Sunday, April 14, 2013

YANG SUKAR DITERJEMAH


Yang 
        sukar 
                 difahami 
          itu 
   aku

Yang 
       sulit 
             diterjemah 
         itu 
    perasaan 
dia

BICARA SENDU SAAT PILU MENGISI RINDU



Dia gelak lagi. Aku lihat gigi gerahamnya makin membesar dan singgah di atas telinganya yang makin kembang. Kemerah-merahan. Pipinya seakan diletak pemerah pipi. Sungguh natural senyum dia. Aku tak jadi marah. Kuhela nafas panjang. Dia bukan sealiran denganku. Aku tidak mahu bertanya berapa peratus ceritaku yang dia faham kerana aku tidak mahu kecewa mendengar jawapannya. Rungutanku jadi seakan mainan hiburan, maharaja lawak harian buatnya. Namun, aneh aku jadi hilang kekuatan untuk memarahinya. Aku seakan terpaku melihat dia memuntah sepenuh ketawa seakan bebanku ialah suatu sarkas buatnya.

Itu namanya cinta kawan. Kami memaknakan cinta dalam suatu akad yang sah. Bermula sekadar teman biasa. Cinta platonic. Kami mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin. Memulakan hidup yang lebih reality. Dia meminjamkan bahunya, buat mengeringkan air mataku yang tak mampu kutahan-tahan. Hati lelakiku jua tergugah kadang-kadang dengan ujian. Namun, air mata itu hanya kutumpahkan sesaat. Kemudian, aku jadi lelaki lagi, meminjamkan telinga dan tenaga untuk dia mengisi ruang hidup. 

Tuhan lebih tahu, sayang. Begitu dia memulakan kata. Memandang tepat ke kornea dan tembus terus ke hatiku. Aku diam. Dia terdiam. Dan kami sama-sama diam. 

Aku tahu itu. Tapi hati kadang tak mahu mengerti. 

Ah, hatimu kan degil. Dia bercanda dan aku sudah lumpuh upaya untuk membalas. Hanya senyum sipi dan melayan rasa, cuba mengosongkan ruang hati.

Demikian, hidup takkan pernah sendiri. Tuhan meminjamkan dia untuk aku lebih tega mendepani ujian, berjalan dia atas kerikil yang memberi aku erti hidup dan malamnya tidur berteman ros cantik yang berbisik, Tuhan ada sayang. Dia takkan pernah membiarkan kamu sendiri. Dia yang memilih, Dia lebih tahu!

Aku senyum lirih, kadang-kadang menatap siling yang di dadanya wajah aku bergraduasi, melempar mortarboard ke udara, biar ia menyedut oksigen semahunya dan kau setia di sisi dengan senyum tak simetri. Tentunya sejambak bunga berwarna warni hadiah dari aku meski hari ini hari aku bergraduasi. Cinta itu aneh kan? Tulip, itu bunga kesukaan aku, bukan kesukaanmu. Aneh, kau senyum bahagia dan bunga itu mesra dalam pelukanmu.

Aku menyanjung tinggi kesetiaannya. Dia tak bercakap dengan kata. Dia ada meski kelihatannya tiada. Aku tahu, lewat doanya dalam sepi malam, dia tak pernah lupa titipkan doa untuk aku. Dia biasa-biasa saja, namun di hatiku, dia luar biasa bertakhta.

Dia tahu bila perlu senyum dan bila perlu berbicara hanya dengan sepi. 

 Ah, aku rindukan dia!

    Sungguh-sungguh rindu!

Itu saja.

9 minggu lagi. Kalau menanti anak sulung, aku ibaratnya begitu lah perasaan yang aku alami sekadang. Mungkin tak kelihatan di perut kerana ia bersarang di kepala, kawan! Kalau kau terserempak aku berjalan seakan mahu melanggar tiang, itu bukan tawaduk menunduk pandangan, kawan! Itu bahana otak kanan dan kiri yang makin tak seimbang. Semuanya bakal berakhir teman. Sebelum raya ini. Sabar sebentar ye!

9 minggu untuk menyiapkan segala seperti yang berbuih mulut kuceritakan di atas. Mahu faham @ tidak, itu empunya diri buat pilihan. Ini blog aku. Obsesinya hanya pada aku yang bakal menjadi robot sekali lagi. Hidup tanpa jiwa, hanya roh yang berkeliaran mencari mangsa.

Buktinya?

Aku mengerti ini. Sedari dulu, kalau mindaku berantakan aku akan mengalami gangguan yang cukup sengit tentang selera makan.waduh, aku yang sudah susuh ber kg semenjak masih di alam asrama dulu makin menyusut. Orang lain pun tension juga, kawan, namun tak seperti aku tindak balas fisiologi mereka. Aku berpagi dan muntah angin. Aku berpetang dengan selera makan yang sudah mati. Dan aku berkira-kira-mahu membeli makan dan membazir atau tidak membeli dan tidak membazir. 

Aku tau, pemaksaan makan akan mampu membuatkan makanan itu tidak rela dan cuba membautkan mereka mahu berusaha keluar kembali. Terakhir, aku memilih untuk tidak membazir dan perut tidak terisi. Awas, ada kemungkinan perut dimasuki angin yang percuma dan aku bakal menderita lagi. Aduh, sulit sekali membuat pilihan ye.

Aku membunuh kebiasaan dan mencampakkan ke Jurang Mariana. Selamat datang perubahan, aku dambakanmu. Andai keadaan tak mampu berubah, bairlah aku yang berubah, mengisi ruang dengan segenap tenaga juang. Allah takkan sia-siakannya, teman!

Mood pertama kali menjadi pengundi sungguh luar biasa kawan. Pos mengudi?  Hadapan rumah saja. Aku mahu undi ini jadi saksi di hadapan Allah, aku undi untuk kemenangan Islam. Tak rela lagi diperbodoh. Hanya yang tak punya ‘akal saja akan undi untuk kehancuran Negara. 

Ah, aku mula melalut. Glukosa terakhir masuk 24jam yang lalu. Mula mengidam semacam. Spageti mungkin? Haha…hanya 9 minggu lagi dan segalanya bakal terungkai. Moga kandungan CSF di kepalaku selamat-selamat aje.

Friday, April 5, 2013

MARSUM MAYA UNTUK SEORANG DIA


pre pro aku, macam tak percaya..time flies sooo fast!!

Dee, Tuhan teramat sayangkan aku. Aku tahu itu. Hari ini hari terakhir minggu terakhir block3 sebelum week 10 yang nama lainnya exam pre pro mengunjungi aku tanpa segan. Usai klinik jam 4pm, aku membuat maintainance untuk dental chair. Clear segalanya, aku ke lab untuk pour final impression denture GDP. 

Al makluk alginate, andai dibiar lama, distort la impressionnnya. Aku diberitahu jam 515pm ada perjumpaan berkaitan exam praktikal prostho. Jadi, jam 435pm, aku bergegas ke surau untuk solat sambil berkira-kira untuk membuka cast sesudah solat. Alginate, andai dibiar terlampau lama, bakal keras dan ada harapan cast pecah@patah semasa membukanya.

 Usai membuat base dengan plaster of Paris, aku bergegas solat dan naik ke atas jam 450pm. Memakai lab coat putih yang sudah tercemar dengan segala macam bahan kimia, aku pun buka dengan penuh berhati-hati. Ya, kejadian yang tak dapat dielak pabila vibrator tiada dan terpaksa membuat vibration secara manual ialah ‘michael bubble’ yang agak besar. Sambil beristighfar dan menghela nafas perlahan,aku menyabarkan diri:yang patah boleh ditampal, yang lompong boleh ditampung, mudah kan Safiy? Aku senyum memujuk diri sambil menatap jam 505pm.

Terserempak seorang pensyarah yang amat aku kagumi. Dah lama tidak berborak dengan dia semenjak aku menahan air mata yang bakal tiris dihadapnnya hampir setahun yang lepas. Kau tahu Dee, air mata harganya amat murah di sini. Air mata itu tanda aku keharuan yang amat, masih ada insan yang memahami diriku saat nafas seakan nyawa-nyawa ikan pabila peristiwa menyedihkan hampir dua kali berulang . Tuhan  sayangkan aku Dee, Dia takkan menguji apa yang aku tak mampu. Aku tahu itu Dee. 

