Wajib tapi..jumlahnya minimum mencecah istilah tiada cuti.
Cuti hujung minggu? Sebab aku tukar course, maka aku ada kelas UNGS di hujung minggu. Sem ni ok sikit sebab aku ambil UNGS 2050 je. Sem lepas aku ambil Tilawah2, UNGS 2040 dan EAP. Agak memenatkan, tapi Allah mudahkan aku melepasi segalanya.

Hari ini ada interbatch match. Yang penting aku menang double table tennis partner dengan Assha. Partner tetap aku. Tahun lepas dapat tempat ke3 inter u dentistry (main kalah mati-sistem kiraan 21 mata) . Tahun2 lepas dapat juara (main liga-sistem kiraan 11 mata).
Interbatch ni kira preliminary nak pilih wakil g inter u dental la. Tahun ni buat kat USM. Sebelum ni kat UiTM dan USIM. Bila ye nak buat kat UIA Kuantan?
Cerita sikit minggu lepas. Ada traditional festival-betul k? Aku kebetulan lalu depan CF dan seorang yang aku kenal ajak main congkak. Aku pun sapu je la, dah lama tak main, tapi aku ingat lagi teknik dia.
Dua PRINSIP yang paling penting dalam melakukan apa-apa pun ialah:
1.       Know the right technique
2.       Do it right
Hasilnya, aku dapat hamper. Main tak sampai pun 10 minit, tapi hadiah yang diberikan agak lumayan. Dan oh..heaven bukan? Malam tu masa naik stage, rasa bangga giler haha..
Melencong lagi. Ok2. Balik kepada topik asal. Kata seorang technician, masa belajar ni masa yang paling indah. Tanggungjawab hanya satu-belajar. Betul tu. Aku sokong 500%.  Lagipun aku ni solo lagi. Tak payah fikir pasal benda lain kan. Jangan TAMAK dan jangan PENTINGKAN DIRI sendiri-ini prinsip aku dalam membina hubungan.
Kalau dah kerja, banyak hati kena jaga-tapi ini bukan bermaksud anda terpaksa menyenangkan semua pihak kerana anda takkan mampu mampu melakukannya. Kena deal dengan technician, nurse dan kena juga buat bahagian admin. What a load of work huh..
Kalau tempat anda tiada medical DR, maka andalah medical Dr. Takkan lah seorang Dentist tengok orang pengsan depan dia, just berpeluh tubuh dan dengan bangganya bersuara: I’m not a medical Dr???
Kalau tempat anda tiada technician atau technician tu baru je tamat belajar, maka tugas andalah menunjuk ajar cara membuat Adam clasp, labial bow, canine retractor etc

KISAH 3
As clinical students, you have bunch of requirement to fininsh. For example to complete 5 cases of paed patient or 9 patients of prostho. And 60% requirement need to be finished before entering year 5. Oh yeah, there is no more professional exam during end of year 4, but as substitute, there is promotional exam for cons –class 2 cavity prep with adjacent and opposing tooth.
As clinical students, you have to do everything: students know SOMETHING of everything, but specialist know EVERYTHING of something.
Speciality in dentistry:
1.       Orthodontics (braces tu antara kerja dia la)
2.       restorative (filling )
3.       Oral Surgery (surgery of cleft lip & palate)
4.       Prosthodontics (buat gigi palsu)
5.       Paedodontics (deal dengan budak umur <16 y.o)
6.       Periodontics (scaling)
7.       Forensics (aku rasa nak ambil yang ni, tapi kena jadi oral pathologist dulu...jauh jugak jalan dia)
8.       Endodontics (rawatan akar untuk gigi yang dah mati)
9.       Aesthetics (bagi mereka yang mementingkan kecantikan..well ORAL CAVITY IS WINDOW TO UR BODY)
10.   Etc
p/s:Gambar-gambar di atas ialah semaca buat tracing guna lateral cephalometrics radiograph. Ni untuk menilai sejauh mana rawatan ortho eg braces etc berkesan.

KISAH 3-WHAT  PATIENTS TEACH ME

 PERCA 1
Kisah prostho. Oh, sebaik saja sesi try in (ada 6 visits untuk buat gigi palsu dan ini visit ke-4), Mrs H membelek gigi yang gusinya ialah lilin itu dengan membilang jumlah gigi dan membandingkannya dengan gigi palsu sebelumnya. Kenapa kurang?
Mrs H, rahang anda kecil dan gigi yang disusun juga tidak cukup untuk memuatkan semuanya.
Kenapa yang lama boleh?
Takkan aku nak jawab macam aku jawab dengan Prof-bahawasanya occlusion anda Class3 (rahang bawah ke depan berbanding rahang atas) dan saya cuba membuatkan relation gigi anda edge to edge?
PERCA 2
Visit ke-2 untuk patient paed (umur 7 tahun). Visit pertama kelihatan ok, jadi aku bercadang nak buat 2 tampalan pada giginya dan mencabut tunggul. Namun, perancangan Allah mengatasi rancangan aku. Dia bermula dengan Frankel 4 (co operative) but ended up with Frankel 1 (no cooperation). Sabar je la Safiy. Dan requirement untuk cabut gigi kanak-kanak ialah 10 sedangkan aku belum mencabut 1 pun lagi.
Dah la nak polish gigi ambil masa setengah jam, padahal 4 batang je pun. Mula-mula Dr suruh dismiss, tapi penjaga dia berkeras at least nak buat 1 rawatan sebab dia datang jauh, kira-kira sejam dari Kuantan.

Dan..drama sebabak tanpa skrip pun bermula.
Aku buat caries free kat lubang yang menjadi rumah jagung yang tidak hancur tu (boleh agak kan lubang besar mana) guna excavator. Tak guna handpiece langsung (maknanya no drilling, no sound yang ngilu tu). Sebab patient nampak gelisah je atas dental chair tu, aku dah mula bimbang.
Dan Dr ambil alih untuk letak GIC (filling sementara sebelum dia boleh cooperate). Dia mula meronta sambil menjerit perkataan sakit seolah-olah aku sedang menginject dia. Aku tolong retract lidah untuk memudahkan tugas Dr. Dan penjaga dia pun tolong restrain dia.
Semua orang tengok ; Safiy buat apa kat budak tu heh?
Safiy tak buat apa-apa pun lagi, aku menjerit dalam hati..huhu.
Dan kesannya seorang budak yang sebelum ni cooperate di kerusi selang sebelah mula melungsur turun dan mula memakai wajah gelisah dan bimbang. Ayo..
Lagi satu tau, aku pura-pura sapu something kat gusi dia sebagai placebo. Ya, medication. Dan serta merta tangisan dia terhenti padahal aku hanya sapu gusi dengan kapas je pun. Fuh..mencabar naluri betul
Pengajaran:
1.       Let her cry when we’r doing our job
2.       Jangan layan sangat perangai kanak-kanak
3.       Reward kalau dia co operate je
4.       Aku kena delay tx sampai behaviour dia aku boleh manage. Kena cari patient lain lagi k? Patient ni ok, datang on time, tapi masalahnya aku tak bolah nak buat apa pun...huhu

PERCA 3
Setiap orang mempunyai treatment modofication yang berdasarkan justifikasi yang berlainan.
Patient came for extraction. On dialysis 2 hari lepas dan next dialysis esok. Boleh cabut atau tidak?
Tidak! Sebabnya hari sebelum dialysis kalau cabut juga gigi, anda membekalkan overload untuk proses mencuci keesokan hari. Boleh cabut next day after dialysis sebab kidney baru je lepas dicuci dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.

PERCA 4
Patient with uncontrol HPT-darah tinggi dia tinggi sangat. Sistolic >160 dan diastolic >100  dan ada history of swelling dekat gigi yang nak cabut tu. Ambil x ray, ada PA lesion (chronic). Tapi ada sinus, maknanya dah ada drainage.
Boleh cabut sebab? Huhu..kena study ni..nanti aku bagitau balik.
Boleh guna LA with adrenaline walaupun patient tu ambil vasodilator (ubat darah tinggi) dan adrenaline ialah vasoconstrictor (antagonistic effect). Yang tak boleh guna with adrenaline patient with severe heart problem such  as arrhythmia   

2 comments:

herie farish said...

wah.... mencabarnya kat polyclinic... tetiap hari lalu situ tengok seniors treat patients... :-)

SaFiy iSkandAr said...

at least dah nampak camna korang masa clinical year kan..kena belajar teknik psycho ngan patient..esp paed..