Thursday, August 19, 2010

AKU TENSEN..PLUS T'KEY WEH..ADOYAI


Tool box ortho-casts & wire & plier

Tengok sikit apa yang ada di dalam
Yang tidak menjadi: berdozen-dozen
Model untuk URA
Inilah hasilnya dari jam 3am-5am aku bersengkang mata
Minor oral surgery-scalpel tu begin with
Laura Mitchel-burner & gas-burner yang pernah beberapa kali mencederakan tanganku
Articulator untuk mount upper & lower teeth after MMR (3rd visit)
See inside-represent jaw
Ortho-model trimmed & ready for wire to put in
Dah siap bending wire-labial bow & adam
Wax up
Before polishing
Kalau dah siap, gini lah bentuknya
Apabila dah dipakai
OPG-gigi bawah kanan (geraham bongsu) -perlukan MOS

Yang paling murah dalam kehidupanku buat masa ini ialah air mata. Tiada harga yang mampu ditawarkan kerana sering ia tumpah tanpa bekas. Limpah tanpa amaran dan hadir tanpa salam. Seringnya ia pergi tanpa pamit. Hadir dan hilang sesuka hati.
Yang paling mahal ialah menjaga air mata itu dari tumpah. Sukar bukan?
Aku sedang membuat kerja di lab. Di tanganku lecron sedang wax knife di atas meja. Mencari technician untuk bertanyakan cara membuat bite block untuk partial denture dengan ketiadaan cold cure-yang ada hanyalah heat cure acrylic dan shellac. Aku tidak mahu memilih Shellac disebabkan ia mudah patah dan mudah berubah dengan api. Heat cure pula tidak boleh digunakan untuk partial denture.
Dalam masa 5 min, sekembalinya aku ke meja, wax knife aku lesap di hadapan mata. Ini kali ke-2 saat aku mengangkat muka wax knife ghaib begitu sahaja. Sudah la benda tu baru beli, habis rm15 tau. Banyak duit aku labur kat situ. Lecron pun rm15 juga.
Apalagi, aku mengamuk la. Mau aku tak hangin, dah la baru beli, rasmi pun tak lagi. Rasa macam nak menangis. Ada ke orang menangis sebab hilang wax knife? Aku la tu..huhu  
Tak ada lecron dan wax knife tu, jawabnya tak boleh buat kerja lab la sayang oii..sebab tu aku emo semacam. Dua makhluk ni kira ‘hot’. Tinggal je, jangan harap nak dapat balik. Ada je tangan-tangan ramah yang akan sukacitanya menyambut sebagai hak milik tanpa taraf mereka.
Kehidupan, kadang terpaksa mengorbankan kepentingan diri demi insan yang dikasihi. Mengorbankan banyak benda, namun bukan prinsip yang menjadi asas membentuk kehidupan seorang aku.
Mentakrif beza antara kasih dan cinta menurut versi seorang aku. Cinta ialah saat kita akan berkorban segalanya demi dia, namun bukan dia. Kasih saat kita akan memastikan dia bersama dengan kita dan bahagia bersama kita, bukan orang lain. Namun, cinta ialah saat dia bahagia dengan orang lain, kita akan bahagia melepaskan dia.
Apa gunanya definisi itu? Untuk menguraikan rasa yang melentur jiwa. Kadang, kita keliru, biasan kasihnya sering ditafsir sebagai cinta.
Hujung minggu, setelah tertangguh sekian lama, akhirnya aku membuat keputusan ke Darul Iman, menatap wajah anak buah yang mencecah sebulan usianya. Bertolak jam 415pm usai evaluate wax pattern untuk fixed prostho-markah comel-cantik belaka haha...
Singgah solat di Mesra Mall dan sampai di rumah seorang teman kira-kira usai saja waktu iftar. Tunggu abang aku ambil usai dia jadi imam solat terawih. Sambil-sambil tu layan majalah Aniqah-ada macam-macam isu bermula flouride dan kesannya terhadap ibu mengandung hingga masalah Halimah Jongang-Class2 div 1
Kemudian, kak ipar aku minta teman keluar beli kasut raya anak-anak dia. Tergelak tengok anak saudara yang tengah-dia capai 1 kasut setelah dicabutnya kasut di kaki, dan dia cuba kasut di atas rak satu persatu. Aku biarkan saja, tak larat nak kejar dia yang asyik berlari je kerjanya. Abang aku bertanggungjawab pilih kasut untuk anak sulung, aku untuk no2 dan kakak aku jaga baby. Seorang-seorang kena pantau. Fuh..letih. tak leh nak bayang kalau anak sendiri lasak macam tu, mau tercabut anak tengkuk aku nak menjerit. Eh, aku dah kahwin k?
Malam tu aku tidur awal dan disedarkan dengan irama baby yang sedang menyanyikan lagu rock. Tapi, aku memang kebal, bak kata abang aku: kalau letak bom sebelah belum tentu aku mau sedar..haha. tidur itu nikmat paling indah bukan?
Pulang ke Kampus jam 615am dan sampai jam 840am-kelas jam 9am. Bergegas bertular wajah ke tunic-nasib baik dah iron sebelum balik hari tu dan lecturer tak masuk sampai jam 10am. Jam 10am ada demo MOS-removal of impacted 36. Dan dengan bertuahnya aku terpilih menjadi assistant bersama my partner. Kata Prof  B, it is not fair to mark you without proper instrument. Sebagai assistant, kena buat report about procedure-ntah bila aku nak buat..huhu. Requirement untuk assistant MOS ialah 5, so kena cari 4 lagiJ
