Saturday, December 13, 2008

PERHENTIAN 1




By three methods we may learn wisdom:
First, by reflection, which is noblest;
Second , by imitation, which is easiest;
and
Third by experience, which is the bitterest.

Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk infront of me; I may not follow. Just walk beside me
and be my friend.

Yesterday is but a dream,
Tomorrow is only a vision.
But today we’ll live makes every yesterday a dream
of happiness, and every tomorrow a vision of hope

Tuesday, November 25, 2008

PRO2 PART1-ORAL BIOLOGY..ONLY




Macam-macam yang terjadi sepanjang musim exam kali ini. dimulakan dengan:

1. tayar SUZUKI STEP 125 aku yang buat hal- aku pun tak tau kenapa ia pilih musim exam untuk membuat onar
2. sakit kepala yang berlarutan hingga ke bulan ke-2: caffot, ponston, paracetamol,sandomigrain(Hanis, tq atas segala bekalan ubat2)-semuanya aku eksperimankan atas diri sendiri hingga kepala semacam terawang
3. debar menggila time OSPE exam-dua minit yang menggoncang nyali hingga aku jadi tak ketahuan dengan tulisan cakar ayam dan denyut yang berdetak saat loceng dibunyikan-suatu libang libu yang teramat
4. aku sebenarnya tengah berdebar menghitung detik:
esok:senarai viva
lusa:keputusan penuh
5. aku dah tak tau nak hadap buku apa time ni, realiti sebenarnya, masa PRO2 PART1 ni semua orang pening dok fikir PRO2 PART2 yang ada:
1. Microbiology
2. Pharmacology
3. Pathology
4. Immunology
5. Dental material
6. Operative Dentistry

Dari sudut hati yang terdalam: Perjuangan baru bermula dengan langkah pertama yang baru digerakkan. Usah kau berani angkat bendera putih saat langkah belum jauh di jalan..gambate!!
U never know ur capacity until u try!- Dr Tin Maung Aung

Wednesday, November 19, 2008

HIDUP IALAH TAKDIR YANG TERPIMPIN



Dalam menanti filem Laskar Pelangi di UTube tentunya, aku ‘terpandang’ Tentang Dia yang terdampar elok dalam kamar seorang teman. Tentang Dia sudah dibaca novelnya, namun filemnya belum ditonton. Lantas, masa selepas Asar jadi terkorban. Aku suka filem ini seperti mana aku sukakan Ada Apa Tentang Cinta, juga buah tangan Melly Goeslow dan juga seperti aku sukakan Jika dendangan Melly Goeslow bersama Ari Lasso. Aku masih mengharap Tunggu Teduh Dulu ke layar lebar setelah terasa begitu entah apa-apa filem sekarang- Remp-It, Anak Halal atau Dunia Baru.

LAGU MINGGU INI

10 Laskar Pelangi yang menyihir hidup aku dengan tekadnya, membuatkan aku jadi terasa begitu kerdil dengan Lintang ialah contoh genius yang tak pernah tewas dengan kemiskinan dan kepayahan memburu ilmu. Karya Andrea Hirata benar-benar suatu nukilan yang telah lama dicari dan dijumpai secara kebetulan. Kisahnya begini : Saat aku sedang menunggu bas yang bakal dijadualkan 30 minit lagi, waktu masih berbaki untuk aku membuang masa begitu saja. Lantas aku menuju ke kedai buku terdekat untuk membelek karya yang boleh menipiskan dompetku. Dan takdir itu datang. Edensor (aku takkan benarkan sesiapa pun lagi pinjam buku ni-serik) jadi sasaranku. Lantas aku menggali di internet menemukan Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi. Aku telah melangkaui susunan dengan menjadikan Edensor novel pertama yang dibaca meninggalkan Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi. Dan aku masih mencari Maryamah Karpov untuk melengkapkan tetralogi Andrea Hirata sambil menantikan Laskar Pelangi untuk ditonton. INSPIRATIF DAN IMAGINATIF bikin aku terngiang-ngiang ayat-ayatnya. Benar-benar suatu pesona yang menyihir.

LASKAR PELANGI
Oleh : NIDJI

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warni bintang dijiwa
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah Pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia…selamanya
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
Oh…
Laskar pelangi takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Ciptaan mimpi di bumi
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah Pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia
Oh..
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah syurga
Bersyukurlah Pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya…selamanya
Laskar pelangi takkan terikat waktu..oh..

Bicara sedikit tentang Exam Pro2 Part1, aku pertaruhkan tekad melawan segala macam rasa yang menyerang saat exam makin mendekat. Melihat dunia dari kaca mata yang sempit, dunia memang penuh dengan bebanan, namun terpulanglah kepada insan itu bagaimana mentafsirkannya. Dan aku memilih untuk tidak membuat sebarang tafsiran. Terima seadanya-dunia ialah paradox yang perlukan imbangan. Saat susah itu jadi latar, aku tahu ada senang bersembunyi di baliknya. Saat masa terasa begitu menghimpit, aku tahu ada pintu lain yang luas terbuka. Usah risau tentang takdir, jalani dengan redha…


Dari sudut hati yang terdalam: Aku sudah letih yang teramat untuk mendepani jadual yang berturut selepas exam. Exam Pro2 part1 yang tanpa cuti selepasnya, dan 1 December 2008 yang menjanjikan dunia baru untuk dijalani dan ditakluki mungkin mengerah seluruh kudratku-mental dan fizikal. Exam pro2 part2 (Pathology, Microbiology, Pharmacology,Immunolgy, Prosthetic Dentistry, Operative Dentistry dan Dental Material)yang sudah melambaikan geraknya bakal membuatkan gerakku jadi kaku. Inilah takdir yang dicari dan aku berhak untuk tidak mengeluh, apatah lagi menyesal.

Wednesday, November 5, 2008

TAKE A DEEP LOOK INTO SELF




Ali Karamallahu Wajhah r.a berkata :
“Kebaikan itu terhimpun pada 4 perkara.”
Percakapan
Diam
Pandangan
Gerak

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia
Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka
Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai
Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan kepada Allah adalah kosong

Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang menjadikan :
Percakapannya sebagai zikir
Diamnya sebagai tafakur
Pandangannya sebagai iktibar
Geraknya sebagai perhambaan

Dan daripada lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan




Hari ada tiga
Esok yang tidak pasti
Semalam yang telah menjadi kenangan
Dan
Hari ini yang sedang dilalui
Nikmatilah hari yang sedang dijalani sekarang

Kerana masa jalanannya tidak mungkin berpatah balik, kita mungkin akan lebih menghargai masa setelah membaca gambaran-gambaran berikut :

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu tahun, tanyalah kepada seorang mahasiswa yang tidak lulus dalam ujian kenaikan ke tahun dua universiti

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu bulan, tanyalah kepada seorang ibu yang melahirkan anak yang belum cukup bulan

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu minggu, tanyalah seorang editor majalah mingguan

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu hari, tanyalah seorang buruh yang mempunyai sepuluh orang anak yang perlu disuap mulutnya

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu jam, tanyalah kepada seorang pekerja kilang fabrik yang memiliki produktiviti yang tinggi

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu minit, tanyalah seseorang yang tertinggal kapal terbang

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu satu saat, tanyalah seseorang yang selamat daripada kematian di depan mata

Jika anda ingin mengetahui berapa nilai waktu setengah saat, tanyalah pemenang pingat perak dalam pertandingan lumba lari

Dengan demikian, kita akan lebih menghargai detik-detik yang sedang dilalui dan dinikmati sekarang berbanding mengenang masa lalu yang kita tidak mampu untuk mengubahnya atau membayangkan masa hadapan yang masih samar keadaannya.

DETIK INI SAAT INI


Akhirnya, setelah kepala tak mampu lagi menahan force yang amat menekan hingga mengganggu rutin (lebih dua minggu dah kot), saya berjaya menggantikan paracetamol (saya dah develop tolerance dengannya-makan, tapi tiada kesan) dengan Ponston (painkiller). Namun setelah Ponston juga gagal melawan, saya memberanikan diri meminta kepada teman ubat migrain sebenar. setelah ditelan, agak berkesan walau tidak mampu menjadikan sakit itu zero.


Nasihat tambahan daripada Dr, saya mestilah istiqamah memakai kaca mata yang sekian lama terperuk dalam bekasnya. Sedikit tentang kaca mata . dulunya mata saya sangatlah elok. Lama-kelamaan, saya dapat mengesan alah saya kepada cahaya atau bahasa mudahnya silau. Lantas, saya mengajak seorang teman ke Milan Optical Group yang di sebelah Pantai Timur Kota Bharu belakang Ma’had untuk menemani saya. Jadilah saya sedikit mature dengan kaca mata berbingkai separuh yang berwarna biru (warna kesukaan saya). Tapi, saya amat lelah sekali ke hulu ke hilir dengan kaca mata.


Jadilah kaca mata itu suatu perkara istimewa yang hanya akan muncul dalam majlis tertentu. Dan sudah lama saya tidak memakainya, namun demi kesihatan, saya paksakan diri selesa memakainya. Pernah dengar cermin mata yang dipakai kerana migraine dan bukannya rabun? Sayalah antara orangnya. Tambahan lagi, saya perlu mengehadkan pemakanan seperti mengelakkan pengambilan ais yang akan menggegarkan saraf di kepala atau kafein dan makanan berminyak yang akan menyumbang kepada sakit. yang akan menambah.


Alhamdulillah juga dengan kembalinya laptop ke pangkuan setelah ‘masuk ward’ seketika angkara motherboard yang membuat kerenah. Tambah syukur, saya tidak perlu membayar sesen pun walaupun over warranty. Laptop saya baru saja berumur setahun setengah dan bakal berpindah milik kepada adik saya setelah genap usianya dua tahun. Saya? Terpaksa mengorbankan JPA yang disimpan untuk membeli yang baru bagi kegunaan sendiri.

Monday, October 20, 2008

SAKIT ITU PENGHAPUS NODA DAN DOSA


Bicara tentang kesihatan, saya memang alah dengan sakit kepala. sejak dari sekolah lagi, memang sakit kepala akan menyerang tanpa jadual. Dan setelah berbulan (agak-agak dekat 12 bulan kot) menyepi, akhirnya ia datang menyerang lagi.

Pandai pula pilih hari, ia hanya akan hadir menjelang exam besar- saya akan menghadapi 2nd pro 24hb november -28 hb. teman saya saat ini hanyalah panadol (dah lama saya tak minta ubat migrain yang setelah memakannya terasa kaki tak jejak pun di tanah) dan kain. Paracetamol untuk melegakan sakit dan kain untuk mengikat kepala supaya tekanannya dikurangkan.

Bahananya saya akan tidup macam orang tak pernah tidur sebulan. Tapi, mengenangkan exam is just around the corner, saya kuatkan semnagat melawan segala rasa macam yang mengganggu dan cuba menelaah pelajaran yang bertimbun.

Ya Allah, kurniakan aku secebis kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.

Sebenarnya, sakit ini lanjutan kena hujan masa balik dari Kem Terendak tu. Wah! Pengalaman di situ amat bernilai, yang tak mungkin akan saya perolehi di tempat lain. Asalnya, kami ke sana untuk belajar Basic Life Support contohnya CPR -pemulihan asas kardiopulmonari.

Memandangkan kem yang kami jejaki ialah kem tentera yang terbesar di Malaysia, maka peraturan tentera terpaksa kami ikuti. Bayangkan betapa seksanya daripada orang awam terpaksa menjadi tentera untuk tempoh 6 hari (13-18hb october 2008). Sakit-sakit seluruh badan.

..to be continued later

Monday, October 6, 2008

EID MUBARAK..after raya




Salam sesegar raya yang dikatakan sebulan sebab Syawal ada sebulan. Betul ke? Jangan percaya!! Takkan puasa 30 hari nak sambut raya pun 30 hari juga.

Raya kali ini, saya jadi insan yang paling bahagia. Masakan tidak, dapat berkumpul sesama ahli keluarga. Bukan senang nak dapat peluang ni. (Walaupun baju raya saya siap saat orang sedang sibuk bersiap untuk ke masjid sembahyang raya-jahit sendiri la tu).
Walaupun tak dapat duit raya dan tak juga bagi duit raya kepada anak-anak saudara (maaflah, tak kerja lagi..huhu), raya kali ini jadi raya yang paling bererti sepanjang hidup saya setakat ini.

Raya pertama, saya ke rumah kawan lama yang hampir 5 tahun tak jumpa. Wah, hampir-hampir saya tak mengenalinya.

Raya kedua, ke rumah saudara di Rantau Panjang. Dan... seterusnya, tak penat berjalan. Best!!!

Pesanan penaja: Jangan lupa puasa 6 yang ganjarannya menyamai puasa setahun
30 + 6 = 365

Wednesday, September 24, 2008

Eid Mubarak




Salam 'alaik


Hunting for Lailatul Qadr is still on our way, while Syawal is creepy coming. Tomorrow, i'll back to my hometown.


Maaf zahir batin to all. Make full benefit on best mustajab doa time.


Pray for our Ummah, of course.


Tuesday, September 16, 2008

17 Ramadhan 1429


Bersamaan 17 September 2008

Tarikh bersejarah penurunan Al-Quran

Nuzul Quran

AKU DAN SESUATU


12 September 2008 menjadi hujung minggu yang amat meletihkan. Tapi, saya tidak ingin mengeluh kerana semuanya atas kehendak sendiri. Saya ke kota metropolitan dengan niat untuk mencuci segala virus yang memamah maintenance laptop saya yang semakin melembapkan diri. Kenapa perlu jauh ke KL? Saya mempunyai beberapa alasan untuk itu:


1. Install antivirus Panda yang tiada di Kuantan
2. Jumpa adik saya di CENFOS, PJ
3. Membeli dan membelah
4. Qada hajat saya yang tertangguh minggu sebelumnya kerana ketiadaan tiket, saya menggantinya dengan ke Terengganu untuk melepaskan segala macam rasa selepas ujian akhir blok (saya guna system blok, satu semester bersamaan dengan dua blok)


Bas saya jam 230pm hari Jumaat. Sampai di jalan Pekeliling hampir 630pm. Terus ambil LRT ke Universiti, bermalam di rumah kakak seorang kawan yang baru saja grad bulan lepas.


Kemudian hari Sabtu rancangannya untuk ke Low Yatt. Saya berjanji untuk bertemu adik di KL Sentral. Kemudia kami sama-sama menaiki monorel dan turun di Imbi saat jam hampir 12 tengah hari.


Saya membeli aksesori laptop, perkara kedua yang saya gilakan selepas buku. Saya beli USB hub, cooling fan, keyboard protector dan juga beg laptop yang sangat comel (tek percaya boleh tengok dalam blog Nissa’..hehe) dengan harga yang amat berpatutan.


Kemudian, saat laptop saya sudah dibedah dan dicuci, kira-kira jam 4pm, saya ke Times Square pula bersama adik. Kami bercadang untuk membeli aksesori raya untuk anak-anak saudara saya yang semuanya perempuan.


Dan, dari situ kami bertolak ke KL Sentral dan tiba saat jam hampir 6pm. Saya menaiki bas Rapid KL85, bas alternative kepada Metro 12 yang sangat saya rindukannya semasa belajar di matrik PJ. (tentulah bas 85 belum ada lagi time tu..huhu)


Dalam bas, saya mesej Nissa’ , mengkhabarkan saya di PJ. Kebetulan dia free hari Ahad dan kami bercadang untuk berjumpa di LRT Masjid Jamek jam 11am.


Sampai di matrik, kami singgah pula di bazar Ramadhan berdekatan. Lenguh bahu saya menggalas beg tidak terasa saat bersua kembal dengan matrik yang masih seperti dulu. Sudah hampir 2 tahun saya tak ke sini. Kata adik saya, pelajar lelaki selalu terpegun dengan lif baru di bangunan SM, tapi mereka belum melihat lif baru yang lagi cun di Mahallah Khadijah. Wah, ini buat saya jadi tidak sabar untuk melihatnya!


Hari Ahad, saya bersama adik ke masjid Jamek. Kami naik Metro 12 dan turun di stesyen Universiti. Kemudian, terus ambil LRT terus ke Masjid jamek (maaf Nissa’, K.Safi terlambat 15 minit). Dan kami bertiga mula meredah malah kadang-kadang merempuh (hiperbola la tu) aliran manusia yang semakin ramai.


