Saturday, October 8, 2011

KAMI TIDAK BERZINA !



"Kami tidak berzina !. 

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. 

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan. 

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. 

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah SAW: 
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan"(Tabrani) .
Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. 

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! 

Bagi kes belajar berdua-duaan sahaja. Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah SWT tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah SWT, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah SWT suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah SWT. Belajar akan jadi ibadat. 

Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. 

Bagi kes berdua-duaan sahaja. Study Group.? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ia pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua- duaan macam ni, betulke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu, banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? 

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah SWT. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.

Jangan jadi malaikat! Kerana Allah SWT jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta yang qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. 

Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah" (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.

Kami tahan diuji?. 

Allah SWT yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia 
tidak tahan ujian. Oleh itu Allah SWT memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? .

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah SWT takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah SWT tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah SWT tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah SWT berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah SWT:
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?

Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.

Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. 

Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai?. 

Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. 

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti?. 

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah SWT? Kebahagiaan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah SWT yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah SWT. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah SWT tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah SWT adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?

Ganti bercinta semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu
ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah SWT.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah SWT berfirman:
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.
Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah berjanji sehidup semati .

Apa ada pada janji cinta?

Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab?. 

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang secondhand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah SWT:
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang- orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. 

Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hamba Mu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.

Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hamba Mu ini berdosa.

Amin, yarabbal alamin. Moga Allah SWT terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah SWT , kalau ada jodoh ,tidak kemana! Ya Allah bantulah kami .Kini kami datang kepintu Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.

Wasallam. Jazakallah khairan.

LET'S CHANGE OUR HABIT & FOLLOW THE SUNNAH


Sumber: FB Us Zamri Mantop

WONDERS OF THE WORLD












PESANAN IMAM SYAFIE r.a ..con't



Lagi... untuk dikongsi bersama.

Imam Syafie banyak tinggalkan pesanan. IMAM Al-Syafie atau nama sebenarnya, Muhamad bin Idris Al-Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Syafie banyak meninggalkan wasiat, pesanan atau kata-kata yang menjadi pedoman berguna untuk umat manusia, terutama umat Islam.

Antara pesanan itu adalah:-

·         Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata.
·         Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.
·         Imam Syafie ditanya mengenai tabiatnya yang suka menggunakan tongkat, sedangkan beliau tidak uzur. Maka, jawabnya : "Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah."
·         Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
·         Keredaan manusia sukar untuk engkau capai. Selamat daripada lidah manusia tidak bermakna sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.
·         Sesiapa yang berasa marah, tetapi tidak meluahkannya, maka, dia seumpama keldai. Sesiapa yang reda terhadap sesuatu, tetapi tidak dapat menerimanya, maka dia seperti syaitan yang mana reda dengan ketuhanan Allah, tetapi tidak mahu tunduk pada perintah-Nya.
·         Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.
·         Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.
·         Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain. 
·         Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang, maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.
·         Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan dalam mencapainya.
·         Apabila telah tetap perkara asal dalam hati, maka lidah akan berkata mengenai cabangnya (hasil).
·         Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu.
·         Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.
·         Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.
·         Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.
·         Perdalamkan segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.
·         Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut.
·         Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.
·         Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.
·         Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.
·         Terlalu mengharapkan kelebihan dunia adalah azab Allah kepada ahli tauhid (beragama).
·         Sesiapa yang engkau reda akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu. Begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu. 
·         Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan.
·         Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu, maka mereka akan melarikan diri daripada kedua-duanya seperti mereka melarikan diri daripada harimau.
·         Bagi akal itu ada penghujungnya. Begitulah juga dengan sabar yang ada penghujungnya. 
·         Sesiapa yang menyimpan rahsianya, maka kebaikan berada di tangannya.

PESANAN IMAM SYAFIE r.a


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi. 

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat) 
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK ( Malaikat Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak. 

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD


Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

Friday, October 7, 2011

TIP PERKAHWINAN



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.




5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.



8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.



