Saturday, November 13, 2010

SEBELUM GERHANA....SESUDAH KAKI LANGIT DIHIASI MENTARI

Macam biasa, aku akan menyediakan satu entri panjang sebelum pulang bercuti panjang (macam ambil leave pula kan..apapun cuti 1 minggu ialah cuti yang dialu-alukan) sempena Eid Adha. Mahu jumpa anak-anak saudara aku.. wah! Tak sabarnya.

Aksara jadi kalut saat emosi berantakan. Hujung block ini benar-benar memenggal kewarasan dan aku terperangkap dalam satu keputusan yang cukup drastik. Tekanan exam ternyata melibas sesiapa yang berani mendekat, mulut harus saja tak berhenti menguntum senyum, dalam hati siapa yang tau bukan?

Banyak yang aku ingin gubah dari kehidupan yang cukup warna-warni. Namun, banyak jua yang tersangkut di tengah halaman kekangan waktu. Aku akur, mengalah dengan aliran antara emosi dan rasional yang mendekat dan tega saja merebut perhatianku hingga kadang aku tergugah, pilihan apakah yang masih tersisa?

Andai punya waktu, kurakamkan segalanya dalam kebanjiran kata. Hidup jadi lebih kreatif saat tekanan ialah booster bukannya bebanan bukan?

Harusnya aku bersyukur saat doa terjawab-perfect & precise. Oh, Allah itu Maha Mendengar, hanya aku yang masih tergagau mencari makhluk bukannya Khalik!

Saat segalanya milik Dia, masihkah aku mengharap pada yang di bumi? Oh, khilaf diri harus segera diperbetulkan biarpun aku terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
Exam 4 hari 8 subjecs & 1 practical ortho-mix alginate yang baunya sangat wangi namun aku tak tau apakah ia  mampu untuk tidak initiate gag reflex? 

Alginate dulu warna putih, bancuh warna ungu dan set warna putih balik. Yang baru ni sangat wangi warna kuning, bancuh warna merah dan set warna kuning balik,  (pembancuh alginate terhandal dalam dunia pasti suka aha). Dan exam tanpa revision days hari Rabu habis kelas jam 5pm dan esoknya 2 paper jam 9am dan 11am.

Mujahadah? I’m trying my best. Melawan kantuk dengan ke kutub khanah dan jua menonton cerita 1 cd untuk 1 subject. Fair & square..ha ha. Salt...Ironman 2...How To Train Your Dragon..Live Free or Die Hard..Eagle Eye..Prince Of Persia...endless list 2012..Ice Age...not to forget Buku us Hasrizal Murabbi cinta kutekuni saat tekanan exam amat menghentak warasku.

INI ENTRI MUHASABAH DIRI

Macam biasa, nak masuk bertanding baru dia berlatih main ping pong ni. Hari last sebelum pergi, mereka akan berlatih waktu malam untuk mengelakkan pertembungan perebutan meja dengan brothers, jarang benar sisters yang main. Kalau main petang, mereka akan bertanya, dah lama main? Dengan harapan lelaki akan berkata : kejap ye, satu game je lagi..aha

Kadang-kadang diorang ni tak gentleman langsung, lelaki kalau dah main bukan senang nak berhenti. Mereka pun tercongak macam apa ntah situ dan diorang buat tak tahu je teruskan main. Dah la dua court badminton penuh dengan lelaki. Agak malu 4 orang perempuan nak mencelah, tapi memikirkan pertandingan is just around the corner dan tujuan pergi bukannya untuk makan angin, terpaksa tebalkan muka berlatih di kalangan brothers.

Lagipun USM tu jahu, takkan pergi tanpa preparation and sekadar menjadi pelancong kan? Last minute changes,  Cik F tak dapat pergi, so kitorang tukar strategi. Dia partner dengan Cik R dan split dengan  Cik A (partner n sifu 2 tahun ). Cik A partner dengan Cik Am sebab diorang sama-sama pandai main chop. Dia hancus. Main kosong boleh.

Dan oh, dia memang agak kalut dan mudah tergugat. Nervous and anxiety pun memunculkan diri saat kehadirannya sangat tidak diundang.

Bertolak dari daerah K menuju KK. Perjalanan menempuh masa 6 jam. Sampai kira-kira jam 4am di bandar KK. Dan oh, masjid terkunci. Dia naik bas dengan lelaki sebab bas khas untuk perempuan dah penuh.

Seorang teman mengajak pergi ke rumahnya dan menyambung irisan  mimpi yang terbantut atas bas tadi. Jam 730 am, tegak di USM. Sarapan dengan nasi berlauk (dia rindu sarapan dengan nasi berlauk ini) dan jam 8++am pertempuran pun bermula.

Dia team B. Dan gugup membuka medan pertempuran dengan kekalahan yang cukup tipis. Dia boleh menang sebenarnya, namun kekalutan menyebabkan serve nya tak melepasi net dan dia gagal dengan lawan yang dia boleh menang.

Perlawanan secara liga. Permainan kedua dia menang, tiada masalah kerana lawan tidak bersungguh bermain. Perlawanan ketiga-tewas mudah dengan lawan yang boleh tahan jua hebatnya.

Perlawanan ke-empat. Teka? Dia dan partnernya berjaya mengatasi gugup, agak terlambat tapi masih berbaloi kerana kemenangan itu membantukan hasrat lawan untuk menghantar dua wakil ke semi final oh, mereka menang saat semua orang sudah tidak menaruh harapan untuk mereka menang. Dan oh, lawan itu Chinese. Dan tambah manis, dia menang mudah. Gembira. Hehe

Ok. Malam tu sebenarnya ada final Piala Malaysia Kelantan vs N9. Tapi, dia tak berkesempatan menonton, dengar keputusan saja la.

Alang, alang dan cerita, nak sambung je la. Nak cerita sikit pasal prejudis terhadap Kelantan.
Realitinya Kelantanis is everywhere and i’m proud to be born in Kelantan. Such a peaceful and insya Allah barakah place-Serambi Mekah. Pasal bola sepak secara khususnya. Apakah semasa Selangor tewas 0-3 dengan Kelantan perlawanan itu hari Jumaat sebab ada insan yang mungkin  satu wayar dah tercabut tak dapat terima realiti dan berkata : eleh, kalau lawan hari lain mesti kelantan kalah. So what? Fikir sendiri la

Lagi tidak bijak kata Kelantan menang sebab tonik budu? Owh! Such a statement from a person?

Teringat masa aku PKN kat Kulim dulu, ada dua orang jurulatih yang anti sangat dengan orang Kelantan sampaikan dia sanggup bergaduh dengan jurulatih Kelantan depan peserta. Aku mati-mati doakan dia kahwin dengan orang Kelantan dan jatuh cinta dengan budu. Entah apa cerita dia sekarang.

Prejudis terhadap orang Kelantan sebab keunikan Kelantan-dikatakan orang Kelantan ini fanatik. Owh..kembali kepada kes bola: kes tanduk orang ala-ala Zidane tanduk Materazi tak pula diambil kisah, tapi kes keluar kenyataan kena gantung 6 bukan, aku nak gelak untuk ketidakrasionalan boleh?

They said it’s easy to make Kelantan lose: make them angry by provoking, they’ll lost. Hah! Orang Kelantan memang panas baran. Tapi, tak semua. Jangan sebab tahi cicak seekor, rosak kuah kari sekawah!

Above all, whatever they said about Kelantan, just come to kelantan yourself and evaluate, dont believe blindly. U’ve got mind, so think!

SEPI..ALONE?

Sudah lama laman ini sepi dari cerita belajar. Nampak sangatlah empunya laman tak belajar hehe. Ok. Bicara tentang sepi, kerana kegilaan yang entah apa-apa aku membuat satu tindakan yang kurang berasas, menonton filem SEPI di malam final UNGS.

Cerita Kabir Bhatia ni dah lama, tapi aku baru dapat soft copy. Apa pun, aku nak ulas juga sebagai bukti aku pernah tonton filem ni.