Hajatnya, saya ingin ke Sogo. Jadi kami melalui Jalan TAR yang dipenuhu bazaar kain. Tapi, hajat itu terbantut saat melihat trafik manusia yang tak pernah jumpa lampu hijau, ditambah dengan perut kosong dan beban yang memberat di belakang, saya batalkan hasrat ke Sogo yang khabarnya mengadakan jualan murah.


Menggantikannya ialah kedai buku Minerva dan Pustaka Mukmin. Apa lagi, saya memborong seumpama orang memborong baju (dapatlah sikit diskaun).


Buku-buku yang dibeli:
1. Mens Are From Mars, Women Are From Venus-John Gray
2. Life Is An Open Secret –You, Me And We
3. Life Is An Open Secret-Think About It
4. Menyingkap Rahasia Gerakan Solat-Prof KH.M. Ali Yafie
5. 1515-Faisal Tehrani (dah dibaca berulang kali, belinya belum)
6. Bohemian-Imaen
7. Labyrinth-Imaen


Buku dari Nissa’-Hud oleh A. Samad Ismail-terima kasih oleh-olehnya.


Jam 115pm, kami menongkah arus balik ke Masjid Jamek. Saya melepaskan Nissa’ ke LRT dan berjalan kaki bersama adik menghala ke Puduraya dengan letih yang tidak mampu dikawal. Letih yang amat, kami melangkah laju mengimbangi berat beban beg yang dibawa. Dan sampai di depai Mydin kotaraya, kami berpisah. Adik saya berjanji dengan kawannya di situ dan saya terus melangkah ke Puduraya yang tak pernah sunyi.


3pm, bas Mara Liner yang saya naiki bergerak kembali ke Kuantan, tinggalkan kota yang sarat dengan ragam manusia itu hidup menampung ribuan nyawa.

Thursday, September 11, 2008

RAMADAN KARIM






The first thing that comes to my MIND about the Holy Month of Ramadan is:

RAMADAN

A - Variety of food, Iftar, Suhoor
B - Hardships, Thirst, Hunger
C - Spirituality, Being away from sins
D - Gatherings with friends
E - Quran and Prayers

2. I have decided the Primary GOAL for this Ramadan to:

A - Be God fearing and increase Taqwa
B - Build my character
C - Attain perfection
D - Increase my spirituality & purify soul
E - Prepare for death

3. To Improve my Salah (Prayers), I have decided the following:

A - Improve concentration
B - Understand its meaning
C - To stand in night prayers (Tahajjud)
D - To be punctual for Jamaat prayers
E - Increase my prostrations

4. To improve my relationship with Quran, I have decided the following:
A - Read the whole Quran atleast once (Tilawat)
B - Memorize a few Surahs (Aayaat)
C - Learn to recite the Quran correctly (Tajweed)
D - Understand its meanings & ponder over its verses
E - Go through the Tafseer

5. To be closer to Allah (SWT), I have decided to recite the following:
A - Daily duas for Ramadan
B - Dua after prayers
C - Supplications for Iftaar
D - Duas from Quran & Hadith
E - Duas with tears

6. From health point of view, I have decided the following:

A - I will quit smoking
B - I will control my eating and sleeping habits
C - I will not over eat
D - I will prefer fruits & vegetables over fatty foods
E - I will do some light exercise to keep fit

7. From knowledge point of view, I have decided the following:

A - Read Islamic books
B - Attend Islamic lectures
C - Start a study circle or Quran translation program
D - Browse through Islamic websites
E - Listen to Islamic CDs or Audio cassettes

8. I have decided to work on the following Ma'aroof:
A - Arrange for Iftar
B - Being kind to relatives
C - Help my neighbours
D - Lighten the burden of others
E - Give alms to poor
F - Respect my elders
G - Attain good manners and behavior

9. I have decided to shun the following Munkar:

A - Telling lies
B - Speaking ill of others, gheebat
C - Losing temper
D - Watching TV, serials, films, etc.
E - Vain talk

10. For lail al-Qadr, I have decided the following:

A - To search it in the odd nights of last 10 days
B - To seek forgiveness for past sins
C - To ask for guidance for future
D - Recite Quran
E - To stand in prayers