Present Tracing Kat Dr Bo-Dekan Merangkap Satu2nya Orthodontist Kat Kod~~Sydney setia menemani
Lat Ceph Radiograph
Khusyuk Membuat Tracing
Dentistry-Head & Neck Speciality
Dah On-Start buat Tracing K..
Boy over flowers-Kumbang G4 semacam t'key..hehe
Dan Semua Keberuntungan Akan Menjadi Milik Anda.
Salam
Sudah lama tidak bercerita tentang dentistry sampaikan terlupa aku ni dental student.
Maafkan bahasa aku yang semacam rojak.
KISAH 1
Kursus ni 5 tahun. Ditambah dengan CENFOS (zaman aku dipanggil matrix UIA PJ) 2 tahun, maka jadilah aku tua dalam bidang ni.
Tidak mengapa, pemburuan ilmu tidak pernah berhenti bermula dari buaian hingga ke liang lahad.
Kisah ni penuh ceria. Tiada air mata duka ok. Yang ada hanya air mata kesyukuran.
Sekarang aku di tahun 4. Maknanya tahun ke-2 klinikal. Klinikal tu maksudnya kena jumpa dan treat patient. Start jumpa patient tahun 3. Sekarang dah ada pengalaman tampal, cuci, cabut dan membuat gigi palsu. Patient aku dari semua peringkat umur-kanak-kanak hingga ke veteran.
Kalau tahun 2 buat kat phantom head je la.
Tahun 1 baru kenal apa itu dentistry. Kejutan budaya juga la. Kali pertama dalam hidup aku fail exam. Tragik kan? Sampai aku tak percaya SEORANG AKU boleh tidak lulus. Tapi, inilah kehidupan, seringkali skrip hidup kita tercalar dengan peristiwa yang tak diingini. Namun, hidup tak selalunya berliku.
Tapi, aku suka jadi dental student sebab aku tau apa yang medical buat, tapi medical jarang nak tau apa yang budak dental buat. Realiti kan? Tapi semua ada tanggungjawab masing-masing, jangan ego hanya kerana di pangkal nama anda ada DR.
Teringat masa aku jumpa seorang DR di klinik. Aku ada sakit kepala yang agak kronik. Rilex je dia presribe kat aku PCM. Time tu manalah aku tau Ponstan atau Voltaren. Sekarang aku dah toleran PCM, so Ponstan je lah jadi painkiller aku. Voltaren sekali je aku ambil. Seringnya Ponstan la.
Memang banyak kali aku jumpa DR sebab sakit kepala. Last sekali DR cadangkan aku buat scan. Tapi aku tak buat sebab sakit tu relieve sendir dan Alhamdulillah dah beberapa purnama dia menyepikan diri. Kalau dia datang lagi, aku nak buat-buat tak nampak. Malas nak layan. Dan oh mak aku selalu paksa aku jumpa DR dengan cerita yang cukup menakutkan:
Ada seorang tu selalu je sakit kepala. Penemuan ialah sakit yang tak boleh diubati. Cukup ngeri. Dan terpaksalah aku ke klinik. Mak aku siap tawar diri nak teman lagi, tapi aku memang jenis tak nak menyusahkan dia (anak yang baik kan..haha masuk lif tekan sendiri). Dan aku pulang dengan PCM. Tu je. Oh, lupa , receptionist kat klinik tu anak murid mengaji arwah abah, jadi cepat la sikit masa aku kat klinik tu.
Sakit kepala aku kalau datang memang tak pernah ada salam. Main terjah je. Masa kat matrix aku kena paksa dengan rumate pergi PPUM. DR tu tanya, ada pakwe ke? Aku gelak sakan. Haha..dia cakap manalah tau puncanya stress. Lambat lagi la Doc aku nak stress sebab boyfriend, buang karan je.
Ada masa raya aku sakit perut yang agak kuat. Aku rasa sebab aku makan macam-macam. Dah la perut aku manja giler, salah makan terus meragam. Mak aku semacam paksa abang aku hantar aku ke klinik. Serius dia bimbang (mak aku sebenarnya amat jarang dia nak bimbang hal aku kecuali kesihatan je).
Aku rasa lah kan mak aku memang tak ada perasaan bimbang kan aku semacam dia bimbangkan abang aku yang nak balik KL melalui jalan Gua Musang selepas Asar. Satu je aku tengok dia pernah bimbang aku –masa aku balik dari Penang turun bas kat stesen minyak jam 3am dan abang aku seronok je mimpi kat rumah. Aku dah seram semacam. Dah la perempuan, malam-malam kat stesen minyak yang 1km dari rumah. Ingat nak jalan kaki je balik time tu. (bukan tak biasa..haha)
Aku saja gurau dengan adik: nanti dah ada anak tau la macam mana perasaan (walaupun abang aku dah besar panjang).
Eh, cukup2 la cerita rumah. Aku nak cerita life dental student ni.
KISAH 2
Bermula dengan cuti. Soalah wajib setiap yang bernama pelajar. Realitinya bidang ini mendambakan pengorbanan yang bukan sedikit. Cuti antara blok (antara semester bahasa mudahnya) jarang-jarang ada. Cuti raya? Wajib tapi..jumlahnya minimum mencecah istilah tiada cuti.
Cuti hujung minggu? Sebab aku tukar course, maka aku ada kelas UNGS di hujung minggu. Sem ni ok sikit sebab aku ambil UNGS 2050 je. Sem lepas aku ambil Tilawah2, UNGS 2040 dan EAP. Agak memenatkan, tapi Allah mudahkan aku melepasi segalanya.
Hari ini ada interbatch match. Yang penting aku menang double table tennis partner dengan Assha. Partner tetap aku. Tahun lepas dapat tempat ke3 inter u dentistry (main kalah mati-sistem kiraan 21 mata) . Tahun2 lepas dapat juara (main liga-sistem kiraan 11 mata).
Interbatch ni kira preliminary nak pilih wakil g inter u dental la. Tahun ni buat kat USM. Sebelum ni kat UiTM dan USIM. Bila ye nak buat kat UIA Kuantan?
Cerita sikit minggu lepas. Ada traditional festival-betul k? Aku kebetulan lalu depan CF dan seorang yang aku kenal ajak main congkak. Aku pun sapu je la, dah lama tak main, tapi aku ingat lagi teknik dia.
Dua PRINSIP yang paling penting dalam melakukan apa-apa pun ialah:
1.Know the right technique
2.Do it right
Hasilnya, aku dapat hamper. Main tak sampai pun 10 minit, tapi hadiah yang diberikan agak lumayan. Dan oh..heaven bukan? Malam tu masa naik stage, rasa bangga giler haha..
Melencong lagi. Ok2. Balik kepada topik asal. Kata seorang technician, masa belajar ni masa yang paling indah. Tanggungjawab hanya satu-belajar. Betul tu. Aku sokong 500%. Lagipun aku ni solo lagi. Tak payah fikir pasal benda lain kan. Jangan TAMAK dan jangan PENTINGKAN DIRI sendiri-ini prinsip aku dalam membina hubungan.
Kalau dah kerja, banyak hati kena jaga-tapi ini bukan bermaksud anda terpaksa menyenangkan semua pihak kerana anda takkan mampu mampu melakukannya. Kena deal dengan technician, nurse dan kena juga buat bahagian admin. What a load of work huh..
Kalau tempat anda tiada medical DR, maka andalah medical Dr. Takkan lah seorang Dentist tengok orang pengsan depan dia, just berpeluh tubuh dan dengan bangganya bersuara: I’m not a medical Dr???
Kalau tempat anda tiada technician atau technician tu baru je tamat belajar, maka tugas andalah menunjuk ajar cara membuat Adam clasp, labial bow, canine retractor etc
KISAH 3
As clinical students, you have bunch of requirement to fininsh. For example to complete 5 cases of paed patient or 9 patients of prostho. And 60% requirement need to be finished before entering year 5. Oh yeah, there is no more professional exam during end of year 4, but as substitute, there is promotional exam for cons –class 2 cavity prep with adjacent and opposing tooth.
As clinical students, you have to do everything: students know SOMETHING of everything, but specialist know EVERYTHING of something.
Speciality in dentistry:
1.Orthodontics (braces tu antara kerja dia la)
2.restorative (filling )
3.Oral Surgery (surgery of cleft lip & palate)
4.Prosthodontics (buat gigi palsu)
5.Paedodontics (deal dengan budak umur <16 y.o)
6.Periodontics (scaling)
7.Forensics (aku rasa nak ambil yang ni, tapi kena jadi oral pathologist dulu...jauh jugak jalan dia)
8.Endodontics (rawatan akar untuk gigi yang dah mati)
9.Aesthetics (bagi mereka yang mementingkan kecantikan..well ORAL CAVITY IS WINDOW TO UR BODY)
10.Etc
p/s:Gambar-gambar di atas ialah semaca buat tracing guna lateral cephalometrics radiograph. Ni untuk menilai sejauh mana rawatan ortho eg braces etc berkesan.
KISAH 3-WHAT PATIENTS TEACH ME
PERCA 1
Kisah prostho. Oh, sebaik saja sesi try in (ada 6 visits untuk buat gigi palsu dan ini visit ke-4), Mrs H membelek gigi yang gusinya ialah lilin itu dengan membilang jumlah gigi dan membandingkannya dengan gigi palsu sebelumnya. Kenapa kurang?
Mrs H, rahang anda kecil dan gigi yang disusun juga tidak cukup untuk memuatkan semuanya.
Kenapa yang lama boleh?
Takkan aku nak jawab macam aku jawab dengan Prof-bahawasanya occlusion anda Class3 (rahang bawah ke depan berbanding rahang atas) dan saya cuba membuatkan relation gigi anda edge to edge?
