
Camar atau nama saintifiknya Sterno hirundo mencuri perhatianku akhir-akhir ini. Burung yang gemar makan hering (Clupea harengus) mengingatkan aku tentang satu cerita yang pernah kubaca berulang dan masih segar dalam ingatan sampai sekarang.
Barangkali semasa tingkatan 3 rasanya. Cerita mengisahkan anak camar yang bosan melihat masyarakatnya yang tak henti-henti dengan rutin harian biasa-berebut ihering setiap waktu. Lantas ia mengasingkan diri dan memikirkan sikap masyarakatnya.
Anak camar ini lantas berfikir mengapakan kaumnya bersikap begitu apatah lagi pemimpin kaumnya turut bersama melakukan perbuatan berebut hering itu.
Didorong suatu pemikiran, anak camar ini membuat satu eksperimen. Eksperimen ini ialah bagaimana untuk melajukan penerbangan mereka. Kajiannya menemukan mengapa halaju camar lebih rendah berbanding helang. Penemuannya ialah bentuk sayap helang mempengaruhi halajunya. Lantas dia bereksperimen dengan sayap dan melupakan kegilaan kaumnya berebut hering.
Akhirnya setelah berpuas hati dengan kajian dan ujikajinya dia memberitahu kepada bapanya. Jawapan bapanya: Aku sungguh kecewa denganmu. Mengapa kau tak seperti camar yang lain? Mereka meneruskan tradisi camar dan kau membuang masamu membuat kerja yang tak pernah dibuat orang?

Bapanya memandang ke dalam matanya dengan kekecewaan yang mendalam. Anak camar itu tunduk. Tunduk pasrah. Dan mengasingkan dirinya dan menelan waktu dalam kekecewaan bersendirian. Dia terus bereksperimen dan hidup tenang sendiri walau tanpa restu masyarakatnya.
Demikian mentality atau persepsi. Kita tak mampu merubah sesuatu yang berakar lamanya walaupun nyata perbuatan itu tidak mempunyai sebarang faedah.
No comments:
Post a Comment