12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Tuesday, October 4, 2011

JUST THE WAY YOU ARE

PEOPLE CHANGE TO BE BETTER PERSON
2nd day of night clinic. Always expect the unexpected. That is the only word that will keep you move forward. Last minute, patient cancelled the appointment due to unavoidable problem arises, then we got only 1 patient (my partner) for prostho.


 As usual, my worry is that patient wont come on time that they solat Isya’ before coming. He came half an hour late. Fortunately, the patient that i’ve scheduled to come at 840pm tonite cancelled. What a relief!  My anxious always play a role when i didnt finish the 1st patient’s treatment while the 2nd patient waiting outside.


Funny part was we are desperately looking for patients while we are dental student, but when we are dentist (insya Allah), we have more than we are able to handle. We coaxed patient to come, we disciplined ourselves and the patients to be on time as to manage thing properly and get it done without delay.

I just went around the clinic, observing for oral surgery clinic for exodontia. Sometimes we learn by observing more than we were doing it. Yes, we saw people’s fault but we were not able to see ours. Position you and the patient properly so that no awkward action will happen along the way. Observing how gdp was conducted. How is the transition form 4 handed dentistry to 2 handed dentistry was done and all.

We finished at almost 940pm. I disinfected the chair & instrument and then went to Audi KOS for a talk. It finished at almost 1130pm and arrived at mahallah-lembik..huhu. even only 1 clinic, even only 2 hours, it’s very tiring. I’m mentally tired. Still force my eye to open widely to read soft copy for tomorrow lecture but i ended up with sleeping without revising it. What a day huh.

Have a dinner by 1140pm –roti bom from TAJ. I missed my dinner as i spend the day with entering spss data with sleepy face. Jadual makan berantakan lagi. As a student, this is normal and i’m a student, no need to worry. Just get things done properly. Now, having my dinner while preparing my slide presentation. I love being a student especially dental student. Just the way I am.

Monday, October 3, 2011

YANG ANEH ITU AKU, YANG RESAH ITU DIA

Menatap blog teman penulis, melihat tajuk cerpen atau puisi mereka yang tersiar, bikin adrenaline merembas kencang. Betapa jauh ketinggalan sesudah bergelut dalam diri antara santai dan tekanan cita. Terperangkap antara cita dan cinta ialah laluan yang cukup menyempit ruang. Lantas, aku memilih mengetepikan segala cinta hingga jadi sengsara. Aksara kata lesap menghilang dan Tuhan tambah menguji menjadikan diri berantakan. Penasaran, aku hampir memusnahkan segalanya: cinta dan jua cita.

WARKAH untuk SEORANG DIA:

Aku punya kromosom xy menjadikan aku perindu xx. Itu normal bukan. Saat dunia didesak menghalalkan segalanya atas dasar hak asasi, aku masih bertuhankan Pemilik Alam yang mengemudi syariat.

Kau seakan tidak mengerti, menjadikan aku perindu yang sepi. Aku menelusuri syariat, menjunjung adat, dan mengetepikan perasaan malu demi menzahirkan hasrat. Lantas, bertandang ke teratakmu demi menyunting sekuntum mawar yang kembang mengharum.

Kau seakan menyanjung tinggi hasratmu, namun ada riak janggal yang boleh kubaca. Kembali aku menilik diri. Sedar, aku tidak punya ijazah sebanding denganmu. Ilmu agamaku barangkali hanya sama taraf dengan ilmu yang kau timba di taman ilmu dan budi.

Kau bakal menjadi ‘somebody’ usai saja tempoh pengajianmu tamat sedang aku sekadar di pinggiran. Namun, jangan kau lupa, jangan pandang aku sebelah mata. Kerjaya aku jua bukan calang-calang meski tidak menjadi sebutan. Aku masih mampu menjadi seseorang di hatimu andai kau mahu berkata ya pada lamaran ini.

Aku cuba membeli hati ibumu yang pastinya menyandarkan harapan yang terlalu tinggi untuk melihat kau berjaya. Aku takkan menghalang andai kau ingin mengejar tinggi mana pun ilmu, ingin terbang setinggi manapun. Cuma, pandanglah aku sebelumnya. Aku hanya ingin di sisimu, menyokongmu dalam setiap langkah dan menempati satu ruang istimewa dalam detik hidupmu.