Takde keja kan? Haha..ni kerja petang tadi, ambil final impression guna alginate
 Dia bertanya: How are you Safiyah? I’m fine Alhamdulillah. How’s your doing in the exam? Don’t worry, you’ll be graduating! Ya Allah, andai dia seorang perempuan, tak segan aku mahu memeluknya kejap. Biar dia tahu, betapa kalimah itu aku rindukan mengalir dari ulas bibirnya di saat langkah amat pincang dan kerikil menggigit di jalanan. Aku perlukan sokongan untuk kembali menjadi manusia yang berusaha dan tahu Tuhan menilai setiap usaha tanpa senano meter pun luput dari pengetahuannya. 

Dia seorang pensyarah yang mengajar dari hati. Amat berdedikasi dan bersugguh demi melihat kejayaan anak didiknya. Aku bersyukur amat ketemu dia saat semangat hampir-hampir hilang.

Kurang adil rasanya membanding beza diri ini dengan orang lain, Dee. Dee, pinjamkan bahu, untuk aku sandarkan sedikit lelah yang memberat di pundak. Dee, tadi patient GDP aku bertanya, andai boleh mampukan dapat gigi palsu akhir bulan. Aku kewalahan. Aku terlupa sebenarnya. Dulu, aku berkata insya Allah boleh sebab jangka masa masih lagi lama. Namun jangka antara 1st impression dengan final teramat lama-6minggu disebabkan aku terpaksa menunggu healing selepas mencabut gigi 38. Almaklum dia ada DM dan HPT (walaupun control), masih healingnya agak lambat daripada medically fit patient.
Aku mencongak, dalam 1 minggu aku perlu membuat MMR dan try in (partial acrylic upper/lower) dan issue minggu seterusnya. Mampukan aku berkejar ke lab dalam kesibukan klinik dan kelas yang penuh. Aku bertanya diri sendiri. Dah la kena issue immediate denture yang aku tak finalize pun lagi gigi dia lepas try ini.

Mampukah? Dengan 8clasp (4archX2per arch) yang aku paling ‘surrender’ membuatnya.

Ni protaper yea..
 Dee, ini cerita pagi tadi. Aku fikir kahwin ialah long term commitment, rupanya sebelum kahwin, RCT moler is ‘longer’ term commitment. Dah berbelas visit, belum mampu obturate, daripada belum ada sinus, sampai sinus tract dah heal pun belum mampu obturate. Terkejar-kejar antara restoration, fixed prostho dan endo amat melelahkan, Dee. 

Rct molar ni better guna Pro Taper sebab lagi flexible-Ni Ti compare dengan stainless steel K file. Al maklum canal molar memang curved. Biasa finishing sampai F2 maximum. Obturate guna Protaper GP lagi senang sebab tak perlu letak banyak sangat accessory GP. Kalau guna k files pun mungkin sampai size 30max dengan penuh canal dengan accessory GP, amat serabut, terutama semasa ambil xray sebelum obturate. Ni kes dari tahun lepas, dah pre pro pun aku belum mampu obturate. Dugaan kan, Alhamdulillah Allah mudahkan aku setelkan semua anterior RCT, jadi boleh focus molar dengan restoration biasa yang masih berbaki. Insya Allah.

Maaf, bicaraku tercampur campur, yang melintas aku catatkan saja sebelum segalanya terlepas pergi. Al maklum, kepalaku punya carpus collasum yang panjang, jadi rantingnya ke mana-mana saja ia bercabang (kau akan faham kalau kau baca buku Why women can not read map, why men can apa ntah aku lupa-Barbara Allan kot). 

Dee, cerita jam 530pm. Seperti biasa, Jumaat petang, jadualnya ke pasar malam dengan yong tau fu atau laksa. Nampaknya terpaksa pergi lewat sedikit. Intinya begini Dee, Dr mengumukan ospe prostho cancel (yang diwar-warkan hari tu) dan digantikan dengan issu full complete upper and lower denture just like last year. Bezanya, issue before revision week so that boleh study dan focus benda lain. Kau fikir 8 subjek tu sedikit Dee?

Ini hari terakhir minggu terakhir blok 3Dee. Di manakan ku cari patient yang amat co operative dengan ridge yang cantik dan attitude yang elok. Jangan risau Safiy, Tuhan takkan uji apa yang awak tak mampu. Sekali lagi dan berkali-kali tanpa jemu aku memujuk dan meyakinkan diri sendiri. Kadang-kadang pabila dengar ada teman yang mula berputus asa, aku cuba membakar semangat mereka untuk berusaha dengan masa yang masih berbaki. 

Kelihatannya  susah, namun tatkala Tuhan menghendaki senang, takkan ada yang mampu menghalang Dee, aku harus percaya itu! Aku seperti hanya membakar semangat orang, hakikanya aku sedang bergelut membakar semangat sendiri. 

Sunyi seketika kelas. Dah la meeting dalam romantic environment..huhu. Hanya helaan nafas lelah dan dan penuh redha kedengaran. Datangkan apa saja, jika Allah dah atur, kau pasti mampu Safiy. Lagipun kau dah berusaha bersungguh, Tuhan tahu itu Safiy!

List block 4

Requirement:

1.  Paed-alhamdulillah setel kecuali complete case DPH

2.  Prostho Alhamdulillah dah review 12 patients

3.  Cons-surat cinta dah sampai ke rumah-anterior crown-tunggu nak prep, posterior crown belum E&D pun, dah bawa sebenarnya,tapi tak cukup interocculsal clearance untuk crown,inlay je boleh..sob..sob, cantilever bridge-nak ambil impression je dengan heavy &light body silicone, previously guna impregum (polyether)

-restoration biasa-RCT molar, 2 class 3 composite,2 class1 amalgam

4.  Om-alhamdulillah, tak dapat surat cinta-setel

5.  Os-alhamdulillah dah complete-50exo (64in 4years) dan lima minor oral surgery removal of impacted 3rd molar

6.  Perio-alhamdulillah, nak setel untuk complete case GDP je

7.  Dph-tobacco cessation, diet advice,complete case 

8.  Ortho? Hmm..belum siap trim cast, tracing lateral ceph n complete case sheet untuk present screen patient..huhu

9.  GDP-ini cerita panjang-di bawah yea
Sebelum tu-presentation prostho (repeated dari block 2 hari tu), cons-seminar laser in optec,seminar om case presentation..rupanya banyak juga keja block4 ni..huhu. mana nak study, mana nak kejar keja lab, mana nak siapkan clinical requirement lagi dalam masa 9 minggu. 9 minggu tu kejap wooo. presentation case perio juga ye-1case 4th year, 2cases 5th year.

Mari bercerita tentang GDP dan block 3. Sudah menyiapkan I case untuk case completed, masih berbaki 4 case dalam masa 9 minggu (9x3=27sesi kot) mungkin rabu sesi GDP tukar balik jadi sesi untuk exam prostho-so, 9x2=18. Tolak juga sesi yang burn sebab tak siap keja lab atau terpaksa guna untuk fixed prostho atau sesi lain. 

Masih punya 4 denture yang belum issue +I exam prostho. Jadi, 5 denture perlu issue dalam 9 minggu? What can I say? Wow…wonderful..labwork is not that easy my dear. But, I think positive, if Allah put me into this, He will lead me through this. Allah takkan uji apa yang awak tak mampu Safiy!
Nak issue jugak bridge, anterior and posterior crown. Such a wonder girl! Jangan riak Safiy, Allah boleh buat apa saja tau…be grateful and just do your best. Allah knows better!
Itulah saat-saat terakhir sebelum melayakkan diri menduduki final 5th pro exam. Masanya untuk beralih bidang. May Allah ease the way, exam bulan Ramadhan yang diberkati dan sebelum raya dah dapat result dan boleh plan untuk next move in life dengan jayanya. Alhamdulillah!

Tadi, aku berhenti kejap menaip, adik aku telefon, cerita macam-macam pasal anak saudara. Rindunya dengan cik tin..dalam dilemma nak balik tak lepas exam, lagipun nanti nak balik mengundi pulak! Tapi, aku perlukan satu escapism. Melarikan diri seketika dari suasana yang mencengkam supaya aku kembali memulakan waktu menjadi robot di block 4 dengan jayanya..insya Allah!!

