Wednesday, November 5, 2008

DETIK INI SAAT INI


Akhirnya, setelah kepala tak mampu lagi menahan force yang amat menekan hingga mengganggu rutin (lebih dua minggu dah kot), saya berjaya menggantikan paracetamol (saya dah develop tolerance dengannya-makan, tapi tiada kesan) dengan Ponston (painkiller). Namun setelah Ponston juga gagal melawan, saya memberanikan diri meminta kepada teman ubat migrain sebenar. setelah ditelan, agak berkesan walau tidak mampu menjadikan sakit itu zero.


Nasihat tambahan daripada Dr, saya mestilah istiqamah memakai kaca mata yang sekian lama terperuk dalam bekasnya. Sedikit tentang kaca mata . dulunya mata saya sangatlah elok. Lama-kelamaan, saya dapat mengesan alah saya kepada cahaya atau bahasa mudahnya silau. Lantas, saya mengajak seorang teman ke Milan Optical Group yang di sebelah Pantai Timur Kota Bharu belakang Ma’had untuk menemani saya. Jadilah saya sedikit mature dengan kaca mata berbingkai separuh yang berwarna biru (warna kesukaan saya). Tapi, saya amat lelah sekali ke hulu ke hilir dengan kaca mata.


Jadilah kaca mata itu suatu perkara istimewa yang hanya akan muncul dalam majlis tertentu. Dan sudah lama saya tidak memakainya, namun demi kesihatan, saya paksakan diri selesa memakainya. Pernah dengar cermin mata yang dipakai kerana migraine dan bukannya rabun? Sayalah antara orangnya. Tambahan lagi, saya perlu mengehadkan pemakanan seperti mengelakkan pengambilan ais yang akan menggegarkan saraf di kepala atau kafein dan makanan berminyak yang akan menyumbang kepada sakit. yang akan menambah.


Alhamdulillah juga dengan kembalinya laptop ke pangkuan setelah ‘masuk ward’ seketika angkara motherboard yang membuat kerenah. Tambah syukur, saya tidak perlu membayar sesen pun walaupun over warranty. Laptop saya baru saja berumur setahun setengah dan bakal berpindah milik kepada adik saya setelah genap usianya dua tahun. Saya? Terpaksa mengorbankan JPA yang disimpan untuk membeli yang baru bagi kegunaan sendiri.

No comments: