Tuesday, November 30, 2010

AWAKEN

Menjadi seorang pelajar pada usia setahun jagung tidak mudah, tapi hakikatnya itulah kehidupan. Jalanannya tak pernah lurus. Saat kita melihat ke hadapan seringkali ‘The Road Not Taken’ melambai dengan pandangan menggamit. Aku tak mampu memecah bahagian kehidupan menjadi pecahan semat-mata untuk mencuba melalui semuanya. Hidup ialah jalan lurus yang tak punya U turn, saat kau memilih jalan A, kau takkan mampu melalui jalan B atau C. Itu hakikat yang harus ditelan.

Saat kau melangkah bergelar pelajar sebuah universiti berprestij, mata-mata akan memandang tinggi tingkahmu. Saat kau tidak pernah mendambakan harapan dan impian, mereka meletakkan pandangan yang cukup tinggi yang kadang kau tak berdaya menanggung. Mereka hanya melihat ‘tip of iceberg’ iaitu ‘result’ sedang kau berhempas pulas melakukan ‘effort’ untuk membutirkan ‘result’ yang takkan mampu memenuhi harapan tinggi yang tergalas pada diri.

Mereka takkan mampu membilang keringat membutir di dahi atau air mata yang saban waktu mengalir saat sumur pilumu melimpah. Mereka takkan mengerti betapa jalananmu kadang goyang diganggu angin tekanan atau ombak rasa kadang meresahkan. Mereka takkan mampu mengerti itu. Yang mereka tahu, kau kuat, mampu melangkah ke puncak. Kau hebat, mampu menggenggam pingat jaya. Itu sahaja ‘tip of the iceberg’ yang mampu mereka lihat sedang kau berhempas pulas mengawal diri dalam tenaga yang bersisa rasa yang bergelora saat teruji.

Saat kau membilang beberapa ‘kalau’ yang melintas, kau takkan mampu menghabiskan patah ayat itu. ‘Kalau’ itu kalimah yang harus kau lupakan dan kuburkannya seolah kau tak pernah memikirkan. Tuhan telah memilih dan kau yang terpilih, dengan itu saat Tuhan menguji dan kau yang teruji, kau harus tempuhinya kerana ini takdirmu. Ini jalanmu dan ini sesuai dengan dirimu.

Saat kau membisikkan pada diri ‘dont ever, ever give up’ saat itu dunia rebah di kakimu dan seluruh makhluk berdoa pada kekuatanmu dan kau bangkit dengan semangat dan impian padu dengan hanya satu ungkapan ‘saat keazaman menggunung, lautan api pun takkan mampu menjadi penghalang. Langkahmu teratur dengan penuh keyakinan di dada, hidup bukan impian sedang akhirat ialah tempat tujuan. Dan kau mengimpikan dunia sebagai batu loncatan untuk bahagia di dunia akhir kelak.

Lantaran itu, bahagialah kau dengan janji Dia yang tak pernah mungkir. Takkan ada walau sebesar zarah pun usaha menuju-Nya yang akan terlepas pandang. Takkan pernah ada bisikan menuju kebaikan yang terlepas dari catitan penjaga kananmu. Usahakan agar malaikat di kananmu lebih banyak bekerja berbanding yang di sebelah kiri. Usahakan agar lintasan siratmu yang 500 tahun perjalanan itu menjadi sepantas kilat saat titian yang lebih halus dari rambut yang dibelah tujuh itu kau mampu lalui dengan aman tanpa terjatuh ke dalam lautan kedahsyatan yang amat yang tak mampu tergambar oleh ‘akal.

Usahakan agar akhiratmu cemerlang dan duniamu bahagia. Usahakan kerana usaha takkan mampu terlepas membantumu di dunia fana dan dunia kekal.

DAN...

10 Zulhijjah hadir. Bersamanya ialah Eid yang didambakan. Dua waktu yang cukup membutirkan makna bagi umat Islam. Eid Fitri dan Eid Adha. Saat hadirnya bersama pengertian yang perlu dihayati, bukan sekadar bergembira dengan hanya baju baru atau cuti.

Aku melihat wajah bonda yang berseri. Kerut di dahi segera menyapa buih rasa, kesan keringat yang membutir umpama bekas usaha keras membesarkan anak-anak tanpa mahukan sebarang balasan. Ikhlas dan tulus. Sisa kejelitaan zaman remaja masih membekas pada papan wajah itu. Aku merinduinya sepenuh jiwa. Sungguh!

Anak-anak pulang, merapati kampung halaman tempat tumpah darah, membunuh sepi yang sekian menghuni rumah papan bonda di desa yang ditemani kedamaian dan udara sepoi yang menemani. Aku pulang, mengisi ruang cuti akhir semester secara kebetulan bertindan dengan cuti Eid. Tampang bonda tak lekang mengisi ruang minda saat langkah kuhayun menuju Hentian Bas, menunggu bas yang bakal membawaku pulang ke desa. Lautan manusia bertali arus depan mata takkan mampu menghalau ingatanku dari singgah di desa, menempati keindahan dan menghirup segar udaranya.

Hari Raya Korban  atau Hari Raya Aidiladha sinonim dengan korban. Bonda mencukupkan korban untuk kali ke-7 untuk bekalan di dunia seberang sana. Duit akhirat, bukankah pahala? Pulanglah kalau mahu merasa daging korban, bisik bonda terngiang di telinga. Tanpa bisikan itupun aku tetap pulang, wajah bonda sudah lama memanggil-manggil dalam fikiran.

Kami pulang. Aku, adik-adik dan jua abang serta kakak. Kami menghidupkan rumah yang sepi. Anak-anak bonda bukankah belajar jauh-jauh. Ada yang sudah bekerja di Ibu Kota, di sebelah Timur jua bertebaran dalam negara. Saat inilah hanya peluang untuk bersua muka dan bercanda tawa. Tak pernah untuk gagal membutirkan senyum di wajah bonda atau menggeletek hatinya untuk sama menyertai tawa. Aku rakam kemas dalam ingatan. Hari Raya Korban-apakah pengorbanan aku untuk bonda?

Pagi raya menjelma. Kami ke kubur, menziarahi arwah ayah yang terlebih dulu dipanggil ke dunia sana. Bonda tidak menyertai. Ah, dia takkan mampu membendung empangan air mata saat suisnya ditekan tika kami membicarakan tentang arwah ayah. Dia tewas dengan kasih yang melimpah dalam waktu yang mengalir tanpa berlengah. Kami menghadiahkan doa saat kami mengerti doa anak soleh ialah antara 3 amalan yang tidak terputus saat roh sudah terpisah dari jasad. Kami mahu menjadi anak-anak yang mampu memberikan kesenangan untuk ibu bapa bukan hanya di dunia, bahkan jua di akhirat.

Pulang ke rumah, aku perasan mendung bergayut di papan wajah bonda. Matanya merah. Kami senyap saja. Dan cucu-cucu bonda galak berlari atas rumah papan. Bunyi berkeriut mengisi ruang dan anak-anak bonda sibuk menegah. Suasana jadi hidup kembali. Bonda senyum. Bonda kembali tersenyum lebar. Lebar hingga aku melihat mentari pun tewas dengan sinar kasih bonda yang menyapa.

Aku sibuk menjadi jurugambar tak rasmi, merakamkan segenap keindahan dalam kamera digital untuk tatapan saat waktu seakan berlari. Cuti takkan selamanya, bukan?

Oh, rutin pagi raya takkan kami lupakan. Bangun jam 4am berimamkan abang untuk solat sunat tasbih 4 rakaat 2 salam. Ini rutin yang dulunya sekan terpaksa kami lakukan semasa arwah ayah masih ada. Rutin berjemaah ialah suatu kewajipan, lidi sebatang mudah dipatahkan, tapi kalau seberkas takkan terjejas kan?
Abang pulang. Abang yang seorang ini memang tak pernah gagal pulang waktu raya. 

Walaupun hakikatnya dia baru menjadi bapa dan isterinya masih belum habis dalam pantang, dia enteng saja pulang ke rumah bonda. Tenang-tenang saja rehat dan menikmati air tangan bonda sebelum berangkat menemui anak dan isteri. Malam itu abang pulang lagi, katanya: “ elektrik di rumah mentuanya terputus”. Dipesan pula untuk memasak sup perut. “ Daun kesom ada?”

Semua anak bonda pulang. Memeriahkan sambutan raya dua kali setahun jua meriangkan hati bonda yang kesunyian. Arwah ayah takkan ada pengganti sedang anak berkelana mencari rezeki jua menuntut ilmu di rantau orang diiring doa bonda yang tak pernah putus.

Kami terpisah antara jarak dan tuntutan yang mendamba. Namun doa takkan pernah mampu menjarakkan kasih dan ahrapan antara mesra dan melimpah ruang sayang. Bonda tak pernah miskin dengan nasihat saat menghantar kepulangan kami ke muka pintu dalam waktu yang memisahkan.

Dan, waktu cuti pun berakhir. Satu persatu anak bonda harus kembali meneruskan kerja dan menyambung pengajian. Aku tahu hati bonda sunyi. Aku jua tahu bonda rela melepaskan kami meski rindu menggunungnya belum terlerai.

Meski aku melihat senyum di bibirnya sewaktu menghantar anak di muka pintu dan melihat kereta mekin menjauh, namun senyum itu seakan terpaksa. Hati bonda kembali sunyi. Derap langkah yang makin menjauh takkan kubiarkan menjauhkan antara hati bonda dan kami. Nantikan kepulangan kami untuk cuti yang mendatang.

PUISI UNTUK BONDA
Teratak bonda
Antara usang binaan dan desa yang permai
Kalau kutahu kepulangan ini membutirkan rindu
Takkan kujamah lembut bayumu
Takkan kuhirup segar udaramu

Aku pulang
Anakmu pulang duhai bonda
Lantaran kasih yang amat menggamit
Lantaran biasan rindu yang memanggil

Bonda
Antara kita tiada yang memisahkan
Antara jalinan doa dan harapan
Aku pulang membenihkan sayang

Dan
Aku pergi membuahkan rindu yang tak pernah
Berpenghujung

p/s: kadang2 aku baca tulisan aku dengan perasaan segan yang teramat, tapi entah mengapa jari ini ligat menari atas keyboard dan aku semacam tersihir dengan aksara yang terbina..lol

Saturday, November 13, 2010

SEBELUM GERHANA....SESUDAH KAKI LANGIT DIHIASI MENTARI

Macam biasa, aku akan menyediakan satu entri panjang sebelum pulang bercuti panjang (macam ambil leave pula kan..apapun cuti 1 minggu ialah cuti yang dialu-alukan) sempena Eid Adha. Mahu jumpa anak-anak saudara aku.. wah! Tak sabarnya.

Aksara jadi kalut saat emosi berantakan. Hujung block ini benar-benar memenggal kewarasan dan aku terperangkap dalam satu keputusan yang cukup drastik. Tekanan exam ternyata melibas sesiapa yang berani mendekat, mulut harus saja tak berhenti menguntum senyum, dalam hati siapa yang tau bukan?

Banyak yang aku ingin gubah dari kehidupan yang cukup warna-warni. Namun, banyak jua yang tersangkut di tengah halaman kekangan waktu. Aku akur, mengalah dengan aliran antara emosi dan rasional yang mendekat dan tega saja merebut perhatianku hingga kadang aku tergugah, pilihan apakah yang masih tersisa?

Andai punya waktu, kurakamkan segalanya dalam kebanjiran kata. Hidup jadi lebih kreatif saat tekanan ialah booster bukannya bebanan bukan?

Harusnya aku bersyukur saat doa terjawab-perfect & precise. Oh, Allah itu Maha Mendengar, hanya aku yang masih tergagau mencari makhluk bukannya Khalik!

Saat segalanya milik Dia, masihkah aku mengharap pada yang di bumi? Oh, khilaf diri harus segera diperbetulkan biarpun aku terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Exam 4 hari 8 subjecs & 1 practical ortho-mix alginate yang baunya sangat wangi namun aku tak tau apakah ia  mampu untuk tidak initiate gag reflex? 

Alginate dulu warna putih, bancuh warna ungu dan set warna putih balik. Yang baru ni sangat wangi warna kuning, bancuh warna merah dan set warna kuning balik,  (pembancuh alginate terhandal dalam dunia pasti suka aha). Dan exam tanpa revision days hari Rabu habis kelas jam 5pm dan esoknya 2 paper jam 9am dan 11am.

Mujahadah? I’m trying my best. Melawan kantuk dengan ke kutub khanah dan jua menonton cerita 1 cd untuk 1 subject. Fair & square..ha ha. Salt...Ironman 2...How To Train Your Dragon..Live Free or Die Hard..Eagle Eye..Prince Of Persia...endless list 2012..Ice Age...not to forget Buku us Hasrizal Murabbi cinta kutekuni saat tekanan exam amat menghentak warasku.

INI ENTRI MUHASABAH DIRI

Macam biasa, nak masuk bertanding baru dia berlatih main ping pong ni. Hari last sebelum pergi, mereka akan berlatih waktu malam untuk mengelakkan pertembungan perebutan meja dengan brothers, jarang benar sisters yang main. Kalau main petang, mereka akan bertanya, dah lama main? Dengan harapan lelaki akan berkata : kejap ye, satu game je lagi..aha

Kadang-kadang diorang ni tak gentleman langsung, lelaki kalau dah main bukan senang nak berhenti. Mereka pun tercongak macam apa ntah situ dan diorang buat tak tahu je teruskan main. Dah la dua court badminton penuh dengan lelaki. Agak malu 4 orang perempuan nak mencelah, tapi memikirkan pertandingan is just around the corner dan tujuan pergi bukannya untuk makan angin, terpaksa tebalkan muka berlatih di kalangan brothers.

Lagipun USM tu jahu, takkan pergi tanpa preparation and sekadar menjadi pelancong kan? Last minute changes,  Cik F tak dapat pergi, so kitorang tukar strategi. Dia partner dengan Cik R dan split dengan  Cik A (partner n sifu 2 tahun ). Cik A partner dengan Cik Am sebab diorang sama-sama pandai main chop. Dia hancus. Main kosong boleh.

Dan oh, dia memang agak kalut dan mudah tergugat. Nervous and anxiety pun memunculkan diri saat kehadirannya sangat tidak diundang.

Bertolak dari daerah K menuju KK. Perjalanan menempuh masa 6 jam. Sampai kira-kira jam 4am di bandar KK. Dan oh, masjid terkunci. Dia naik bas dengan lelaki sebab bas khas untuk perempuan dah penuh.

Seorang teman mengajak pergi ke rumahnya dan menyambung irisan  mimpi yang terbantut atas bas tadi. Jam 730 am, tegak di USM. Sarapan dengan nasi berlauk (dia rindu sarapan dengan nasi berlauk ini) dan jam 8++am pertempuran pun bermula.

Dia team B. Dan gugup membuka medan pertempuran dengan kekalahan yang cukup tipis. Dia boleh menang sebenarnya, namun kekalutan menyebabkan serve nya tak melepasi net dan dia gagal dengan lawan yang dia boleh menang.

Perlawanan secara liga. Permainan kedua dia menang, tiada masalah kerana lawan tidak bersungguh bermain. Perlawanan ketiga-tewas mudah dengan lawan yang boleh tahan jua hebatnya.

Perlawanan ke-empat. Teka? Dia dan partnernya berjaya mengatasi gugup, agak terlambat tapi masih berbaloi kerana kemenangan itu membantukan hasrat lawan untuk menghantar dua wakil ke semi final oh, mereka menang saat semua orang sudah tidak menaruh harapan untuk mereka menang. Dan oh, lawan itu Chinese. Dan tambah manis, dia menang mudah. Gembira. Hehe

Ok. Malam tu sebenarnya ada final Piala Malaysia Kelantan vs N9. Tapi, dia tak berkesempatan menonton, dengar keputusan saja la.

Alang, alang dan cerita, nak sambung je la. Nak cerita sikit pasal prejudis terhadap Kelantan.
Realitinya Kelantanis is everywhere and i’m proud to be born in Kelantan. Such a peaceful and insya Allah barakah place-Serambi Mekah. Pasal bola sepak secara khususnya. Apakah semasa Selangor tewas 0-3 dengan Kelantan perlawanan itu hari Jumaat sebab ada insan yang mungkin  satu wayar dah tercabut tak dapat terima realiti dan berkata : eleh, kalau lawan hari lain mesti kelantan kalah. So what? Fikir sendiri la

Lagi tidak bijak kata Kelantan menang sebab tonik budu? Owh! Such a statement from a person?

Teringat masa aku PKN kat Kulim dulu, ada dua orang jurulatih yang anti sangat dengan orang Kelantan sampaikan dia sanggup bergaduh dengan jurulatih Kelantan depan peserta. Aku mati-mati doakan dia kahwin dengan orang Kelantan dan jatuh cinta dengan budu. Entah apa cerita dia sekarang.

Prejudis terhadap orang Kelantan sebab keunikan Kelantan-dikatakan orang Kelantan ini fanatik. Owh..kembali kepada kes bola: kes tanduk orang ala-ala Zidane tanduk Materazi tak pula diambil kisah, tapi kes keluar kenyataan kena gantung 6 bukan, aku nak gelak untuk ketidakrasionalan boleh?

They said it’s easy to make Kelantan lose: make them angry by provoking, they’ll lost. Hah! Orang Kelantan memang panas baran. Tapi, tak semua. Jangan sebab tahi cicak seekor, rosak kuah kari sekawah!

Above all, whatever they said about Kelantan, just come to kelantan yourself and evaluate, dont believe blindly. U’ve got mind, so think!

SEPI..ALONE?

Sudah lama laman ini sepi dari cerita belajar. Nampak sangatlah empunya laman tak belajar hehe. Ok. Bicara tentang sepi, kerana kegilaan yang entah apa-apa aku membuat satu tindakan yang kurang berasas, menonton filem SEPI di malam final UNGS.

Cerita Kabir Bhatia ni dah lama, tapi aku baru dapat soft copy. Apa pun, aku nak ulas juga sebagai bukti aku pernah tonton filem ni.

SEPI dalam cerita ini diterjemahkan sebagai sepi dari cinta antara insan. Aku tak menjumpai sebarang bukti kuasa Tuhan yang mengatur, yang kutemui hanyalah cinta insan yang menguasai. Cinta insan yang membutakan dan cinta insan yang tiada batasan. Dangkal bukan, bicara kerohanian entah ke mana tercampak. Aku suka cerita ini kalau sekadar untuk menonton tanpa roh.

Namun, hakikatnya ketandusan kuasa Tuhan mengatur takdir sudah lama sepi daripada filem Melayu. Yang ada hanyalah adat yang tidak selari dengan agama. Filem jarang untuk mendidik, namun sekadar menjadi lubuk emas buat pelakon mempertaruh bakat dan rupa. Atau penerbit yang membuta tuli mengikut skrip seakan skrip ialah kuasa mutlak untuk menjadi timbang tara apakah filem itu bakal menjadi box office ataupun tidak.

Contohnya seorang pengarah muda yang dikutuk kerana memaparkan adegan yang tak perlu-mama Hot perempuan mulus yang mandi berkemban sambil diintai lelaki. Saat dikecam kerana menyelitkan unsur seks dia hanya menjawab mengikut skrip. Begitu jua pelakon yang sanggup melucutkan pakaina demi kehendak skrip tanpa sedar maruah yang dipermain. Alangkah jahilnya umat Islam hari ini.

 Dan oh, khabarnya niat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan ialah satu konspirasi (lihat perenggan seterusnya). Saat rakyat bangkit melawan, maka kerajaan akan berpura menarik balik kebenaran (seumpama meluluskan judi semasa Piala Dunia) demi kepentingan rakyat. Padahal dalam senyap projek itu giat dijalankan.

Pasal konspirasi, aku terbaca dalam satu blog yang memaparkan betapa manusia ditipu konspirasi. Antaranya pasal 51 episod The Arrival. Bagi pendapat aku yang tak banyak ilmu ni, mahu percaya atau tidak? Akhirnya seperti biasa rasional aku hadir bagai diundang. Ambil yang baik dan jadikan ia sebagai food for thought. Janganlah sesuka hati mengatakan mereka yang cuba membongkar kebenaran sebagai melakukan satu kebodohan. 

Setiap orang punya peranan. Hargailah usaha mereka.
Yang paling aku tak tahan, dikatakan peristiwa 9/11 sebagai korban Illuminati jua konspirasi? Hm..semua ada ‘akal. Look for truth..insya Allah akan berjumpa.

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AKU BUDAK MAHU BELAJAR

Ok. Cerita pasal study pula. Kepeningan antara klinik yang tak berpenghujung (sebenarnya aku yang cipta kepeningan itu..hehe) dan membuat  proposal research membuatkan aku mencipta sejarah sendiri dalam hidup aku iaitu mengurangkan jam tidur. Ingat senang aku nak melakukan itu? Malam exam pun aku boleh tidur melupakan nota, tapi demi research aku berjaya melakukannya. Tahniah untuk diri sendiri.

Pasal klinik. Pasal cavity class 2 composite. Kali pertama, disebabkan kegagalan memasukkan cellulose strip setelah berusaha dengan gigih (Alhamdulillah patient paed aku sangat co operative) maka aku menggunakan floss untuk mengelakkan composite melekatkan antara dua gigi setelah di cure.

 Tapi, floss lebih kurang 5mm je berbanding cellulose yang boleh menutup interproximal area, jadi terpaksa trim banyak untuk mengelakkan gigi kekal impacted (tak boleh keluar sebab gigi susu menghalang). Ni lah kalau buat composite, lepas filling, trim dan polish pula, cantik, tapi takes time.

Lepas tu aku redo class 1 untuk gigi kekal. Tengok kat bitewing, macam ada interproximal. Setelah aku buka cavity, memang dari occlucal jadi DO. Kalau tau, boleh simpan kes untk exam. Tapi, setelah aku buka (bagi ID block dulu sebab dah nak dekat dengan pulp), memang tak boleh guna amalgam sebab tooth portion yang tinggal sangat sikit. Amalgam perlukan good bulk, nanti pecah filling tu. Jadi letak dycal, GIC dan filling dengan composite.

Kali ni guna sequiveland wide matrix band. Mula-mula cure composite 0.5mm kat distal wall. Then, wat increment curing untuk bentuk distal part. Lepas tu remove matrix band dan cure mesial part pula. Lastly, cure bahagian mid. Compare to amalgame, composite perlukan better isolation, kalau tak restoration akan fail.
Lepas tu Dr ajar cara baru. 

Guna tofflemire matrix band dan letak cellulose strip instead of metal sebabnya kalau metal masa curing, light cure tak penetrate. Ok. Belajar ilmu baru hari ni. Lepas tu check bite (oh, patient kan kena anaesthesize, so, takkan rasa).

Ok, lepas habis klinik, berkejar pula berjumpa Dr untuk bincang pasal reserach. Balik ke bilik, usai saja solat maghrib aku terus rebah ke dalam dakapan malam. Oh, tubuhku terasa letih sekali. Dan appetite aku terganggu lagi. Makan berperingkat menjadi satu habit yang sukar ditinggalkan. Mampukah aku menghabiskannya?

Patient is gagging during impression taking

Dr: U know y?

Dr: This is because u’r taking esophagus impression

Both: Ha ha

She: I thought uvula is just enough, now i’m moving forward to take esophagus too

Haha

Dan..pembancuh alginate terhandal dalam dunia hanya sengih

Hehe

Apa bezanya untuk tidak kalah dengan untuk menang? Ini teori yang aku dapat di USM. Well accepted and well established. Teori yang berjaya dicipta dan terus berjaya diaplikasikan. 

Those who know will exactly understand.

Tidak menolak bukan bererti menerima bukan? Ini apa yang aku belajar setelah beberapa hari menekuni Biostat. Amat menekan nerve ku hinggakan ada seorang tu menjadi mangsa kepeningan aku memahami teori P value. Nanti la, kalau aku ada masa, lepas exam ni aku perbetulkan balik keadaan. U, kalau baca dan faham, contact la aku balik yea.

 Kalau tidak baca atau baca tak faham memang betullah kata seseorang ni: kita mempunyai destinasi yang sama namun, haluan kita berbeza. That’s it! Put an end to it and starting a new route..k.

Contohnya kalau P value > o.o5 aka 5%, Null Hypothesis will not be rejected (tak boleh cakap Null Hypothesis is accepted). Tapi kalau P value < 0.05, Alternative Hypothesis will be accepted and automatically Null Hypothesis will be rejected..u c how vulnerable Null Hypothesis is.

Aplikasi dalam hidup untuk 1 eksperimen. Null Hypothesis: level of my consciousness& creativity is directly proportional to the level of stress. Hope the P value will be greater than 5% coz this will help me develops my creativity. Collect data continuing i dont know until when.

Anda tidak suka coretan saya?

Tak suka tak mengapa, kerana kadang-kadang saya juga tidak menyukai apa yang saya tulis. Tapi, itulah hakikatnya yang terjadi. Jari ini entah mengapa ligat menari di keypad laptop. Jadi..zasss..layan saja.

LIFE IS AN OPEN SECRET-SIS ZABRINA..And Human Is A Walking Secret..So Keep Moving, If Not You’ll Be Hit Even Stand On The Right Path

END OF BLOCK 2, 2010/2011...start 3rd block 26 nov 2010 & i’m no longer asst class rep..enough for almost half year.. (siapa nak recommendation aku untuk jadi class rep sila tinggal mesej di bawah, aku akan sokong resume korang 150% hehe)

P/S: Aku balik rumah dengan dua kerja-buat slide untuk research proposal presentation dan jua journal presentation on 1st week of 3rd block. Oh, hidupku tak pernah SEPI  dari kerja. I love it!

Sunday, October 31, 2010

NATAL TEETH


p/s : khusus untuk my beloved friend-W A R

W, natal teeth tu gigi yang ada terus lepas lahir. Neonatal dia tumbuh kira-kira sebulan lepas lahir. Baca la kat bawah ni, tak faham nanti mesej ek..miss u dearie



Considerations

Natal teeth are relatively uncommon, appearing in about one in every 2,000 to 3,000 births.
Although most natal teeth are isolated incidents, their presence may be associated with
 certain medical syndromes.
Natal teeth generally develop on the lower gum, where the central incisor teeth
will appear. They have little root structure and are attached to the end of the gum by
soft tissue and are often wobbly.
Natal teeth are usually not well formed, but they are firm enough that, because of their
 placement, they may cause irritation and injury to the infant's tongue when nursing.
 Natal teeth may also be uncomfortable for a nursing mother.
Frequently, natal teeth are removed shortly after birth while the newborn infant is still in the hospital,
especially if the tooth is loose and the child runs a risk of aspiration, or "breathing in" the tooth.

Causes

Most of the time, natal teeth are not related to a medical condition. However, 
sometimes
 they may be associated with:

Home Care

If the teeth are not removed, keep them clean by gently wiping the gums and teeth with a
clean, damp cloth. Examine the infant's gums and tongue frequently to make sure the teeth
 are not causing injury.

When to Contact a Medical Professional

Call your doctor if an infant with natal teeth develops a sore tongue or mouth or
other symptoms.

What to Expect at Your Office Visit

This finding is usually discovered by the health care provider during the initial examination
of the infant, and often no further documentation is needed other than just to note that there
were teeth present at birth.
Dental x-rays may be considered. If there are signs of any condition that can be associated
with natal teeth, examination and testing for that condition will be performed.

Alternative Names

Fetal teeth

Management of natal teeth.
1. Obtain dental radiographs whenever possible before removing natal 
teeth in order to better advise the parents of complications. 
2. Leave natal teeth in the mouth as long as possible in order to decrease the 
likelihood of removing permanent tooth buds with the natal tooth. 
3. Obtain the parents' consent and rule out neonatal
 hypoprothrombinemia before removing natal teeth. 

4. Recommend postoperative evaluation by a pedodontist in order to 
obtain diagnostic radiographs and necessary treatment.
Natal teeth: a review.
The incidence of natal teeth is approximately 1:2,000 to 1:3,000 live 
births. The most commonly affected teeth are the lower primary central
 incisors. Natal teeth usually occur in pairs. The eruption of more than two 
natal teeth is rare.

 The majority of natal teeth represent the early eruption of normal 
primary deciduous dentition. Less than 10% of natal teeth are
 supernumerary. Natal teeth might resemble normal primary dentition in 
size and shape; however, the teeth are often smaller, conical and yellowish,
 and have hypoplastic enamel  and dentin with poor or absent root formation. 

Complications include discomfort during suckling, sublingual ulceration,
 laceration of the mother's breasts and aspiration of the teeth. A dental 
roentgenogram is indicated to differentiate the premature eruption of a 
primary tooth from a supernumerary tooth. 

Tooth extraction is indicated if the tooth is supernumerary or excessively 
mobile. If the tooth does not interfere with breastfeeding and is
otherwise asymptomatic, no treatment is necessary



Wednesday, October 27, 2010

INI BUKAN AKU~~~~SEKADAR MENEBAK RASA SEORANG DIA

Jadi semuanya mahu dibebankan kepadaku atas alasan awak sibuk. Bicaranya terdengar keras menampan deria dengar. Aku diam membisu seribu bahasa. Terbang seketika bebanan tugasan yang harus kusiapkan.

Kertas kerja projek dengan lembaran yang masih belum langsai memenuhi segenap kamar fikirku. Silapkah aku mengambil keputusan mengikat kasih yang terjalin dengan ikatan yang sah saat timbunan kerja sebagai pelajar amat menekan? Aku buntu.