SEPI dalam cerita ini diterjemahkan sebagai sepi dari cinta antara insan. Aku tak menjumpai sebarang bukti kuasa Tuhan yang mengatur, yang kutemui hanyalah cinta insan yang menguasai. Cinta insan yang membutakan dan cinta insan yang tiada batasan. Dangkal bukan, bicara kerohanian entah ke mana tercampak. Aku suka cerita ini kalau sekadar untuk menonton tanpa roh.

Namun, hakikatnya ketandusan kuasa Tuhan mengatur takdir sudah lama sepi daripada filem Melayu. Yang ada hanyalah adat yang tidak selari dengan agama. Filem jarang untuk mendidik, namun sekadar menjadi lubuk emas buat pelakon mempertaruh bakat dan rupa. Atau penerbit yang membuta tuli mengikut skrip seakan skrip ialah kuasa mutlak untuk menjadi timbang tara apakah filem itu bakal menjadi box office ataupun tidak.

Contohnya seorang pengarah muda yang dikutuk kerana memaparkan adegan yang tak perlu-mama Hot perempuan mulus yang mandi berkemban sambil diintai lelaki. Saat dikecam kerana menyelitkan unsur seks dia hanya menjawab mengikut skrip. Begitu jua pelakon yang sanggup melucutkan pakaina demi kehendak skrip tanpa sedar maruah yang dipermain. Alangkah jahilnya umat Islam hari ini.

 Dan oh, khabarnya niat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan ialah satu konspirasi (lihat perenggan seterusnya). Saat rakyat bangkit melawan, maka kerajaan akan berpura menarik balik kebenaran (seumpama meluluskan judi semasa Piala Dunia) demi kepentingan rakyat. Padahal dalam senyap projek itu giat dijalankan.

Pasal konspirasi, aku terbaca dalam satu blog yang memaparkan betapa manusia ditipu konspirasi. Antaranya pasal 51 episod The Arrival. Bagi pendapat aku yang tak banyak ilmu ni, mahu percaya atau tidak? Akhirnya seperti biasa rasional aku hadir bagai diundang. Ambil yang baik dan jadikan ia sebagai food for thought. Janganlah sesuka hati mengatakan mereka yang cuba membongkar kebenaran sebagai melakukan satu kebodohan. 

Setiap orang punya peranan. Hargailah usaha mereka.
Yang paling aku tak tahan, dikatakan peristiwa 9/11 sebagai korban Illuminati jua konspirasi? Hm..semua ada ‘akal. Look for truth..insya Allah akan berjumpa.

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AKU BUDAK MAHU BELAJAR

Ok. Cerita pasal study pula. Kepeningan antara klinik yang tak berpenghujung (sebenarnya aku yang cipta kepeningan itu..hehe) dan membuat  proposal research membuatkan aku mencipta sejarah sendiri dalam hidup aku iaitu mengurangkan jam tidur. Ingat senang aku nak melakukan itu? Malam exam pun aku boleh tidur melupakan nota, tapi demi research aku berjaya melakukannya. Tahniah untuk diri sendiri.

Pasal klinik. Pasal cavity class 2 composite. Kali pertama, disebabkan kegagalan memasukkan cellulose strip setelah berusaha dengan gigih (Alhamdulillah patient paed aku sangat co operative) maka aku menggunakan floss untuk mengelakkan composite melekatkan antara dua gigi setelah di cure.

 Tapi, floss lebih kurang 5mm je berbanding cellulose yang boleh menutup interproximal area, jadi terpaksa trim banyak untuk mengelakkan gigi kekal impacted (tak boleh keluar sebab gigi susu menghalang). Ni lah kalau buat composite, lepas filling, trim dan polish pula, cantik, tapi takes time.

Lepas tu aku redo class 1 untuk gigi kekal. Tengok kat bitewing, macam ada interproximal. Setelah aku buka cavity, memang dari occlucal jadi DO. Kalau tau, boleh simpan kes untk exam. Tapi, setelah aku buka (bagi ID block dulu sebab dah nak dekat dengan pulp), memang tak boleh guna amalgam sebab tooth portion yang tinggal sangat sikit. Amalgam perlukan good bulk, nanti pecah filling tu. Jadi letak dycal, GIC dan filling dengan composite.

Kali ni guna sequiveland wide matrix band. Mula-mula cure composite 0.5mm kat distal wall. Then, wat increment curing untuk bentuk distal part. Lepas tu remove matrix band dan cure mesial part pula. Lastly, cure bahagian mid. Compare to amalgame, composite perlukan better isolation, kalau tak restoration akan fail.
Lepas tu Dr ajar cara baru. 

Guna tofflemire matrix band dan letak cellulose strip instead of metal sebabnya kalau metal masa curing, light cure tak penetrate. Ok. Belajar ilmu baru hari ni. Lepas tu check bite (oh, patient kan kena anaesthesize, so, takkan rasa).

Ok, lepas habis klinik, berkejar pula berjumpa Dr untuk bincang pasal reserach. Balik ke bilik, usai saja solat maghrib aku terus rebah ke dalam dakapan malam. Oh, tubuhku terasa letih sekali. Dan appetite aku terganggu lagi. Makan berperingkat menjadi satu habit yang sukar ditinggalkan. Mampukah aku menghabiskannya?

Patient is gagging during impression taking

Dr: U know y?

Dr: This is because u’r taking esophagus impression

Both: Ha ha

She: I thought uvula is just enough, now i’m moving forward to take esophagus too

Haha

Dan..pembancuh alginate terhandal dalam dunia hanya sengih

Hehe

Apa bezanya untuk tidak kalah dengan untuk menang? Ini teori yang aku dapat di USM. Well accepted and well established. Teori yang berjaya dicipta dan terus berjaya diaplikasikan. 

Those who know will exactly understand.

Tidak menolak bukan bererti menerima bukan? Ini apa yang aku belajar setelah beberapa hari menekuni Biostat. Amat menekan nerve ku hinggakan ada seorang tu menjadi mangsa kepeningan aku memahami teori P value. Nanti la, kalau aku ada masa, lepas exam ni aku perbetulkan balik keadaan. U, kalau baca dan faham, contact la aku balik yea.

 Kalau tidak baca atau baca tak faham memang betullah kata seseorang ni: kita mempunyai destinasi yang sama namun, haluan kita berbeza. That’s it! Put an end to it and starting a new route..k.

Contohnya kalau P value > o.o5 aka 5%, Null Hypothesis will not be rejected (tak boleh cakap Null Hypothesis is accepted). Tapi kalau P value < 0.05, Alternative Hypothesis will be accepted and automatically Null Hypothesis will be rejected..u c how vulnerable Null Hypothesis is.

Aplikasi dalam hidup untuk 1 eksperimen. Null Hypothesis: level of my consciousness& creativity is directly proportional to the level of stress. Hope the P value will be greater than 5% coz this will help me develops my creativity. Collect data continuing i dont know until when.

Anda tidak suka coretan saya?

Tak suka tak mengapa, kerana kadang-kadang saya juga tidak menyukai apa yang saya tulis. Tapi, itulah hakikatnya yang terjadi. Jari ini entah mengapa ligat menari di keypad laptop. Jadi..zasss..layan saja.

LIFE IS AN OPEN SECRET-SIS ZABRINA..And Human Is A Walking Secret..So Keep Moving, If Not You’ll Be Hit Even Stand On The Right Path

END OF BLOCK 2, 2010/2011...start 3rd block 26 nov 2010 & i’m no longer asst class rep..enough for almost half year.. (siapa nak recommendation aku untuk jadi class rep sila tinggal mesej di bawah, aku akan sokong resume korang 150% hehe)

P/S: Aku balik rumah dengan dua kerja-buat slide untuk research proposal presentation dan jua journal presentation on 1st week of 3rd block. Oh, hidupku tak pernah SEPI  dari kerja. I love it!

No comments: