
13th August 2009-gathering for dental students
Alhamdulillah, ramai yang sudi menghadirkan diri untuk majlis perjumpaan anjuran biro Da’wah dan Tarbiah DENSS.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan seterusnya solat magrib berjemaah. Selepas itu diadakan bacaan Yasin dan sedikit tazkirah oleh pelajar tahun satu.
Tazkirah ini antara lain menyentuh kepentingan solat berjemaah yang 27X lebih banyak pahalanya berbanding solat berseorangan. Semoga kita merebut pahala yang sentiasa terbuka-peluang Allah untuk kita mengumpul sebanyak mungkin bekalan pahala sebelum kembali kepada-Nya.
Kemudian isu H1N1 disentuh. Peningkatan kematian akibat kes ini mengundang rasa risau semua orang. Ajaran Islam untuk kita solat wajib 5 kali sehari sebenarnya ada membantu untuk kita membendung penyakit ini. Wuduk dengan sempurna sebelum solat-Insya Allah akan membantu kita menjaga kebersihan setiap saat dan mudah-mudahan wabak ini mampu dicegah.
Isu tentang niat juga ada disentuh. Amalan itu bergantung kepada niat. Jadi betulkan niat kita semua belajar di sini sebagai salah satu tanggungjawab sebagai hamba Allah bukannya atas sebab-sebab lain seperti jaminan kerjaya atau kemewahan, disuruh oleh ibubapa atau sekadar suka-suka. Insya Allah akan dimudahkan kita belajar 5 tahun di sini.

Majlis diteruskan dengan solat Isya’ dan solat hajat sesudah solat Isya’. Insya Allah kita bermohon daripada Pemilik Semesta Alam untuk menjaga kita daripada segala bencana dan memudahkan urusan sebagai Khalifah-Nya di bumi fana ini.
Majlis ditamatkan dengan persembahan multimedia tentang Ramadan yang bakal tiba dan jua sambutan harijadi oleh pelajar-pelajar yang lahir bulan Februari dan Ogos. Moga dipanjangkan usia dalam keberkatan ibadah kepada-Nya.
Ingatlah jika kita memperuntuk masa untuk agama Allah, Allah akan meluangkan masa-Nya untuk kita. Moga kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Amin.
No comments:
Post a Comment