Aku menerima lamarannya atas istikharah dan petunjuk yang meyakinkan. Aku mengambil tindakan drastik untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang sah demi mengelakkan fitnah hati dan rasa yang mendera emosi.

Kata seorang teman, saat datang seseorang yang kau yakini agama dan imannya, janganlah kau menolak kerana dia ialah permata antara butiran pasir yang menyilau rasa. Aku peruntukkan daya ku untuk membuat keputusan dengan harapan aku mampu menanganinya.

Namun, silapkah aku kerana terlalu terburu walau hakikatnya betapa lama masa yang peruntukkan untuk menimbang perkara ini sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang komplikasi di kemudian hari.

Punya cuti hujung minggu saat teman lain enak saja membilang cuti semester yang entah bila akan berakhir dan aku membilang dengan jari yang seringnya tidak pernah sampai dari ke kelingking cuti yang aku punya untuk mencuri luang melaksanakan majlis antara minggu-minggu yang kadang tak punya penghujung.

Dia, awalnya amat memahami. Berjanji memberikan sokongan atas apa saja keputusan berkaitan akademikku. Namun, saat sibuk mengetuk jendela waktu antara aku dan dia, terus dia dihambat resah. Andai ini waktu yang kau punya, begitu sedikit kau untukkan pada waktu kita, apakah mampu aku meladeni waktu yang tersisa saat semua kau habiskan untuk kerjayamu.

Tingkahnya berbaur skeptik. Ternyata antara kita masih punya ruang sangsi yang wujud. Dan kuputuskan sebuah hubungan demi dia yang tak mahu memahami. Jarimu pantas menekan keypad menjawab soalan teman-temanmu saat kita membincangkan majlis yang bakal berlangsung. 


Katamu, urgent, jadi urusan kita tidak urgent. Bicara lirihmu sinis menghantar ragu dan aku menerima dalam pasrah. Andai itu yang kau mahukan, tegakah aku mengatakan tidak?

Dan, hujung minggu antara waktu yang dirancangkan majlis bertukar menjadi aku yang absent-minded. Kusiapkan proposal bukan untuk melamar dia yang telah tak mampu kupujuk hatinya. Cintanya terlalu tinggi untuk rasa ini menggapai. Biarlah aku bertatih mencari pemilik yang sudi menyambut kasih yang aku hulurkan.

Aku berteleku menghadap kekasih yang teguh menyimpan rahsia. Mejaku dipenuhi buku yang terbuka. Ternyata aku lebih senang dengan lembaran yang mengisi benakku dan membawa aku mengembara ke suatu alam yang tak pernah aku bayangkan. Terima kasih kerana pernah singgah di hati ini. Terima kasih untuk luka yang kau beri.

Telah ku bebat luka itu dengan absorbable cat gut. Andai hatimu suatu hari dilukai, jemputlah ke teratak hamba ini, biar ku bebat ia dengan garam, agar tambah menikam. Moga kau mengerti, erti cinta itu bukan menguasai jua bukan memiliki, namun ialah melengkapi dan mendamaikan.

Silapkah aku atau antara kita memang ditemukan untuk aku mengerti kita terpisah untuk mengerti makna sebuah pertemuan?

Tuesday, October 26, 2010

SENI BERKATA

Seni berkata atau hikmah dalam menegur.

" Train hard. Triumph doesn't come easy."

Hakikatnya untuk merubah pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara umpamanya untuk mengatakan bahawa hukum hudud itu tidak zalim kerana ia adalah ARAHAN MUTLAK PENCIPTA ALAM dan seisinya tidak mudah. Mengubah kedudukan sebuah gunung lebih mudah daripada berusaha mengubah mind set seseorang terutama yang terkenal dengan kerasnya hati (mungkinkah hatinya dihijab daripada melihat kebenaran?)

Tidah mudah untuk mengubah hati seseorang,bayangkan Nabi Nuh a.s, setelah 950 tahun berusaha melakukan dakwah, hanya 50 orang menerima ajakannya. Hatta isteri dan anak sendiri enggan mengikuti seruan dakwahnya.

Lantas, andai mahu menegur kemungkaran, bencilah kemungkaran itu, bukan membenci pelakunya. Apa hak kita untuk membenci seseorang sedang dia dan kita ialah sama-sama makhluk yang dicipta daripada tanah yang hina?’

Ya, kita bertanggungjawab menegur kemungkaran yang berleluasa terutama dunia yang bercampur antara hak dan batil dan Islam makin terpencil di bumi fana. Kita bertanggungjawab kerana kita akan disoal apakah peranan kita di bumi. Apakah sekadar mengiakan skeptism malaikat yang manusia itu melakukan kerosakan di bumi atau memenuhi tugas khalifah memakmurkan bumi?

Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilah yang terususn-Ali r.a
Above all, bencilah kemungkaran, namun jangan benci pelakunya. Kasihanilah dia yang seakan terhijab daripada melihat Islam ialah cara hidup seluruhnya, bukan Islam hanya saat kematian atau di masjid sahaja. Kasihani dan kasihilah dia yang bakal terseksa di dunia kekal kelak andai terus aman atas kemungkaran yang dilakukannya, atas kemungkaran yang dinaunginya.

Ingatlah saat baginda Rasul saw saat malaikat menawarkan untuk mengangkat gunung dan mengehmpaskan atas penduduk Taif, baginda menolak tawaran itu dengan penuh rasa kasih mengharapkan andai bukan penduduk Taif yang beriman, mungkin generasi masa hadapan penduduk Taif akan menerima hidayah.

Yang benar tetap benar meski tak terucap dan yang salah tetap takkan mampu halal meski dibungkus dengan jenama antarabangsa dan diucapkan oleh yang ternama. 

Minyak takkan mampu bercampur dengan air. Usahlah dirosakkan susu sebelanga dengan hanya nila setitik!

BUATMU PENEMAN HIDUPKU

Memburu cita sambil diiring cinta
Kita sama-sama melakar impi
Memburu cita sambil diiring cinta
Pada debu fatamorgana yang cuba mengelirukan

Aku menulis warkah ini dari kaca mata seorang lelaki.
Kerana aku mengerti di saat aku mencari, pasti akan ku temui.

Aku mendambakan hanya seorang wanita biasa
Puteri, aku mencari bukan paras yang jelita
Aku mengimpikan bukan rupawan yang mengelabui warasku
Aku berhajat bukan pada glamor kerjayamu

Aku mendambakan hanya seorang wanita biasa
Yang punya kemampuan luar biasa
Merubah cara lihatnya pada setiap perkara

Dengan lembut sabarnya menutur kata
Menukar derita menjadi canda
Atau
Men’kuasa dua’ kan tika aku gembira

Aku hanya lelaki biasa
Puteri
Aku bukan putera kayangan
Aku bukan pemuda idaman
Yang mempunyai 1001 ciri yang kau impikan

Aku hanya lelaki biasa
Bertatih mewarisi sunnah
Dan cuba melaksanakannya dalam hidup

Biasan semangatku menghidupkan kembali
Aku tidak sempurna
Namun hadirmu menyempurnakan hidupku
Biasan semangatku menghidupkan kembali
Mimpiku yang pernah rebah dulu

Kerana aku tidak sempurna
Aku tidak pernah mengharapkan kesempurnaanku seorang
Kerana aku mengerti kau ialah
‘Key’ & aku ialah ‘lock’
Untuk kita menjadi kunci
Yang takkan terlerai

LAWAK OGHE KELATE

Sumber –

Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru 
dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"


 Kantoi 2

 Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…


 Kantoi 3 

Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..


dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..


"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..


 Kantoi 4 

kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang


 Kantoi 5

 cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING


(khutub @ kerutuk)


 Kantoi 6

 cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.


 Kantoi 7

 ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe


 Kantoi 8 

kwn aku citer cara2 masak kerutup..


”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”


 Kantoi 9

 “saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”


 Kantoi 10

 Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”


yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......


 Kantoi 11

 kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?


 Kantoi 12

peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh..

  

Kantoi 13

 masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...


dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha


 Kantoi 14

masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..


"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"


 Kantoi 15

 member citer takdih......


si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....


 Kantoi 16 

ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap


guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"


 Kantoi 17

Dalam sebuah komuter...


“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”


 Kantoi 18

 Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "


[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]


 Kantoi 19

haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,


"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".


 Kantoi 20

aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu



sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe gi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...


"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"


 Kantoi 21

 tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...


saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...


saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...


saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...


mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)..

saing : pade pong cino tu tok pehe...


 Kantoi 22

aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya


"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"


 Kantoi 23 

membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :


"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"


 Kantoi 24 

budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...


pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...


budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....


masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....


 Kantoi 25 

Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..


"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..


 Kantoi 26

 Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..


pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....


 Kantoi 27

Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...


“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”


 Kantoi 28 

dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....


 Kantoi 29 

ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..


"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."


 Kantoi 30

 didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...


"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...


 Kantoi 31

ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....


 Kantoi 32 

ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..


"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..


 Kantoi 33 

mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..


ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..


"Itik sedang menyudu air cha.. "


 Kantoi 34

Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..


dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"


Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...


 Kantoi 35

 pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:


" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....


terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.


 Kantoi 36

 aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"


dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?


lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....


bukan suis keta


 Kantoi 37

maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...


saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...


balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..


 Kantoi 38

teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"


 Kantoi 39

Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik


"weiii, diamla, BOSANLA

heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud


 Kantoi 40

 so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :


" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)


member aku terguling reboh suko

 Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…


 Kantoi 41

Kak, nasi lemak ada lagi tak?
BELANA lagi dalam periuk tu
Hah?


 Kantoi 42

Bang sayur TOKSE ye


 Kantoi 43

Di pasar malam : Kak, nak JABIR SE
Ternganga mulut kak penjual tu

 Kantoi 43
Weh, pinjam motor, aku nak COCOH duit kejap

 Kantoi 44
Ada satu pertandingan lumba lari. Pengadil : satu, dua..HUNGGA
Ada separuh jah hak lari, sah-sah oghe kelate jah haha