Petangnya, perio-buat root planing untuk anterior teeth. Fuh, lenguh sangat tangan nak buang kalkulus degil. Macam mana la nak kerja nanti. Alah bisa tegal biasa kan?
Owh, minggu ini last Mr A6K sebagai technician untuk assess URA dan free form untuk 4 casts. Minggu depan log book dah kena submit. Adoi la
Minggu ni ada 2 slot SLT-student sleep time? Eh, bukan. Time tu aku dok mengadap 4 model ortho. Terpaksa mencintai buat sementara waktu..huhu. Tangan aku memang tak mesra dengan wire 0.5 atau 0.7 apatah lagi Coffin spring 0.9. kemudian Hawley retainer dan twin block menanti untuk menyempitkan hectic schedule bloody busy block 2. Erm..bertabah Safiy!!!!
Minggu ni ada kelas ungs 2050 Sabtu dan Ahad-nilah namanya minggu tanpa hujung sebab sentiasa dipenuhi kelas. Owh..baru tau apa perasaan jadi kelas rep merangkap kaunter pertanyaan. Kena duduk dengan henset sebelum tidur dan pagi-pagi sebelum pergi kelas.
Soalan yang paling kerap menerjah LCD henset ialah:
Salam, Safiy, esok kelas pukul 9am kan?
Safi, pagi ni kelas pukul 8am kan?
Safi, kelas hari ni pukul berapa?
Quiz bila ek? Masuk chapter mana?
Last-last aku buat level spread message, letih tangan nak membalas satu-satu.
Tapi, paling best semua info aku yang paling awal tau, kena deal dengan Dr pun aku dan kredit banyak la sikit kena top up, alah tak banyak pun. Sebelum ni lebih kurang rm 20 sebulan, jadi lebih kurang rm 30 sebulan-still managable kan?
Antara yang menyebabkan aku pening ialah requirement sebelum menduduki Promotional exam ialah 70% finish. Paed aku tak buat apa pun selain E&D.Patient paed aku memang bermasalah.  Cons? Erm... Prostho dari 9 patients kepada 12 patient. OS dari 15 extraction (pun susah giler-aku baru satu) kepada 25. Perio-Insya Allah ok.
Bukan aku tak nak buat URA tu awal-awal, tapi aku memang senang nak give up. Adam clasp tu pun dah beberapa kali berguru dengan beberapa orang baru aku boleh buat, tu pun still masalah bila nak adapt. Tangan tak yah cakap la, tercucuk la, berdarah, sakit, merah-merah tu perkara biasa la. Ni la baru namanya dental student.
Malam, usai saja terawih, aku terus layu. Asalnya niat nak bangun awal, namun tak tersedar sampai waktu nak sahur. Rasa menyesal sangat. Dilema betul tak tidur, mengantuknya ya ampun. Tidur, memang satu kerja je jalan, list yang panjang-panjang tak sentuh pun.
LELAKI ITU-AKU NAK GELAK BOLEH?
Ada satu kisah yang aku tak tau nak define camna, ni aku reka je plot dia. Ada seorang anak muda yang perasan hensem, baik dan segala macam yang baik la kecuali satu.
Dia bekerja sebagai seorang tukang jahit, kononnya menjahit busana Muslim. Dan dia membuka sebuah kedai jahit yang mempunyai beberapa orang tukang jahit dan dialah yang paling fresh. Orang muda, idea sentiasa bernas dan minda sentiasa cergas. Dia mempunyai enthusiastic yang tinggi.
Mula-mula bekerja, penyapu baru la katakan-kerjanya teratur dan mempunyai kerajinan yang tinggi. Lama-kelamaan dia mempunyai perasaan untuk menjadi bos. Yalah, sampai bila nak jadi orang bawahan kan. Mulalah dia bersikap hidung tinggi dan  perasan bagus. Nasihat orang tua pakar dalam bidang jahitan tidak diendahkan.
Suatu hari, anak muridnya ingin membuat persiapan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan untuk melangkah ke tingkat seterusnya. Disebabkan terlalu kelam kabut, anak muridnya, seorang kanak-kanak yang agak kelam kabut telah terlupa suatu yang asas-memasukkan benang dalam gelendong.
Tengok kanan kiri, akhirnya dia nampak seorang lelaki itu. Lelaki itu sedang khusyuk menjahit tulang belut. Tidak bertanya, sampai bila mahu siap. Akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada lelaki yang ‘nyekik’ itu.
Lelaki itu berpaling sebelah badan dan menaikkan hujung keningnya seraya dengan suara yang cukup sinis bertanya: apa kamu tak pernah buat k sebelum ni?  Kemudian selamba saja menyambung menjahit tulang belutnya. Upah jahitan tulang belut ialah setahil emas untuk sepasang sutera. Itu yang lebih penting. Kanak-kanak itu terkulat-kulat seraya mulutnya menuturkan satu perkataan yang tidak disangka oleh lelaki itu : **** ******. Amik kau sebijik!!!
Aku nak gelak untuk lelaki itu boleh? Hahaha
Apa yang kecuali satu? Lelaki itu tidak sedar, peribadinya agak menjengkelkan. Semua kanak-kanak kurang gemar akan dia. Tapi, sayang dia tidak pernah tau. Kesian...
Aku mengakhiri bebelan aku dengan ..kesiannya lelaki itu...

Monday, August 9, 2010

U'R NOT GOOD ENOUGH, DEAR..KEEP LEARNING

Rawatan Akar aka RCT
Masalah gusi-gigi mobile

Tooth Extraction
LA palatal side
Flosssing
Cute toothbrush
Interdental toothbrush-biasanya orang pakai braces guna
Ramadhan Kareem
Fasting
Kata seorang teman, aku terlalu leisure. Terlalu indulge diri. Manja dan mudah give up. Aku mesti berubah.

TERIMA KASIH kerana jujur menegur.

Teringat saat aku menelefon bonda, menjadi seorang anak yang manja mengadu betapa hujung mingguku tersepit antara kelas yang memenatkan dan hari-hari yang meletihkan antara Isnin dan Jumaat. Tau apa kata bonda? “Siapa saja yang memaksa kamu memilih bidang yang susah?”

Betapa aku terpukul. Tiada siapa yang memaksa aku memilih kursus ini. Kenapa saat sulit begini aku jadi mengeluh, terasa begitu stress dan seakan marahkan keadaan?

Yea. Seringnya aku memilih untuk tidak mengadu betapa sulitnya berperang dengan perasaan di sini. Dan pulangnya aku ke rumah, aku tidak membawa sebarang hal tidak menyenangkan. Apa yang aku ceritakan ialah betapa bersemangatnya seorang aku belajar dan menimba pengalaman. Tapi, entah mengapa dek kerana terlalu letih, aku jadi terlepas cerita itu. TAKKAN KU ULANGINYA.

Bonda yang aku kenal, tak pernah percayakan getir saat aku belajar. Mungkin kerana dia percayakan aku mampu melawan rasa itu. Jadi, aku tinggalkan saja urusan belajar di Kuantan dan pulang ke Kelantan hanya berbekalkan rasa semangat kental yang tak pernah luntur dan memakai wajah senyum yang tak pernah pudar. Aku ingin sentiasa kelihatan sebagai anak yang tabah di hadapan bonda. Andai ada air mata yang tiba-tiba ada, biarlah ia tumpah di sini, di tempat aku menimba ilmu, takkan aku pernah mampu merisaukan bonda tentang akademik di rumah.

Biarlah hanya yang baik-baik saja telinga bonda mendengar dan mata bonda menatap pada wajah seorang aku. Aku ingin menjadi anak yang terbaik di matanya, berbakti setakat terdaya dan menjadi anak yang paling taat pada titahnya. Fokus aku sekarang mencuba menjadi pelajar solehah agar mampu menuju anak solehah.

Mampu tidak melupakan solat sunat dhuha sebagai pembuka hari dan mampu menjadi seorang anak yang mampu mendoakan kebahagiaan keluarga. Aku ingin berbakti kepadanya selagi roh masih di jasad.

Ramadhan sudah di ambang pintu. Aku harap mampu menjadikan ia sebagai bulan terbaik menterbiah diri dan memperkasa rohani. Jangan mudah tewas dengan perasaan Safiy.

p/s: sekarang sedang mengulang baca buku Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni~JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.



LIFELONG LEARNING PROCESS

Tahun 4. Kelas 8am-10am. Dan dua klinik-10am-1pm dan 2pm to 5pm. Hari ni klinik oral surgery waktu pagi . Bahasa mudahnya cabut gigi. Requirement 4th year ialah cabut 15 batang gigi. Dan aku baru je cabut  sebatang untuk tahun ni.

Ada seorang patient, sebab dia muda lagi gigi dia indicated untuk Root Canal Treatment-rawatan akar untuk gigi yang dah mati. Kalau gigi dia dah banyak cabut, memang boleh cabut je 36 dan 46 tu. Tapi lepas aku terangkan kesan cabut gigi, gigi depan dan belakang (istilah dental-mesial drift)  akan drift untuk memenuhi ruang kosong dan gigi atas akan supra erupted disebabkan gigi ni sifatnya dinamik untuk mencari pasangan di bawah.Maka, dia setuju untuk buat RCT, tapi disebabkan RCT posterior teeth start 5th year, maka Dr yang akan buat kat dia.

Patient seorang lagi nak buat mouth clearance untuk pakai gigi palsu penuh. Tapi disebabkan tak boleh cabut lebih 1 dengan DR Y maka, aku tak boleh cabut banyak-banyak la.lepas tu dia tak nak cabut bulan puasa. Jadi boleh panggil dia lepas raya la gayanya. Gigi dia ada masalah chronic periodontitis, maknanya gigi mobile, jadi cabut memang mudah. Masalahnya polisi itu membataskan kerja aku. Nak wat lagu mano lagi..huhu

Pengajaran.

1.       Semua orang takut dengan jarum, even dentist pun takut. Jadi masa nak inject, jangan cakap nak cucuk. Cakap je nak bagi ubat kebas. It is understood that kena cucuk untuk bagi kebas, lepas tu jangan tanya patient sakit atau tak, patient tend to interpret tekanan as pain. Tengok je forehead dan ekspresi muka dia terutama mata. Masa inject, retract dengan jari kiri dan cuba tutup mata patient daripada melihat jarum dengan tangan kita. 


2.       Masa untuk cucuk (istilah dental bagi LA-local anaesthetic) hingga gigi tu keluar hanya 7 minit. 15 min is the longest to tolerate. Less trauma, less indicated for antibiotics dan less complication following administration of antibiotics-eg tolerans & resistance


3.       Be practical. Patient datang nak cabut gigi je, tak perlu waste their time as we dont want our time to be wasted. But, pay attention to medically compromised patient as your 3sec decision will affect the management. Lagipun 3 hours takkan nak cabut sebatang je. Siapa mahu bayar gaji ribu riban kat dentist yang cabut 4 batang gigi sehari? Jawab, jangan tak jawab!


4.       Jangan bangga dengan title Dr di depan nama kalau setakat pandai buat scaling dan filling. Paling penting medical judgement. Bukannya kena hafal semua, tapi kena tau yang common je. Eg antibiotics such as penincilin & cephalosporin. Takkan dapat report C&S (culture & sensitivity) terbuntang je mata tengok report. Lepas tu kena tau drug affect breastfeeding & pregnant women. Kalau dia tanya panadol tu ada effect tak kalau dia tengah pregnant, sila jawab dalam 3sec. Ok!



Petang klinik perio. Kena panggil patient yang 3rd year dulu untuk review. At least 3 patient. Petang ni aku panggil 2 patient. Jam 2pm untuk scoring plaque score, gingival index dan bleeding on probing. Dia ada kelas jam 3pm, so kena habiskan before 3pm. Alhamdulillah takde problem sangat, just scaling interdental je. No calculus.

2nd patient jam 315pm. Sebab dah scoring minggu lepas, just present dan terus scaling dan polishing.

Pengalaman:

1.       Soft bristle tooth brush indicated only with severe gingivitis. So, kalau takde masalah tu, guna je medium tooth brush sebab soft bristle tak mampu eliminate plaque. Hard jangan guna la sebab akan lead to gingival recession dan merosakkan gusi. 


2.       Untuk yang susah nak floss gigi belakang, guna je interdental toothbrush


3.       Dental clinic is not beauty saloon. So ask ur patient to brush the teeth before coming for appointment. Oral hygiene is individual responsibility, but dentist is to encourage




Friday, August 6, 2010

TO AND FRO..LINGERING AROUND

Present Tracing Kat Dr Bo-Dekan Merangkap Satu2nya Orthodontist Kat Kod~~Sydney   setia menemani

 Lat Ceph Radiograph
Khusyuk Membuat Tracing
Dentistry-Head & Neck Speciality
Dah On-Start buat Tracing K..
Boy over flowers-Kumbang G4 semacam t'key..hehe

Dan Semua Keberuntungan Akan Menjadi Milik Anda. 

Salam
Sudah lama tidak bercerita tentang dentistry sampaikan terlupa aku ni dental student.
Maafkan bahasa aku yang semacam rojak.

KISAH 1
Kursus ni 5 tahun. Ditambah dengan CENFOS (zaman aku dipanggil matrix UIA PJ) 2 tahun, maka jadilah aku tua dalam bidang ni.
Tidak mengapa, pemburuan ilmu tidak pernah berhenti bermula dari buaian hingga ke liang lahad.
Kisah ni penuh ceria. Tiada air mata duka ok. Yang ada hanya air mata kesyukuran.
Sekarang aku di tahun 4. Maknanya tahun ke-2 klinikal. Klinikal tu maksudnya kena jumpa dan treat patient. Start jumpa patient tahun 3. Sekarang dah ada pengalaman tampal, cuci, cabut dan membuat gigi palsu. Patient aku dari semua peringkat umur-kanak-kanak hingga ke veteran.
Kalau tahun 2 buat kat phantom head je la.
Tahun 1 baru kenal apa itu dentistry. Kejutan budaya juga la. Kali pertama dalam hidup aku fail exam. Tragik kan? Sampai aku tak percaya SEORANG AKU  boleh tidak lulus. Tapi, inilah kehidupan, seringkali skrip hidup kita tercalar dengan peristiwa yang tak diingini. Namun, hidup tak selalunya berliku.
Tapi, aku suka jadi dental student sebab aku tau apa yang medical buat, tapi medical jarang nak tau apa yang budak dental buat. Realiti kan? Tapi semua ada tanggungjawab masing-masing, jangan ego hanya kerana di pangkal nama anda ada DR.

Teringat masa aku jumpa seorang DR di klinik. Aku ada sakit kepala yang agak kronik. Rilex je dia presribe kat aku PCM. Time tu manalah aku tau Ponstan atau Voltaren. Sekarang aku dah toleran PCM, so Ponstan je lah jadi painkiller aku. Voltaren sekali je aku ambil. Seringnya Ponstan la.
Memang banyak kali aku jumpa DR sebab sakit kepala. Last sekali DR cadangkan aku buat scan. Tapi aku tak buat sebab sakit tu relieve sendir dan Alhamdulillah dah beberapa  purnama dia menyepikan diri. Kalau dia datang lagi, aku nak buat-buat tak nampak. Malas nak layan.  Dan oh mak aku selalu paksa aku jumpa DR dengan cerita yang cukup menakutkan:
Ada seorang tu selalu je  sakit kepala. Penemuan ialah sakit yang tak boleh diubati. Cukup ngeri. Dan terpaksalah aku ke klinik. Mak aku siap tawar diri nak teman lagi, tapi aku memang jenis tak nak menyusahkan dia (anak yang baik kan..haha masuk lif tekan sendiri). Dan aku pulang dengan PCM. Tu je. Oh, lupa , receptionist kat klinik tu anak murid mengaji arwah abah, jadi cepat la sikit masa aku kat klinik tu.
Sakit kepala aku kalau datang memang tak pernah ada salam. Main terjah je. Masa kat matrix aku kena paksa dengan rumate pergi PPUM. DR tu tanya, ada pakwe ke? Aku gelak sakan. Haha..dia cakap manalah tau puncanya stress. Lambat lagi la Doc aku nak stress sebab boyfriend, buang karan je.
Ada masa raya aku sakit perut yang agak kuat. Aku rasa sebab aku makan macam-macam. Dah la perut aku manja giler, salah makan terus meragam. Mak aku semacam paksa abang aku hantar aku ke klinik. Serius dia bimbang (mak aku sebenarnya amat jarang dia nak bimbang hal aku kecuali kesihatan je).
Aku rasa lah kan mak aku memang tak ada perasaan bimbang kan aku semacam dia bimbangkan abang aku yang nak balik KL melalui jalan Gua Musang selepas Asar. Satu je aku tengok dia pernah bimbang aku –masa aku balik dari Penang turun bas kat stesen minyak jam 3am dan abang aku seronok je mimpi kat rumah. Aku dah seram semacam. Dah la perempuan, malam-malam kat stesen minyak yang 1km dari rumah. Ingat nak jalan kaki je balik time tu. (bukan tak biasa..haha)
Aku saja gurau dengan adik: nanti dah ada anak tau la macam mana perasaan (walaupun abang aku dah besar panjang).
Eh, cukup2 la cerita rumah. Aku nak cerita life dental student ni.

KISAH 2
Bermula dengan cuti. Soalah wajib setiap yang bernama pelajar. Realitinya bidang ini mendambakan pengorbanan yang bukan sedikit. Cuti antara blok (antara semester bahasa mudahnya) jarang-jarang ada. Cuti raya? Wajib tapi..jumlahnya minimum mencecah istilah tiada cuti.
Cuti hujung minggu? Sebab aku tukar course, maka aku ada kelas UNGS di hujung minggu. Sem ni ok sikit sebab aku ambil UNGS 2050 je. Sem lepas aku ambil Tilawah2, UNGS 2040 dan EAP. Agak memenatkan, tapi Allah mudahkan aku melepasi segalanya.

Hari ini ada interbatch match. Yang penting aku menang double table tennis partner dengan Assha. Partner tetap aku. Tahun lepas dapat tempat ke3 inter u dentistry (main kalah mati-sistem kiraan 21 mata) . Tahun2 lepas dapat juara (main liga-sistem kiraan 11 mata).
Interbatch ni kira preliminary nak pilih wakil g inter u dental la. Tahun ni buat kat USM. Sebelum ni kat UiTM dan USIM. Bila ye nak buat kat UIA Kuantan?
Cerita sikit minggu lepas. Ada traditional festival-betul k? Aku kebetulan lalu depan CF dan seorang yang aku kenal ajak main congkak. Aku pun sapu je la, dah lama tak main, tapi aku ingat lagi teknik dia.
Dua PRINSIP yang paling penting dalam melakukan apa-apa pun ialah:
1.       Know the right technique
2.       Do it right
Hasilnya, aku dapat hamper. Main tak sampai pun 10 minit, tapi hadiah yang diberikan agak lumayan. Dan oh..heaven bukan? Malam tu masa naik stage, rasa bangga giler haha..
Melencong lagi. Ok2. Balik kepada topik asal. Kata seorang technician, masa belajar ni masa yang paling indah. Tanggungjawab hanya satu-belajar. Betul tu. Aku sokong 500%.  Lagipun aku ni solo lagi. Tak payah fikir pasal benda lain kan. Jangan TAMAK dan jangan PENTINGKAN DIRI sendiri-ini prinsip aku dalam membina hubungan.
Kalau dah kerja, banyak hati kena jaga-tapi ini bukan bermaksud anda terpaksa menyenangkan semua pihak kerana anda takkan mampu mampu melakukannya. Kena deal dengan technician, nurse dan kena juga buat bahagian admin. What a load of work huh..
Kalau tempat anda tiada medical DR, maka andalah medical Dr. Takkan lah seorang Dentist tengok orang pengsan depan dia, just berpeluh tubuh dan dengan bangganya bersuara: I’m not a medical Dr???
Kalau tempat anda tiada technician atau technician tu baru je tamat belajar, maka tugas andalah menunjuk ajar cara membuat Adam clasp, labial bow, canine retractor etc

KISAH 3
As clinical students, you have bunch of requirement to fininsh. For example to complete 5 cases of paed patient or 9 patients of prostho. And 60% requirement need to be finished before entering year 5. Oh yeah, there is no more professional exam during end of year 4, but as substitute, there is promotional exam for cons –class 2 cavity prep with adjacent and opposing tooth.
As clinical students, you have to do everything: students know SOMETHING of everything, but specialist know EVERYTHING of something.
Speciality in dentistry:
1.       Orthodontics (braces tu antara kerja dia la)
2.       restorative (filling )
3.       Oral Surgery (surgery of cleft lip & palate)
4.       Prosthodontics (buat gigi palsu)
5.       Paedodontics (deal dengan budak umur <16 y.o)
6.       Periodontics (scaling)
7.       Forensics (aku rasa nak ambil yang ni, tapi kena jadi oral pathologist dulu...jauh jugak jalan dia)
8.       Endodontics (rawatan akar untuk gigi yang dah mati)
9.       Aesthetics (bagi mereka yang mementingkan kecantikan..well ORAL CAVITY IS WINDOW TO UR BODY)
10.   Etc
p/s:Gambar-gambar di atas ialah semaca buat tracing guna lateral cephalometrics radiograph. Ni untuk menilai sejauh mana rawatan ortho eg braces etc berkesan.

KISAH 3-WHAT  PATIENTS TEACH ME

 PERCA 1
Kisah prostho. Oh, sebaik saja sesi try in (ada 6 visits untuk buat gigi palsu dan ini visit ke-4), Mrs H membelek gigi yang gusinya ialah lilin itu dengan membilang jumlah gigi dan membandingkannya dengan gigi palsu sebelumnya. Kenapa kurang?
Mrs H, rahang anda kecil dan gigi yang disusun juga tidak cukup untuk memuatkan semuanya.
Kenapa yang lama boleh?
Takkan aku nak jawab macam aku jawab dengan Prof-bahawasanya occlusion anda Class3 (rahang bawah ke depan berbanding rahang atas) dan saya cuba membuatkan relation gigi anda edge to edge?
PERCA 2
Visit ke-2 untuk patient paed (umur 7 tahun). Visit pertama kelihatan ok, jadi aku bercadang nak buat 2 tampalan pada giginya dan mencabut tunggul. Namun, perancangan Allah mengatasi rancangan aku. Dia bermula dengan Frankel 4 (co operative) but ended up with Frankel 1 (no cooperation). Sabar je la Safiy. Dan requirement untuk cabut gigi kanak-kanak ialah 10 sedangkan aku belum mencabut 1 pun lagi.
Dah la nak polish gigi ambil masa setengah jam, padahal 4 batang je pun. Mula-mula Dr suruh dismiss, tapi penjaga dia berkeras at least nak buat 1 rawatan sebab dia datang jauh, kira-kira sejam dari Kuantan.

Dan..drama sebabak tanpa skrip pun bermula.
Aku buat caries free kat lubang yang menjadi rumah jagung yang tidak hancur tu (boleh agak kan lubang besar mana) guna excavator. Tak guna handpiece langsung (maknanya no drilling, no sound yang ngilu tu). Sebab patient nampak gelisah je atas dental chair tu, aku dah mula bimbang.
Dan Dr ambil alih untuk letak GIC (filling sementara sebelum dia boleh cooperate). Dia mula meronta sambil menjerit perkataan sakit seolah-olah aku sedang menginject dia. Aku tolong retract lidah untuk memudahkan tugas Dr. Dan penjaga dia pun tolong restrain dia.
Semua orang tengok ; Safiy buat apa kat budak tu heh?
Safiy tak buat apa-apa pun lagi, aku menjerit dalam hati..huhu.
Dan kesannya seorang budak yang sebelum ni cooperate di kerusi selang sebelah mula melungsur turun dan mula memakai wajah gelisah dan bimbang. Ayo..
Lagi satu tau, aku pura-pura sapu something kat gusi dia sebagai placebo. Ya, medication. Dan serta merta tangisan dia terhenti padahal aku hanya sapu gusi dengan kapas je pun. Fuh..mencabar naluri betul
Pengajaran:
1.       Let her cry when we’r doing our job
2.       Jangan layan sangat perangai kanak-kanak
3.       Reward kalau dia co operate je
4.       Aku kena delay tx sampai behaviour dia aku boleh manage. Kena cari patient lain lagi k? Patient ni ok, datang on time, tapi masalahnya aku tak bolah nak buat apa pun...huhu

PERCA 3
Setiap orang mempunyai treatment modofication yang berdasarkan justifikasi yang berlainan.
Patient came for extraction. On dialysis 2 hari lepas dan next dialysis esok. Boleh cabut atau tidak?
Tidak! Sebabnya hari sebelum dialysis kalau cabut juga gigi, anda membekalkan overload untuk proses mencuci keesokan hari. Boleh cabut next day after dialysis sebab kidney baru je lepas dicuci dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.

PERCA 4
Patient with uncontrol HPT-darah tinggi dia tinggi sangat. Sistolic >160 dan diastolic >100  dan ada history of swelling dekat gigi yang nak cabut tu. Ambil x ray, ada PA lesion (chronic). Tapi ada sinus, maknanya dah ada drainage.
Boleh cabut sebab? Huhu..kena study ni..nanti aku bagitau balik.
Boleh guna LA with adrenaline walaupun patient tu ambil vasodilator (ubat darah tinggi) dan adrenaline ialah vasoconstrictor (antagonistic effect). Yang tak boleh guna with adrenaline patient with severe heart problem such  as arrhythmia   

Tuesday, August 3, 2010

MERUNGKAI ANEH

The 1st  step in the acquisition of WISDOM is sILENCE, the 2nd LISTENING, the 3rd  mEMORY, the 4th  pRACTICE, the 5th  tEACHING others
fAILURES do what is tENSION rELIEVING, while wINNERS do what is gOAL aCHIEVING

The drops of sWEAt, on the forehead of the pRESENt, are the pEARLs of tOMORROw

Aku jadi semakin aneh saat perjalanan sudah di pertengahan, seakan terasa mahu kembali memulakannya semula dengan langkah yang pasti
Semakin aneh, saat kecintaan diketepikan demi mengejar ruang menyepi
Tuhanku
Kumencari diri-Mu pada tempat yang salah
Pada keadaan yang sedikit tersasar
Dan pada rasa yang sedikit tidak menyebelahi
Tuhanku
Kadang aku terlalu tamak untuk mengejar semua benda
Namun, pada saat yang terbuka
Aku ingin memenuhi segala ruang
Mengisi dadaku dengan segala ilmu terbentang
Menguras kudratku pada saat yang tersaji
Agar saat kau bertanya
Aku akan menjawab dengan yakin
Telah kuusaha semampu mungkin
Menerobos sempadan diri
Mencuba sebaik yang mungkin



KULIAH CINTA


Memenuhi permintaan seorang teman untuk membuka kuliah cinta
Tidak salah berkongsi rasa bukan?
Aku bukan Dr Cinta, tapi aku ingin berkongsi apa yang aku tahu tentang cinta

Menurut buku yang pernah kubaca : Sedikitnya rumah tangga yang dibina ATAS NAMA CINTA
Ya, andai cinta dijadikan prinsip, apakah mampu ia bertahan?
Sedikitnya rumah tangga yang bertahan
Lantas atas nama apa tiang itu kekal teguh?
Atas nama AGAMA teman-teman
Atas nama kecintaan terhadap Pencipta Alam
Saat agama kau jadikan asas, segala masalah ialah remeh
Oh, aku ingin menjadi seorang pelajar solehah

Seorang anak solehah
Seorang adik solehah
Seorang adik ipar solehah
Seorang kakak solehah
Seorang ibu saudara yang bertanggungjawab

Dan

Seorang teman yang solehah
Sebelum aku menyandang  jawatan
sEORANG iSTERI sOLEHAH
p/s: walaupun aku letak ros merah, tapi hakikatnya aku suka ros kuning melebihi ros merah...tapi ros putih tetap no 1..erk..ros biru ada? aku nak hadiahkan buat bonda