1. Make a list of all of the things you loved to do as a child. Do you have an especially happy memory of something you really enjoyed doing? Something that you were complimented on and felt extremely proud of.
DINAR EMAS KELANTAN
2. What are your favorite kinds of books? Do you love romance novels, arts and crafts books, mystery stories, new age and metaphysical titles? If you are not sure, visit www.amazon.com and check out their classifications.
3. When you have some free time, how do you spend it? Alone or in the company of friends and family. Exploring the city or visiting the country.
4. What do people compliment you about? If you can’t think of anything, then simply ask a few of your closest friends and business associates what they appreciate about you, what they see as your strengths and talents. You may be very surprised by their answers. Asking a co-worker will give you a much different perspective than asking a family member but both have value in helping you uncover your brilliance.
5. What are you especially proud of having accomplished in your life? This doesn’t have to be about winning awards. It could just be about how you have reached out to offer a helping hand to someone who really needed it.
6. What qualities, talents, gifts do you admire in others? Make a list of the people in your world and beside each one, jot down their strong points and the things you love about them. Be sure to let them know as well and make their day.
7. If you had all the time in the world and money was no longer an issue, what would you really like to do? Imagine what your perfect day would look like from beginning to end. What would you have for breakfast? What is the view like when you open your drapes? How do you spend your afternoon, where, and with whom? How do you feel as you close your eyes at the end of your perfect day?
Doing this exercise will help you to get to know yourself a little better and give you more insight into wherever your true purpose lies.
“There is a giant asleep within every man. When thegiant awakes, miracles happen.” ~ Frederick Faust
You came here for a reason. There is something that only YOU can do and the world is waiting for it.
Arch bar-tahun pertama kerja kena buat benda ni la-operate mandible
Full arch bar-biasanya lepas alleged MVA-motor vehicle accident
Ada beberapa keberuntungan untuk exam kali ini. Iaitu Nuzul Quran dan Hari kemerdekaan.tapi, sekarang ni cuti menjadi sesuatu yang dikesalkan. Alasan? Hari Jumaat ada paed, so macam mana nak cukupkan requirement kalau Jumaat cuti? Tapi aku suka 31 Ogos. Mula-mula aku terfikir baiknya hati tak ada exam Hari Selasa-biasanya exam kami berturut-turut tanpa selang hari. Tapi, adik bilik aku cakap Hari Kemerdekaan la K.Safi..owh..sebab tu la tak ada exam hari Selasa.
Dulu, waktu exam je aku lupa hari. Masakan tidak, tidur, makan dan pergi ke mana saja kelek nota. Sekarang nampaknya aku memang hilang terus hari. Adus..
Oh ya, Selasa lepas exam tu nak panggil patient prostho untuk final impression dan issue. Kena buat special tray dan process denture. Kena curi masa time exam la pergi lab nampaknya. Biasanya exam ialah waktu rehat dari klinik dan lab. Nampaknya terpaksa aku merajinkan diri yea.
Oh..raya kali ni aku kat Terengganu. Life is so unexpected huh..Kami dapat cuti sehari sebelum raya dan raya ke-4 sudah mesti berada di Kuantan. Well..deserve u right, Safiy! U’r studyholic student & workaholic person.
Dan lepas exam je, ada 2 kelas UNGS. Study hard Safiy! Assignment UNGS pun tak buat lagi ni. Tajuk: coupling & dating : is it permissible in Islamic value? Lebih kurang la, aku ingat-ingat lupa-short term memory loss.
Belajar dari patient: mula-mula aku ingatkan tersalah charting masa aku tengok charting sebelum ambil nama patient,tapi betul la. Interesting case. Jumpa patient je, mesti dapat belajar benda baru. Patient cons tapi mostly for OS. Kena cari patient lain la untuk cons dan DPH ni. Kata Dr, masa jadi FYDO (First Year Dental Officer), maknanya tahun pertama bekerja, kamu la kena buat ni-splinting arch bar. Hu..ngeri
Maknanya-kesusahan tu banyak sebesar kapal bukannya sekecil perahu atau sampan atau kolek. Apakah yang aku mengarut ni? Bahawasanya aku punya due date esok untuk siapkan requirement ortho dan hatiku bergendang nervous..aduhai
Cerita sikit apa yang berlaku akhir-akhir ni. Try in aku siapkan last minute-tabiat buruk yang aku beberapa kali cuba mengubahnya, masih tak berjaya. Selepas terawih dengan tekunnya aku mengadap articulator sambil memujuk diri untuk lebih sabar.