Friday, March 22, 2013

JATUH CINTA LAGI...


Jatuh cinta lagi. Berkali di tempat yang sama. Namun jatuh sayang kali ini. Berdua dengannya. Punya wajah yang manis. Tutur kata yang lembut. Penuh hikmah dalam mendidik. Ya, aku sudah jatuh kasih pada seorang guru. Bicaranya teratur dengan bahasa yang cukup simple. Tuhan, aku baru mengerti mengapa OM dan Perio disatukan. Inilah contoh seorang insan yang menyatukan subjek itu.

Saat ditanya kenapa dentistry? Dia menjawab:kerana tidak mahu pengajian 5 tahun (dahulu BDS/DDS hanyalah 4 tahun) dan tidak mahu on call. On call ada, tapi tidak seteruk medic. 

Alasan lain? Balance antara keluarga dan karier. You know histo like art. You’re like detective (macam Sherlock Holmes la pula kan).

Why OM?

Because I don’t like cavity (same with me) I hate cavity prep because I have difficulty to adjust position. In addition, my back starting to hurt. I don’t even finish my undergrad yet. I love my backbone..huhu.

Dia bertanya aku: mahu sambung apa lepas degree?
Aku:belum decide lagi Dr.

Ada pulak di belakang yang rajin menjawab: housewife. 

Dia membuat muka. Ada lagi suara yang tolong menterjemah. Buat apa belajar letih-letih kalau hanya sekadar menjadi suri rumah.

Dengar baik-baik teman. Aku setuju dan tidak setuju dengan pendapat ini. 

Benar, perempuan itu tempatnya di dapur. Namun, bukan bererti tempat-tempat lain ialah satu larangan buatnya.

Pekerjaaan ibu? Ibu saya tidak bekerja. Mari baca istilah tidak bekerja dengan lebih teliti.

Dia bangun seawal sebelum subuh. Mengejutkan anak-anak dan suami untuk ke sekolah dan tempat kerja. Menyiapkan segala keperluan. Menyediakan makan pagi. Menghantar anak ke sekolah. Kemudian keburu membeli bahan untuk memasak tengahari. Anak-anak pulang, menyepahkan segala baju dan beg. Membasuh pinggan mangkuk dan menyidai baju. Melipat dan menggosok baju. Memikir menu untuk makan petang dan malam. Yang ni ada cerita best.

Pengalaman sendiri, aku pernah jadi suri rumah untuk beberapa bulan. Ke pasar membeli bahan mentah dan memikirkan menu masakan. Rupanya tak mudah untuk memikirkan menu. Masakan mahu memasak menu yang sama untuk kesekian kali. Sebab itu, selaku ahli keluarga, cadangan anda untuk memasak menu amat membantu tukang masak untuk membuat perancangan dengan lebih jelas.

Sering aku perhatikan, ramainya suri rumah disebabkan kesibukan meladeni urusan rumah tangga sampai melewatkan solat. Tidak harus begitu. Solat seharusnya diawal waktu biar segunung manapun kerja rumah yang berbaki.
Kerja ibu di rumah tak pernah habis teman. Kau tau, ibu madrasah/sekolah pertama anak-anak. Hierarki pembentukan masyarakat banyak disumbangkan oleh ibu-ibu yang menjealankan peran dengan penuh amanah. Mendidik insan membentuk keluarga yang taat pada ajaran Tuhan. 

Aku pernah menyertai program SERENE BOND yang dikendalikan oleh seseorang yang ibunya punya ijazah kejuruteraan, namun tidak bekerja demi mendidik anak di rumah. Kau tahu bukan, kerja menyita masa berharga seorang ibu yang waktunya seharusnya diutamakan di rumah.

Itu reality. Kisah benar. Ibu yang berpendidikan tinggi akan melahirkan anak-anak yang berfikiran cerdas dan paling penting tahu keutamaan dalam hidup. Usah diamalkan seperti pepatah ini teman:kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. 

Mendidik anak orang bukan main,namun akan sendiri terabai lantaran pulang ke rumah saat mentari terbenam, energy sudah ke tahap negative dan hanya katil yang melayang dalam fikiran. 

..aku sambung nanti teman..malam sudah tidak muda lagi..esok aku punya kembara di awal pagi..