Hanya kerana parasmu setia menempati setiap istikharahku. Kalau bukan keranamu, takkan aku jadi sesetia ini, umpama pungguk yang setia menjolok bulan meski purnama tak pernah berkalih.

Dan, aku tetap setia di hentian penantian meski tiada pernah kau beri jawapan yang pasti. Andai kau punya pertimbangan di suatu hari, hubungilah aku di sini. Jawapan aku masih bernada sama. Usai YA terpantul, akan kupaterikan ia dengan akad yang sah. Asal kau mahu menerima lontaran rasa, biar ia bersemi dalam ikatan yang pasti dan diredhai.

....to be con’t

CALL IT A NIGHT, THEN

1st day of night clinic. 3rd  October 2011. Since we’ve to share the dental chair with 3rd year (no choice coz still we’r not able to enter new building dua to several reasons), after 4weeks of morning and evening session, we’ve to shift the session. So, from 6 hours clinic per day, it’s reduced by 3rd to only 2 hours (which i don’t like it since we have to finish our requirement in order to sit for promotional exam) form 8pm to 10pm. 

Basically we’ll have usual morning class from 8am to 10pm and free from 10am to 5pm. We’ll resume later at 8pm till 10pm which is the real time before was 730pm (GDP starting from week1-now we’re in week 4) half of block 1 was gone already, yet  many things left unfinished.

It’s a bit chaotic. With nursing station and SSD lacking of staff (they work overtime of course) to cover 4 batches (year 1 still not enter the clinic) 2 batches each session (am, evening and night session), yeah i guess to start with OS clinic on 1st day leave not so good impression. When i want to prescribe antibiotic and analgesic, i’ve to have almost quarter an hour to get the staff to check for medication (only 1 person cover nursing station for 1 and a half batch).

MOS case-planned & unplanned tied the lecturers to work hard. Oh...so busy night. I end up with supper at Taj when i didnt ride the motorbike (the weather lately like the rainy season) force me to hitchhike a friend’s car.
Then, a bit tazkirah before the session ended, points are:

1.  It’s your responsibility to practise universal precaution and adhere to infection control protocol tightly as to prevent you and your colleague (also the staff) from contamination. Change the blue gown (clinical gown) once it’s contaminated either by blood (esp during OS) or saliva (esp during Perio scaling). Keep your hands up when you’re wearing glove and wash your hands everytime before and after putting the glove.

 If not, you’ll be asked later during The Day of Judgement because you’ve spread and expose the staff to the disease unnecessarily when it can be prevented by practising the right infection control precaution.

We plan, but Allah’s plan are the best. So, just get ready with Plan B everytime we plan the thing. Allah knows the best.

As for today, after having my breakfast at 1030am after queue for 10minutes, i’ve decided to surf for research. But, i’m having headache that i cant even stand anymore. Maybe the food (nasi lemak with sambal kerang) is the stimulus to force me to stop the thing and just go back to get some sleep.

Owh, i’m free all day, so that i sleep excessively. Still the headache remains. Then, i’ve to bath (water helps to give serenity) and eat so that i can take my mafenamic acid (fyi i also got sodium diclofenac for my backache).

If i’ve headache, i also have to avoid drink cold drink such as ice-blended which i joyfully ignore this evening. I just can’t resist my appetite. I’ve lost almost 5kg in about 3years which i should maintain the min kg to keep my BMI just normal. My BMI is under the normal rate. Owh, i want to donate blood so that i can gain weight which i cant because my weight is not enough to keep under min requirement to donate. 


How dissapointed! I wish one day, i’m able to donate blood.

Then, let’s call it a night. Eventhough only 2 hours per day, it’s more tiring than 6 hours per day. Really, i’m a morning person. Night just doesn’t suits me to work as it is designed to rest. 

But, this is life. How colourful it is! 

What a RAINBOW of life!