Sampai jam 3am-dah beberapa kali fill up gas kat burner dan beberapa kali mengurut dada memujuk supaya sabar. Aku tak suka susun gigi kat partial denture sebab occlusion dia susah nak dapat. Lagipun ni 1st patient partial denture aku. Upper class 4 dan lower class 1. Harapnya boleh isu sebelum raya selepas exam, boleh dia beraya dengan gigi baru
Jadual pula berubah-cons minggu ni dua sesi semuanya pagi. Jadi patient partner aku tak dapat datang, patient aku pula dah berpindah dari Kuantan, jadi sesi tu burn. Apa yang aku buat dari jam 10am-1230 noon ialah mengadap articulator untuk try in jam 215pm.
Sebelum tu dengan jayanya aku tidak tidur selepas subuh dan berjaya membawa diri di lab tepat jam 8am semata-mata untuk menyiapkan susun gigi tu. Wax tu pulak melekat dekat cast dan aku terpaksa rendam pula 10minit. Tengok jam dah 845am, ada kelas jam 9am. Prinsip aku biar masuk kelas lagi awal dari lecturer. Aku cuba untuk itu.
Patient yang aku tunggu akhirnya tiba sejam lewat dari yang dijanjikan. Sabar ye Safiy, bulan puasa ni kena lebih banyak sabar. Sebab apa aku nervous? Aku panggil 2nd patient jam 330pm. 345 siap try in. Partner aku tolong bawa patient untuk tunggu turn x ray. Disebabkan mengejar requirement, aku plan nak panggil 2 patients setiap sesi. Sempatkah kejar 70% sebelum akhir block 3? Huhu..just trying my best!!
Patient ke-2 interesting case, already geriatric but only 4 teeth-one each quadrant missing to do denture for reason food stuck.
Thank tu NUZUL QURAN is on Friday so that i have extra day to sleep (eh mistaken-to study) a bundle of note for end block exam. UNGS dah minta us postpone, so enjoy reading & revising..yoo
p/s: aku akan release dengan cara menulis. Kalau aku rasa penuh sangat dalam kepala, aku akan mula menulis dan akan perasan bahawanya yang penuh tu sebenarnya boleh dirungkaikan dengan beberapa ayat je. So, menulis memang boleh menyelesaikan masalah aku walaupun tak sepenuhnya. Lagi stress, lagi banyak ayat akan keluar dan lagi laju tangan aku menaip.
Inilah hasilnya dari jam 3am-5am aku bersengkang mata
Minor oral surgery-scalpel tu begin with
Laura Mitchel-burner & gas-burner yang pernah beberapa kali mencederakan tanganku
Articulator untuk mount upper & lower teeth after MMR (3rd visit)
See inside-represent jaw
Ortho-model trimmed & ready for wire to put in
Dah siap bending wire-labial bow & adam
Wax up
Before polishing
Kalau dah siap, gini lah bentuknya
Apabila dah dipakai
OPG-gigi bawah kanan (geraham bongsu) -perlukan MOS
Yang paling murah dalam kehidupanku buat masa ini ialah air mata. Tiada harga yang mampu ditawarkan kerana sering ia tumpah tanpa bekas. Limpah tanpa amaran dan hadir tanpa salam. Seringnya ia pergi tanpa pamit. Hadir dan hilang sesuka hati.
Yang paling mahal ialah menjaga air mata itu dari tumpah. Sukar bukan?
Aku sedang membuat kerja di lab. Di tanganku lecron sedang wax knife di atas meja. Mencari technician untuk bertanyakan cara membuat bite block untuk partial denture dengan ketiadaan cold cure-yang ada hanyalah heat cure acrylic dan shellac. Aku tidak mahu memilih Shellac disebabkan ia mudah patah dan mudah berubah dengan api. Heat cure pula tidak boleh digunakan untuk partial denture.
Dalam masa 5 min, sekembalinya aku ke meja, wax knife aku lesap di hadapan mata. Ini kali ke-2 saat aku mengangkat muka wax knife ghaib begitu sahaja. Sudah la benda tu baru beli, habis rm15 tau. Banyak duit aku labur kat situ. Lecron pun rm15 juga.
Apalagi, aku mengamuk la. Mau aku tak hangin, dah la baru beli, rasmi pun tak lagi. Rasa macam nak menangis. Ada ke orang menangis sebab hilang wax knife? Aku la tu..huhu
Tak ada lecron dan wax knife tu, jawabnya tak boleh buat kerja lab la sayang oii..sebab tu aku emo semacam. Dua makhluk ni kira ‘hot’. Tinggal je, jangan harap nak dapat balik. Ada je tangan-tangan ramah yang akan sukacitanya menyambut sebagai hak milik tanpa taraf mereka.
Kehidupan, kadang terpaksa mengorbankan kepentingan diri demi insan yang dikasihi. Mengorbankan banyak benda, namun bukan prinsip yang menjadi asas membentuk kehidupan seorang aku.
Mentakrif beza antara kasih dan cinta menurut versi seorang aku. Cinta ialah saat kita akan berkorban segalanya demi dia, namun bukan dia. Kasih saat kita akan memastikan dia bersama dengan kita dan bahagia bersama kita, bukan orang lain. Namun, cinta ialah saat dia bahagia dengan orang lain, kita akan bahagia melepaskan dia.
Apa gunanya definisi itu? Untuk menguraikan rasa yang melentur jiwa. Kadang, kita keliru, biasan kasihnya sering ditafsir sebagai cinta.
Hujung minggu, setelah tertangguh sekian lama, akhirnya aku membuat keputusan ke Darul Iman, menatap wajah anak buah yang mencecah sebulan usianya. Bertolak jam 415pm usai evaluate wax pattern untuk fixed prostho-markah comel-cantik belaka haha...
Singgah solat di Mesra Mall dan sampai di rumah seorang teman kira-kira usai saja waktu iftar. Tunggu abang aku ambil usai dia jadi imam solat terawih. Sambil-sambil tu layan majalah Aniqah-ada macam-macam isu bermula flouride dan kesannya terhadap ibu mengandung hingga masalah Halimah Jongang-Class2 div 1
Kemudian, kak ipar aku minta teman keluar beli kasut raya anak-anak dia. Tergelak tengok anak saudara yang tengah-dia capai 1 kasut setelah dicabutnya kasut di kaki, dan dia cuba kasut di atas rak satu persatu. Aku biarkan saja, tak larat nak kejar dia yang asyik berlari je kerjanya. Abang aku bertanggungjawab pilih kasut untuk anak sulung, aku untuk no2 dan kakak aku jaga baby. Seorang-seorang kena pantau. Fuh..letih. tak leh nak bayang kalau anak sendiri lasak macam tu, mau tercabut anak tengkuk aku nak menjerit. Eh, aku dah kahwin k?
Malam tu aku tidur awal dan disedarkan dengan irama baby yang sedang menyanyikan lagu rock. Tapi, aku memang kebal, bak kata abang aku: kalau letak bom sebelah belum tentu aku mau sedar..haha. tidur itu nikmat paling indah bukan?
Pulang ke Kampus jam 615am dan sampai jam 840am-kelas jam 9am. Bergegas bertular wajah ke tunic-nasib baik dah iron sebelum balik hari tu dan lecturer tak masuk sampai jam 10am. Jam 10am ada demo MOS-removal of impacted 36. Dan dengan bertuahnya aku terpilih menjadi assistant bersama my partner. Kata Prof B, it is not fair to mark you without proper instrument. Sebagai assistant, kena buat report about procedure-ntah bila aku nak buat..huhu. Requirement untuk assistant MOS ialah 5, so kena cari 4 lagiJ
Petangnya, perio-buat root planing untuk anterior teeth. Fuh, lenguh sangat tangan nak buang kalkulus degil. Macam mana la nak kerja nanti. Alah bisa tegal biasa kan?
Owh, minggu ini last Mr A6K sebagai technician untuk assess URA dan free form untuk 4 casts. Minggu depan log book dah kena submit. Adoi la
Minggu ni ada 2 slot SLT-student sleep time? Eh, bukan. Time tu aku dok mengadap 4 model ortho. Terpaksa mencintai buat sementara waktu..huhu. Tangan aku memang tak mesra dengan wire 0.5 atau 0.7 apatah lagi Coffin spring 0.9. kemudian Hawley retainer dan twin block menanti untuk menyempitkan hectic schedule bloody busy block 2. Erm..bertabah Safiy!!!!
Minggu ni ada kelas ungs 2050 Sabtu dan Ahad-nilah namanya minggu tanpa hujung sebab sentiasa dipenuhi kelas. Owh..baru tau apa perasaan jadi kelas rep merangkap kaunter pertanyaan. Kena duduk dengan henset sebelum tidur dan pagi-pagi sebelum pergi kelas.
Soalan yang paling kerap menerjah LCD henset ialah:
Salam, Safiy, esok kelas pukul 9am kan?
Safi, pagi ni kelas pukul 8am kan?
Safi, kelas hari ni pukul berapa?
Quiz bila ek? Masuk chapter mana?
Last-last aku buat level spread message, letih tangan nak membalas satu-satu.
Tapi, paling best semua info aku yang paling awal tau, kena deal dengan Dr pun aku dan kredit banyak la sikit kena top up, alah tak banyak pun. Sebelum ni lebih kurang rm 20 sebulan, jadi lebih kurang rm 30 sebulan-still managable kan?
Antara yang menyebabkan aku pening ialah requirement sebelum menduduki Promotional exam ialah 70% finish. Paed aku tak buat apa pun selain E&D.Patient paed aku memang bermasalah. Cons? Erm... Prostho dari 9 patients kepada 12 patient. OS dari 15 extraction (pun susah giler-aku baru satu) kepada 25. Perio-Insya Allah ok.
Bukan aku tak nak buat URA tu awal-awal, tapi aku memang senang nak give up. Adam clasp tu pun dah beberapa kali berguru dengan beberapa orang baru aku boleh buat, tu pun still masalah bila nak adapt. Tangan tak yah cakap la, tercucuk la, berdarah, sakit, merah-merah tu perkara biasa la. Ni la baru namanya dental student.
Malam, usai saja terawih, aku terus layu. Asalnya niat nak bangun awal, namun tak tersedar sampai waktu nak sahur. Rasa menyesal sangat. Dilema betul tak tidur, mengantuknya ya ampun. Tidur, memang satu kerja je jalan, list yang panjang-panjang tak sentuh pun.
LELAKI ITU-AKU NAK GELAK BOLEH?
Ada satu kisah yang aku tak tau nak define camna, ni aku reka je plot dia. Ada seorang anak muda yang perasan hensem, baik dan segala macam yang baik la kecuali satu.
Dia bekerja sebagai seorang tukang jahit, kononnya menjahit busana Muslim. Dan dia membuka sebuah kedai jahit yang mempunyai beberapa orang tukang jahit dan dialah yang paling fresh. Orang muda, idea sentiasa bernas dan minda sentiasa cergas. Dia mempunyai enthusiastic yang tinggi.
Mula-mula bekerja, penyapu baru la katakan-kerjanya teratur dan mempunyai kerajinan yang tinggi. Lama-kelamaan dia mempunyai perasaan untuk menjadi bos. Yalah, sampai bila nak jadi orang bawahan kan. Mulalah dia bersikap hidung tinggi dan perasan bagus. Nasihat orang tua pakar dalam bidang jahitan tidak diendahkan.
Suatu hari, anak muridnya ingin membuat persiapan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan untuk melangkah ke tingkat seterusnya. Disebabkan terlalu kelam kabut, anak muridnya, seorang kanak-kanak yang agak kelam kabut telah terlupa suatu yang asas-memasukkan benang dalam gelendong.
Tengok kanan kiri, akhirnya dia nampak seorang lelaki itu. Lelaki itu sedang khusyuk menjahit tulang belut. Tidak bertanya, sampai bila mahu siap. Akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada lelaki yang ‘nyekik’ itu.
Lelaki itu berpaling sebelah badan dan menaikkan hujung keningnya seraya dengan suara yang cukup sinis bertanya: apa kamu tak pernah buat k sebelum ni? Kemudian selamba saja menyambung menjahit tulang belutnya. Upah jahitan tulang belut ialah setahil emas untuk sepasang sutera. Itu yang lebih penting. Kanak-kanak itu terkulat-kulat seraya mulutnya menuturkan satu perkataan yang tidak disangka oleh lelaki itu : **** ******. Amik kau sebijik!!!
Aku nak gelak untuk lelaki itu boleh? Hahaha
Apa yang kecuali satu? Lelaki itu tidak sedar, peribadinya agak menjengkelkan. Semua kanak-kanak kurang gemar akan dia. Tapi, sayang dia tidak pernah tau. Kesian...
Aku mengakhiri bebelan aku dengan ..kesiannya lelaki itu...
Interdental toothbrush-biasanya orang pakai braces guna
Ramadhan Kareem
Fasting
Kata seorang teman, aku terlalu leisure. Terlalu indulge diri. Manja dan mudah give up. Aku mesti berubah.
TERIMA KASIH kerana jujur menegur.
Teringat saat aku menelefon bonda, menjadi seorang anak yang manja mengadu betapa hujung mingguku tersepit antara kelas yang memenatkan dan hari-hari yang meletihkan antara Isnin dan Jumaat. Tau apa kata bonda? “Siapa saja yang memaksa kamu memilih bidang yang susah?”
Betapa aku terpukul. Tiada siapa yang memaksa aku memilih kursus ini. Kenapa saat sulit begini aku jadi mengeluh, terasa begitu stress dan seakan marahkan keadaan?
Yea. Seringnya aku memilih untuk tidak mengadu betapa sulitnya berperang dengan perasaan di sini. Dan pulangnya aku ke rumah, aku tidak membawa sebarang hal tidak menyenangkan. Apa yang aku ceritakan ialah betapa bersemangatnya seorang aku belajar dan menimba pengalaman. Tapi, entah mengapa dek kerana terlalu letih, aku jadi terlepas cerita itu. TAKKAN KU ULANGINYA.
Bonda yang aku kenal, tak pernah percayakan getir saat aku belajar. Mungkin kerana dia percayakan aku mampu melawan rasa itu. Jadi, aku tinggalkan saja urusan belajar di Kuantan dan pulang ke Kelantan hanya berbekalkan rasa semangat kental yang tak pernah luntur dan memakai wajah senyum yang tak pernah pudar. Aku ingin sentiasa kelihatan sebagai anak yang tabah di hadapan bonda. Andai ada air mata yang tiba-tiba ada, biarlah ia tumpah di sini, di tempat aku menimba ilmu, takkan aku pernah mampu merisaukan bonda tentang akademik di rumah.
Biarlah hanya yang baik-baik saja telinga bonda mendengar dan mata bonda menatap pada wajah seorang aku. Aku ingin menjadi anak yang terbaik di matanya, berbakti setakat terdaya dan menjadi anak yang paling taat pada titahnya. Fokus aku sekarang mencuba menjadi pelajar solehah agar mampu menuju anak solehah.
Mampu tidak melupakan solat sunat dhuha sebagai pembuka hari dan mampu menjadi seorang anak yang mampu mendoakan kebahagiaan keluarga. Aku ingin berbakti kepadanya selagi roh masih di jasad.
Ramadhan sudah di ambang pintu. Aku harap mampu menjadikan ia sebagai bulan terbaik menterbiah diri dan memperkasa rohani. Jangan mudah tewas dengan perasaan Safiy.
p/s: sekarang sedang mengulang baca buku Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni~JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.
LIFELONG LEARNING PROCESS
Tahun 4. Kelas 8am-10am. Dan dua klinik-10am-1pm dan 2pm to 5pm. Hari ni klinik oral surgery waktu pagi . Bahasa mudahnya cabut gigi. Requirement 4th year ialah cabut 15 batang gigi. Dan aku baru je cabut sebatang untuk tahun ni.
Ada seorang patient, sebab dia muda lagi gigi dia indicated untuk Root Canal Treatment-rawatan akar untuk gigi yang dah mati. Kalau gigi dia dah banyak cabut, memang boleh cabut je 36 dan 46 tu. Tapi lepas aku terangkan kesan cabut gigi, gigi depan dan belakang (istilah dental-mesial drift) akan drift untuk memenuhi ruang kosong dan gigi atas akan supra erupted disebabkan gigi ni sifatnya dinamik untuk mencari pasangan di bawah.Maka, dia setuju untuk buat RCT, tapi disebabkan RCT posterior teeth start 5th year, maka Dr yang akan buat kat dia.
Patient seorang lagi nak buat mouth clearance untuk pakai gigi palsu penuh. Tapi disebabkan tak boleh cabut lebih 1 dengan DR Y maka, aku tak boleh cabut banyak-banyak la.lepas tu dia tak nak cabut bulan puasa. Jadi boleh panggil dia lepas raya la gayanya. Gigi dia ada masalah chronic periodontitis, maknanya gigi mobile, jadi cabut memang mudah. Masalahnya polisi itu membataskan kerja aku. Nak wat lagu mano lagi..huhu
Pengajaran.
1.Semua orang takut dengan jarum, even dentist pun takut. Jadi masa nak inject, jangan cakap nak cucuk. Cakap je nak bagi ubat kebas. It is understood that kena cucuk untuk bagi kebas, lepas tu jangan tanya patient sakit atau tak, patient tend to interpret tekanan as pain. Tengok je forehead dan ekspresi muka dia terutama mata. Masa inject, retract dengan jari kiri dan cuba tutup mata patient daripada melihat jarum dengan tangan kita.
2.Masa untuk cucuk (istilah dental bagi LA-local anaesthetic) hingga gigi tu keluar hanya 7 minit. 15 min is the longest to tolerate. Less trauma, less indicated for antibiotics dan less complication following administration of antibiotics-eg tolerans & resistance
3.Be practical. Patient datang nak cabut gigi je, tak perlu waste their time as we dont want our time to be wasted. But, pay attention to medically compromised patient as your 3sec decision will affect the management. Lagipun 3 hours takkan nak cabut sebatang je. Siapa mahu bayar gaji ribu riban kat dentist yang cabut 4 batang gigi sehari? Jawab, jangan tak jawab!
4.Jangan bangga dengan title Dr di depan nama kalau setakat pandai buat scaling dan filling. Paling penting medical judgement. Bukannya kena hafal semua, tapi kena tau yang common je. Eg antibiotics such as penincilin & cephalosporin. Takkan dapat report C&S (culture & sensitivity) terbuntang je mata tengok report. Lepas tu kena tau drug affect breastfeeding & pregnant women. Kalau dia tanya panadol tu ada effect tak kalau dia tengah pregnant, sila jawab dalam 3sec. Ok!
Petang klinik perio. Kena panggil patient yang 3rd year dulu untuk review. At least 3 patient. Petang ni aku panggil 2 patient. Jam 2pm untuk scoring plaque score, gingival index dan bleeding on probing. Dia ada kelas jam 3pm, so kena habiskan before 3pm. Alhamdulillah takde problem sangat, just scaling interdental je. No calculus.
2nd patient jam 315pm. Sebab dah scoring minggu lepas, just present dan terus scaling dan polishing.
Pengalaman:
1.Soft bristle tooth brush indicated only with severe gingivitis. So, kalau takde masalah tu, guna je medium tooth brush sebab soft bristle tak mampu eliminate plaque. Hard jangan guna la sebab akan lead to gingival recession dan merosakkan gusi.
2.Untuk yang susah nak floss gigi belakang, guna je interdental toothbrush
3.Dental clinic is not beauty saloon. So ask ur patient to brush the teeth before coming for appointment. Oral hygiene is individual responsibility, but dentist is to encourage