Jadi semuanya mahu dibebankan kepadaku atas alasan awak sibuk. Bicaranya terdengar keras menampan deria dengar. Aku diam membisu seribu bahasa. Terbang seketika bebanan tugasan yang harus kusiapkan.
Kertas kerja projek dengan lembaran yang masih belum langsai memenuhi segenap kamar fikirku. Silapkah aku mengambil keputusan mengikat kasih yang terjalin dengan ikatan yang sah saat timbunan kerja sebagai pelajar amat menekan? Aku buntu.
Aku menerima lamarannya atas istikharah dan petunjuk yang meyakinkan. Aku mengambil tindakan drastik untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang sah demi mengelakkan fitnah hati dan rasa yang mendera emosi.
Kata seorang teman, saat datang seseorang yang kau yakini agama dan imannya, janganlah kau menolak kerana dia ialah permata antara butiran pasir yang menyilau rasa. Aku peruntukkan daya ku untuk membuat keputusan dengan harapan aku mampu menanganinya.
Namun, silapkah aku kerana terlalu terburu walau hakikatnya betapa lama masa yang peruntukkan untuk menimbang perkara ini sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang komplikasi di kemudian hari.
Punya cuti hujung minggu saat teman lain enak saja membilang cuti semester yang entah bila akan berakhir dan aku membilang dengan jari yang seringnya tidak pernah sampai dari ke kelingking cuti yang aku punya untuk mencuri luang melaksanakan majlis antara minggu-minggu yang kadang tak punya penghujung.
Dia, awalnya amat memahami. Berjanji memberikan sokongan atas apa saja keputusan berkaitan akademikku. Namun, saat sibuk mengetuk jendela waktu antara aku dan dia, terus dia dihambat resah. Andai ini waktu yang kau punya, begitu sedikit kau untukkan pada waktu kita, apakah mampu aku meladeni waktu yang tersisa saat semua kau habiskan untuk kerjayamu.
Tingkahnya berbaur skeptik. Ternyata antara kita masih punya ruang sangsi yang wujud. Dan kuputuskan sebuah hubungan demi dia yang tak mahu memahami. Jarimu pantas menekan keypad menjawab soalan teman-temanmu saat kita membincangkan majlis yang bakal berlangsung.
Katamu, urgent, jadi urusan kita tidak urgent. Bicara lirihmu sinis menghantar ragu dan aku menerima dalam pasrah. Andai itu yang kau mahukan, tegakah aku mengatakan tidak?
Katamu, urgent, jadi urusan kita tidak urgent. Bicara lirihmu sinis menghantar ragu dan aku menerima dalam pasrah. Andai itu yang kau mahukan, tegakah aku mengatakan tidak?
Dan, hujung minggu antara waktu yang dirancangkan majlis bertukar menjadi aku yang absent-minded. Kusiapkan proposal bukan untuk melamar dia yang telah tak mampu kupujuk hatinya. Cintanya terlalu tinggi untuk rasa ini menggapai. Biarlah aku bertatih mencari pemilik yang sudi menyambut kasih yang aku hulurkan.
Aku berteleku menghadap kekasih yang teguh menyimpan rahsia. Mejaku dipenuhi buku yang terbuka. Ternyata aku lebih senang dengan lembaran yang mengisi benakku dan membawa aku mengembara ke suatu alam yang tak pernah aku bayangkan. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini. Terima kasih untuk luka yang kau beri.
Telah ku bebat luka itu dengan absorbable cat gut. Andai hatimu suatu hari dilukai, jemputlah ke teratak hamba ini, biar ku bebat ia dengan garam, agar tambah menikam. Moga kau mengerti, erti cinta itu bukan menguasai jua bukan memiliki, namun ialah melengkapi dan mendamaikan.
Silapkah aku atau antara kita memang ditemukan untuk aku mengerti kita terpisah untuk mengerti makna sebuah pertemuan?
No comments:
Post a Comment