PERCA 2
Visit ke-2 untuk patient paed (umur 7 tahun). Visit pertama kelihatan ok, jadi aku bercadang nak buat 2 tampalan pada giginya dan mencabut tunggul. Namun, perancangan Allah mengatasi rancangan aku. Dia bermula dengan Frankel 4 (co operative) but ended up with Frankel 1 (no cooperation). Sabar je la Safiy. Dan requirement untuk cabut gigi kanak-kanak ialah 10 sedangkan aku belum mencabut 1 pun lagi.
Dah la nak polish gigi ambil masa setengah jam, padahal 4 batang je pun. Mula-mula Dr suruh dismiss, tapi penjaga dia berkeras at least nak buat 1 rawatan sebab dia datang jauh, kira-kira sejam dari Kuantan.
Dan..drama sebabak tanpa skrip pun bermula.
Aku buat caries free kat lubang yang menjadi rumah jagung yang tidak hancur tu (boleh agak kan lubang besar mana) guna excavator. Tak guna handpiece langsung (maknanya no drilling, no sound yang ngilu tu). Sebab patient nampak gelisah je atas dental chair tu, aku dah mula bimbang.
Dan Dr ambil alih untuk letak GIC (filling sementara sebelum dia boleh cooperate). Dia mula meronta sambil menjerit perkataan sakit seolah-olah aku sedang menginject dia. Aku tolong retract lidah untuk memudahkan tugas Dr. Dan penjaga dia pun tolong restrain dia.
Semua orang tengok ; Safiy buat apa kat budak tu heh?
Safiy tak buat apa-apa pun lagi, aku menjerit dalam hati..huhu.
Dan kesannya seorang budak yang sebelum ni cooperate di kerusi selang sebelah mula melungsur turun dan mula memakai wajah gelisah dan bimbang. Ayo..
Lagi satu tau, aku pura-pura sapu something kat gusi dia sebagai placebo. Ya, medication. Dan serta merta tangisan dia terhenti padahal aku hanya sapu gusi dengan kapas je pun. Fuh..mencabar naluri betul
Pengajaran:
1.Let her cry when we’r doing our job
2.Jangan layan sangat perangai kanak-kanak
3.Reward kalau dia co operate je
4.Aku kena delay tx sampai behaviour dia aku boleh manage. Kena cari patient lain lagi k? Patient ni ok, datang on time, tapi masalahnya aku tak bolah nak buat apa pun...huhu
PERCA 3
Setiap orang mempunyai treatment modofication yang berdasarkan justifikasi yang berlainan.
Patient came for extraction. On dialysis 2 hari lepas dan next dialysis esok. Boleh cabut atau tidak?
Tidak! Sebabnya hari sebelum dialysis kalau cabut juga gigi, anda membekalkan overload untuk proses mencuci keesokan hari. Boleh cabut next day after dialysis sebab kidney baru je lepas dicuci dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.
PERCA 4
Patient with uncontrol HPT-darah tinggi dia tinggi sangat. Sistolic >160 dan diastolic >100 dan ada history of swelling dekat gigi yang nak cabut tu. Ambil x ray, ada PA lesion (chronic). Tapi ada sinus, maknanya dah ada drainage.
Boleh cabut sebab? Huhu..kena study ni..nanti aku bagitau balik.
Boleh guna LA with adrenaline walaupun patient tu ambil vasodilator (ubat darah tinggi) dan adrenaline ialah vasoconstrictor (antagonistic effect). Yang tak boleh guna with adrenaline patient with severe heart problem such as arrhythmia
The 1st step in the acquisition of WISDOM is sILENCE, the 2nd LISTENING, the 3rd mEMORY, the 4th pRACTICE, the 5th tEACHING others
fAILURES do what is tENSION rELIEVING, while wINNERS do what is gOAL aCHIEVING
The drops of sWEAt, on the forehead of the pRESENt, are the pEARLs of tOMORROw
Aku jadi semakin aneh saat perjalanan sudah di pertengahan, seakan terasa mahu kembali memulakannya semula dengan langkah yang pasti
Semakin aneh, saat kecintaan diketepikan demi mengejar ruang menyepi
Tuhanku
Kumencari diri-Mu pada tempat yang salah
Pada keadaan yang sedikit tersasar
Dan pada rasa yang sedikit tidak menyebelahi
Tuhanku
Kadang aku terlalu tamak untuk mengejar semua benda
Namun, pada saat yang terbuka
Aku ingin memenuhi segala ruang
Mengisi dadaku dengan segala ilmu terbentang
Menguras kudratku pada saat yang tersaji
Agar saat kau bertanya
Aku akan menjawab dengan yakin
Telah kuusaha semampu mungkin
Menerobos sempadan diri
Mencuba sebaik yang mungkin
KULIAH CINTA
Memenuhi permintaan seorang teman untuk membuka kuliah cinta
Tidak salah berkongsi rasa bukan?
Aku bukan Dr Cinta, tapi aku ingin berkongsi apa yang aku tahu tentang cinta
Menurut buku yang pernah kubaca : Sedikitnya rumah tangga yang dibina ATAS NAMA CINTA
Ya, andai cinta dijadikan prinsip, apakah mampu ia bertahan?
Sedikitnya rumah tangga yang bertahan
Lantas atas nama apa tiang itu kekal teguh?
Atas nama AGAMA teman-teman
Atas nama kecintaan terhadap Pencipta Alam
Saat agama kau jadikan asas, segala masalah ialah remeh
Oh, aku ingin menjadi seorang pelajar solehah
Seorang anak solehah
Seorang adik solehah
Seorang adik ipar solehah
Seorang kakak solehah
Seorang ibu saudara yang bertanggungjawab
Dan
Seorang teman yang solehah
Sebelum aku menyandang jawatan
sEORANG iSTERI sOLEHAH
p/s: walaupun aku letak ros merah, tapi hakikatnya aku suka ros kuning melebihi ros merah...tapi ros putih tetap no 1..erk..ros biru ada? aku nak hadiahkan buat bonda
Kata atheist, sebenarnya lebih mudah menjadi orang beragama berbanding orang tanpa agama.
Alasan?
Untuk menjadi orang beragama hanya perlu percaya. Jangan persoalkan sesuatu.
Tapi untuk menjadi orang tidak bertuhan, anda perlu mempunya alasan kepada Tuhan itu tiada.
Maka, jadilah orang beragama yang tidak berfikir dan orang tidak beragama yang mencuba mencari bukti apakah Tuhan itu wujud. Mereka mencari, menyelidik dan mencuba mencabar akal hingga ke hujung langit atau ke kerak bumi dan sanggup pula menjejak planet-planet lain.
Orang beragama?
Hanya tau berserah. Tawakal-kata diksi agama.
Usaha? Sikit hingga kadang mencecah minimum.
Kata komunis, agama itu candu. Kemabukan terhadap agama menyebabkan manusia melakukan apa saja tanpa berfikir. Itu alasan untuk membunuh agama.
Yahudi Zionist, pemilik segala macam media massa memanipulasi media untuk propaganda memancing simpati dunia. Peristiwa Holocaust diulang tayang dalam bahasa yang menyedihkan.
Kekejaman Nazi Jerman ditekankan untuk melupakan kekejaman Pol Pot atau Bush Jr mementaskan sandiwara pembunuhan 11 September. Dan hanya Hitler cukup untuk membuatkan orang tahu betapa Yahudi ditindas tanpa belas, dibunuh tanpa sebab dan dilayan cukup kejam.
Hitler-mempunyai tentera Islam sebagaimana Bush Jr mempunyainya. Membenarkan tentera Islam solat sebagaimana Bush juga membenarkannya. Atas alasan apakah untuk mengatakan Hitler itu dekat dengan Islam? Apatah lagi dengan matinya membunuh diri.
Bush Jr diperalatkan Zionist merancang keruntuhan WTC untuk menjadikannya lesen menuduh setiap yang beragama Islam atau bangsa Arab dengan label pengganas.
Bukan mudah untuk menilai siapa salah siapa betul dalam keadaan sumber internet yang diragukan kesahihannya. Bahkan buku pun masih belum terbukti kebenarannya. Pendapat saya bersikaplah neutral dalam hal ini.
Membunuh Yahudi bukan bererti dia seorang yang baik kerana bukan semua Yahudi yang dibunuh itu jahat. Ya, masih ada Yahudi membantah kepulangan mereka ke Palestin, bahkan diharamkan pulang ke al-Quds. Namun, tak ramai yang tahu kerana saban waktu kita dipaparkan seoalah-olah semua Yahudi itu Zionis.
Sejarah tidak membuktikan Hitler membenci Islam, namun tidak membenci bukannya bererti dia menyayangi, bukan?
Sepertimana anda tidak menerima bulat-bulat betapa ramai Yahudi yang dibunuh Hitler kerana propaganda media yang dikuasai kaum Yahudi, begitu jualah jangan menerima bulat-bulat sebarang sumber yang mengaitkan Hitler dan Islam. Mungkinkah apa propaganda baru yang muncul di sini?
Bukan jumlah ynag dipersoal kerana pembunuhan tanpa sebab tetap haram walau hanya satu nyawa. Membunuh satu seolah membunuh seluruh keturunan-terjemahan kalam Allah.
This is too good to be true, right?
Hitler menggunakan ayat dari al-Quran sebagai hujah?
Owh..umat Islam sendiri ramai yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri. Contohnya kewajipan puasa dan qisas. Semuanya menggunakan ‘kutiba=difardhukan’, namun mengapa hanya puasa saja diwajibkan di negara yang kononnya mengaku Islam sedang hukum Islam diharamkan??
Baca buku sejarah pun faktanya banyak yang diputar belit dan tidak boleh dipercayai. Contoh : baca buku teks sejarah sekolah menengah. Pejuang kemerdekaan dilabelkan dengan gelaran penderhaka oleh penjajah dan nama mereka perlahan-lahan terhapus daripada sejarah perjuangan memerdekakan Tanah Melayu.
Cuba buka minda anda dengan bertemu Nyemah Mulya dalam karya Faisal Tehrani. Jungkir balik sejarah yang cukup untuk membuat minda berfikir.
Kata mereka antara alasan kenapa Yahudi membunuh Yahudi (hakikatnya bukan hanya Yahudi dibunuh, tapi untuk memancing simpati dunia terhadap Israel menjajah tanpa Palestin, maka Yahudi dijadikan topik utama cerita, Ya, media kan milik mereka) kerana dengki terhadap dominasi ekonomi yahudi.
Namun, ada pendapat lain yang mengatakan sebenarnya Yahudi dan Hitler membuat konspirasi membunuh Yahudi untuk menubuhkan Yahudi baru. Mereka membunuh dengan niat mengurangkan jumlah penghuni bumi. Pernah belajar Natural Selection dalam teori Evolusi? Hanya yang kuat akan kekal. Jadi, yang lumpuh, sakit, buta dan tidak berkemampuan akan dibunuh berdasarkan prinsip itu.
Sesiapa yang membenci Yahudi, anda adalah anti-Semitik. Enteng bukan?
Muslim bererti Islam. Namun, tidak semua Muslim bersikap seperti selayaknya. Contoh terdekat: saya Muslim, tapi saya tidak memakai tudung. Atau saya Muslim tapi saya menentang pelaksanaan hudud. Atau saya Muslim, saya tidak solat tapi saya mengharapkan pahala kerana saya membina Masjid yang indah untuk orang bersolat.
Michael Hart meletakkan Nabi Muhammad di takhta pertama orang paling berpengaruh di dunia. Dan semua orang berbangga kerana barat mengiktiraf Baginda. Namun, jangan kita mudah ditipu dengan kedudukan itu. Bukankah itu melambangkan bahawa dia melatakkan Nabi saw kedudukan yang sama dengan orang no2 dan seterusnya, Cuma mungkin lebih sedikit sahaja. Bukankah itu namanya menyama tarafkan kedudukan Baginda yang maksum.
Apa kata suatu hari kedudukan itu diubah? Apakah kita terlalu lemah hingga terpaksa bergantung kepada barat untuk menilai? Ingatlah baginda saw tidak ditinggikan dengan pengiktirafan itu dan tidak pernah jatuh dengan hinaan manusia. Ini adalah kerana Islam itu tinggi dan pembawanya mestilah tinggi kedudukannya. Terlalu rendahkah kita hingga terpaksa bergantung kepada penilaian barat. Ingat, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.
TWO BEGGARS
Two beggars are sitting on the pavement in Ireland.
One is holding a large Cross and the other a large Star of David.
Both are holding hats to collect contributions.
As people walk by, they lift their noses at the guy holding the Star of David but drop money in the other guy’s hat.
Soon one hat is nearly full whilst the other hat is empty.
A priest watches and then approaches the men.
He turns to the guy with the Star of David and says, "Don't you realize that this is a Christian country? You'll never get any contributions in this country holding a Star of David."
The guy holding the Star of David then turns to the guy holding the Cross and says,
"Hymie (Jews's name) , look who's trying to teach us Marketing."
"Hymie (Nama Yahudi), Lihat Siapa Yang Mengajar Kita Marketing!"
Pengajaran:
Humor ini diambil dari kumpulan humor Yahudi.
Kedua pengemis itu sebenarnya Yahudi.
Humor ini sebenarnya ingin mengangkat stereotype Yahudi yang licik.
Akan tetapi kita juga mampu belajar pemasaran di sini.
Dengan strategi satu memegang bintang Daud (lambang Yahudi) dan satu memegang salib mereka menggunakan kaedah pemasaran dengan pendekatan kontras yang menimbulkan simpati dan emosi.
Orang tua kadang juga menggunakan teknik ini.. Kadang kepada anak, satu pakai pendekatan keras satu pakai yang lembut, kerana kalau cara kasar tidak menghasilkan yang baik, mungkin cara lembut mampu membuahkan hasil.
Dalam pemasaran juga. Kadang ada orang menjual dua produk sejenis, satu dijual mahal sekali sehingga yang lain kelihatan jadi murah.
Jadi sebenarnya cara ini mampu digunakan untuk berbagai bidang secara halal.
Asal hati-hati jangan sampai menipu.
Cabaran kadang menjadi takdir yang amat melelahkan jiwa. Tapi, aku suka . Suka sangat di Taman Ilmu dan Budi ni.
Maaf, bahasa di bawah ialah bahasa percakapan. Campur BI BM.
Sketsa 1
Aku naik ke musolla untuk solat Isya’ berjemaah. Jemaah yang aku cuba ialah Maghrib dan Isya’. Aku tidak mahu jadi insan yang tak pandai menghitung antara 27 dan 1, yang manakah lebih banyak.
Adik-adik nursing sedang berbincang sesuatu. Ha, tanya akak.
Kak, macam mana makan ubat yang menyebabkan kidney fail?
Bukan ubat yang menyebabkan kidney fail, tapi ubat yang akan merosakkan badan saat fungsi kidneyterjejas. Contohnya nephrotoxic drug. Kidney tu kan fungsi dia untuk metabolize/excrete drug. Kalau fungsi dia terjejas, ia kekal dalam badan dan menyebabkan toxicity. So, kalau orang ada renal problem macam on dialysis, kena berhati-hati la prescribe ubat.
Herba macam Tongkat Ali atau Kacip Fatimah apa kesan dia kat buah pinggang kak?
The problem with traditional medicine is we dont know the exact content unlike chemical drug. So, tak boleh nak cerita panjang la. Sebab tu berhati-hati sikit kalau combine traditional dan clinic punya ubat. Takut kesan dia antagonize each other.
Caffeine?
Akak tak tau sangat sebab baca artikel setengah kata ok, setengah kata tak ok. Depend la. Yang akak tau memang mata akan berjaga kalau ambil caffein unless dan tolerance. Tak leh nak buat apa la. Lagi satu, micturition dia kerap sikit..hehe.
Nicotine?
Akak tak tau kesan dia dekat kidney. Lupa..hehe. Yang akak tau nicotine ni tak bahaya tapi kesan addicted dia yang bahaya dan dia memang register kuat dalam hard disk kepala kita. Rokok tu bahaya bukan sebab nicotine tapi beribu bahan kimia yang ada dalam tu. Rokok tanpa nicotine memang tak laku. Pernah dengar Nicotine Replacement Therapy-NRT. .
Tak. Apa tu?
Rawatan untuk orang yang nak berhenti merokok. Ada dalam bentuk patch atau chewing gum. Ada jual kat pharmacy, harga dia sama mahal dengan rokok. So, untuk siapa-siapa yang nak mencuba rokok tapi ada niat nak berhenti, baik lupakan. Tak mudah nak lepas dari addiction nicotine. Dia akan menghantui hidup anda dan mengikat anda dengan ikatan ionic yang sangat kuat. Ok?
Owh.
Akak, jom solat. Silakan imam.
Senyum sejuring. Mengabadikan ketaatan kepada Pencipta ialah tanda kesyukuran dan rendah diri seorang hamba yang ditaklifkan khalifah.
Qamat. Aku berbisik kepada adik di sebelah kanan.
Sketsa 2.
Aku nak g cuci gigi pasni, nak ikut?
Aku terdengar perbualan adik-adik usai solat maghrib di musolla.
Sakit la. Hari tu akak tu panggil review aku tak pergi. Takut.
Aku ada pengalaman beberapa kali menjadi patient kepada teman. Memang helpless atas dental chair tu. Dengar bunyi drilling semacam tinnitus. Pegang saliva ejector semacam takut air terus ke kerongkong dan melemaskan diri. Termengah menghirup oksigen saat bernafas melalui hidung. Usai saja buat rawatan melepaskan nafas lega yang teramat. Headache memang perkara wajib bagi aku.
Sumpah! Aku akan gtau sesiapa yang aku kenal untuk buat prevention sebab rawatan akan menyebabkan diri lagi terseksa atas dental chair tu. Sebab tu aku hargai sangat sesiapa yang sudi jadi patient kepada dental student.
Scaling, aku mencelah.
Ya, kak. Sakit.
Sakit tu kalau nak buang subgingival calculus. Plaque yang dah mengeras dalm gusi. Terpaksa korek sikit. Tapi, kali pertama j la. Pastu dah tak sakit kalau jaga betul-betul . At least wat routine dental visit 6 bulan atau setahun sekali. So, takde la sakit. Owh.
So, aku kena g la ni. Dah lama tak jumpa dentist.
Ya. Dan aku menyambung solat sunat hifzil iman.
Sketsa 3.
Kenapa aku suka rumah. Boleh bulat lawak mr bear weak..haha. Teka sendiri siapa dia dalam bahasa scotland. “ “ : anah.
Jom main badminton. Ada seekor kucing atas tangga. Macam MANIKAM KALBU kata adik aku. Terutama ekor dia. Kucing tu jadi pengadil..haha.
Tolak 3 markah kalau menyebabkan kecederaan kepada pengadil saat bulu tangkis meluncur keluar gelanggang dan mendarat atas tangga hampir mengenai pengadil. Tolak 6 markah kalau sengaja pukul bawah net.
Dan bermacam lagi peraturan yang kami buat. Mew choo pie vs lee chong cah..haha
Abang aku balik. Ambil raket kat tangan adik aku. Lawan dengan aku. Kadang-kadang bulu tangkis RCL itu mendarat atas atap rumah dan kami menjolok dengan buluh. Kadang-kadang mendarat atas pokok dan aku melempar selipar dan kedua-duanya landing dengan amannya di atas dahan.
Yang aku paling suka ialah smash. Jadikan badan lawan sebagai sasaran haha. Tapi, adik aku jarang-jarang je boleh buat smash badan aku. Kira aku main kasar la ni..hehe. Kalau main double ada harapan smash badan partner sendiri denagn raket. Sakit wooo..tapi, sebab raket ada dua je, tak leh nak main double la.
Kadang main dengan mak aku.
Kata mak aku, main dengan aku best. Adik aku pun merajuk. Ya la, main dengan dia best, main dengan ore ma tak pandai. Dan aku gelak kuat-kuat..haha. Adik aku selalu jealous dengan aku, tapi aku juga yang dia cari kalau nak teman g mana-mana, sampai sanggup kacau aku baca novel.
Jomla. Rengeknya sambil tarik hujung baju aku. Nak baca buku ni. Sokmo, kalau aku nak baca, mu gak dengki sokmo. Adik aku ajak tampal poster ABC dan alif ba ta untuk ajar CD. Yalah. Pahni jangan kacau aku, bukannya dia tak leh wat sorang, saje mengada dengki dengan aku la tu.
CD suka kacau aku, dah la pintu bilik aku tak leh kunci. Dia akan tolak pintu dan tenung aku yang dok layan perasaan. Aku tak leh nak buat apa, terpaksa layan dia. Last-last aku ambil dia hantar bilik adik aku. Suruh dia cium adik aku dengan hidung berair. Apa lagi, mencicit adik aku lari. Padan muka dia. Tapi aku kena balik. Dia ambil CD dan suruh CD cium aku. Aku pun lari keliling rumah la. CD juga yang untung, gelak tak berenti..haha.
Budak-budak, suka sangat kalau orang layan dia. Macam anak sedara aku kat Terengganu, suka sangat lompat atas aku. Dah la dia berat, mahu nak patah tulang aku. Manja bukan main. Suka peluk aku. Ada satu kali aku geram sangat aku ambil kain dan ikat dia kat tiang rumah. Dia gelak je. Buat la apa pun kat dia asal layan dia.
Pasal lari-lari ni teringat la pula zaman kecil-kecil dulu. Berlari ke rumah saat azan di masjid kerana wajib berjemaah. Tak kira tengah buat apa pun, kalau azan je, mesti berhenti dan ambil wudu’ untuk solat berjemaah di rumah. Juga berlari-lari di tengah malam saat dikejar dengan tiub getah.
Aku memang pantang orang usik barang aku terutama berkaitan pelajaran. Saat adik aku melakukannya spontan penampar singgah ke belakang . Rasa tangan aku nak tercabut saat tu. Kesannya aku dikejar dengan tiub waktu 930pm dan aku lari tanpa alas kaki dalam pekat malam dengan tangisan yang tertahan dan air mata membasahi setiap langkah.
Kenangan zaman kecil-kecil. Kemudian, aku minta ma beli rak buku sebab majalah dan buku aku dah tak reti nak letak, banyak sangat. Kemudian, beli satu lagi rak buku.
Habis dah letak buku? Tanya kakak aku.
Bakpo?
Nak letak buku aku pula. Memang dia tak berani letak buku sebelum aku habis simpan buku atas rak tu. Aku mengamuk, habislah satu rumah..haha. ..
Impian aku kalau aku kahwin nanti wajib ada satu bilik untuk simpan buku-buku aku. Aku sayang buku-buku tu. Semuanya berbalut. Yang tak berbalut mesti adik aku punya. Aku obsess dengan buku dan alat-alat tulis. Aku boleh beli pen, pensil, note pad..hanya disebabkan cantik, bukan untuk keperluan pun. Haish...
Sekadar satu perkongsian buat adik-adik 1st year yang sudi menjengah teratak yang tak seberapa ini. Sekadar ingin berkongsi pengalaman zaman muda-muda..hehe.
Tahun pertama di KOD. Tahun pertama mengenal betapa matrik itu jauh berbeza dengan kampus di sini. Tahun pertama mengenal anat, physio dan bichem. Tahun pertama untuk pertama kalinya dalam hidup aku menangis angkara gagal dalam ujian. Tahun pertama untuk seorang aku menghitung diri, betapa sengit dunia kampus. Berulang alik dari KOM ke KOD dengan berjalan kaki sebelum abang bermurah hati menawarkan skuternya untuk aku guna setelah acap kali aku pulang ke rumah mengadu susah mahu berulang alik begitu dengan berjalan kaki.
Tahun pertama untuk pertama kali dalam hidup aku mengalami krisis pembelajaran yang menggugah. Sering kali berfikir kenapa aku yang selama ini ok je belajar boleh gagal dalam ujian. Soalan itu membuatkan 1st year ialah tahun untuk aku mengadaptasi diri ke dalam persekitaran yang baru. Mencuba serius dalam hidup.
Aku budak math. Otak aku lebih mesra dengan angka berbanding membaca. Teringat dulu betapa aku enggan menjadi budak medic yang terpaksa menghadap buku saban waktu. Aku bukan ulat buku kalau tiba bab akademik walaupun adik aku kata aku ni memang gila belajar, lupa kehidupan yang lain.
Takdir itu menjemputku menjadi penghuni KOD. Aku yang membuat pilihan untuk menerimanya. Dan hari ini aku di sini mencuba dan terus mencuba. Mahu tahu apa yang menarik tentang bidang ini yang mampu membuatkan aku kekal di sini?
Banyak. Antaranya ialah pensyarah yang mampu membuatkan aku senyum saat dada terasa sebak menakung kekecewaan tidak mampu lulus ujian atau patient tidak dapat datang untuk temujanji. Atau mencuba membuat kaviti dengan indirect vision yang membuat threshold kesabaranku makin lama makin meninggi.
This in not the end of the world!
Safiy-pure. Pure heart. Pure soul. Should I represent my name.
Teman-teman yang meminjamkan aku telinga saat hard disk kepala terasa seakan penuh atau bahu saat aku menumpahkan air mata tika derita seakan mengheret seluruh jiwaku muram. Panik-kalimah yang banyak kali saat aku terserempak dengannya aku tidak lagi menjadi seorang aku. Jalanan terasa pincang dan aku mampu melakukan tindakan yang tak terjangka. Fuh! Bertul-betul cabaran emosi yang melelahkan.
The most important thing why I’m here today is dentistry is a combination about art and science. I love art but i need science too in order to be professional Muslim. In this field, u must try anything from
Medical subject-gross anatomy, histo, neuroanat,embryo, general medicine, general surgery, patho,microb,pharmaco,immuno
The most important thing is dealing with people. It’s the happiest moment in your live to serve people with ur knowledge. Trust me, u’ll enjoy this course if u learn it by heart.
Pioneer batch-have to clear the route for others to walk along. When we established, then the other batch will walk freely on it. No need to walk to anf fro between KOM and KOD. No need to be accused to be late for class coz u’ve to walk . yes. Dentistry is all about BLOOD, SWEAT and SALIVA.
Changing from biomed to dentistry is another complicated thing to go through. Have to take UNGS and EAP here. We try to adjust from year 1 to take those subjects, but the fullness of schedule didnt permit us till Y3. The rest is history. Nanti la sambung, tak fokus ni.
Hari ini Sabtu minggu ke-4 di Indera Mahkota. Meneruskan rutin memburu ilmu, hikmah milik umat Islam yang tercicir angkara kesilapan sendiri. Mungkin hujung minggu untuk penghujung minggu ke-4 atau permulaan minggu ke-5 di tahun 4. Ok cerita satu-satu.
Sabtu minggu pertamaaku ke Jabor, menyertai khidmat masyarakat menjadi faci dan juga membersihkan masjid. Mahasiswa, baktinya bukan harus di universiti sahaja. Harus melangkaui sempadan dan melihat realiti di luar sana, yang semestinya bercanggah dengan teori yang dihafal.
Ahad minggu ke-2 ke Rompin atas jemputan YB Maznah yang inginkan pelajar kampus membantu program sempena Hari Kesihatan di sana.
Ahad malam minggu ke-3 menyertai program Malam Palestin di Hati. Semarakkan perjuangan memerdekakan al-Quds dengan semampu yang boleh. Seharusnya minggu ini aku pulang ke Terengganu, melihat anak saudara baru, jua berjumpa dengan anak saudara yang tak henti-henti memanggil namaku. Really miss both of them like crazy.
Sabtu minggu ke-4, menyertai Interaction Day, beramah mesra dengan warga KOD terutama 1st year dan petangnya menghadiri kelas pertama untuk sesi Sem 1, 2010/2011 UNGS 2050. Aku kira hikmah terbesar aku ambil UNGS di sini ialah pensyarah yang mampu membuatkan aku lupa dengan keletihan mental hari biasa. Sem lepas dua subjek, EAP dan UNGS 2040. Yang tinggal hanyalah Parenting dan UNGS 2030. Dan oh, tahniah untuk tanggungjawab baru. Kata LASKAR PELANGI, menjadi pemimpin bermaksud sebelah kaki di jurang neraka. Namun aku berharap dengan amat, sebelah lagi mampu mengheret kembali kakiku ke SYURGA. Amin.class rep UNGS 2050 dan assistant class rep Year 4. Mampukah aku meladeninya???
Itu cerita hujung minggu. Hari-hari biasa ialah rutin yang kadang mampu menyebabkan aku mempersoal diri. Layakkah aku menjawat Dr di pangkal nama. Soalan itu menghantui diri hingga kadang aku terpukul sendiri. Betapa aku yang cetek ilmu. Betapa aku yang..dan berderet senarai menghantui. Hingga akhirnya aku terfikir: betapa aku enggan jadi orang tidak mensyukuri nikmat. Saat Allah memilih diri ini mendaftar, sesungguhnya Allah Maha Tahu bahawa aku mampu. Hanya aku harus lebihkan usaha dan kuatkan azam.